Wednesday, November 11, 2009

Rindu Semalam - Bab 25

Bab 25

Jubah putih disangkutkan di kepala kerusi. Stetoskop yang melingkar di leher di letakkan di atas meja. Langsir putih diselak sedikit lalu matanya redup melihat pemandangan diluar dari bilik kecilnya itu...namun mindanya saat itu sudah merawang entah ke mana. Ahhh...perlahan-lahan nafasnya dihela. Sesak rasa didalam. Sesak dengan pelbagai persoalan yang menekan. Taufik melabuhkan duduknya di kerusi sambil menyandarkan tubuh yang kepenatan. Kacamata ditanggalkan lalu disorong ke tepi meja. Matanya dipejamkan seketika sambil sebelah tangan diletakkan di dahi.

Semalam dia sudah dihubungi Akhmal bertanyakan tentang Duhaila. Sukarnya untuk dia membuka mulut untuk memberi penjelasan. Sudahnya dia hanya mampu berbohong. Berbohong derngan mereka sebuah cerita. Maaf Akhmal !. Sakit dadanya bila memikirkan hal ini. Dia tidak tahu apakah dirinya patut dilabelkan seperti pepatah lama; harapkan pagar, pagar makan padi...kejamkah dia hingga tergamak mengkhianati persahabatan mereka. Persahabatan yang sudah lama terjalin haruskah dinoktahkan hanya kerana keterlanjuran yang dilakukannya. Keterlanjuran perasaan yang tidak pernah langsung diduga. Tidak pernah digamit rasa itu kesisi apatah lagi bersemayam di sanubari tapi apalah daya...dia juga manusia biasa....ya, cuma manusia biasa. Berdosakah dirinya menyimpan rasa itu pada si dia. Si dia yang juga pujaan hati teman akrabnya. Taufik bingung memikirkan kemelut yang sedang melanda perasaannya. Berkali-kali dia cuba menafikannya, bukan dia tidak cuba menolaknya..namun dia gagal...tetap gagal. Si dia dan bayangan wajahnya akan sentiasa hadir. Di mana-mana sahaja.

Dan yang paling meresahkan perasaannya bila maknya sudah mula bertanya tentang si dia. Si dia yang sudah mencuri hati kecil bonda kesayangan Taufik.

"Fik dengan Duha macamana?, bila lagi nak bawak dia datang rumah jumpa mak..berkenal-kenalan dengan mak." suapan nasi ke mulut terhenti. Matanya memandang wajah tenang dihadapan yang sedang tersenyum padanya. Perlahan jari-jemari dibawa ke mulut. Diam. Tidak memberi balasan pada pertanyaan maknya tadi.

"Fik?" Tidak putus asa mak rupanya.

"insyaallah mak..."

"insyaallah tu bila Fik?..."

"hmmm...nanti ye mak. Fik pun kena tanya Duha dulu..kan mak?"

"jangan lambat-lambat Fik...awak tu jugak yang melepas nanti. Mak bukan apa, mak cuma fikirkan Fik je...dah sampai masanya Fik fikirkan masa depan...hidup berkeluarga, ada isteri, ada anak-anak. Mak ni nak gak tengok hidup anak mak yang seorang ni terurus...sekurang-kurangnya kalau mak dah takda, ada orang yang jaga makan minum pakai Fik tu...aman sikit mak kat sana nanti Fik.." pantas tangan tua dihadapan digenggam erat.

"mak....kenapa cakap macam tu?..mak dah boring ye duduk ngan Fik...ke mak nak duduk ngan adik?...mak rindu cucu mak tu ye?..esok Fik hantar mak gi rumah adik..ok mak?" Pantas tangannya dicubit.

"aduh...sakitlah mak."

"bertuah punya anak..orang cakap betul-betul, dia main-main kan kita pulak.." Ketawanya pecah melihat muka maknya yang sudah sedikit membahang..uik, mak marah laa!

"ok ok mak Fik minta maaf...sorry mak.." Tangan mak dielus-elus perlahan-lahan dengan jemarinya.

"mak, Fik sentiasa doakan mak panjang umur, sihat...Fik nak anak-anak Fik nanti kenal nenek diorang yang satu ni...dapat rasa kasih sayang seorang nenek."

Ketukan dipintu pantas memancung kenangan makan malam kelmarin. Matanya memandang wajah yang sudah separuh terjenguk dari gawang pintu.

"boleh aku masuk?" sebuah senyuman terhias di wajah putih bersih jejaka kelahiran negeri darul naim itu.

"kepala kau tu dah separuh pun masuk dalam bilik aku ni..." katanya disambut ketawa kuat Wan Azlan yang sudah melabuhkan punggungnya di kerusi dihadapan. Mereka saling berpandangan.

"kau tak nak lunch?..dah dekat pukul 1 ni Fik." jam di pergelangan tangan ditoleh sekilas. Kepala digeleng perlahan.

