Tuesday, November 10, 2009

Songket Hijau Buat Ku'a -Bab 9

Bab 9

Mata Ku'a membulat tatkala melihat jarum jam di sebelah katil....ya Allah ya Tuhan!, macam mana boleh tak sedar ni Ku'a ooi, tidur mati ke, mulut merungut perlahan sambil tangan menggaru-garu kepala yang tidak gatal....awat la jam, awat hang ni tak bunyi....mentang-mentang la aku cuti solat, hang pun nak cuti dari berbunyi ye...cissh!, Tangan mencapai jam lalu membelek-belek. Pantas tangannya menepuk dahi.

laa...tak tarik ke atas rupanya, patutlah!....apalah hang ni Ku'a...issh

Ku'a pantas turun dari katil. Tuala di ampaian ditarik lalu berlari ke dalam bilik air. Lambatlah hari ni sampai kat sekolah jawabnya!

Kakinya cepat-cepat disarungkan kasut yang diambil dari rak tadi. Pantas pintu dirapatkan lalu anak kunci dimasukkan. Tap!. Beres. Langkah laju diayun ke garaj sambil sebelah tangan diletakkan di atas kepala mengelakkan dari rintik air hujan membasahi tudung merah jambunya. Kala anak kunci dihala ke kereta matanya sempat menoleh ke pagar sebelah. Sunyi sahaja. Tiada kedengaran bunyi suara makcik Latifah yang mesra. Tiada kelihatan kereta pak Berahim juga kereta milik Mustaffa. Cuma motor Azrief sahaja yang terdampar di garaj. Pintu pagar dilihat bermangga. Kemana pulak pergi diorang semua, bisik hati kecilnya. Dah balik ke mamat dua orang tu?...iye kut!,

issh apahal la pulak kau sibuk-sibuk ni Ku'a, dah lambat ada masa lagi menyibuk hal orang...cepat!

Fuhh!....Mata dipejamkan seketika lalu dibuka. Nafas dihela perlahan. Tangannya kejap di stereng sambil matanya menyorot pemandangan dihadapan. Bagaikan sebuah gerabak keretapi yang amat panjang dan berwarna-warni dengan saiz yang pelbagai. Kepalanya di geleng-gelengkan sedikit.

This is KL Ku'a....biasalah, asal hujan je mesti jam, asal hujan jer mesti sesak....senario normal hidup dibandaraya.

Jalanraya yang sesak pagi ini sedikit mengganggu pemanduan Ku'a. Alahai jalan, dah la orang lambat ni, jam la pulak pagi-pagi ni. Kenderaan dari arah ke pusar bandar bergerak dengan kapasiti yang amat perlahan. Hujan renyai-renyai yang melanda ibukota menambahparahkan keadaan. Jalanraya yang agak licin membuatkan semua pemandu lebih berhati-hati. Tangannya pantas mencapai CD. Tiupan saksofon dari CD instrumental Kenny G yang berlagu damai Songbirds bagai memberi ketenangan minda padanya dalam menangani tekanan emosi bila melihat keadaan di jalanraya. Serasa seperti damai tatkala melihat laut nan biru.

Bunyi hon mengejutkan lamunan sesaatnya...issh, sabar laa cik abang ooi...semua orang pun lambat ni, bukan awak seorang je. Matanya yang masih tekun dihala kedepan. Aduhai, bila la nak sampai kalau macam ni...

Sah la tersangat lambat akan sampai ni karang Ku'a....

Tangannya pantas mencapai gajet di dalam tas tangan.

"Assalamualaikum...Kak Lin. Kak Lin dah sampai ke?...alhamdulillah...ooo Jojie ngan Watie pun sama, good good...ni Kak Lin, Salha akan lambat la kak , dah la terbangun lambat pagi tadi, jam tak terlupa kunci, jalan pulak jam dari rumah tadi...ha'a jam sangat jalan menghala ke Bulatan Pahang ni kak...ha'a la kak, biasalah kan KL memang macam ni, lali dah sangat kak...tu la pasal, hujan lagi kat sini kak..owh sana tak hujan pulak ye...Kak Lin, Salha masih di Jalan Genting Klang ni kak. Salha nak mintak tolong Kak Lin signkan invoice bagi penghantaran kerusi-kerusi baru tu nanti ye. Dia orang akan deliver pagi ni kak...ha'a nanti lori tu sampai, katanya semalam pukul 9.30 pagi....nanti suruh diorang letakkan kat store dulu ye kak....Kak Lin tolong check ye condition kerusi-kerusi tu semua nanti ye kalau ada yang rosak akak reject and suruh diorang bawak balik ye...orait, ok thanks ye Kak Lin...assalamualaikum....ye ye insyaallah."

