Saturday, November 28, 2009

Istikharah Terakhir - Bab 8

Bab 8

Zita tahu perjalanan hidup yang sudah tertulis buat dirinya ini memang amat perit untuk ditelan. Tidak tertanggung oleh bahunya dan kudratnya sebagai manusia..sebagai perempuan yang maha lemah ini. Dia tidak menyalahkan sesiapa atas tiap apa yang terjadi keatas dirinya selama ini. Jauh sekali menyesali atas apa yang menimpa dirinya. Dia akur setiap yang tertulis pasti ada rahmatnya. Cuma untuk membongkar rahsia disebalik rahmat yang tersembunyi itu bukanlah tugas sekelip mata. Masa yang akan membuktikannya suatu hari nanti. Dan dia akan menanti masa itu dengan sabar. Ya, dengan penuh kesabaran, insyaallah.

Kedua belah tangan diraup ke seluruh wajah. Mata dipejamkan sambil badannya yang masih terhenjut-henjut menahan sebak yang bertamu. Kolam mata yang tadinya cuba ditahan dari tumpah laju mengalir kini membasahi wajah bersihnya. Hujung telekung ditarik lalu pantas disua ke daerah yang kian basah dengan limpahan airmata. Kedua belah tangan diangkat ke paras dada. Doa kudus dipanjatkan memohon dari-Nya dikala tengah malam yang sunyi dan tenteram ini semoga dia diberikan petunjuk untuk memilih arah perjalanan hidup yang terbaik buat dirinya. Semoga doanya...semoga permintaannya ini dimakbulkan. Itulah harapannya. Harapan untuk istikharahnya.

* * * * * * *

Ketukan dipintu menghentikan keasyikan pembacaannya. Penanda buku diletakkan pada mukasurat dimana dia terhenti tadi lalu buku tersebut diletakkan di atas meja. Zita bingkas bangun dari katil lalu langkah diatur perlahan-lahan ke muka pintu.Tombol diputar.

"maaf Zita. mak Ton mengganggu ke?" senyuman diberikan pada wajah tua mak Ton.

"takde la mak Ton. Zita tengah membaca je tadi. Ada apa mak Ton?"

"laa Zita tengah membaca ye..maaf sangat-sangat, mesti terencat apa yang dibaca tadi kan.." Zita sudah tersenyum lebar sambil menggeleng-gelengkan kepala.

"issh, takde la sampai macam tu mak Ton. Zitakan boleh sambung baca nanti. Mak Ton tak jawap soalan Zita tadi ni..ada apa mak Ton cari Zita?"

"papa Zita telefon. Tu tengah tunggu Zita jawab di bawah, cepatlah...papa tunggu tu.."lengan Zita dipegang lembut mak Ton sambil tersenyum. Zita mengangguk-anggukkan kepala. Senyum mak Ton dbalas mesra.

"yelah...terima kasih mak Ton..."Langkah diatur seiring dengan mak Ton menuruni tangga.

"Assalamualaikum papa...papa sihat?" suara cerianya dilontarkan.

"Walaikumsalam, alhamdulillah papa sihat-sihat Zita...Zita di sana apa khabar?.." namun nada suara yang menyambut di hujung talian sana tidak sama seperti yang digambarkan. Zita dapat mengesan ada kelainan pada nada suara papanya pagi ini. Apa yang mengganggu fikiran papa?, hatinya berdetik risau.

"Zita baik-baik je kat sini papa...papa jangan risau ok. Mak Ton dan pak Din jaga Zita dengan baik di sini. Zita tenang di sini papa...di sini aman..di sini tenteram...Papa jangan risaukan apa-apa tentang Zita di sini...Zita yang risaukan papa di sana...papa betul ok ke? " Terdengar helaan nafas yang perlahan di hujung talian di sebelah sana. Sunyi seketika suara di sana. Zita masih menunggu.

"papa..papa ok ke?"

"papa ok sayang...jangan risau..."

"betul ni papa?"

"ye Zita...papa ok. Don't worry."

"tapi suara papa macam lain jer, tak macam selalu, Zita tahu papa kalau happy your tone won't be like this...papa just tell me what is bothering you...ada apa-apa yang terjadi kat sana ke papa?" Tiada jawapan. Jeda seketika antara mereka.

"papa?.." Masih sepi. Zita sudah menggosok pelipisnya. Pasti ada sesuatu yang mengganggu fikiran papanya. Dia tahu. Amat maklum dengan perangai papanya itu.

"Zita.."

"ye papa..."

"papa ada berita buat Zita.."

"berita?..berita apa papa?"

"papa nak Zita tenang dengar berita yang papa nak beritahu.."

"papa...cakap lah.."

"Zita..."

"go on papa.."

"papa nak beritahu sesuatu...." Zita tidak menjawap. Masih menanti bicara dan patah kata seterusnya.

"is about Faisal Zita.."Kerlipan mata Zita seakan terhenti seketika. Air liur di kerongkong rasa tersekat.

"Faisal is back Zita..."

"Faisal dah balik ke Malaysia...Faisal, suami Zita dah balik...dan dia sedang mencari Zita...mencari di merata...dia nak jumpa Zita. Begging on papa to see you...but papa did not say anything on your whereabout to him yet...papa mahu Zita fikirkan hal ini...Zita kena berhadapan dengan dia sayang..."

"Zita...Zita?"

Zita terjeda.

Faisal...sebuah nama yang kian pudar dari ruang tinta hatinya itu kini muncul kembali.

Faisal...Mata Zita terpejam rapat.

1 comment:

cactaceous opuntia said...

balik msia?sblm ni faisal tu dok celah mana la

Hati Ini Pilih Kamu

"Saya dah tak ada hak lagi nak duduk kat rumah tu." Rumah tu milik Zainal. Dan isyarat kak long yang humbankan beg pakaian aku be...