Monday, July 8, 2013

13 Ros Merah - Bab 16

Bab 16
MULUT EKIN ternganga saat tengok Damia keluar dari perut Lexus hitam didepan APAC. Siap ketawa-ketawa lagi sambil cakap-cakap dengan orang dalam kereta. Wah! Kak D naik Lexus tu. LEXUS okay! Bukan kereta brand kapcai. Eh, jap jap...mata Ekin terkelip-kelip laju. Ditelek kereta mewah berwarna hitam yang terparkir didepan. Macam aku kenal jer Lexus hitam ni. Macam pernah nampak aar. Ya, memang selalu nampak pun. Lexus hitam ni macam..macam yang abang...issh. Kepala menggeleng laju. Mulut bagai berat mahu menyebut nama yang satu itu walau hati kuat menghentak mahu dia meluahkan. Tak kan kut kak D naik kereta dia. Apa kes kak D nak naik dengan dia pulak kan. Tak mungkin...tak mungkin. Kepala menggeleng lagi. Tapi...kalau bukan dia, siapa pulak ek yang bawak Lexus yang cukup dia kenal ni. Langkah kaki yang baru balik dari kedai makan di blok belakang tidak jadi diheret masuk ke dalam APAC. Masih tidak puas melihat apa yang terbentang didepan mata. Hati begitu teruja mahu melihat siapa pemandunya. Mahu mengetahui siapa gerangan yang membawa Damia ke APAC walau debar didalam hati kuat mengiyakan teori yang berlegar di kepala tentang gerangan empunya Lexus gempak didepan mata.
    Ekin masih tercegat memandang Damia yang sedang membuka pintu tempat duduk belakang sambil bercakap-cakap. Damia dilihat seakan sedang mengambil sesuatu. Kepala terus ligat berputar. Masih tidak berpuashati denag teori yang berlegar dalam kepala. Lexus gempak dan sangat familiar ni siapa yang bawak ek? Bibir Ekin dimuncungkan. Boyfriend kak D ke? Siapa ek boyfriend kak D? Dan kala mata melihat pintu pemandu dibuka, bebola matanya dikecilkan. Susuk tubuh tinggi yang keluar dari perut Lexus buat Ekin hampir menjerit namun cepat-cepat dua tapak tangan memaut bibir sebelum kerongkong memuntahkan suara. Bebola mata terbelalak. Tidak berkelip. Rasa macam laju jer nak melompat keluar dari kelopak. Terkejut. Sungguh-sungguh terkejut tengok figura kat depan. Abang Iqram!!! 
   Memang seperti apa yang berada didalam kepalanya sejak dari tadi. Itulah orangnya yang berlegar dimata dan difikiran saat mata nampak Lexus hitam itu terparkir tadi. Abang Iqram memang selalu dilihat Ekin memandu kereta itu dari dahulu. Memang Ekin tahu abang Iqram selalu bertukar-tukar kereta...macam-macam rupa dan jenama...biasalah kan..dah anak boss syarikat tuan punya pengedar dan pengimport kereta. Tapi Lexus hitam ni paling kerap Ekin nampak. Kira macam kereta kesayangan abang Iqram. Dan penumpang hadapannya juga kerap Ekin nampak bertukar-tukar rupa. Macam-macam orang dan gaya. Cantik-cantik semuanya. Rupa paling akhir yang dilihat kerap duduk di kerusi tu tentulah si Mimi Syafina aktres terkenal lagi popular yang Ekin dengar sudah putus cinta talak tiga dengan abang Iqram bila status perkahwinan rahsianya di luar negara terbongkar. Kesian Ekin kat abang Iqram. Punyalah cinta habis kat si Mimi gedik tu, ni pulak balasan yang dia dapat. Tapi orang macam abang Iqram apa nak heran. Beratus -ratus yang lebih cantik daripada si Mimi tu pun dia boleh dapat sebagai ganti. Tinggal dia nak dengan tidak jer. Tapi apa yang dia lihat didepan mata sekarang buat Ekin musykil tahap impak maksima. Sejak bila pulak abang Iqram kawan dengan kak D ni ek?
