Friday, July 12, 2013

13 Ros Merah - Bab 17

Bab 17

FIRDAUS PANTAS IKUT langkah Iqram yang laju menuju ke biliknya dengan wajah yang bagai tak buat apa-apa salah. Kau ni Iq..memanglah. Tahu tak pasal kau habis semua orang kena bambu! Sungguh dia hilang kata-kata dengan teman baiknya ini. Nak marah...rasa nak lepas geram...semuanya ada dalam kepalanya saat nampak kelibat temannya itu melangkah masuk semula ke pejabat setelah menghilangkan diri sejak pagi tadi. Namun Firdaus sedar tidak adil jika jawapan sebenar tentang "kehilangan" Iqram daripada pejabat sejak pagi tadi tidak diraih dahulu sebelum mahu dimuntahkan semua yang bergumpal dalam kepala. Sabar dulu, Firdaus. Kepala kembali ligat berputar tentang hal yang berlaku dipejabat seiring dengan kaki yang sama menghayun langkah mengikut Iqram didepan. Tadi...lebih tepat pertengahan pagi tadi pejabat jadi kecoh sedikit. Semuanya sebab Iqram. Disebabkan Iqram yang lenyap tak dapat dikesan, tak pasal-pasal dia yang kena bambu dengan big boss merangkap ayahanda tercinta teman baiknya ini. Tan Sri Fakruddin tu memang boleh tahan tegasnya jika melibatkan perihal kerja. Jangan main-main. Iqram pun dimarahnya kalau tak kena gaya. Memang tak bagi muka pun dekat anak tunggalnya ini. Dan kerana ketegasannya itulah Iqram berjaya  berada di kedudukan paling selesa hari ini. Firdaus memang kagum cara Tan Sri Fakruddin membangunkan kebolehan Iqram daripada seorang jurujual asas sampai mencapai tahap macam hari ini. Iqram ternyata memang mewarisi kehebatan Tan Sri. Dalam masa tak sampai 5 tahun dalam dunia automotif, Iqram dah berjaya duduk dikerusi pengarah urusan. Jadi kalau ada yang kata Iqram duduk dikerusi empuk tu sebab dia anak big boss, memang silap besarlah. He really deserved that chair!
   Iqram Faysal is a super brilliant bachelor managing director with a drop-dead handsome look. Can't removed my eyes from him. His persuasive skill damn good too! Itu komen dan kata-kata yang Firdaus dapat daripada kebanyakan pelanggan mereka khususnya kaum hawa. Biasalah kan. Dah namanya pun perempuan. Mesti tertarik melihat makhluk adam yang akan buat mata mereka tak berkelip memandang. Bak kata isteri Firdaus; Lia dulu masa mula-mula kenal Iqram di universiti; Iqram is damn hot male bachelor! Memang teman baiknya ini the most hottest stuff from the school of business  di Monash University. Tak ada mata yang tak menoleh pada Iqram Faysal setiap kali kelibat Iqram melintas didepan mata.  Firdaus ingat lagi kata-kata isterinya dahulu tentang Iqram yang meniti dibibir setiap pelajar perempuan di universiti tempat mereka bertiga belajar dahulu. Tak ada satupun pelajar perempuan di situ yang tak kenal gerangan pemilik nama Iqram Faysal. Masing-masing berangan-angan nak jadi steady girlfriend Iqram sebab tak tahan dengan tarikan yang ada pada Iqram.
   "You know Fir..he make the gals heart start beating really fast and they start feel short of breath only with his super gorgeous look and when he smile at them, their heart just drop down dead! He is a drop-dead gorgeous with a kind heart, sweet, charming and intelligent personality. He is the drop dead gorgeous that steal the heart of all gals in Monash!" Firdaus pernah juga mengusik Lia bertanya samaada Lia pun salah seorang ke student di Monash yang tergila-gilakan Iqram dulu ke. Lia boleh balas cakap dengan muka selamba, dia sedar diri. Iqram tu terlalu tinggi nak dicapai dan memang takkan tercapai pun. Jadi capailah jelah Firdaus yang yang tak berapa nak tinggi. Yang pasti dia selamat sebab takder hati sapa yang akan drop dead bila Firdaus lalu didepan mata. Aduhai Lia, sedapnya bahasa ye. Firdaus tahu Lia cuma melawak je sebab dia sangat pasti didalam hati isterinya itu sudah lama ada Firdaus sejak dahulu. Iq..Iq. Dan sekarang si drop dead gorgeous and handsome Iqram Faysal memang akan drop dead sekejap lagi! Semuanya gara-gara kemunculan Tan Sri Fakruddin yang tiba-tiba tadi.
