Monday, July 1, 2013

13 Ros merah - Bab 14


Bab 14
HMMM...bibir Iqram dah ukir senyum lebar. Betul-betul punyer belasah si pipi merah ni. Iqram labuhkan duduk usai mencuci tangan disinki yang terletak tidak jauh dari kawasan pembakaran ikan. Si pipi merah baru sahaja ke sinki. Bertukar giliran dengan Iqram sebab karang kalau dua-dua pergi serentak kata si pipi merah maunya orang gerai kemas meja ni pulak sebab ingat nanti diaorang dah selesai makan. Iqram tenung lagi pinggan ikan terubuk yang sudah tinggal tulang jer. Betul-betul sungguh si pipi merah ni kota apa yang dia cakap tadi akan bereskan semua. Kepala terubuk tadi dah selamat si pipi merah ni bagi kat si tompok hitam oren yang datang kat bawah meja diorang tadi. Dia ini rupanya sayangkan kucing. Iqram tengok tadi dia siap bagi semua  isi ikan yang ada dalam pinggan kat si tompok tu tadi. Dia langsung tak kisah dan peduli dengan pandangan pelanggan yang lain. Elok jer dia bangun dari kerusi dan mencangkung disebelah si tompok waktu bagi kucing tu makan. Bila Iqram bertanya kenapa perlu bagi semua. Sikit sudahlah. Namun jawapan si pipi merah ni buat Iqram terdiam seketika. Rasa macam pipi ditampar kuat. Kiri dan kanan.
     "Berkongsi rezeki dengan makhluk Allah yang tak berdaya mencari rezeki sendiri ni dituntut dalam agama, bro. Dan ini jugak sebenarnya ujian Allah kepada kita. Lu tau bro...Allah nak tengok sejauhmana kita ni sanggup sedekahkan secubit dari rezeki kita yang Dia bagi kepada makhlukNya yang lain. Sejauhmana kita faham erti syukur kepada Dia. Lagipun kucing ni tak mintak banyak pun,bro. Sisa pun dia terima dengan senang hati dan bersyukur. Kalau binatang pun tau bersyukur kepada Penciptanya, kita ni patut berlebih-lebih lagi. Jadi..jangan kedekut dengan rezeki yang Dia bagi. Jangan berkira. Kalau Allah nak tarik semua yang kita ada, sekelip mata jer. Lu tau bro, semua yang kita ada kat dunia ni pun pinjaman jer. Bukan hak kita pun. Jangan perasan kalau kata kita yang punya." Terpegun Iqram dengar tadi. Tiba-tiba rasa malu kepada diri sendiri. Memang selama ni dia bangga dengan apa yang dia ada dan selalu kata semua atas usahanya sendiri tapi tak pernah pun terfikir tentang apa yang  dia dengar tadi. Jauh sekali nak rasa bersyukur. Iqram ingat selama ni tak pernah pun dia bersedekah. Langsung tak pernah. Tak pernah kisah. Tak pernah ambik peduli. Bila tengok apa yang si pipi merah ni buat dan cakap tadi, Iqram rasa diri dia lebih teruk dari si tompok hitam oren tadi.
     Damia labuh duduk. Gelas barli yang belum disentuh dicapai. Basmallah terlantun. Straw disua ke bibir. Haa, lega. Sengih terukir. Sedap giler aar barli ni. Agak-agak kalau gua tapaw si mata cokolat ni sakit jiwa tak..hehehe. Hati dah mengeletik ketawa. Bagus punyer dia paw si mata cokolat hari ini. Makan tengahari ini sah-sah nak cecah dua belah tangan. Peergh..
    "D.."
    Damia angkat muka. Straw masih dimulut." Yup.."
    "Memang kalau masa makan awak tak minum ye."
