Thursday, November 26, 2009

Rindu Semalam -Bab 27


Bab 27

Akhmal termangu dihalaman . Banglo mewah milik keluarganya diselusuri perlahan-lahan dengan pandangan matanya. Disinilah dunianya dan Ben sejak pemergian Suhana. Bukan dia tidak mahu untuk kembali ke rumahnya yang dibeli selepas berkahwin dengan arwah Suhana dulu namun keadaan Ben yang seringkali teringatkan arwah Suhana mendorong Akhmal membuat keputusan menetap dirumah keluarganya di sini. Sekurang-kurangnya Ben dapat melupakan kesedihannya kesan kehilangan Suhana. Terlalu banyak kenangan manis mereka bertiga di sana. Lebih-lebih lagi antara Ben dan arwah Suhana. Akhmal maklum itu. Amat maklum. Ben sesungguhnya terlalu akrab dengan arwah mamanya itu. Melaut simpatinya pada satu-satunya zuriat hadiah Suhana buat dirinya. Ben terlalu kecil...terlalu muda untuk menanggung dugaan sehebat ini.

Keindahan malam dengan taburan bintang yang berkerlipan di langit nan gelap langsung tidak mampu memberi ketenteraman di hati juga di jiwanya. Mengapa sukar benar dia menggapai bahagia di dalam hidup. Seringkali dia bertanya soalan ini pada dirinya. Terlalu banyak dugaan yang menimpa. Sejak dahulu. Sangkanya pengorbanannya dahulu akan mampu mencipta kebahagiaan yang berpanjangan, namun siapa sangka dia sekali lagi di duga oleh-Nya...walau kadangkala hati lelakinya pilu, namun sesungguhnya Akhmal akur segala-galanya yang terjadi pada dirinya dan hidupnya sudah tertulis di Loh Mahfuz. Dia harus redha..Ya, dia harus redha.

Redha?. Perkataan itu mengingatkan Akhmal kembali pada perbualannya bersama Taufik siang tadi. Kata-kata Taufik kembali singgah di minda Akhmal. Sanggupkah dia redha sekali lagi. Sanggupkah dia?. Dan sudah bersediakah dia untuk melepaskan wanita pertama yang bertakhta di hatinya sejak dahulu. Satu-satunya wanita yang sudah sekian lama mendiami jiwanya sebelum kehadiran arwah Suhana. Malahan arwah isterinya itu tahu kisahnya bersama wanita itu. Namun Suhana sedikit pun tidak pernah kecil hati apatah lagi rasa cemburu. Dia akur bahawasanya dirinya bukanlah cinta pertama Akhmal. Wanita itulah cinta pertama yang tidak pernah langsung dilupakan Akhmal. Tidak mampu dilupakan. Terlalu sukar dilupakan. Dan Suhana sesungguhnya wanita yang begitu memahami. Terlalu memahami.

"cinta seorang suami itu bukan milik mutlak seorang isteri Mal. Cinta sesama manusia tidak akan kekal Mal. Ia hanya sementara. Tiada guna nak berebut-rebut kasih dan rasa cinta itu sebab ia tidak akan menjanjikan apa-apa. Hanya cinta pada-Nya sahaja yang akan menjanjikan pulangan. Cinta pada-Nya sahajalah yang akan membawa bahagia yang berkekalan...Su mahu Mal tahu, Su tidak pernah kecil hati bila tahu ada orang lain yang terlebih dahulu mendiami hati Mal. Su tak marah...kerana Su tahu Mal cuma manusia biasa dan Mal bukan milik abadi Su..."

"Su...Mal..Mal minta maaf.."

"Su faham..."

Maafkan Mal, Su...maafkan Mal...

kolam mata yang sedikit basah cepat-cepat dipintas kura tangan. Kenangan itu kadangkala datang tika dia bersendirian. Suhana, arwah isterinya itu istimewa dengan caranya yang tersendiri. Duhaila juga punya keistimewaan tersendiri. Duhaila...Duha. Mindanya kembali mengingati kata-kata Taufik tadi.

"aku minta maaf Mal...aku tak mampu menunaikan janji aku pada kau dulu...maaf Mal."

