Friday, July 5, 2013

13 Ros Merah - Bab 15

Bab 15
TANGAN DAMIA laju jer tanggalkan tali pinggang keledar bila tengok Lexus yang dipandu si mata cokolat seksi di sebelah sedang memasuki simpang kiri ke Setia Heights. Beg sandang yang terdampar diam atas riba dari tadi dibawa rapat ke dada. Zip ditarik. Ternganga luas perut beg hitam yang sekian lama menjadi teman setia. Kepala dijengah meninjau isi perut beg. Tangan diseluk ke dalam perut beg yang melopong. Tag nama dengan lanyard berwarna merah bata berjalur putih ditarik keluar. Mulut beg yang ternganga kemudian ditarik zipnya kembali. Terus didakap erat. Tag nama disangkut ke pergelangan tangan dengan tali lanyard dililit longgar. Mata kembali fokus kehadapan. Viva Bond Girls yang baru berkumandang di dalam perut kereta nan luas ini menggantikan alunan damai Winter David Garret begitu menyegarkan minda. Damia yang tolong tukarkan CD ikut apa yang diminta orang sebelah Damia ni tadi. Irama dari violinists yang cukup terkenal ini rupanya adalah kegemaran halwa telinga si mata cokolat seksi ini kala dia mahukan ketenangan. Mahukan kedamaian. Damia sibuk juga tanya tadi sambil belek-belek CD violinist daripada Jerman tentang apa yang indahnya mendengar alunan muzik tanpa lirik. Issh..macam bisu la pulak.  Yelah kalau dah dengar muzik mestilah mulut automatik akan terbuka nak ikut menghayati lagu tersebut. Tak kiralah rentak apa sekalipun. Belasah jer...janji kepala boleh layan. Si mata cokolat seksi ni hanya senyum jer pandang Damia sambil kata setiap orang ada kegemaran dan caranya yang tersendiri untuk menghiburkan hati dan jiwa. Dan cara dia adalah mendengar alunan muzik daripada violinist-violinist kegemarannya. Mungkin Damia tak sesuai agaknya dengan genre muzik macam ni. Yelah dia tengok Damia kan ganas, mestilah nak muzik yang keras jugak. Ewah ewah, ni dah lebih. Main kutuk kita pulak. Depan -depan pulak tu, ciss! Damia rasa macam nak luku jer orang sebelah ni. Nasib baik menumpang kereta dia, jadi kenalah control hemah dan budi perkerti. Tapi Damia bagi gak dia sebijik tadi.  Lu jangan nilai orang macam tu lah, bro. Mana lu tau gua suka muzik ganas...muzik keras. Ada tulis kat muka gua..dahi gua ker? Lu bukan kenal gua sangat-sangat pun. Baru dua tiga kali jer pun lu cakap-cakap dengan gua. Apa barang lu nak main sesah jer nilai gua. Lebar jer senyum si mata cokolat seksi pandang Damia bila Damia sound dia dengan mata yang bulat terbuntang. Sah dia nak kata muka Damia ni kalau buat aksi apa sekalipun tetap maintain comel. Kan,bro kan?..Haa, gua memang dah agak dah. 
    Iqram toleh sekilas. Tag nama yang tersangkut di pergelangan kanan si pipi merah dipandang. Mata tertancap pada sebaris nama yang tertinta. DAMIA HUMAIRA SULAIMAN. Damia Humaira. Mata kembali dibawa lurus ke hadapan. Bibir dah ukir senyum saat kepala mulai kembali mengingati sebaris nama itu. Nama yang disebut si pipi merah ini waktu kali pertama mereka dipertemukan. Pertemuan yang terjadi didalam keadaan yang sedikit huru-hara namun tetap indah didalam lipatan kenangan Iqram. Manakan tidak, si pipi merah ini begitu garang waktu itu dan selamba sahaja memarahinya tanpa memberi peluang dia memberi penjelasan. Mana pernah didalam sejarah hidup Iqram dia dimarahi perempuan cantik. Dikejar adalah. Yang lebih lucu diingatan Iqram dirinya siap diugut bagai membayar gantirugi untuk gaji si pipi merah pada hari tersebut kerana kejadian berkenaan yang telah mengotorkan uniform si pipi merah ini lalu dia terpaksa ponteng kerja. D..D. Hati ketawa bila mengingati semua itu. Wajah Damia yang garang dengan renungan matanya yang tajam merah cukup membuatkan Iqram terkedu waktu itu. 