      Firdaus tengok Iqram melintasi meja Jijie dengan senyuman. Dan Jijie pulak muka macam nak tak nak terpaksa senyum. Takut bercampur bengang kut. Mahunya tak. Bukan setakat Firdaus je yang kena bambu dengan Tan Sri tadi. Jijie pun tak terkecuali. Siap kena persoal dek Tan Sri macammana setiausaha boleh tak tahu boss sendiri ke mana? Setiausaha apa nama macam tu! Kesian Firdaus tengok Jijie kecut perut kena marah dengan Tan Sri. Teringat dia pagi tadi si Jijie main rempuh sahaja masuk ke bilik dia mintak tolong carikan si Iqram ni sebab Jijie tak dapat cari. Kata Jijie handpone Iqram dimatikan terus dan Tan Sri sedang tegang muka sebab Iqram gagal dikesan radar Jijie. Juga radar Tan Sri. Bila Firdaus tanya apsal pulak sampai tutup handphone. Iqram tak pernah begini. Kata Jijie boss naik angin sebab si Mimi yang tiba-tiba muncul dan buat hal kat pejabat dia. Lepas tu Jijie kata Iqram main blah aje tinggalkan office dan Mimi dengan muka yang merah. Mesti boss tak mahu diganggu oleh panggilan Mimi lagi. Jijie kata dia langsung tak berani nak angkat muka dan buka mulut bertanya mana bossnya nak pergi masa tu. Takut kena sembur. Kecut perut tengok muka Iqram yang merah! Iqram tak pernah naik angin selama ini jadi bila dia meletup pagi tadi memang habis satu office kepanasan! Dan bila terpacak depan Tan Sri dan kena soal mana perginya Iqram kepala Firdaus sungguh dah bagai nak pecah memikirkan apa yang nak diberitahu tentang Iqram kepada Tan Sri yang tiba-tiba "mencemar duli" singgah menjenguk ke pejabat anak tunggalnya ini. Belasah tipu sunat la jawapnya bila kepala memang tak tahu kemana perginya teman baiknya ini tadi. Mimi punya pasallah semua ni. Habis tunggang langgang pejabat kena amuk dengan  Mimi. Firdaus memang tak faham dengan perempuan tu. Tak jaga imej selebriti langsung. Tak malu betul! Buat perangai macam perempuan desperado tahap giga.
    Iqram tolak pintu bilik. Langkah menghala ke sofa. Segugus kunci dicampakkan ke atas meja. Berdenting bunyi bila tubuh-tubuh kunci berlaga sesama sendiri. Tubuh tinggi Iqram dihempaskan ke perut sofa. Kepala diangkat melangut memandang langit siling. Mata terpejam. Letih la tu. Ntah merayap ke mana dia agaknya. Hati laju buat rumusan. Issh...tak baik Firdaus. Jangan syak orang kalau tak tahu cerita sebenar. Tanya dia dulu. Hati terus berbisik. Firdaus geleng kepala. Istighfar. Tubuh turut dihempaskan ke perut sofa bertentangan. Nafas ditarik perlahan.
    "Kau pergi mana tadi ni, Iq? Handphone off. Tak pernah-pernah. Gila aku dengan Jijie cari kau." 
     Iqram turun kepala. Mata jatuh ke raut wajah Firdaus. Kening diangkat. "Ada apa kau cari aku? Aku tak ada apa-apa meeting dengan department kau hari ni kan. Aku memang free hari ni. So...ada apa yang jadi ke kat office ni?" Kaki kanan disilang ke atas kaki kiri. Iqram memang cukup arif tentang jadualnya dan setiap hari memang sudah menjadi rutin menyemak jadualnya sebelum masuk ke pejabat. Itu yang diajar Papa. Jadual mesti ada dalam kepala walaupun itu tugas setiausaha untuk mengingatkan. Tak salah kita peka untuk kebaikkan diri sendiri dan pelanggan juga. Mata Iqram masih jatuh ke muka Firdaus. 
     "Bukan aku...tapi Tan Sri yang cari kau. Kau pergi mana sebenarnya ni, Iq sampai off handphone pulak tu. Berpeluh aku berjawap dengan Tan Sri tadi. Apa lagi tipu sunat la aku kata kau pergi visit office dealer baru kita kat Cyberjaya tu. Handphone kau bateri mati. kau call aku pun guna handphone dealer kita tu." Firdaus luruskan tangan kanan memaut leher sofa usai bercakap panjang. Lega dah lepaskan segala yang tergumpal dalam kepala. Mata masih menghala ke wajah Iqram yang jelas terkejut mendengar cerita yang disampaikan Firdaus.
      Tubuh Iqram spontan menegak bila cuping menangkap nama yang disebut Firdaus. Tan Sri? Papa! Papa datang ke office?
      Firdaus senyum. Tapak tangan kanan menepuk leher sofa yang dipaut. Haa, sebut nama papa kau baru tau gelabah.
      "Papa aku datang?" 
      "Hmmm..."
      "Pasal apa? Ada hal dengan dealer baharu kita ke?"