    Tangan kanan Damia menjinjit plastik berisi dua balang rempeyek. Tubuh tegak berdiri di bahu jalan memandang ke depan. Mata terus tengok Lexus kebaboom si mata cokolat seksi yang mula bergerak keluar. Cermin pemandu yang sengaja dibuka itu membuatkan wajah itu jelas dipandangan. Senyum sambil tangan diangkat sedikit ke arahnya buat Damia hanya tayang senyum sambil memerhati sehingga kelibat enjin Lexus itu hilang dari kompas mata. Mata kemudian dijunamkan ke bawah. Dua. Tiga lagi ada kat belakang tempat duduk kereta. Dada menghempas nafas. Tiga balang rempeyek masih lagi berada didalam kereta si cokolat seksi. Bertegas dia minta Damia tinggalkan 3 balang tu tadi bila Damia kata itu stok untuk rumah. Nanti balik dia akan hantarkan. Siap berbalas debat pulak jadinya tadi mereka berdua masa Damia bukak pintu tempat duduk belakang. 
   Iqram toleh kebelakang memandang si pipi merah yang sedang memindahkan balang-balang rempeyek ke dalam beg plastik putih.
   "Kat sini nak bawak berapa?"
    "Dua je. Tiga balang bawak balik untuk stok dalam bilik gua ngan depan tv kat rumah."
     Iqram angkat kening sambil tatap wajah si pipi merah di tempat duduk penumpang belakang."Dalam bilik tidur pun?"
     " Biasalah, bro...port dalam bilik mana boleh tinggal. Penting woo. Kecemasan waktu malam mana nak tangkap makanan paling cepat hadam." Damia angkat kepala pandang si mata cokolat seksi didepan sambil tayang sengih. 
     Iqram senyum sambil geleng kepala. Ada pulak makanan boleh tangkap-tangkap. Ni bukan oranglah sayang. D..D. Macam-macam.
   "Kalau macam tu ambil je yang awak nak buat stok kat sini.  Yang nak bawak balik rumah biar jer kat situ . Nanti malam saya hantar awak balik dengan balang-balang tu. Tak perlulah awak nak bawak ke hulu ke hilir." Iqram tarik pemegang pintu. Tubuh dilolos keluar. Langkah dihala ke arah si pipi merah. Iqram tahu dia perlu lakukan sesuatu. Si pipi merah ni boleh tahan kalau diajak "bergaduh". Ada sahaja jawabnya nanti.
  Mata Damia bulat pandang si mata cokolat seksi didepan yang dah keluar dari perut kereta. Nak hantar gua balik lagi? Mahu gua bermaharajalela ni karang. Issh..tak boleh..tak boleh. Damia geleng kepala. Jangan manja-manjakan gua, bro. Nahas lu nanti kalau gua dah terlebih lemak susu unta. 
   "Issh..takper aar,bro. Gua boleh balik sendiri nanti. Gua boleh naik teksi."
  "Saya hantar awak balik nanti. Susah nanti dengan 3 balang rempeyek tu tunggu teksi malam-malam." Tangan Damia garu pelipis. Aduh. Camner lagi gua nak cakap kat mangkuk ni ek. 
  "Tak payah, bro. Gua ok punya. Tak susahpun. Gua dah biasa. Tiga jer. Bukan tiga puluh." Tangan Damia mencapai plastik berisi tiga balang rempeyek yang sudah siap diasingkan. Iqram pantas menarik plastik tersebut. Damia angkat mata. Bertembung.  Dahi berkerut. Ni apa kes pulak main tarik-tarik plastik. Iqram turut tala mata. Tidak berkelip. Tegas. Damia tengok muka si mata cokolat seksi yang bersahaja dengan tangan masih memegang bucu plastik rempeyek dalam genggaman Damia. Ada je yang kena cepuk dengan gua ni karang.