"tak lapar lagi..kalau kau nak gi dulu takpe, go ahead." tubuh Wan Azlan yang tadinya tersandar pada kerusi digerakkan kehadapan. Merenung tepat pada Taufik.

"Fik...lately aku tengok kau lain je, tak macam selalu...tak banyak bercakap. Habis kerja duduk berkurung dalam bilik, ajak sembang-sembang kat port kita ngan member-member dah taknak..kau ada masalah kan Fik?"

"takde apa-apa la Wan...aku penat je."

"kau ingat aku baru kenal kau semalam ke, haa?...dah masak sangat aku dengan perangai kau tu...cubalah jangan nak bodohkan aku dengan bagi alasan darjah satu kau tu."

Cermin mata ditepi meja dicapai lalu diletakkan pada posisinya. Nafas dihela perlahan-lahan lalu dihembus keluar. Pandangan ditebarkan pada keseluruhan bilik yang berona putih bersih dan suci. Angin yang dihembus oleh alat pendingin hawa gagal menolak kehangatan rasa yang sedang menghimpit mindanya saat ini.

"Kau rasa aku ni kejam tak Wan?"

"eh..apa punya soalan tu...cuba kau explain further."

"Hmmm..takpa la Wan..."

"hey hey...no no....kau cakap Fik...just say it ok...be sincere to me..."

Kepala ditundukkan kemeja.

"Aku tak tahu nak buat macam mana Wan...aku..a..aku keliru Wan...i'm so confuse...so stressful because of this feeling."

"Fik...just tell me what is this all about...just tell me man..."

Tubuhnya kembali disandarkan pada kerusi. Nafasnya turun naik menahan rasa yang sedang menari-nari didalam. Sakitnya.

"Akhmal.....Duhaila....dan aku."

Kepala Wan Azlan sudah terangguk sedikit. Sedikit sebanyak dia tahu perasaan temannya itu pada doktor muda nan ayu itu. Seringkali dia terserempak mereka berdua. Pernah sekali dia ternampak mereka berdua membeli barangan di pasaraya. Seperti pasangan suami isteri sahaja mesra mereka saat itu. Dia tahu Taufik benar-benar serius kali ini. Air muka gembira jelas terpancar ketika itu. Sayangnya Duhaila juga diburu Akhmal, teman akrab sejak kecil Taufik. Dia juga maklum hal itu. Taufik pernah menceritakan padanya kisah Akhmal dan Duhaila.

Redup matanya memerhati wajah muram penuh tekanan dihadapannya saat ini. Taufik, Taufik...

"kenapa...kau fikir kau dah kianat pada Akhmal sebab kau suka...sebab kau cinta pada Duhaila, begitu?"

"Wan..aku dah janji nak baikkan semula hubungan dia dengan Duhaila..i gave him my word Wan..tup tup aku pulak pi jatuh cinta kat Duhaila..issh kawan jenis apa aku ni..."

"Fik, aku faham apa yang kau rasa...dan aku pun tahu eratnya hubungan persahabatan kau dengan Akhmal....tapi kau jangan lupa dalam soal perasaan ni kita tak boleh paksa memaksa."

"meaning?"

"jangan ketepikan perasaan Duhaila...dia pun ada hak untuk menentukan pilihan untuk dirinya. Kau dah pun pulihkan hubungan diaorang berdua kan. Duhaila dah pun maafkan kesalahan Akhmal kau kata..that good, rite?. Aku tengok hari tu pun kat rumah Akhmal masa birthday Ben...ok jer diorang borak...at least that was a good sign Fik...jangan salahkan diri kau dalam hal ni...benda-benda macam ni kita susah nak kata Fik...kau tak boleh nak panggil atau tolak dia dari diri kau...biar masa jer yang tentukan...well, best man win my friend..dah la jom gi lunch...amende la kau nak jiwang sorang-sorang dalam bilik ni..."senyumnya terjuring sedikit dengan kata-kata akhir Wan Azlan.

"jom la...turn kau belanja.."

"no problem...tapi ikut menu aku la..."

"Mamak lagi...bau kari lagi la aku hari ni..." ketawa Wan Azlan pecah. Bahunya sudah dipaut erat.

Hmmm...best man win...aku?...atau...

2 comments:

iyads said...

hurm..sy ase duhaila akan pilih taufiq kowt..n taufiq why don't go steady je ngn duhaila..ne la taw duhaila pn de ase yg sm ngn taufiq..newey..the writer knows well what gonna hppn next..hehehe..chaiyok3x!!

Hanya Aku Dihatimu.. said...

salam kucc..siapa hero dalam certa ni???ada kah akhmal or taufik???kucc jgan buat liza sakit kepala ni..harap2 taufik pilihan duhaila lah..he..he..

Hati Ini Pilih Kamu

"Saya dah tak ada hak lagi nak duduk kat rumah tu." Rumah tu milik Zainal. Dan isyarat kak long yang humbankan beg pakaian aku be...