      "Bukan pasal dealer tu. Tan Sri tanya mana kau. Pagi-pagi dah hilang dari office. Dahlah dia tak dapat contact kau. Handphone tutup dari pagi."
      Iqram lepas nafas. Tangan diraup ke wajah. Papa kalau sampai mencarinya ke pejabat pasti ada hal yang penting. Itu memang cara papa. Iqram cukup maklum. 
      "Papa kalau cari aku sampai ke office...mesti ada hal." Iqram lepas nafas sesaat. "Tak ada pulak dia cakap apa-apa kat aku masa breakfast di rumah pagi tadi."
      "Check anak tunggal dia yang baru putus cinta ni ok ke tak. Aku agaklah...hehehe" Ketawa kecil Firdaus terluncur. Ketawa yang mendapat balasan sebuah gelengan dari Iqram. " Mana laa tau.... kut-kut Tan Sri rasa kau frust teruk ke pastu buat macam-macam hal luar kebiasaan. Kau pulak hilang tak dapat dikesan. Sorang pun tak tau kau pergi mana. Mahu tak panik orang tua tu. Habis semua dibambunya. Cari kau sampai dapat. Kau ni memanglah Iq..."
     " Aku fikir Tan Sri tu risaukan kau, Iq. Kes kau putus dengan Mimi satu Malaysia tahu. Sekarang ni...orang frust bercinta kan suka sangat buat hal yang bukan-bukan. Kau tu kan mana pernah frust bercinta. Pengalaman pertama kau kan Iq..hmmm, kesian kawan aku ni." Firdaus cuba bercanda. Mata hala ke wajah tampan Iqram yang nyata tiada langsung reaksi mahu ketawa dengan kata-kata lucu Firdaus.
       Iqram lepas dengusan kecil. "Kau ingat aku macam tu ke?" Iqram tala mata terus ke wajah Firdaus. Diluruskan tangan kanan memaut leher sofa."Aku tahu aku ni memang jahil...kaki perempuan....kaki kelab...tapi...aku masih boleh fikir guna ni, Fir.." Telunjuk di tekan ke pelipis. "Aku belum sampai tahap nak bunuh diri sebab perempuan. Lagi-lagi perempuan macam tu. Buang masa laa Fir. Perempuan yang lebih baik..dan baik-baik ramai lagi kat luar sana. Aku ni je yang tak nampak. Tak buka mata selama ni."
       Giliran Firdaus angkat kening." Cakap kau ni lain macam jer bunyi, Iq. Kau ok tak ni Iq?"
      "Lain macam?" Iqram gelak. "Lain macam apa pulak ni. Aku ok la..ha.." Tangan dipanjangkan dan digoyangkan ke muka Firdaus. " Kau nampak aku ok kan."
       Firdaus menolak tubuh kebelakang. Menjauhkan diri dari tangan Iqram. Ditolak laju tangan Iqram. Tangan sepintas menyapu hujung hidung. "Eh...aku macam terbau sesuatu laa. Bau apa ni, Iq. Kau tak bau ke?" Hidung Firdaus kempas kempis seperti menghidu sesuatu dengan hujung jari dihala ke hidung. Iqram ikut mengempiskan hidung. Tangan kanan dibawa ke hidung. Kening Iqram ikut berkerut seketika sebelum bibir mengukir senyum dan ketawa terluncur. Ketawa yang mengundang kerut yang berlapis di wajah Firdaus. Iqram laju meletakkan tangan kanannya me hidung Firdaus. Laju ditepis. "Bau apa ni. Mana pulak kau dapat bau ni."
         Iqram ketawa lagi. "Aku pergi makan ikan bakar kat Tanglin dengan si pipi merah tadi. Ni bau kuah pencecah ikan bakar tadi la ni. Marvelous, Fir. Kau patut cuba."
        Mata Firdaus tidak berkelip. Iqram yang tersenyum dipandang.
        "Tanglin?" Mata Firdaus naik setingkat." Kau hilang tadi sebab pergi panjat bukit Tanglin?" Iqram angguk." Ikan bakar? Makan ikan bakar kat situ?" Iqram angguk lagi. Senyum tambah lebar. " And.." Firdaus petik jari " with si pipi merah?" Iqram kenyit mata. Firdaus hala telunjuk ke arah Iqram yang tenang tersandar. " Hey...you owed me an explaination, man. Apa cerita ni. Apsal kau tak ajak aku sama haa." Iqram ketawa.  " By the way...siapa si pipi merah ni."
         "Someone...yang aku baharu kenal. She.."
          "She?" Firdaus tala mata yang tidak berkelip. 
           "Hmmm..." Iqram senyum tenang.
           Firdaus angkat-angkat kening. Sengih tersuring.
           "Girlfriend baru,hmmm? Hebat kau, Iq. Sekejap dah jumpa pengganti Mimi."
           Iqram geleng. "She..is more then that."
          "Whoa....i sense something." Firdaus jala senyum penuh makna.
          "Fir.."
           "Hmmm..."
           "Need you help...idea."
           "Idea  apa? Idea nak tackle si pipi merah?"
            Iqram angkat kening. Senyum. Firdaus lepas ketawa. Kepala mengangguk.

