Tuesday, November 24, 2009

Songket Hijau Buat Ku'a -Bab 10


Bab 10

Kata orang, hendak seribu daya, tak mahu seribu dalih. Ciptalah segala macam alasan semata-mata tidak mahu menuding jari pada diri sendiri. Tidak mahu mengakui kesilapan diri sendiri. Zaid akur. Memang dulunya dialah yang sering mencipta dalih. Merekacipta seribu macam alasan. Bukannya dia tidak boleh memenuhi permintaan dan keinginan diri namun sifat tidak yakin dan ego sebagai lelaki yang menjadi tembok penghalang. Sudahnya dalih dan ego itulah jugalah yang memakan dirinya sendiri. Dia yang terkapai-kapai sudahnya.

Pertemuan dengan Azarina bulan lalu dianggap rahmat buat dirinya. Harapannya kian mekar mendengar cerita si dia dari Azarina. Masakan tidak...sekian lama perasaan itu dipendam dan disimpan hanya kerana keegoan diri sendiri, dia terlepas banyak peluang untuk mendekati satu-satunya wanita yang dipuja dalam diam. Bukan dia sengaja tidak mengendahkan huluran persahabatan dari si dia dahulu...cuma, entahlah dia tidak begitu yakin pada dirinya sendiri dahulu. Bukan dia tidak tahu si dia turut jadi perhatian dan pujaan rakan-rakan sekursus di kampus dulu. Siapa tidak kenal dengan Tunku Salha, si putih mulus yang hebat di mata para pensyarah di Sekolah Ekonomi dan Pentadbiran Awam. Namanya tidak pernah sekali tercicir dalam senarai Dekan pada tiap semester. Sikapnya yang lemah lembut dan merendah diri itulah yang paling memikat. Justeru kerana terlalu ramai kumbang yang memuja, dia jadi tidak yakin untuk menonjolkan diri. Rasa itu perlu dirahsiakan. Tidak siapa harus tahu...cuma pada adiknya sahaja tempat dia meluahkan segala-galanya. Harapannya kini moga permintaannya yang disampaikan pada Azarina akan diterima baik oleh si dia. Dia tidak sanggup menunggu lagi. Tidak mahu terlepas peluang lagi. Tidak mahu. Sudah terlalu banyak masa yang disia-siakan. Semuanya kerana kebodohan dirinya sendiri.

Deringan telefon diatas meja memancung kenangan Zaid. Gagang diangkat.

"Assalamualaikum..."

"Waalaikumsalam...Zaid, Azad ni..." senyum sudah terukir di bibir Zaid.

panjang umur kau Azad...

"Hei Azad, kau amacam, sihat?...wah, senyap jer kau lepas jumpa aku hari tu ye...ingat dah lupa kat aku...lepas makan free kat restoran aku ni terus lesap...tak patut sungguh!" terdengar ketawa riang dari suara dihujung sana. Zaid turut ketawa kecil. Seronok mendengar tawa riang Azarina. Azarina yang dikenali sejak dahulu memang gila-gila orangnya, periang, berani. Anak mami yang tidak kalah cantiknya. Ada juga rakan-rakan Zaid dahulu yang jatuh hati pada si manis ini, tapi sikap lepas mulut dan garang si dara nan satu ini paling menakutkan mereka. Sudahnya, semua mereka tidak berani mendekati si cantik manis ini. Zaid sendiri tidak tahu siapalah yang bertuah dapat memikat Azarina satu hari nanti. Yang pasti jejaka itu mesti bukan calang-calang orangnya.

"alahai, tak baik aar kau cakap aku macam tu tau, sampai hati!..aku outstation la Zaid. Kau pun tahu kan keje macam aku ni...tak tentu, kalau boss arah pergi ke utara, ke utara la aku, kalau ke selatan..ke selatan la aku...kalau kena pergi ke benua Antartik pun aku kena pergi jugak kau tau...malanglah siapa jadi boyfriend aku kan...mesti kena tinggal jer selalu...sebab tu la sampai sekarang aku takde siapa yang hendak, hahahaa...kesian kat aku kan?."

"eleh, banyaklah kau punya kesian...entah entah kau tu yang memilih kut...satu lagi Azad, cubalah kurangkan garang kau tu...ngeri tau lelaki ngan perempuan garang-garang ni...langsung terbantut niat nak mengorat kau nanti...lemah lembut lah sikit macam kawan kau tu...haa sejuk dada..." Terdengar suara ketawa kuat di hujung talian sana. Zaid sudah menggeleng. Azad, Azad...

"kau kalau mengutuk sedap jer ye Zaid....mulut kau tu bukan main lagi, unsangkarable sungguh aku!"

"aku cakap yang betul..ikhlas ni Azad...kau tu cantik, perfect...cuma tang garang plus mulut laser kau tu la yang lelaki ngeri....aku ni lelaki, jadi aku beri pendapat dari kacamata seorang lelaki pada kau...kau jangan ingat aku ni kutuk kau pulak...salah tu!"