"Duhaila maksud kau Fik?" Taufik dilihat lemah menganggukkan kepala. Teman akrabnya itu dilihat seakan akan resah. Menggosok pelipisnya sambil sesekali memejamkan mata. Seperti ada beban yang begitu berat menghimpit dirinya. Rasa bersalahkah dia kerana gagal mengotakan janji, namu Akhmal tidak sesekali menyalahkan Taufik.

"dia kata apa pada kau?" Taufik dilihat perlahan-lahan mengangkat wajah memandang padanya.

"dia kata..."Taufik dilihat menggosok-gosok belakang tengkuk.

"cakap je la Fik, aku sedia dengar..."

"kau dan dia akan jadi kawan sahaja...dia tidak mahu lebih dari itu....dia mahu kau terima keputusan dia ini dan hormat akan pendirian dirinya..."Akhmal menghela nafas perlahan-lahan. Duha...

Angin malam yang bertiup sesekali menampar pipinya. Akmal melurut tangan pada kepalanya.


Duha, tidak adakah lagi peluang untuk Akhmal tebus kesalahan dulu?..berikanlah Akhmal peluang itu Duha...demi Tuhan, Akhmal tidak akan sia-siakan!

* * * * * * *

"sorry...i tak boleh..."

"sebab apa tak boleh pulak ni?"

"sebab i nak balik kampung esok..."

"Balik kampung?" Mata Taufik tepat memandang pada Duhaila yang tenang dihadapan sambil menyelak helaian akhbar.

"Awak nak balik kampung?" Duhaila dilihat menganggukkan kepala perlahan-lahan tanpa memandang padanya. Fokus matanya masih pada helaian akhbar di hadapan.

issh Duha ni orang tanya dia buat layan tak layan jer!

"pasal apa nak balik kampung?..ada apa-apa pada ibu awak ke?..dia tak sihat? or dia sakit?" Gelengan kepala dipamerkan. Pandangannya masih terus pada helaian akhbar di hadapan yang nyata lebih kuat tarikannya daripada memandang Taufik.

"Duha..."

"hmmm..."

"Duhaila...."

"hmmm..." Taufik sudah menggeleng-gelengkan kepala.

Duha ni kan, memang lah tau!

Akhbar dihadapan Duhaila ditarik. Mata mereka berdua saling beradu. Duhaila dilihat menghela nafas. kedua-dua tangan dirapatkan ke tubuh.

"tak boleh ke saya nak balik kampung?, lagipun bukan senang saya dapat cuti hujung minggu...selalu kena on call...lagipun dah lama sangat saya tak balik kampung Fik...rindu sangat pada kampung...rindu pada ibu...and yang paling best, rindu nak mandi sungai...wah lamanya tak mand sungai...seronoknya dapat mandi!.." sepasang mata dihadapannya kala iu dilihat bercahaya. Senyuman manis yang terukir menjadi bukti akan rasa kerinduan yang diluahkan tadi.

"best ke mandi sungai?'

"mestilah...seronok sangat-sangat!...ala Fik, tak sabarnya saya nak mandi sungai!.."

"i ikut!..."

"eh..mana boleh.." Mata Duhaila sudah membulat.

"apsal pulak tak boleh?...i pun nak tengok dan rasa suasana kampung gak...rasa mandi sungai...hmm,pukul berapa kita nak bertolak esok?"

"Fik!...."

"i fetch you at 9am ok." kenyitan mata Taufik dibalas jelingan oleh Duhaila.

4 comments:

Hanya Aku Dihatimu.. said...

he..he..kucc..kucc..ketwa liza baca bab ni..kesian lah c aikhmal tu kucc..pusingkan certa tu kucc kesian dia..biarlah dia merasa cinta duha balik..c tufik cari wanita,lain lah kucc..he..he..plese2..he..he..

kucc_aprilsnow said...

ehem ehem liza....

Nik Fauziah Nik Hussin said...

wah3..takleh-takleh, dah comel no dah Duhaila ngan taufik. Ahaks!!

kucc_aprilsnow said...

hikhik...kita tengok ye camner kisah selanjutnya...tunggu taw!

Hati Ini Pilih Kamu

"Saya dah tak ada hak lagi nak duduk kat rumah tu." Rumah tu milik Zainal. Dan isyarat kak long yang humbankan beg pakaian aku be...