OIT!!..Damia tak berkelip memandang susuk tubuh yang melangkah masuk ke dalam APAC. Siap angkat tangan kat Ekin di kaunter lagi. Ekin siap tayang sengih kat Damia yang terpacak kat depan kaunter farmasi menyemak inbois  stok vitamin Safwa yang baru masuk petang tadi. Damia  toleh Casio dipergelangan tangan. Mangkuk mata cokolat seksi ni biar betul."By ten tonight you'll see me here with my sexy Lexus." Damia garu kepala. Mangkuk ni..issh. Dah muncul awal-awal satu hal. Yang pi masuk dalam APAC ni apa barang. Tunggu jer la kat dalam Lexus hitam dia yang sexy tu. Damia angkat kening tinggi-tinggi. Mata hala ke arah si mata cokolat seksi yang sedang berjalan-jalan ke rak di hadapan. Fail inbois ditutup dan ditolak ketengah meja. Customer first kan. Eleh, alasan lu jer tu, D. Sebenarnya lu nak tengok mata cokolat dia yang seksi tu kan. Hoi..mana ada lah. Gua kan kerja sekarang ni. Pandai jer lu nak fitnah gua. Apa barang gua nak tengok mata cokolat seksi dia jer. Baik gua tengok tuannya sama. Baru dapat pahala..hahaha.
       Kaki Damia laju je menghala ke arah di rak kosmetik dihadapan.
     "Ehem.." Deheman dilontar. Iqram yang sedang membelek barangan di bahagian kosmetik mengangkat muka. Senyum. Dua tangan Damia disilang ke belakang. Senyum segaris terbentuk di ulas bibir. "Iye encik, boleh saya bantu. Nak beli make up untuk isteri ke?" Damia angkat kening. Iqram balas angkat kening. Damia besarkan mata. Iqram lepas ketawa. Ketawa yang mengundang pandangan beberapa pelanggan. Damia laju hala mata ke kaunter bayaran. Ekin tayang sengih sambil angkat kening. Berbalas dengan Iqram yang turut sama mengangkat kening. Damia kerut dahi melihat reaksi Ekin dan si mata cokolat seksi didepannya ini. Ni apa kes berbalas-balas angkat kening ni haa?. Ada pertandingan angkat kening haper.    
      Iqram senyum. Telunjuk kanan diketuk perlahan ke dagu. Mata jatuh ke wajah si pipi merah dihadapan yang tidak berkelip memandangnya. Hmmm..pipi dia ni memang tak payah pakai blusher. Ok, tak payah beli blusher. The original blusher look much more amazing. "Hmmm..for your info miss, i belum beristeri lagi. Sedang mencari dan rasanya i dah jumpa orangnya." Damia tayang sengih. Dalam hati dah bergema. Ada gua kisah?..huh, sengal betul!" I rasa nak beli untuk dia a set of this. Cik..." Mata Iqram jatuh pada tag nama yang tergantung dileher Damia. "Damia Humaira rasa dia suka tak yang ni? " Iqram junam pandangan ke wajah bersahaja si pipi merah. Bibir menguntum senyum. "Hmmm..by the way...sedap nama you. Damia Humaira. Cute dan cantik macam tuannya. I rasa you ni belum kahwin kan, cik Damia. Boleh kita berkenalan tak? Boleh kan. I suka orang yang cute-cute macam you ni." Damia hala mata yang berguling-guling ke siling. Ada leher yang nak kena patah dengan gua ni karang. Iqram ketawa kecil dengan reaksi spontan Damia.
