Tuesday, November 3, 2009

Rindu Semalam - Bab 24

bab 24

Matanya leka memandang syiling putih diatas. Tidak berkelip. Minda sudah entah ke mana saat ini. Tangan yang tadinya diletakkan di dada sudah beralih tempat... di atas bantal dibelakang kepalanya pula . Mata cuba dipejamkan...ahh masih gagal. Suhu dari penghawa dingin di biliknya yang sudah sederhana sejuk masih gagal merapatkan kelopak mata. Kenapa agaknya malam ni sukar benar dia memejamkan mata. Tubuhnya yang sasa itu dipusingkan ke sebelah kanan. Bantal peluk bersarung coklat muda ditarik ke dalam pelukan. Matanya dipejamkan...

"Kenalkan ni ibu saya...ibu, ni Dr Taufik...dia penyelia Duha di hospital...baru sampai dari hospital...baru habis keje..." sebuah senyuman yang manis dari seraut wajah yang masih cantik menyapa matanya. Dia tahu kini dari mana wajah ayu si dia itu diperolehi. Saling tak tumpah.

"apa khabar Dr Taufik?...tolonglah tengokkan keje anak makcik, Duhaila ni ye doktor. Tegurlah dia kalau dia buat silap. Anak makcik ni masih baru..masih hijau. Banyak lagi yang dia perlu belajar. Dia pun takde sesiapa di sini...makcik ni jauh...hati ni kadang risau juga memkirkan dia kat sini. " Tangan tua itu menggenggam erat kedua belah tangannya. Sebuah harapan yang menggunung. Dia tahu itu. Kasih seorang ibu tiada sempadan. Senyuman dilemparkan pada wanita separuh abad dihadapannya saat itu.

"makcik...panggil saya Taufik saja sudah..tak perlulah berdoktor-doktor ye. Insyallaah apa yang termampu akan saya lakukan..makcik jangan risau ye...Duha ni cerdik orangnya makcik..cepat belajar....semua orang di hospital suka dan sayang pada dia..." Dia memandang Duhaila yang cuba menyembunyikan senyum. Mata mereka saling beradu.

"ye?..alhamdulillah...lega makcik dengar.."

"Taufik, moh ke dalam sana kita makan sama-sama ye...makcik dengan Duha pun belum makan lagi ni...sibuk dari tadi layan jemaah surau dengan kawan-kawan Duha." Tangannya yang masih dalam genggaman ibu Duhaila ditarik masuk ke dalam ruang tengah rumah. Ada staff-staff hospital yang masih enak menjamu juadah sambil bersimpuh menganggukkan kepala saat terpandang kelibatnya.

"Makanlah nak Taufik..lauk orang kampung aja ni...makcik memang tak tahu masak lauk moden-moden ni...Duha tahu la..." Pinggan berisi nasi yang disenduk Duhaila sudah berpindah ke tangannya. Dia memandang wajah Duhaila yang tersenyum kecil.

"sedap ni makcik...bukan senang nak jumpa lauk macam ni di bandar...lagi-lagi dari air tangan orang kampung, lagilah istimewa makcik...makcik, Duha..jom lah makan sama." Duhaila dilihat menganggukkan kepala.

"ye ye..."

* * * * * * *

Dia merapati gadis bertudung coklat muda dan berbaju blaus belang yang sedang berdiri di tepi jalan itu. Dia pasti gadis itu ingin melintas jalan untuk ke seberang sana. Kenangan dari tidurnya malam tadi kembali mengusik minda. Duhaila...

"ehemm..."

Saat si dia menoleh, wajah mereka sudah bertemu. Segaris ketawa sudah terbit dari mulut mungil dihadapannya itu. Dia turut ketawa.

"Taufik!...you ni...issh..terkejut i.."

"Dah tu...you tu berdiri bukan nak toleh ke kiri kanan...alahai cik adik manis, bahaya tau macam ni. Cubalah toleh sikit, tengok tengok sikit orang di sekeliling you...sekarang ni macam-macam cara orang kenakan orang tau...lagi-lagi orang cantik macm you ni Duha...nanti melepaslah i kalau u kena kidnap Duha..."Duhaila sudah menyimpul senyumannya dengan bicara Taufik. Wajahnya ditundukkan sedikit. Malu!

