Friday, July 19, 2013

TEASER - KERANA CINTA ITU ADA SAKTINYA


Hehehe...kitkat rehatkan D dan Iq hari ini ye. Kucc post teaser my coming soon e-novel untuk tatapan semua. Sapa yang suka FA of LCDJM, sila angkat keyboard..Ada tak ni? hahaha. Well, for FA's die hardfan...this is his love story...
Nak taw seterusnya tak lepas baca n3 ni? Tungguuuuuu ler ye..lalalala..


----------------------------------------------

 DUA TANGAN Aida laju menangkap tali buaian. Hampir putus nyawanya kala mata menangkap kelibat Dian Khalisha yang menghayun deras tali buaian di tengah halaman Taska My Little Sweet Home Child Care Centre. Berlari Aida ke arah buaian yang diduduki Dian. Mati dia kalau Dian jatuh lagi macam kejadian dulu. Sah-sah Aida tahu dia akan kena marah macam dulu. Daddy Dian tu garang jugak tau tak!
      Tangan menolak perlahan buaian. Tubuh Dian yang terbuai ke depan dan belakang ditatap dengan lontaran senyum. "Dian...jangan buai laju sangat, sayang. Nanti jatuh macam dulu teacher kena marah lagi dengan daddy Dian. Luka lutut tu nanti sampai berdarah macam dulu Dian nak ye." Aida lepas nafas. Dian ni tak padan dengan perempuan. Lasak betul.
    "Ala, mana ada jatuh teacher Aida. Dian oklah. Sikit jer dulu tu. Dian tak nangis pun kan masa jatuh tu." Suara Dian lantang terlontar dengan tubuh yang terbuai ke depan.
"Kalau jatuh tadi, macammana? Daddy Dian nanti marah teacher Aida lagi tau. Dian suka ye tengok teacher Aida kena marah dengan daddy Dian?"
   "Daddy tak marah teacher Aida lagi macam dulu tu. Lagipun, daddy kan sangat suka teacher Aida. Mama pun cakap daddy sangat suka pada teacher Aida. Teacher suka daddy tak?" Dian toleh muka ke arah Aida. Bibir mungilnya menayang senyum yang manis. Tangan Aida terus menolak buaian. Kepala menggeleng perlahan. Sesak dada dibuatnya dengan kata-kata yang dilafaz si comel didepannya ini. Budak-budak sekarang nih bijak betul kalau bercakap. Mengalahkan orang tua! 
    Kepala si comel yang terbuai perlahan diusap lembut. Bibir Aida terus menguntum senyum."Dian kan masih budak-budak. Tak manis cakap macam tu tau kepada orang dewasa. Tak manis tau, sayang." Dian minta Aida berhenti menolak buaian. Dua tangan halusnya dilepaskan dari memaut tali buaian. Tubuh yang duduk ditayar bulat tegak mendekati Aida yang berdiri disebelah. 
   "Tak manis cakap tu macam mana teacher?" Dian muncung bibir. Telunjuk dihala ke bibir. Diketuk beberapa kali. Kepala menggeleng. "Dian tak fahamlah."
   Aida senyum lagi. Pipi gebu Dian dielus perlahan.
   "Macam ni. Hmmm, apa kata kita cakap di dalam. Sini panas sikit, sayang. Ok?" Dian angguk. Senyum dijala. Tangan Aida dipaut erat. Aida balas senyum. Pautan jari-jemari halus Dian digenggam rapat. Dan saat Aida mengangkat muka memandang ke luar pagar, kelibat sebuah BMW putih yang cukup dikenali buat langkah Aida mati disitu. Dian yang kehairan turut membawa pandangan ke arah depan. Bibir mungilnya lebar tersenyum. 
   "Daddy Dian dah sampai, teacher Aida." Tangan Aida terasa digoyang. Senyum dibawa ke wajah Dian yang mendongak pandang. Kepala Aida mengangguk.
   "Jom kita masuk ambil beg Dian dulu ye."
   " Ok." Tubuh comel laju menarik tangan Aida. 

   "Assalamualaikum." Fazwan hulur senyum. Wajah indah didepan ditatap tenang. Ada rindu yang berdetik. 

