Friday, November 20, 2009

Istikharah Terakhir - Bab 7


Bab 7

Zainal merenung wajah didalam bingkai gambar yang terletak dihadapan mejanya. Wajah dua wanita yang sangat memberi makna di dalam hidupnya selama ini. Jarinya pantas mengusap permukaan salah satu wajah di dalam permukaan kaca tersebut. Wajah wanita yang begitu dirindui. Wanita yang banyak memberikan sinar dalam hidupnya. Wanita yang melahirkan satu-satunya waris buat dirinya. Zuriat yang amat bermakna di dalam hidup mereka berdua.

Mai, abang rindu Mai...rindu sangat-sangat pada Mai. Mai, abang bersalah pada Mai. Abang tak tunaikan janji abang pada Mai untuk jaga Zita dengan baik. Abang buat Zita sedih Mai. Abang yang menyebabkan Zita menjauhkan diri dari abang. Semuanya kerana abang Mai. Abang pentingkan diri dan perasaan abang sahaja Mai. Abang paksa Zita ikut kemahuan abang. Zita anak yang baik Mai. Zita korban perasaannya demi abang. Abang memang ayah yang tak berguna Mai. Abang ayah yang tak mampu membahagiakan satu-satunya anaknya sendiri. Kerana sikap abang yang buruk, Zita jadi mangsa. Abang sedar abang terlalu banyak buat salah pada Zita Mai. Abang malu pada anak kita Mai. Abang malu Mai. Abang cuma berdoa Zita temui bahagia di sana Mai. Abang takkan campur tangan lagi didalam soal hidup Zita. Abang dah cukup rasa bersalah pada Zita Mai..maafkan abang Mai...maafkan abang...abang bersalah pada Mai...

Hujung kolam mata diusap sedikit dengan kura tangan. Zainal menghela nafas perlahan-lahan. Mata Zainal berkalih merenung pada wajah yang satu lagi . Dia tersenyum melihat senyuman girang wajah itu. Senyuman yang cukup manis, cukup mempersonakan. Dia tahu puteri tunggalnya cukup istimewa orangnya. Zita banyak mewarisi peribadi arwah isterinya; Maizurah yang penyayang dan periang.

Zita, maafkan papa sayang...maafkan papa. Papa banyak buat salah pada Zita. Papa banyak kali buat Zita mengalirkan airmata.

Ketukan dipintu memancung ingatannya pada Zita. Zainal lekas-lekas menyapu air mata lalu membetulkan duduknya.

"masuk.." Zainal melihat setiausaha peribadinya Yumna yang cantik berbaju kurung moden biru firus masuk sambil melemparkan senyuman padanya.

"ada apa Yumna.."Zainal menghala pandangan pad Yumna yang sudah tegak berdiri di hadapannya.

"Encik Zainal, saya minta maaf...saya dah cuba, tapi dia berdegil jugak...saya tak tergamak nak panggil security seret dia keluar dari sini encik." Zainal menghela nafas. Dia tahu siapa gerangan yang dimaksudkan oleh setiausahanya itu.

"bila dia datang Yumna?"

"dia datang dari pagi tadi lagi encik Zainal. Puas saya pujuk suruh dia balik, tapi dia enggan. saya kata encik tak mahu diganggu hari ini tapi dia tetap nak jumpa encik Zainal. Katanya dia akan tunggu sampai encik keluar...sampai encik balik, dia akan tunggu juga!." Zainal menyandarkan kepalanya di kerusi.

Yumna hanya memerhatikan perlakuan ketuanya itu. Dia tahu dia tidak boleh berbuat sesuka hati kerana "dia" yang dimaksudkan itu bukan sebarangan orang.

"suruhlah dia masuk Yumna.."

"Encik Zainal betul nak suruh dia masuk?" Zainal menggangguk-anggukkan kepala sambil melemparkan senyuman pada setiausahanya itu.

"baik encik.."

Tombol pintu dibuka perlahan. Zainal hanya memandang dengan tenang susuk tubuh sederhana tinggi yang sedang berjalan menghampiri mejanya.

"papa..." Zainal hanya mengangguk-anggukkan kepala sambil memberi isyarat tangan meminta pemuda yang sedang berdiri di hadapannya saat ini agar duduk.

"papa, Faisal nak minta ma..." Zainal pantas menggoyang-goyangkan jari telunjuknya kepada pemuda di hadapannya itu.

"bukan pada papa yang harus Faisal minta maaf..." Pemuda bernama Faisal itu dilihat menundukkan wajah.

"Faisal...papa rasa Faisal tahu kan situasi sekarang..." Zainal melihat Faisal perlahan-lahan mengangguk-anggukan kepala.

"Faisal, setiap yang kita lakukan akan ada kesannya...baik atau buruk. Apa yang Faisal dah buat selama ni, maka inilah kesannya yang Faisal terima. Papa minta maaf, papa tidak dapat tolong Faisal. Zita tu anak papa, satu-satunya anak papa Faisal. Papa turut bersalah di dalam hal ini. Kalau tak sebab papa yang paksa Zita terima Faisal, Zita tak kan jadi begini. Faisal dah kecewakan papa. Papa tak mahu rosakkan perasaan Zita lagi Faisal. Papa mahu dia mencari bahagianya sendiri, papa takkan campur tangan lagi..." Faisal pantas berdiri lalu meluru dan melutut pada Zainal. Zainal sedikit terkejut dengan tindakan spontan Faisal.

"papa, tolonglah bagi Faisal satu peluang lagi. Papa tolonglah beritahu Faisal dimana Zita. Faisal nak jumpa dia papa...Faisal nak minta maaf pada Zita papa...Faisal rindu pada Zita papa..tolonglah papa. Faisal dah tak boleh nak fikir apa-apa selagi tak dapat jumpa Zita papa..." Zainal menggeleng-gelengkan kepala. Pantas dia berdiri berjalan ke arah cermin tingkap.

Faisal perlahan-lahan berdiri lalu berjalan menghampiri Zainal. Tangan Zainal diraih didalam genggaman seakan meminta simpati.

"Faisal...papa tak mampu, papa minta maaf..."

"papa tolonglah..please papa.."

"Faisal..kalau benar Faisal sayangkan Zita, tolonglah biarkan dia mencari ketenangan di sana tanpa sebarang gangguan. Kalau jodoh kamu berdua masih ada, insyaallah Zita tetap akan kembali pada Faisal. Papa minta Faisal faham keadaan dan perasaan Zita. Hatinya terlalu luka Faisal. Luka yang sangat dalam."

Faisal tersandar didinding sambil memegang kepalanya. Kesal dengan tindakannya selama ini pada Zita. Zita yang tidak pernah meminta...Zita yang tidak pernah sekalipun mengeluh dengan sikapnya yang keterlaluan.

Zita, maafkan Faisal..Faisal banyak melukakan hati Zita, perasaan Zita..

Zita, Faisal rindu sangat pada Zita...mana Zita pergi?...

Zita, baliklah pada Faisal....

2 comments:

aqilah said...

oh, zita dah berkahwin rupanya............ emmmmmmm

cactaceous opuntia said...

woops...zita pn ade mslh rupenye...

Hati Ini Pilih Kamu

"Saya dah tak ada hak lagi nak duduk kat rumah tu." Rumah tu milik Zainal. Dan isyarat kak long yang humbankan beg pakaian aku be...