Wednesday, June 6, 2012

Ini Dia......TARAAAAAAAAAA!!!!


AKAN DATANG - NOVEL JUN
Oder sekarang: order@fajarnovels.com.my


Tajuk: DIA IDAMAN HATI

Penulis: NADRA YASMINA
ISBN: 978-967-365-125-2
Harga: RM21.00/RM24.00


“Apa awak cakap? Sila ulang.” 
“Just acting. Berlakon saja. Pretend that you’re my wife... and I’m your husband. Simple, right?”
Simple tengkorak kau. Ada yang kena baham dengan aku ni karang! 
“Berlakon ya? Senang kata awak ya?” 
“Yes.”
“Awak nak saya berlakon jadi macam yang awak cakap tadi tu ya?”
“Yes, dear.” 
Dia panggil aku dear, kan? Err... ke dia maksudkan deer? 
“Wayar bumi kat kepala awak tu terbakar ke? Kena panah petir semalam ek? Ke awak semalam mimpi bersilat dengan Rimau Bukit Putus.” 
Jeffrey ketawa kecil. “Saya minta tolong ni, awak. Tolonglah.”
“Tak naklah, tak nak. T.A.K. N.A.K!!!”
“Tolong, tolong. T.O.L.O.N.G!!!”


Apabila Jeffrey Iskandar diperangkap oleh bekas teman wanitanya, Lilac, untuk membawa isteri ke majlis makan malam, Asma, si pembantu rumah hujung minggu yang bekerja di kondo milik Jeffrey dijadikan sasaran untuk berlakon sebagai isteri. Asma bukanlah wanita idaman Jeffrey. Langsung tak masuk senarai apalagi mahu shortlisted. Pendek kata, bukan idaman hatilah. Tapi, Jeffrey tahu Asma pilihan terbaik untuk tugasan ini!


Asma, si jururawat pergigian yang terjerumus dalam misi balas dendam bekas teman wanita majikannya itu tiada pilihan. Kerana kesiankan Jeffrey, dia bersetuju. Namun tidak diduga, lakonan mereka tidak terhenti di situ. Mereka terseret ke kancah masalah yang lebih besar. 


“Awak ni nakal dan kelakarlah. Sebab tu saya suka awak.”


Aduhai, bukan idaman hati sudah menjadi idaman hatikah? Baik Jeffrey mahupun Asma tidak berdaya menolak. Mampukah mereka berdua yang bagai langit dan bumi itu bersatu? Terbalaskah dendam Laila terhadap lelaki idamannya apabila Jeffrey nekad dengan keputusan yang tidak disangka-sangka! 

-----------------------------------------------------------------------------

Alhamdulillah, syukur pada-Nya. Ameen..ameen...ameen. Akhirnya. Terima kasih untuk semua kengkawan tersayang di sini, pembaca dan pengunjung senyap dan tak senyap di sini yang banyak menyokong perjalanan tinta cetera kucc diteratak usang ini . Ini hadiah kucc buat kamu semua. Terima kasih sekali lagi. Terus sokong kucc ye!..so MESTI beli taw!


Mesti ada banyak pertanyaan dari kengkawan yang kucc sayang di sini. Firstly, mesti pasal nama penulis kan?. Ok, kucc jelaskan sedikit. Setiap penerbit ada garis panduan dan syarat-syarat tersendiri dalam menerbitkan sesuatu karya dan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat penerbit, nama itu kucc pilih sebagai ganti nama pena kucc yang sedia ada yang sudah kengkawan semua sedia maklum. Tak kisahlah, janji kengkawan tetap akan sokong kucc kan walau apapun nama pena yang kucc guna. 


Secondly, berkenaan penukaran tajuk novel ini dari tajuk asal (Bukan Idaman Hati). Tajuk ini; DIA IDAMAN HATI dirasakan paling sesuai dan catchy, selari dengan perjalanan cerita..hikhik. Thirdly, kucc juga nak maklumkan di sini, nama heroin sudah ditukar ke nama kedua beliau; Asma dan bukan Noor seperti di versi e-novel. Harap maklum ye. Jangan ada yang melompat lak nanti bila baca versi cetak ini...hehe


Sekali lagi..terima kasih yang tidak terhitung pada semua yang sudi mengunjungi teratak cetera kucc dari dahulu dan terus setia hingga kini dan terus menyokong kucc tanpa jemu. 

15 comments:

kak long said...

I'm your fan dek non..
Akak pasti beli.. Insyallah...

Eijan said...

Kucc, tahniah...akhirnya dah dlm versi cetak....kami akan tetap sokong citer2 kucc yg menarik, catchy dan sentap juga....hehehe. Tak sabar nak baca citer lawak JI dan noor oppps asma ni....hehehe......Lepas ni Siti dan Akhmal pulak ye.....

flaz said...

tahniah kucc...actually i am ur silent reader.. tp bukan idaman hati is my fav among the all.. tahniah again...suka sgt dgn norr asmah tue...

Kak Sue said...

kucc tahniahhhhh.... akhirnya buku ini keluar jua..... TAJUKNYA MEMANG SESUAI "DIA IDAMAN HATI" ..... KALAU "BUKAN IDAMAN HATI" macam x best sangattttt.... kalau order bila boleh dapat ni.....

miss nina said...

kucc, tahniah ye. insyaAllah, saya cari buku ni. awak berbakat, keep on writing

Lieynaim mohd noor said...

dah kuar dah....tahniah..tgu yang seterusnye plak... gud luck

hamidah said...

dekat kedai buku ada tak atau order secara online je.

My said...

Congratulation kucc :)

onarness~~~me~~~ said...

yeay!!tahniah..DEFINITELY will buy..A must have dalam rak buku :)

Unknown said...

tahniahhhh kucc! walaupun dh baca tp tetap akan beli utk simpanan. insyallah. semoga novel kucc yg lain pun akan dpt disusun di rak jugak.

udaidza said...

Mesti beli. Sokong kawan 100%
Tahniah but KUCC.

kucc_aprilsnow said...

kak long-ferfeeling selebriti lak,ahaaks...macih akak.*lap air mata nga air hidung*

Eijan-TQ dear..insyaallah Siti n Akhmal next..doa2kan ye

Flaz- TQ dear sbb kuar dr gua jugak akhirnya coz of DIH..

Sue- Tq dear..hehehe..suker3x

Mis Nina - Tq dear 4 d support

nzlyn-Tq dear..

Hamidah - at d moment online dulu dear..lom ada kt kedai lg

My -Tq dear..

Onarness - Tq dear..*terharu sesgt*

kalaukalu- Tq dear..i'm touch..doa2kan ye,insyaallah

Uda - kak uda..Tq akak...macih3x

kak ida said...

salam kucc..bila nak buka order..kucc..nak order ngan kamu aja..

kucc_aprilsnow said...

kak ida - wkumsalam...tenkiu10x...leh oder ngan publisher kak..saya TT nnt, hikhikhik

Unknown said...

kalau didramakan ...yang hero AMAR BAHRIN dan heroinnya...IZREEN ISMINDAR...

Hati Ini Pilih Kamu

"Saya dah tak ada hak lagi nak duduk kat rumah tu." Rumah tu milik Zainal. Dan isyarat kak long yang humbankan beg pakaian aku be...