    Damia Humaira. Nama yang disebut kala Iqram diminta menghubungi pengurus tempat lama si pipi merah ni bekerja dahulu. Lucu juga bila diingatkan kembali peristiwa berkenaan. Bukan senang si pipi merah ini mahu memberikan namanya kepada Iqram. Cuma bila digertak, baharunya dia akur. Iqram senyum terus. D..D. Stereng terus diputar memasuki kawasan blok pejabat dan rumah kedai Setia Heights yang sudah kelihatan dihadapan.
    Dengar alunan Wintersun Bond Girls yang mula lembut berbisik buat Damia cuba memahami yang macam-macam jugak rupanya cara orang nak lepaskan gangguan yang merimaskan jiwa. Hati Damia bergendang perlahan. Itu yang si mata cokolat seksi ni kata tadi. Bukan ayat dari mulut gua ek. Merimaskan jiwa. Kata-kata itulah yang terlepas dari mulut orang sebelah Damia ni tadi. Kepala Damia kembali mengingati perbualan mereka dia wal-awal perjalanan dari Tanglin tadi. Damia  lah yang mula tanya apa kes dia tetiba terpacak kat luar pagar rumah sewa Damia pagi tadi. Bila Damia cakap sah-sah ponteng kerja, dia diam. Kemudian baru dia buka mulut. Buka cerita sebenar. Baru Damia tahu rupa-rupanya si mata cokolat seksi ni datang jumpa Damia di rumah tadi dan ajak pergi makan sebab nak "melarikan" diri dari gangguan makhluk perosak yang merimaskan jiwanya. Makhluk perosak yang telah meranapkan seluruh rasa kasih yang ada didalam hati dan jiwanya selama ini. Damia ingat sungguh perkataan itu. Satu-persatu. Meranapkan-seluruh-rasa-kasih-yang-ada-didalam-hati-dan-jiwa. Walla jiwang besi tahan karat betul si mata cokolat seksi ni rupanya Pot wooi. Kalau lu pun dengar tadi Pot confirm lu pun ketawa sampai runtuh siling bilik. Hati Damia tiba-tiba dah berguling ketawa namun ditahan dengan riak muka selamba. Mata tetap difokus kedepan. 
    Tak tahu la siapa makhluk perosak tu tapi Damia macam suspek bekas awek dia si aktres super cun tu. Kalau dah sebut hati..sebut jiwa..sebut kasih memang sah-sah lah pasal kes dia kena tipu dengan aktres tu. Si mata cokolat seksi ni siap minta maaf kat Damia sebab suka-suka jer datang ke rumah Damia tadi. Bila Damia tanya sapa gerangan mangkuk plastik oren yang mengganggu tu...tak tahu ke tempat kerja untuk bekerja...bukan tempat untuk mengganggu orang. Kata si mata cokolat seksi sambil ketawa bila Damia sebut "mangkuk plastik oren", makhluk perosak yang tak reti bahasa melayu dan omputih tu datang tiba-tiba mengganggunya di pejabat. Tidak cukup dengan gangguan kepada gegendang telinganya malam tadi. Gangguan gegendang telinga pun ada ker, bro?  Damia gelak dalam hati bila ingatkan soalan dia tadi. Mata toleh sekilas sebelah. Iphone cantik si mata cokolat seksi terdampar kat sebelah kotak gear. Mata tertancap lagi pada gajet itu. Minda berputar. 
     "Kalau gangguan gegendang telinga tu camner lak nak hentikan, bro? Takkan nak tutup gegendang telinga lak. Mana lah boleh. Sumbat kapas kut macam citer bujang lapok tu." 
    Si mata cokolat seksi pandang Damia masa tu sambil senyum kecil. "Tak susah, D. Matikan handphone. Campak bawah katil. Tutup lampu dan tidur. Settle kan? Makhluk perosak macam dia, itu jer caranya. Cakap tak guna dah. Buang air liur saya jer." Kening si mata cokolat seksi terangkat rendah. Sempat lempar senyum yang lebih lebar lagi. Damia sengih balas. Orang banyak duit macam lu memang takder hal bro. Bukan takat campak bawah katil. Campak bawah bangunan pun boleh. Satu pergi, seribu lu boleh beli, bro. Kecik hal ja tu kan.
     Mata Damia terus renung gajet di kotak gear. Handphone mahal-mahal macam ni pi campak bawah katil buat apa. Sedekah kat gua aar, bro dapat gak pahala. Besar punya pahala tau bro tolong orang kurang kemampuan macam gua ni, bro. Handphone gua pun jenis brand koman jer. Cap ayam merah kuning. Mata kembali dibawa kehadapan. Deretan bangunan-bangunan di kiri dan kanan sudah kelihatan. Damia hala dua biji mata ke pergelangan tangan kanan. Muka Casio yang bulat dan hitam dipandang sekilas. 1.30 petang. Jam hadiah harilahirnya tahun lepas yang diberikan oleh Pot dan Demang sebab kawan baik Damia yang berdua tu tau jam swatch lama Damia dah wassalam kena telan dek mangkuk tandas. Hmmm..ada setengah jam lagi ni. Baik gua solat dulu kat bangunan depan sana. 
