Wednesday, November 11, 2009

Istikharah Terakhir - bab 6

Bab 6

"Damn you Marina!..."

Telefon bimbit dicampak ke atas katil. Terperesuk di hujung bantal. Kedua belah kelopak mata dikecilkan. Kedua belah tangan dicekak ke pinggang. Dadanya turun naik dengan pantas menahan rasa marah yang membusung. Matanya menangkap bingkas gambar sederhana besar diatas meja dihujung kanan katil. Pantas disambar bingkai gambar yang indah berukir. Matanya buntang memandang potret yang sedang tersenyum manja di dalam bingkai...Kurang ajar punya perempuan!...dan tanpa berfikir tangan yang memegang bingkai gambar nan kaku diayun ke dinding. Pranggg!. Puas dirasakan melihat cermin luar yang menyadur bingkai tadi pecah berderai menyembah lantai bilik.

Langkahnya mundar-mandir di dalam bilik yang dirasakan kian menghimpit tubuh. Kian mencengkam perasaannya. Ketukan di pintu seakan menambah rasa sarat yang kian menekan di dada. Matanya tajam menoleh pada pintu saat tombolnya diputar.

"papa...can we go now?"

"not now Sarah..."


"but papa, you've promise me..."


"i say not now Sarah...now out from papa's room Sarah...out!"


* * * * * * *

Langkah Mak Zainah diatur ke pangkin yang dipayungi pohon cermai nan rimbun. Tangan tuanya menatang dulang berisi seteko air kopi berserta sepiring pisang nangka goreng. Perlahan-lahan dulang diletakkan di muka pangkin. Matanya sekilas memandang Azhar yang sedang duduk sambil bersandar pada batang cermai. Piring dan cawan dikeluarkan dengan cermat dari dulang. Teko berisi air kopi dituangkan perlahan-lahan ke dalam cawan. Asap yang keluar muncung teko berkepul naik ke udara. Disorongnya cawan ke depan sila Azhar. Matanya memandang sekilas wajah Azhar.

"terima kasih mak..." Pantas tangan Azhar mencapai sekeping pisang nangka yang sedikit panas. Ditiup sedikit sebelum disua ke dalam mulut.

"Sarah mana mak?..." Diam. Pertanyaaannya dibiarkan tanpa jawapan. Wajah Mak Zainah direnung. Tangan mencapai telinga cawan lalu dihirup perlahan isinya.

"Dia ikut abah ke kebun ke mak?" Mak Zainah memandang tajam wajah anak lelaki tunggalnya itu. Nafas dihela perlahan. Sabarlah hati!.


"ke rumah Zita." Gigitan pada goreng pisang yang sudah separuh terhadam terhenti. Matanya memandang wajah dihadapan. Berkerut sedikit dahi Azhar. Rumah Zita?.


"bila masa Sarah pergi?..sapa yang hantar dia ke sana mak?"

"Zita datang hantar lauk tadi...Sarah langsung ikut Zita balik, dah kamu marah-marah katanya...merajuk la budak tu." Azhar menelan air liur. Terasa pahit sekali. Kepalanya ditundukkan kebawah sambil tangannya menggosok pangkal leher. Rasa malu pada ibunya menebal. Nampak benar dia gagal mengawal emosi hingga menyeret Maisarah dalam api amarahnya tadi.

"kamu tu Har...marahkan pepijat kelambu dibakar...kesian mak kat budak tu, dia tak tahu apa-apa." Mak Zainah menggeleng-geleng kepala sambil memandang Azhar.

"Har minta maaf mak...Har tahu Har salah."

"bukan pada mak...tu, pada anak kamu tu...Maisarah."

"Har..apa pun masalah kamu dengan isteri kamu tu jangan libatkan perasaan Maisarah..dia tak bersalah..yang salah kamu dan Marina..." Kepala diangguk. Mengiyakan kata-kata Mak Zainah. Azhar turun dari pangkin. Kaki mencari selipar yang tadinya diletakkan ditepi pangkin.

"Haa, nak kemana pulak kamu tu?"