    "Waalaikumsalam.."Aida lempar wajah tenang. Dua tangan disilang ke belakang. Susuk tubuh segak berkemeja panjang jalur biru dengan tali leher biru tua membuatkan penampilan lelaki dihadapannya ini begitu berkarisma. 
    Fazwan geleng kepala. Senyum. Wajah cantik putih mulus dengan tudung tiga segi merah jambu yang tersarung dikepala cukup sesuai dengan kurung kapas berbunga putih merah yang terlekat di tubuh kurus tinggi gadis dihadapannya ini. Fawzan tahu khilaf tutur katanya yang terburu melafaz hasrat hati yang membuatkan si cantik dihadapannya ini terkejut dan bersikap dingin dengan nya biar sudah beberapa kali huluran maaf diberi. Sudah berpuluh jambangan bunga tanda maaf dikirim. Aida tetap begini. Aida tetap beku. Wajah manis ni mengingatkan pertemuan pertama mereka. Fazwan ingat benar hari tu. Hari yang menemukan dia dengan Aida Awliya yang manis ini. Bibirnya entah kenapa tiba-tiba jadi celupar dan laju memarahi Aida tanpa usul periksa hari tu. Hari dia diminta bantuan oleh Qistina untuk membantu menjemput Dian di tadika ini dan Dian jatuh daripada buaian ketika dia sampai di sini membuatkan Fazwan sedikit panik. Aida yang sedang membersihkan luka dilutut Dian terus sahaja dimarahi.
   "Aida marah lagi pada saya pasal hal yang saya cakapkan tu?"
    Kepala Aida digeleng. Dua pasang mata mereka bertembung. Aida tunduk sedikit. Mata dilarikan dari terus menjadi renungan lelaki dihadapannya ini. Dilepas helaan nafas halus yang menerpa. Pertanyaan lelaki ini menggamit kenangan beberapa hari lepas. Hari dimana lelaki ini meluahkan perasaan dan hasrat hatinya pada Aida. Ya tuhan sungguh Aida terkejut tak terkira. Sungguh dia tidak menduga lelaki yang pernah memarahinya dihari pertama dia di sini pada hari mereka ditemukan buat pertama kali ada lelaki yang kini meluahkan hasrat hati kepadanya. Mahu gugur jantungnya dimarahi tiba-tiba waktu itu. Demi Tuhan bukan niatnya membiarkan Dian terjatuh. Mana mungkin dilakukan kesalahan itu. Dian itu tanggungjawabnya di sini. Dan disini tempat dia meraih rezeki sesuap nasi. Mungkin sudah tersurat diri menjadi mangsa amarah lelaki ini. Namun Aida tidak berdendam. Dia sudah memaafkan Fazwan. Cuma  jiwanya yang halus ini memang mudah terasa. Mudah menangis bila soal yang satu itu dibawa kembali. Dia tidak ingin lagi membicara soal perasaan. Jiwa yang hancur dek perbuatan lelaki yang satu itu belum mampu menerima rasa yang baharu. Lukanya dihatinya ini masih belum sembuh.
   Fazwan lebar tersenyum. Marah lagi la nih. Aida..Aida. Hmmm. Awak tahu tak Aida, dingin dan keras hati awak disebalik redup wajah awak yang damai ini buat tidur malam saya terganggu hingga kini. Saya terpaksa Aida. Saya terpaksa meluahkannya. Saya dah tak mampu menyimpannya didalam hati. Saya tak mahu kehilangan awak!
    Aida angkat mata. Sepasang matanya yang bundar melempar pandangan pada tatapan sepasang mata yang dihiasi kacamata milik lelaki dihadapanya ini. Lelaki yang dipanggil daddy oleh Dian. Hingga sekarang hatinya masih bertanya apa hubungan lelaki ini dengan mama dan papa Dian. Dan kenapa dia dipanggil daddy oleh Dian. Dian itu anak dia ke?
   "Aida, saya nak cak.."
   "Saya rasa eloklah encik Fazwan beredar. Dian dah lama tunggu dalam kereta. Dia nak lunch dengan encik Fazwan kan. Tak baik biarkan budak-budak macam tu lambat makan. Nanti mengundang penyakit pulak."
   Fazwan angguk tanda akur.
   "Aida taknak ikut sama?"
   "Saya puasa." 
    Fazwan senyum."Hari ni hari selasa, cikgu."
   "Err.." Aida gigit bibir. Fazwan yang tersenyum melontar tatapan membuatkan detik jantung Aida makin laju memukul debar. 
    "Saya..saya puasa ganti. Ha..puasa ganti."
   Fazwan senyum. Kepala diangguk. "Berapa hari lagi?"
   "Saya rasa hal ni bukan urusan encik Fazwan. Jadi tak perlulah nak ambil tahu."
   "Suatu hari nanti akan jadi urusan saya, Aida. Dan ketika itu saya perlu ambil tahu sebab saya ada kepentingan di situ. Don't you think so teacher Aida." Fazwan tayang senyum lebar. Aida laju hala mata ke luar pagar. Tidak sanggup ditentang sinar yang terpancar disebalik kacamata lelaki dihadapannya ini.
  "Elok encik Fazwan balik. Kesian Dian lama tunggu dalam kereta." 
   Fazwan angguk. Wajah polos Aida direnung. Wajah yang sehari-hari tidak jemu ditatap. Wajah yang setiap malam menemani tidurnya sejak lebih tiga bulan kebelakangan ini. 
  "Aida, think of what i've said to you.I really mean it,Aida."
   Aida tetap bisu.
  "Saya benar-benar maksudkan kata-kata saya, Aida. I'm seriuos about it. I..."
   "Assalamualaikum, encik Fazwan." Aida laju mencantas kata-kata Fazwan. Dia tidak sanggup mendengarnya! Dan langkah Fazwan yang meninggalkannya usai membalas salam diekori dengan pandangan mata hingga kelibat enjin buatan Jerman berwarna kelabu itu hilang daripada pandangan.
      Kata-kata Fazwan tadi kembali dan terus bergema dihati. Bibir kuat diketap. Dua tangan memaut tubuh yang masih tegak memandang ke arah jalan yang kian lengang.
    Suatu hari nanti akan jadi urusan saya, Aida.
    Saya benar-benar maksudkan kata-kata saya semalam, Aida.
    I'm serius about it.
    Kepala digeleng. Nafas yang turun naik mengikut denyut nadi seakan mengerti rintih naluri. Tak boleh, Fazwan. Saya tak boleh.
    Ada rasa pahit yang tersangkut dikerongkong. 
   Ada kenangan yang masih gagal dihumban dari jendela jiwa. 
   Ada wajah-wajah yang sinis melempar senyum dan hilai ketawa. Bibir makin kuat diketap. Aida lepas nafas perlahan-lahan. Mata makin jauh merenung kaki langit yang masih setia menabur serakan warna biru yang damai. Diri terus merintih. Duka yang diusung takkan mungkin dilupa. Terpalit di jiwa. Tertanam di hati.
   Awak bukan untuk saya, Fazwan.
   Awak bukan untuk perempuan seperti saya...
   Saya tak layak buat lelaki seperti awak, Fazwan..
   Saya tak layak...