   Damia toleh ke sebelah. "Bro.."
   Iqram toleh. Senyum. " Ya cik Damia."
   Oit! Damia laju pandang pergelangan tangan sebelum kembali menala mata ke wajah si mata cokolat seksi disebelah. "Lu curi tengok nama gua ek?" Diangkat pergelangan tangan kanan ke wajah si mata cokolat seksi.
   Iqram senyum lagi. "Dah lama saya tahu nama penuh awak tu cik Damia Humaira binti Sulaiman." 
   Oit Oit. Damia pandang terus ke wajah orang sebelah yang tenang mengawal stereng. Apa barang lu sebut nama penuh gua ni, bro. Sah terbatuk-batuk abah gua kat kebun pisang nama dia kena seru dengan si mata cokolat seksi ni.
   "Saya ingat lagi masa pertama kali kita jumpa dulu. Ingat tak? Saya sebabkan awak jatuh dalam air."
    Damia tala mata ke siling kereta. Mulut mencebik."Air la sangat. Lopak lumpur tak cakap. Sampai jahaman uniform baru gua. Kurang kurang cuba la pujuk gua gantikan uniform tu ker...hampeh. Wat muka sardin jer."Iqram ketawa. "Cik Damia Humaira binti Sulaiman yang garang masa tu kan. Saya nak cakap pun takut tau. Macammana nak offer ganti uniform baru kalau cik adik pipi merah tu sungguh-sungguh garang dengan mata yang merah menyala. Fuh..siap ugut saya tu mintak gantirugi gaji. Berani betul awak kan, D. Ugut saya tu...tau tak saya ni lelaki paling handsome di Kuala Lumpur ni. Sekali petik, beribu barisan perempuan cantik yang datang." Iqram pamer senyum manis .
    Damia pamer cebik. "Alasan tak nak ganti. Macam-macamlah cakap." Mata dikerling ke sebelah lagi." Apa tadi lu sebut. Lelaki paling handsome di Kuala Lumpur ek?." Jari-jemari kanan melingkari leher sambil lidah dijelir sedikit. Iqram pamer senyum lagi melihat reaksi Damia disebelah.
   "Muntah hijau lumut gua. Ada orang perasan tak hinggat dunia dalam kereta ni rupanya. Geli..geli hati gua ni." Damia geleng kepala. Dua tapak tangan dirapatkan lalu dihala rapat kesebelah. Iqram angkat kening. Stereng dikawal perlahan. " Ya Allah tolonglah selamatkan makhluk yang tak sedar diri tu...yang perasan dia paling hensem." Bibir Damia terus cebik. Mata bertembung dengan senyum Iqram yang belum usai di bibir. "Hensem kunun. Kucing gua si tompok kat kampung pun seribu kali hensem daripada orang tu laa." 
   Pecah gelak hilai Iqram. Kepala menggeleng. Muka si pipi merah yang terpamer riak selamba dipandang. "Ada ke bandingkan saya dengan kucing. Tak adil betul." Damia tayang sengih." Oklah tu,bro. Nasib baik gua sebut kucing. Buatnya ayam. Lagilah tak adil kan. Ayam abah gua si Bob hensem tau, bro. " Dua pasang mata bertembung. Bergerak bibir masing-masing seolah-olah mahu menyatakan sesuatu sebelum ketawa berderai.
    Khali seketika. Lexus dipandu Iqram sudah menghampiri blok di mana lambang APAC yang jelas kelihatan walau dari jauh. Diperlahankan pemanduan. Rasa berat juga mahu berpisah dengan si pipi merah disebelahnya ini. Sepanjang setengahari bersama si pipi merah ini Iqram cukup merasakan ketenangan dan kedamaian di jiwa. Hatinya rasa bahagia. Diri rasa gembira mendengar segala macam cerita yang terbit dari mulut si pipi merah ini. Segala yang membelenggu dan menyesakkan fikiran seolah sudah hilang diterbangkan angin yang membawa jauh segala masalah yang mengganggu diri sejak beberapa hari ini. 
    Damia tengok Lexus dipandu si mata cokolat seksi sudah memasuki kawasan parkir dihadapan APAC Pharmacy. Damia sangkut tag nama dileher. Dihala tali beg yang tadinya dipeluk erat ke bahu. Wajah di paling menjengah ke arah luar cermin memandang pelanggan yang keluar masuk ke APAC.
   "Bro.."
    "Yup. " Iqram tersedar sesuatu. Kepala digeleng perlahan. Mata ditala mencari wajah mulus disebelah."Issh..tengok...saya pun dah terikut-ikut gaya menjawab ala kongsi gelap awak. Tak kena macam ni. Saya bukan Metallica or Linkin Park, D."