" you nak ke mana ni?"

"nak beli barang dapur sikit...dah habis semua stok kat rumah."

"boleh joint?.."

"you pun nak beli barang dapur ke?...kan ke you tinggal dengan mak you?."

"tak...saja nak temankan you...nak ikut you."

"temankan i? ikut i?...nak jadi bodyguard i ke ni?"

"haa...i takut nanti ada orang culik you...you kan buah hati i."

"Fik...you ni...macam macam la..." Dia melihat senyuman kecil terjuring pada bibir Duhaila. Wajah yang putih itu sedikit kemerahan. Dia tahu Duhaila malu tapi entah mengapa dia suka melihat wajah itu bila berkeadaan demikian.

Langkah mereka beriringan memasuki kawasan pasaraya di Alamanda. Duhaila pantas menarik sebuah troli.

"you nak masak apa malam ni?...you masak ke ibu you Duha?." Matanya memerhatikan tangan Duhaila membelek ikan tenggiri yang sudah siap dipotong dan udang putih bersaiz sederhana besar yang begitu mengujakan mata Taufik.

Hmm, sedap udang ni kalau goreng, masak kicap pun best gak..

"ibu i dah balik pagi tadi Fik..." Duhaila sudah memasukkan 2 keping potongan ikan tenggiri ke dalam plastik berserta beberapa ekor udang putih tadi lalu diserahkan pada jurujual dihadapan untuk ditimbang dan diletakkan tanda harga. Bungkusan berisi beberapa keping ayam yang sudah siap dipotong turut dimasukkan ke dalam troli.

"owh...cepatnya balik...kenapa tak stay a bit longer with you kat sini...boleh la you bawa dia jalan-jalan kat Putrajaya ni. " Troli yang ditolaknya sudah memasuki kawasan sayur-sayuran.

"ibu i tu biasalah Fik...mana boleh tinggalkan ayam itik dia di kampung..." Duhaila dilihat sudah memasukkan bungkusan sayur kailan, jagung muda dan brokoli ke dalam troli.

"orang tua Duha..macam tu la...dunia dia lebih selesa dekat dengan persekitaran yang sudah sebati dengan kehidupan mereka...mak i tu nasib baik je memang orang bandar..."

"hmmm...kadang tu risau jugak i Fik..ibu sorang-sorang kat sana...nasib baik laa jugak ada saudara-mara belah arwah abah dekat-dekat rumah tu, boleh la mintak tolong tengok-tengokkan dia..." Taufik mengganggukkan kepala. Faham dengan apa yang dirasai Duhaila.

Langkah mereka sudah ke menuju kaunter bayaran.

"eh tak payah la Fik...i bayar sendiri, ni kan barang -barang i.." Duhaila berusaha menarik wang yang sudah dihulurkan Taufik pada juruwang. Tangannya pantas dipegang Taufik. Juruwang dihadapan sudah tersenyum melihat gelagat mereka berdua. Wang di tangan Taufik sudah selamat mendarat ditangan juruwang. Duhaila sudah menggeleng-gelengkan kepala sambil memandang Taufik.

" and as an exchange, nanti you masak, ajak i makan...i nak rasa air tangan you pulak..ok?" Sebuah senyuman bersama kenyitan mata membuatkan ketawa Duhaila pecah . Pantas tapak tangan ditutup ke mulutnya.

"i'm serius Dr. Duhaila..."

"yelah..insyallah Dr Taufik..."

"That's my girl... i look forward for your invitation Duha.." Taufik sudah mengangkat keningnya sambil merenung wajah dihadapannya.

Erk?...Taufik ni...issh..


4 comments:

Didi Sakura said...

best,,
smbung lagi ye~

Hanya Aku Dihatimu.. said...

he..he..apa mereka bercinta?

alreinsy said...

taufik dh jatuh hati kt duha... suka2... x nak la dgn akhmal tuh...

kucc_aprilsnow said...

hmmm...

Hati Ini Pilih Kamu

"Saya dah tak ada hak lagi nak duduk kat rumah tu." Rumah tu milik Zainal. Dan isyarat kak long yang humbankan beg pakaian aku be...