18 comments:

Kak Sue said...

Fazwan memang minat...
so kisah cinta Fazwan dan Aida pulak...
mesti best kan sebab Fazwan kan berjiwa romentik... hehehe

Anonymous said...

citer kucc semua bestt2...

sweety said...

Permulaan yg baik..msti ada kenangan pahit pd Aida..
Cik writer..nak komen sikit boleh tak?
Background blog cik writer boleh ubah tak? Sebab bila background gelap ..tulisan coloring..agak sukar nak membaca...sorry

ajeje said...

Fazwan the romantic guy
well a good start....
will follow... BEST :)

Unknown said...

Ahhh..x sabar nak tunggu next chap...best...

Anonymous said...

Awat mcm sedih saja kisah aida ni..
Huhuhuhu
Btww, dian anak qis + joe kkah? ;)
~m.a~

sara said...

Dian Khalisha anak qis. Siapa kah papa nya?

Anonymous said...

Fuhhhhh suspen oh! Sesak nafas jap baca citer ni.keke

The Lady Chosen said...

ada juga kisah Fazwan..great! Ni Dian anak Qis dgn Joe kan cik kucc hehehehe, wah! X sbr nk tunggu LCDJM kuar pulok ^_^

Unknown said...

tk yah ucap pape lh dek...mmg best banget...

Anonymous said...

go go go go FA heheheh

Anonymous said...

ni kisah fazwan pulak ya?mcm sedih je cter ni...huhu...tp,bgs la FA dh ada penggnti qis....dian khalisha,cntiknya nme tu mesti ank qis kan?sape bapanya ya?i hope dian ank khal,tp X mngkin kot...huhuhu...

zue said...

Salam kucc...

Baru baca teaser dah rasa terujanya.
Menarik....

Anonymous said...

Salam kucc,

Pasal crita ni saya marathon baca LCDJM... sangat teruja baca crita Qish, Khal, Joe dan FA...walauapa pun saya suka ada crita pasal FA. Satu intro yg baik... hope to read of your stories. Thumbs up.

kucc_aprilsnow said...

kak sue-amboi2x..suke ek hero lomantik2 gitew..ahaaks

anonymous1 -thks dear

sweety - thks dear for the info. Tukar dah kaler font..hope ok ye

ajeje- hikhikhik..FA mmg lomantik guy

suhaila -kiter hbskan kisah D n Iq dulu

anonymous2- kisah aida mmg sedey.. Dian saper?..jeng jeng jeng tunggu LCDJM versi cetak kuar ye..hikhikhik

sara-jeng3x

anonymous3 - huhuhu

The Lady-tungguuu

norihan- tq dear

anonymous4- yeahh

anonymous5-tunggu LCDJM versi cetak yer...br tau saper dian yer

zue- thks dear

anonymous6- aduhai siap marathon LCDJM sbb FA ye..tq dear.

nana said...

Yaaayyyy LCDJM akan ada versi cetak

nazira azwa said...

sy mmg suka FA...xsbr plak nk bc kisah cinta FA ngan Aida..

Dian 2 ank Qis ngan Joe ke...

Unknown said...

Kucc.... cite ni habis kat sini je bolehhhh....huhuhuhu sebab lambat laaa nak tunggu buku sayang oooiiii.....

apa apa pun coretan awak memang yg terbaik antara terbaik
tq laling

Hati Ini Pilih Kamu

"Saya dah tak ada hak lagi nak duduk kat rumah tu." Rumah tu milik Zainal. Dan isyarat kak long yang humbankan beg pakaian aku be...