     Damia dah  tayang sengih lebar. "Orait la tu, bro. Terbaek. Sempoi ja kan cakap macam tu." Damia hala dua ibu jari keatas dengan mata yang dikenyitkan.
     "D..please. Tukar ye."
      "Tukar apa ni. Gua tak faham aar, bro." Damia sengaja tayang pertanyaan. Hati dan ketawa. Bukan dia tak ingat apa permintaan si mata cokolat ini tadi waktu mereka di parkir Tanglin. Gua nak panggil abang?.. Fuh, ngeri gua! Mahunyer kalau Pot tahu wajib dia gelakkan gua sampai kena sewa mulut Demang sama. Ciss!
       "Cik Damia Humaira. Nak saya ulang ke? " Iqram renung wajah disebelah. Lexus sudah dihentikan dihadapan APAC Pharmacy. 
     Damia tala telunjuk ke dagu. Diketuk perlahan. "Nantilah. Tunggu gua dapat petunjuk dulu. Boleh?"
     "D...." Panjang seruan namanya dibibir Iqram. Damia sengih terus. 
      "Nanti aar gua cuba, bro. Slow slow la. Boleh kan. Lu ingat senang ke nak adjust lidah gua yang dah sebati dengan gaya macam tu. Lagipun gua...gua bukan jumpa lu selalu pun. Kebetulan jer kan lu jumpa gua..atau gua jumpa lu. Macammana gua nak biasakan lidah gua ni. Munasabah kan hujah gua ni, bro."
      Enjin Lexus dimatikan. Iqram silang dua belah tangan ke dada. Mata hala ke wajah comel disebelah. Senyum mekar di bibir.
      "Hmmm...good idea. Macam tu, hari-hari kita jumpa. Ok? Saya suka kalau dapat jadi kawan awak tak kira masa...pagi...petang...siang...malam. Boleh? Saya suka kalau jumpa awak selalu...jumpa hari-hari. Awesome moment. I like it very much. Macam hari ni. Kalau boleh, hari-hari saya nak feeling macam ni. Nice and wonderful." Dan senyum di hati Iqram turut mekar.
       Damia tala kening naik ke atas sedikit. Mata tidak berkelip memandang si mata cokolat disebelah yang dah cakap macam nak petik bulan bintang. Dia ni gua rasa terlebih makan kuah pencecah ikan tadi aar. Takpun makan gulai rebung tadi. Damia ingat lagi tadi masa di gerai pak Din si mata cokolat ni beria-ia nak mencuba gulai rebung udang yang Damia ambil. Tulah, gua dah cakap kalau tak biasa jangan makan rebung tu. Ni nak jugak ikut apa gua makan. "Apa kes lu nak jumpa gua pagi petang siang malam pulak ni. Lu bukan ehem ehem gua pun. Agak-agaklah lu ni kalau cakap. Nanti orang ingat gua skandal baru lu pulak. Tak rock la, bro main skandal-skandal dengan anak orang. Kalau berani datang jumpa abah gua la tanya kalau lu nak jadi kawan gua pagi petang siang malam macam tu."
        Iqram senyum. "No problem. Bila saya boleh jumpa abah awak minta izin nak jadi kawan pagi petang siang malam awak,hmmm. Hari ni pun boleh. Saya dah jadi bachelor bebas sekarang. I'm nobody sweetheart now. Kalau awak nak, boleh lah tolong isi tempat yang kosong tu. Saya tak ada halangan. Suka lagi adalah."
        Damia telan liur. Tangan menggaru kepala yang tak gatal. Mata terkebil-kebil pandang si mata cokolat disebelah yang tabur senyum manis. Biar betul mata cokolat ni.  Nak test gua apa. Senyum yang makin manis buat Damia tambah curiga. Sah, weng dah mangkuk mata cokolat ni. Takper. Lu nak test gua kan. Lu tengok pulak camner gua test lu.
       "Bro, kepala lu ni gua rasa dah weng pasal makan rebung tadi. Kan?"
         Iqram terkesima. "Weng? Apa tu?"
         "Kepala lu dah tak betul la tu maknanya. Macam mabuk...tapi versi yang tak haram la. Tu pasal cakap pun macam orang mabuk. Lu kena minum air kelapa ni gua rasa, bro."
         "Air kelapa?" Iqram tambah hairan. Issh ada pulak dia dikatakan mabuk. D, saya serius la. Awak ni tak sporting betul!
         " Bagi kepala lu tu back to normal. Nak gua belikan air kelapa kat pasaraya Gmart kat hujung sana tu? Sebiji tak cukup gua rasa. Teruk mabuk lu ni, bro." Damia tala muka selamba. Senyum ditayang. Haa...lu jangan nak test test gua bro. Lu silap orang la. Iqram yang tidak berkelip memandang gagal sembunyikan senyum. Pecah ketawa akhirnya.   