"yelah yelah...kau jer betul...nanti-nanti la aku berubah...kau pun doa-doakanlah kalau aku dapat petunjuk untuk jadi perempuan melayu terakhir...yang lemah gemalai, sopan santun...jalan lenggang kangkung..ha apa lagi ek Zaid?.."Zaid sudah tidak dapat menahan ketawanya dengan kata-kata lucu Azarina. Sudahnya terburai ketawa antara mereka.

"ala kau ni Zaid...tengok aku dah lupa sebab utama aku call kau ni...merapu aku entah ke mana dengan kau..issh, mangkuk betul la kau ni...terbang dah isi berita perdana aku tadi..."

"banyak la kau punya berita perdana Azad..."

"eleh kau nak dengar tak ni...ha, karang jangan menyesal...jangan salahkan aku....jangan kata aku tak beritahu..."

"ok ok, sorry....haa cerita sekarang Azad..."

"ni ha aku nak cakap pasal Ku'a..." saat mendengar nama si dia disebut, seakan ada debaran dirasakan pada jantungnya. Zaid menghela nafas.

"Eh..kau dengar tak ni Zaid?...senyap je tu...ada apa-apa ke berlaku pada jantung anda?..hahahaha.."

issh Azad ni, macam tau tau aje!..

"aku dengar...kau cakap je la..."

"wei, tapi sebelum tu...dia ada call kau tak?"

"takde pun.."

"Kau ada call dia?"

"tak pun.."

"laa..apsal yang kau lembab sangat ni Zaid. Dah dia tak call kau, kau call la dia..." Zaid sudah menggeleng kepala. Lupalah tu Azad ni..

"wei..kan kau yang pesan kat aku jangan call dia, nanti dia terkejut laa...biar jer dia yang call aku..so aku tunggu jer la dia call...tapi takde pun dia call aku..."

Jika difikirkan sudah hampir sebulan pertemuannya dengan Azarina dan sejak dari hari itu dia menanti dengan penuh debar dan sabar panggilan dari si dia...namun hingga kini tidak kunjung tiba. Hati Zaid adakalanya terdetik juga adakah si dia sudah tidak sudi lagi kesan sikap dingin Zaid dahulu.

"oopps sorry, aku lupa pulak pesanan aku pada kau tu...kau kan tahu Ku'a tu macammana dulu...pemalu. Haa sampai sekarang pun macam tu la jugak. Lain la perempuan macam aku ni...haa perempuan yang apa kau kata tadi Zaid...mengerikan!. Dia tu halus jiwanya. Sabar-sabarlah sikit mangkuk!..."

"wah, sedap je kau memangkukkan aku ye Azad..."

Azarina sudah ketawa kuat. Zaid ikut sama tertawa.

"Zaid...hujung minggu ni kau mesti freekan diri kau...MESTI...takde tapi tapi..."

"MESTI?..sebabnya?"

"sebabnya adalah KU'A."

"KU'A?"

"ye.."

"apa kena mengena dengan Ku'a pulak ni?..."

"issh, lembabnya kau ni...kan dah mula cuti sekolah ni.... so Ku'a akan bawak anak-anak murid dia bercuti di resort milik keluarga dia di Pulau Perhentian...kau jangan lepaskan peluang keemasan ni Zaid...dia ada seminggu di sana tau...aku pun joint sama, aku ni kan bodyguard Ku'a...aku akan cuba arrange kau dapat joint aktiviti kami...jangan tidak tidak pulak ni tau, aku dah baik punya bagi informasi kat kau ni...bagi jalan kat kau untuk dekat dengan dia, kau tu jangan lembab pulak bertindak...dengaq dak ni?" Tangan Zaid pantas melihat temujanjinya pada calendar peribadi di Lotus Notes pada laptop dihadapannya. Senyuman manis terukir di bibirnya. Dia mengetip jari. Yes!

"aku dengaq la...ok Azad...jumpa korang di sana this weekend." Terdengar jeritan girang Azad di hujung talian sana.

"Assalamualaikum Azad..." Salamnya disambut Azad. Terdengar talian dimatikan. Zaid pantas menekan nombor di telefon.

"Hello Nurul...Zaid ni, tolong tempahkan tiket penerbangan ke Kuala Terengganu untuk saya sabtu ni...yes, nanti awak emailkan butiran e-tiket tu pada saya. Oh, pasal tiket balik tu nanti saya akan call awak dari sana nanti untuk tetapkan tarikhnya, boleh?... ye ye, ok thanks Nurul."

Bibir Zaid sudah lebar dengan senyuman. Hatinya bergema lagu gembira. Ku'a...nama itu kian mekar dibibirnya.

hmmm...aku datang Pulau Perhentian!

3 comments:

Aisha @ Sara Hamza said...

sape pulak si zaid nie???? ish2.....sambung2! dh lame menunggu nie...hehe mmg klako la si azad nie.....x sangke awak pn gune kn ayat unsangkarable.....hehe dh lame x dgr ayat tue....

kucc_aprilsnow said...

sha cuba flip bab2 awal, kucc ada sebut nama dia beb...

cactaceous opuntia said...

zaid hunnani tuh..huu...owh..mmg minat kt ku'a tp inferior eh..huu

Hati Ini Pilih Kamu

"Saya dah tak ada hak lagi nak duduk kat rumah tu." Rumah tu milik Zainal. Dan isyarat kak long yang humbankan beg pakaian aku be...