* * * * * * *

"Laa...awat hang tak check malam tadi masa nak tidoq...hang tu memang la, kalau aku tak da kat rumah lagu tu la hang...kalut memanjang." Ku'a cuma mencebikkan bibir tatkala seketika menoleh pada Azarina yang sedang asyik mengunyah kacang di meja makan. Kuali yang berisi sayur kacang buncis yang baru digoreng bersama kicap diangkat ke tepi. Piring dicapai lalu sayur tadi berpindah tempat.

"ala bukan selalu pun aku bangkit lewat, pagi tadi tu kategori tak sengaja laa....lagipun, malam tadi aku lewat tidoq hang taw Azad..kerja sekolah tu banyak nak kena siapkan...kui 2 pagi tu aku tidoq...standard la kalau terlajak."

"banyak la hang punya standard....kategori tak sengaja kunun...mengaku ja la hang tu tertidoq dengan syoknya pasai hujan...kan?"

"dah la, tak kuasa aku berdebat ngan hang ni..hujah hang ja la menang...dah la makan kacang tu, pi ambik pinggan...jom makan, lapaq la aku..."

"aku pun lapaq laa....terliuq ni tengok ikan masin sepat goreng bercili hang ni..."

* * * * * * *

"Ku'a..."

"yup..."

"Ku'a...mana perginya orang sebelah haa...senyap ja aku tengok rumah dari petang tadi...pintu pagaq pun kunci...makcik Latifah pun tak nampak, selalu dia kan rajin lepak petang-petang kat buaian tu...kalau nampak aku balik sah kena tarik joint sembang punya...hang agak-agak depa pi mana haa Ku'a?" Matanya yang sedari tadi tekun melihat kepilan invoice-invoice yang dibawa dari sekolah tadi diangkat. Wajah lucu Azarina yang diselaputi bedak sejuk dipandang.

"Dari pagi tadi memang takda...kereta pak Berahim ngan kereta si Mustaffa pun takda aku tengok.."

"Ooo hang siap tengok perhati kereta mamat sekoq tu, dahsyat hang no...awat, ada apa apa ka?" Mata Ku's sudah membulat melihat Azarina yang sedang ketawa sambil mengangkat-angkat kening.

"Laa..ke situ pulak hang ni Azad ooi, aku tenyeh mulut tu kang, baru tau...dah memang kereta dia dok parking kat laman kan...macamlah hang tak selalu nampak...bila dah takda, tak nampak depan mata mesti la perasan kan..."Azarina pantas mengangkat kedua-dua belah tangan ke udara. Tanda minta maaf.

"usik ja la...tu pun hang nak marah..."

"ala aku tau la hang tu bukan apa...jeles kat aku la tu..." Azarina sudah mengerut dahi memandang Ku'a yang memandangnya dengan selamba. Langkah diayun ke sofa. Duduknya dilabuhkan disebelah Ku'a yang tekun memandang kertas-kertas diatas meja.

"Jeles hang kata?...aku jeles? jeles pasai apa pulak ni?...cuba habaq mai kat aku..."

"aku dok sebut buah hati hang tu..."

"Sapa?...mamat pasemboq tu maksud hang...eei, tolong banyak ya cik Ku'a...takdak la aku nak kat dia tu, sekelumit pun tak hingin...mulut dia tu kalah perempuan...suka tu jauh la sekali...haa, kalau menyampah tu...ada!"

"Haa..jangan cakap sebarang ya...karang orang yang benci, hang dok menyampah tahap 7 lapis langit tu la nanti yang hang dok syok nanti tau..."

Azarina mencebik pada Ku'a yang sudah ketawa sambil menutup mulut.

Mamat tu?...tak kuasa aku!...muka dah iras macam lanun terlepas ja!, Ooops, sorry haa encik Mustaffa...

1 comment:

cactaceous opuntia said...

btul2..gadoh2 kwen...haha

Hati Ini Pilih Kamu

"Saya dah tak ada hak lagi nak duduk kat rumah tu." Rumah tu milik Zainal. Dan isyarat kak long yang humbankan beg pakaian aku be...