   "D..saya hantar awak balik malam nanti. Give the snack so call rempeyek to me." Iqram hulur tangan.
    "Bro..gua.."
    "D...please listen..and please don't argue. Titik. Saya tunggu nanti kat sini. Awak habis kerja pukul berapa?"
   Damia garu kepala. Issh, mangkuk nih! Plastik ditangan sudah terlucut ditarik perlahan si mata cokolat seksi. Pintu penumpang belakang yang ternganga ditolak laju oleh si mata cokolat. 
  "D..."Iqram berdiri tegak didepan si pipi merah yang menggaru kepala sambil memerhati perlakuan Iqram.
   Dengusan kecil Damia terhempas."Sepuluh setengah. Sebelas keluar dari kedai."
   "Ok. Saya tunggu di sini malam nanti."Iqram pusing tubuh. Langkah dihala ke hadapan. Pintu pemandu dicapai.
   "Bro..tak pa.."Iqram pusing tubuh. Mata dihala ke arah wajah mulus yang tegak berdiri dibelakang.
    "D...bolehkan dengar cakap saya. Tahu tak bahaya malam-malam awak sorang-sorang disini tunggu teksi?"
    "Ekin cakap ok kat sini. Tak ada hal pun."
    "Ekin balik naik apa? Teksi,hmmm?"
    "Err.." Boyfriend dia ambik. Damia lepas jawapan dalam hati. Memang dia tahu Ekin tak pernah balik naik kenderaan awam seperti dirinya. Damia pun sebab minggu ni Pot kena kerja luar. Kalau tak memang teman baik, teman serumah merangkap penjaganya itulah yang akan menjemput Damia. Nak suruh Demang tak mahu la Damia. Tak elok sangatpun. Lagipun Demang tu kan kekasih awal dan akhir Pot. Lagipun..lagipun err.. Demang tu kan pernah ada hati dengan Damia. Nanti tak pasal-pasal lain pulak jadinya..nauzubillah. 
    "Jadi...Ekin tak tahu apa yang berlaku kat sini malam-malam. Awak tahu kan sekarang macam-macam hal. Orang pun ada macam-macam rupa. I'm concerned about your safety, D. I do care about you. Very much. Faham kan."Iqram pusing semula tubuh. Pemegang pintu dicapai. Tubuh dilolos masuk. Damia yang berdiri jadi terkaku dan terkedu seketika. Mata terkelip-kelip. Err, apa kes pulak si mata cokolat seksi ni tetiba wat luahan sesi besi tahan karat kat sini. Mata menoleh semula pada muka Casio dipergelangan kanan. Issh...ada 15 minit jer lagi ni. Karang terlepas zohor gua.
   Damia bawa langkah menuju ke cermin penumpang pintu hadapan yang sudah diturunkan. Direndahkan tubuh. Mata dihala ke wajah si mata cokolat seksi yang sedang menghala kearahnya. Wajah tenang dilempar. Malas dah nak berdebat dengan mangkuk ni. Bukan takut kalah tapi Damia tak mahu buang masa. Damia tak mahu terlambat dan terlajak masa. 
   "Ok,bro. Nak sangat hantar gua kan. Gua no hal. Tapi  ingat ek. Lu lambat.." Damia hala mata ke wajah didepan yang tersenyum. Senyum senyum lagi dengan gua. Tonyoh dengan rempeyek ni, baru lu tau! "lambat seminit jer..gua blah. Ok? Set?"
    Iqram angkat kening. Senyum dileret.
    "By ten tonight you'll see me here with my sexy Lexus. Sexy macam tuan dia jugak. Well...macammana kereta, macam tu juga lah tuannya. Betul tak?" Iqram kenyit mata.
     Damia jelir lidah. Mata dihala ke siling kereta. "Muntah woo gua. Ada orang perasan aar kat sini."
     Iqram gelak kuat. 