     "So..you rasa dia suka tak kalau i belikan dia make up ni. What do you think cik Damia?"
     Damia terus lempar senyum. Banyak la lu punyer cik Damia...cik Damia. Eei..gua debik jugak bingka ubi hangus mata cokolat ni karang.  Customer, Damia. Ingat...pelanggan kena dilayan dengan baik. Damia tarik nafas perlahan. Ya Allah...tolong kuatkanlah iman hambamu ini mengadap mangkuk kerek tapi ada mata cokolat seksi ni ye, amin. 
    Damia angguk kepala. "Ok tu. Dapat hadiah make up free tu encik. Tentu dia suka. Boyfriend yang hadiahkan pulak tu, kan. Kenalah terima kasih. Kalau saya pun dapat macam ni saya senyum sampai telinga dah. Mahal jenama ni encik. Kalau beli satu set..kempis jugak dompet dibuatnya." Iqram angguk kepala. Senyum terus melebar.
     "So kalau you dapat, you pun suka?."
      "Mestiii."Bibir sengaja dimuncungkan. Mata dikelip-kelip. Reaksi yang mengundang senyum Iqram." Rugi la tolak. Mahal tu. Dua bulan gaji saya ni encik." Damia tayang sengih lagi. Tangan membelek beberapa kotak eyeshadow yang dipamerkan. Tidak langsung perasan yang gelagatnya sedang diperhatikan Iqram yang sudah melebar senyum. Mata Damia dikecilkan. Macammana la nak pakai bendalah ni ek. Gua memang haram tak reti. Macam-macam warna pulak tu nak kena letak. Berlapis-lapis. Harus gua jadi penari opera kalau kena pakai bendaalah ni.
     "Cik Damia boleh tolong i pilihkan make up untuk bakal isteri i kan. Dia pun cerah macam cik Damia juga. Muka pun tak jauh beza macam cik Damia."
     Damia angguk. Masih menebarkan senyum. Hati dah cakap macam-macam bahasa yang dia pun tak reti nak terjemah. Geram sungguh dengan si mata cokolat kat depan dia ni. Nak kena lempang 100 watt dengan gua si mata cokolat seksi ni. Apa kes nak samakan muka gua pulak dengan muka awek lu. Bingka hangus betul la dia ni!
     Damia tala senyum lagi. "Boleh. Tak ada masalah. Kami di APAC ni memang akan bantu semua pelanggan kami hingga pelanggan berpuas hati."
    Iqram angkat kening. "Hmmm..good. I like that."
    Haa, like la sangat. Gua cepuk lu karang baru tau!
    "Bakal isteri encik tu suka jenama kosmetik yang mana?"
     "I pun tak tahu. I kena tanya dia."
     "Tanya la dia dulu."
     "Ni i tengah tanya dia la ni. Dia pun ada kat sini."
      Damia kerut kening. Dipusing tubuh memandang keliling sebelum kembali memandang si mata cokolat yang tersenyum dengan dua tangan bersilang di tubuh.
    " Mana dia orangnya?"
    Iqram berdehem. Hujung jari disapu ke hidung. Senyum ditala ke wajah si pipi merah yang polos dan jujur.
    "Depan mata i sekarang ni la orangnya. You rasa kan cik Damia Humaira...dia suka tak jenama yang i nak pilih untuk dia ni,hmmm."
    Damia pandang wajah didepan. Saling berbalas tatapan. Senyum si mata cokolat dibalas dengan senyuman selamba. Gua rasa gua nak makan daging manusia laa malam ni. 