10 comments:

-sj- said...

Suka3...x sabar nak tunggu next n3

sweety said...

tak puas..nak lagi ..plssss cik writer

kak nora said...

hishhhh...kaka rimas la si damia ni asik2 lu gua.. lu gua... boleh dak cik kucc ubah cpt2 tegeliat lidah kaka nak sebut tau...

jayda said...

ye la.. bila la si Damia ni nak stop cakap camtu. naik pening akak dah nie.. lgpon sian la kat Iqram tu.. sure dah rimas..
boleh ye cik kucc kasi D tu cepat sket cakap elok2... plsss

nursyafika said...

Hahahaha aigooooo kesian lak c iqram ni.dahsyat betul damia ni....

madame iu said...

gua suka la sis...taip laju laju lagi ye

madame iu said...

gua suka la sis...taip laju laju lagi ye

Unknown said...

Weng la pulak si D niiiii......

KUCC tak dak n3 baru ka semperna besday ni hahahaha

IVORYGINGER said...

mantop luu!!! gua mmg suka la cara Damia yg selumber ni. abe-abe ni en.iqram kena la tunggu bila dah sah damia jd isteri lu. nnti tak feel la klu awl2x dah bahasakan abg. ;P he... Damia dah bg hint klu nk jd kwn pg ptg siang mlm mmg kn jumpa abah dia di kampung nuu. bawak mak ayah sekali ya. nk tgk apa reaksi si damia tu. tkejut tgempak kena pinang. nk tgk damia mengelepur. msti best. he... ;D

Kak Sue said...

ni betul-betul dah terlebih makan rebung ... sebab tu miang rebung melekat kt lidah jadi tu yang terkeluar ayat-ayat gatal semacam ja...
Iqram kalau berani bawa mama dan papa sekali bila nak minta izin dengan abah si Damia ni... tentu mama berkenan terus merisik .. mahu D pitam kt situ juga ...
Time tu lidah dah tentu kena betulkan sebab takut abah marah panggil BRO... hehehe..
bestttttt...

Hati Ini Pilih Kamu

"Saya dah tak ada hak lagi nak duduk kat rumah tu." Rumah tu milik Zainal. Dan isyarat kak long yang humbankan beg pakaian aku be...