"ambik Sarah mak...Har gi dulu mak."

"Haa baik-baik bawak kereta tu Har..."


* * * * * * *

"kak Zita ada papa?"

"mestilah ada sayang."

"Papa kak Zita baik tak?"

"Hmm..mestilah baik. Kenapa Sarah tanya soalan macam ni?" Wajah comel disebelahnya direnung. Tiada jawapan.

"Papa kak Zita ada marah kak Zita tak?"


"hmm...well, kalau kak Zita buat salah, papa kak Zita tegur laa...dia cakap baik baik kat kak Zita...dia tak marah..." kepala diangguk-anggukkan perlahan.

"baik papa kak Zita kan...tapi papa Sarah..."

"Sarah...kenapa ni sayang?..kenapa Sarah cakap macam tu...cuba cerita pada kak Zita." Dilihat kolam mata si comel disebelahnya itu mula terbit dengan titisan air. Dia memeluk bahu Maisarah.

"papa...papa tu sekarang selalu marah-marah je...tadi pun papa marah kat Sarah...tapi Sarah tak buat salah kat papa pun....Sa..Sarah cuma masuk bilik tanya papa....se...sebab papa dah janji semalam nak pergi bandar nak beli hadiah untuk birthday nenek hari ni...papa tipu ...papa tipu Sarah!" airmata kian lebat membanjiri kolam mata si kecil. Sayu sekali kedengaran rintihannya di telinga Zita. Dia mengeratkan lagi pelukan pada tubuh kecil itu. Kasihan dia!

"sssyyy dah dah, Sarah jangan nangis ok...papa tak sengaja agaknya...maybe papa ada problem kan...mana kita tahu."

"tapi kenapa papa marah kuat macam tu pada Sarah...Sarah tak buat problem pada papa..."

"yes kak Zita tahu. Sarah is good girl...so as a good girl Sarah jangan nangis-nangis macam ni..nanti tak cantik...erk jom kita gi bilik kak Zita nanti kak Zita tunjuk barbie dolls kak Zita pada Sarah ye."

"Barbie dolls?...kak Zita dah besar pun main barbie dolls...eei, tak malu lah!"

"Hey..." dan ketawa Sarah pecah bila tangan Zita sudah pantas mengeletek tubuhnya.

* * * * * * *

Bunyi enjin kereta di halaman mematikan gelak ketawa Zita dan Maisarah. Maisarah pantas terjun dari katil lalu pantas menuju ke jendela. Langsir diselak. Bulat matanya menoleh semula pada Zita di atas katil.

"papa datang....Sarah tak nak balik ikut papa, nanti papa marah-marah lagi..." mulut mungil itu sudah mencebik diiringi air muka yang sayu.

Zita turun dari katil lalu merapati Maisarah di jendela. Kepala si kecil itu diusap perlahan.

"don't worry ok..papa takkan marah Sarah...jom, kita turun...nanti kak Zita gi marah dia ok..." tangan halus itu dipimpin keluar dari bilik.

"Thanks Zita..."

"it's ok Azhar...well, take a good care of her ok..."

"insyaallah...thanks again ye...saya balik dulu.."kepala Zita mengangguk. Tangannya diangkat ke atas melambai pada Maisarah di tempat duduk hadapan bersebelahan Azhar.

"papa.."

"ye sayang..."

"tadi tu papa kena marah dengan kak Zita ye?"

"Haa?"

"yelah...tadi kak Zita kata dia nak marah papa sebab marah kat Sarah..." senyum Azhar sudah tersimpul dengan kata-kata yang keluar dari mulut Maisarah yang petah. Dia mengangguk-anggukkan kepala.

2 comments:

Aisha @ Sara Hamza said...

soooooooo cute! sambung2!

cactaceous opuntia said...

haha..alor sara...sian dia...npe ngn marina?ape mslh azhar ngn marina ye?

Hati Ini Pilih Kamu

"Saya dah tak ada hak lagi nak duduk kat rumah tu." Rumah tu milik Zainal. Dan isyarat kak long yang humbankan beg pakaian aku be...