17 comments:

ShAydA said...

suka..suka..(sengih sorang2)

Kak Sue said...

hahaha.... betul-betul mengayat x ingat org keliling si mata cokolat ni... dalam APAC pun jadi.... angau dahhhh.... senyum sendiri baca bab ni..... besttt

nurizzwo said...

Like!!...cpt2 sambung.

Anonymous said...

hahahaha.... kalakar betoi ler....

Unknown said...

Awww...suka.suka..cam si mata coklat seksi ni ty kita plak....dah sengeh sorang2...huaaa...

The Lady Chosen said...

best..best...goshh! cair sekejap... bunga-bunga cinta telah nampakkk XD

Anonymous said...

Wah... hatiku berdubb dubb laju dan rasa cair sungguh.

Anonymous said...

Yeahh dah masuk musim bunga cintaaaaaa...
Liked!!!!!

~m.a~

Anonymous said...

hehe...jujur sungguh la si D ni...notty Iq ni kan..

ajeje said...

wah bestnyer senyum jer bila baca
cpt sambungggg!!! :) :) :)

Eijan said...

Iskh3x si bingka ubi hangus ni dah start mengayat si pipi merah....kemain lagi kau ye Iq....baru sehari break off dah dpt pengganti ye....

Makin superb la....lalingku kucc....

-sj- said...

Oooo....cepat2 smbg....nak tengok mcmana iq tackle d....

zue said...

Wah comelnya. Bunga2 cinta dah mula nak kembang. Iqram kena tackle D kuat2.

Unknown said...

serius makin best n makin hot sih... wat akk senyum2 dek,suker sngt kat watak DAMIA...hehe

nazira azwa said...

Wah iq blh thn ye nk mengayat D...suka3...

ImaNix said...

D teruskn muke scary lu..jgn cepat cair..buat2 kebal dowh!!! klo nk lg best bg backhand sket kt bingka hangus tu...kehkehkeh...main2 yerr inche bingka hangus....

IVORYGINGER said...

Oh Yeah... 'Yes... She is more than that". Mmg bunga2x cinta tgh bkembang dlm diri si Iq. Mmg kena ayat selalu la pipi merah ni. hehehe... apa susah p la jumpa en.sulaiman mintak restu. pasti bereh punya. hehehe...

Hati Ini Pilih Kamu

"Saya dah tak ada hak lagi nak duduk kat rumah tu." Rumah tu milik Zainal. Dan isyarat kak long yang humbankan beg pakaian aku be...