   Damia hala langkah ke arah APAC dengan plastik berisi dua balang rempeyek terjinjit di tangan kanan bila tengok Lexus si mata cokolat sudah memasuki bangunan setentang. Beg sandang diselempang ke tubuh. Damia baharu tahu rupa-rupa si mangkuk mata cokolat seksi tu kerja kat bangunan dihadapan. Tadi masa dalam kereta mereka berbual jugak pasal kerja masing-masing. Siap dia tanya Damia apa sebab masuk bidang runcit sebab Damia kan budak aliran sastera. Ye Damia lulus SPM dan Damia cakap lurus jer kat mangkuk tu tadi bila dia tanya. Tak dapat kerja lepas dapat keputusan Damia tolong jadi assistant kat kebun pisang abah. Kadang tu turun kat bengkel kerepek pisang tolong mak bila boring gi kebun dengan abah. Abah tu kan pembuli nombor satu kat dunia ni. Dia lepak kat pangkin pastu suruh Damia bersihkan kebun sensorang, Ciss! Cantas daun-daun pisang yang dah tak diperlukan. Buang rumput-rumput yang tumbuh. Panas woo. Abah wat dek jer bila Damia cakap abah boss yang paling poyo kat dunia ni. Lama menyandang piala penanam anggur terhormat kat kampung jadi bila dapat tawaran jadi pembantu penyelia kat APAC, Damia belasah jer terima. Janji ada kerja...dan yang penting halal. Abah dan mak pun suruh Damia terima. Bila lagi nak bersara jadi kanak-kanak ribena terlebih umur. Gelak sakan si mata cokolat seksi bila dengar citer Damia. Bila Damia tanya tadi kat si mata cokolat seksi ni kerja apa kat bangunan macam bentuk piala tu, boleh dia buat lawak cakap dia part time tukang jaga lif. Memang terbakar jer Damia dengar. Tambah dengan ketawa dan senyum meleret dia. 
  "Kak D!"
  "OML!" Damia tersentak kala bahu ditepuk daripada belakang.
  "OML?" Ekin nganga sebelum lepas sengih meleret.
  "Oh mak lu laa. Takkan mak gua pulak. Tersedak mak gua kat kampung nanti. Buatnya mak gua tengah makan cokodok tak ke naya. Bedebah la lu ni, Ekin."
   Ekin pecah gelak. 
   Damia pantas lepuk bahu Ekin. "Issh budak ni. Salam mana haa?" Pintu APAC ditolak. Damia tala mata ke arah kak Dina farmasi yang sedang rancak melayan beberapa pelanggan di kaunter farmasi. Tangan diangkat. Isyarat menandakan dia sudah sampai. Ekin laju mengikut langkah Damia daripada belakang sambil mengelus bahu yang terasa sengal."Aduh. Sakit betul aar kak D. Tangan akak ni buat daripada jongkong besi aper. Padu punyer lepuk tu."
   "Banyak lu punyer jongkong besi. Kalau jongkong besi, patah dah bahu lu tu tau tak."  
    Ekin bantai gelak. Tangan laju sambar lengan Damia. 
   "Kak D.. Kak D."
    Damia tolak pintu stor. "Haa. Amendenyer yang mengimpit orang ni." Plastik berisi rempeyek dihamparkan diatas meja. Beg sandang yang terselempang di tubuh diangkat dan diletakkan di atas meja juga. Ekin lepas pautan. Kerusi disebelah Damia ditarik. Dilabuhkan duduk. Ekin hanya memerhati perlakuan Damia yang mengeluarkan balang daripada plastik. Mata bulat saat tengok isi balang yang diletakkan didepan mata. Tangan laju jer menyambar balang.
   "Fuh...kak D bawak rempeyek. Untuk stok belasahan kat sini ek. Cantiklah." Mata Ekin bercahaya lihat kepingan rempeyek didalam balang. " Banyaknya kacang dengan ikan bilis dia, kak D. Mesti sedap ini." Tangan Ekin selamba tarik pelekat yang membalut penutup balang berwarna merah. " Ekin rasmikan ek, kak D. Tak menahan ni godaan kacang dnegan ikan bilis dia." Ekin tayang sengih.
   "Ha'a. Silalah rasmikan cik Ekin. Benda free ni memang paling sedap." Damia tarik tag nama yang terlilit dipergelangan tangan lalu disangkut ke leher.
   Ekin tayang muncung yang didepa. "Tak baik aar akak ni." Sekeping rempeyek dikeluarkan lalu disorong ke mulut.  Berdetup detup bunyi kacang yang berlaga dengan gigi Ekin. "Peerghh..sedap giler aar rempeyek ni, kak D."
   Damia tarik zip beg sandang yang terdampar. Beg telekung dikeluarkan daripada dalam beg sandang. "Kak D nak gi solat jap. Ada 10 minit lagi ni."
   "Kak D..kak D..jap jap. Tadi nak tanya, terdelay lak sebab rempeyek ni."
    "Issh budak ni..apanyer."
    "Kak D naik Lexus dengan abang Iqram kan tadi. Amboi amboi."
    Damia angkat kening. Dua tangan disilang ke tubuh. "skodeng ek? Dah tak ada keje lain nak buat." 
    Ekin muncung bibir lagi."Issh, mana ada. Orang ternampak la tadi masa balik daripada lunch."
    "Ha'ah. Naper."
     Ekin tayang sengih meleret.  Mata dikelip-kelip."Wah wah...sejak bila kak D berehem-ehem dengan abang Iqram ni ek."
    Ehem-ehem. Damia nak tergelak dalam hati bila perkataan yang disebut Ekin terulang lagi di kepala. Teringat tadi pertanyaan si mata cokolat seksi tu.
     
     "D.."
     "Yup.."
      "Tadi awak ada sebut.." Damia tala muka ke wajah sebelah yang tenang memandu. "Sebut apa?" Orang sebelah menoleh sekilas. "Awak cakap saya bukan ehem ehem awak. Ehem ehem tu apa? Macam ada makna sesuatu jer pada perkataan tu. Am i right?"
       "Ooo..tu. " Damia cuba sedaya upaya tayang wajah selamba walau dalam hati dah berguling ketawa. "Tak ada apa-apa. tadi saya sakit tekak. Rasa gatal lak. Tu yang saya tersebut ehem ehem." 
          Iqram kerling. " Ye ke?" 
          Damia sengih. "Ye, bro. Gua tak tipu." Gua tipu sunat jer. Hehehe.

      " Amboi kak D...tak menahan. Sambar bachelor paling hot kat KL tuh. Patah Mimi berganti Damia tu. Dahsyat betul abang Iqram ni."
   "Banyak la lu punya patah berganti. Dah..dah...jangan nak buat hikayat ek. Dia dengan kak D kawan jer. Takder sangkut paut hal lain." Damia toleh Casio di pergelangan tangan. "Dah la, kak D nak gi solat. Layan lu mau sangkut kat sini." Damia atur langkah keluar daripada stor. Ekin ikut sama. Lengan Damia sekali lagi dipaut. Bibir didekatkan ke telinga Damia. 
    "Kalau betul pun apa salahnya, kak D. Abang Iqram tu bachelor paling hot di KL tau. Kak D pun single mingle kan. Berpeluh mata ni kak D ooi kalau tengok abang Iqram tu lama-lama tau. Kak D tak rasa ke macam tu?" Damia toleh mata memandang Ekin yang tersengih. Mata berpeluh? Mana punyer istilah ni. " Aduhai, dia tu dah la tinggi..handsome pulak tu...mata dia coklat cair kak D. Coklat..bukan hitam. Bergetar seluruh badan tau kalau dia berdiri depan mata. Mesti kak D pun rasa macam tu kan? " Ekin tayang sengih lebih lebar. Damia kerling tajam. "Rugi kak D...rugi besar....hehehe. Jangan lepas tau kak D. Tangkap dan peluk kuat-kuat. " Damia ketap bibir dan tangan laju mahu menangkap lengan Ekin yang sudah laju berlari kedepan sambil ketawa. 
    Berpeluh?..Bergetar?  Takder pun gua rasa. Gua ok jer. Weng peringkat merah betul otak si Ekin ni!

9 comments:

Anonymous said...

Ye ke xrase pape D? Heuheuheu...
I like it muchoooooo..
Mekacihh kucc.. Nak lagiii.. xD

~m.a~

sara said...

Rempeyek satu balang pls. Tarok ikan bilis lebih. Nyum nyum.....

sweety said...

tak puas che writer...nak lagi..kasi best mcm rempeyek tu..kasi banyak kacang n ikan bilis...yes3X

-sj- said...

D x getar, x peluh sbb dok main lu,gua lu gua....cuba abang, sayang barulah on....

nursyafika said...

Hakhak takpa damia...nnt mesti damia rasa gak berpeluh2 mata tgk iqram tu.haila sempoi yoyo je damia ni

Eijan said...

Wah2 sakan kau borong rempeyek tu ye D...mementang FOC.....untung betul abg yg jual tu dpt rezeki terpijak dek si D mengepau mata cokolat cair tu....
Hope lepas ni D tak ber'gua-lu' lagi lah dgn abg I tu, nak dgr panggilan manis spt yg diminta oleh I tu....hehehe

noorliyana Shamsuddin said...

KUCC ..... nak tempeyek satu balang.....hahaha


Betul D jgn lepas si mata cokelat tu..... bertetar iman melihatnya.... ikat kejap kejap...jgn kasi terbang

Kak Sue said...

Iqram tu ada ja jalan nak jumpa dgn D kan... kalau D dah ambil Rempeyek dia macamana nak jumpa lagi kan... Iqram cepat ambil hati D tu....

miss nina said...

damia..damia
tak pasal2 iqram jatuh suka :)
lepas ni apa pula kejutan iqram utk D. hehehe

Hati Ini Pilih Kamu

"Saya dah tak ada hak lagi nak duduk kat rumah tu." Rumah tu milik Zainal. Dan isyarat kak long yang humbankan beg pakaian aku be...