    Straw ditarik. "Seeloknya kan begitu." Gelas diletakkan semula diatas meja. Kertas yang tadi pak Din tulis harga makan tengahari ni tadi  Damia tengok ada disisi meja si mata cokolat. Tadi masa pak Din bagi kat si mata cokolat siap dia interbiu Damia mamat ni sapa. Boyfriend ker sebab selalu memang Damia kan datang dengan Demang dan Pot jer. Dan pak Din memang tau si Pot awek si Demang. Damia memang dah terkulat-kulat nak jawap. Boleh pulak di mata cokolat seksi ni senyum kat pak Din dan angguk kepala. Memang pengakuan berani mati betul. Damia cepat-cepat cakap kat pak Din mamat ni suka bergurau dan kitaorang kawan jer. Lepas pak Din blah Damia sound kat si mata cokolat ni apa kes cakap macam tu. Boleh pulak dia selamba balas cakap apa salahnya. Mana tau kan.
   Mana tau kan. Hmmm...macam sedap jer bunyi ayat si mata cokolat seksi ni kat telinga..hehehe. Hoi Damia, sudahlah jangan nak perasan ek. Si mata cokolat ni tah tah gurau jer. Weng apa kau. Feeling jiwang karat tetiba. Damia spontan ketuk kepala. Issh..apasal gua ni ek. Dan Damia perasan perbuatannya itu telah mengundang kerut di dahi Iqram. Renungan mata mamat kat depan dibalas Damia dengan gelengan kepala. Sengih laju sahaja dilontar. Issh, habis gua punyer anggun dah spoil hari ni. Macammana yang gua boleh ketuk kepala gua depan dia ni. Adoi!
    Iqram capai gelas barli yang sudah tinggal suku. Hairan sedikit dengan si pipi merah didepannya ini yang tiba-tiba mengetuk kepala. Diputar straw. Sedap betul air barli ni.  "Seeloknya? Maksudnya apa tu?" Disua ke bibir straw yang diputar tadi.
  Damia tahan sebelah tangan. Isyarat suruh si mata cokolat seksi berhenti dari meneruskan niat untuk minum. "Ha..basmallah baca tak tu,bro? Jangan main teguk jer. Berlumba-lumba syaitan masuk sama dalam mulut." Damia tak terus jawap soalan Iqram tadi. Mata cekap jer tengok perlakuan depan mata. Kenalah tegur kan. Saling mengingati. Saling berpesan pada kebenaran bak kata abah.
  Iqram senyum. Jari telunjuk ditekan ke dada. Straw terus disedut.
  "Amin." Damia raup muka. Iqram senyum."Soalan saya tadi awak tak berjawap lagi." Damia angkat kening. Sengih." Tu kan sunnah, bro."
"Sunnah lagi. Banyak ke sunnah ni, D."
 Damia garu kepala. Susah jugak nak cakap dengan dia ni. Macammana ek gua nak terangkan. Gua pun bukan pandai sangat pun. Gua ni pun sebab abah selalu yang cerita dan ingatkan gua dari kecik tentang bab-bab sunnah nabi ni. Dah jadi kebiasaan lah semua tu dalam hidup gua. Takkan nak suruh abah cerita kat dia ni pulak. Mau naya gua kalau abah tanya sapa pulak mangkuk ni. Abah tu kalau interbiu mahu kalah sarjan pencen. Kepala Damia laju berputar. Mencari idea penyelesaian. Tangan singgah di pelipis. Kalau gua bagi dia ni pinjam buku abah tu ok kut..
  " Gua ingat nanti gua pinjamkan lu buku abah gua tentang sunnah dan cara hidup nabi kita. Lu baca lah. Nanti lu akan tahu berapa banyak sunnah tu."
    "Buku abah awak, D?"
    "Ha laa. Tu buku abah gua, bro. Dia bagi gua pinjam dengan jaminan dijaga dengan baik seperti baharu dibeli. Lu pun nanti kena jaga baik-baik buku abah gua tu. Kalau bertukar rupa, lu nahas. Gua lagi dua kali nahas. Abah gua sayang buku-buku dia."
    Iqram senyum. Angguk.
    "D...nak tanya."
    "Apa tu.."
    "Sunnah ni...ada banyak ker."
    "Macam-macam, bro."
    "Macam-macam? Semua kena ikut?"
   "Kalau boleh lagi bagus. Alhamdulillah. Berkat hidup."
   "Berkat hidup? Apa yang berkatnya."
  Damia rasa macam nak ketuk dahi kat meja dan dan ni jugak. Mata cecah wajah didepan yang sedang memandang. Gua ingat kalau gua cakap dengan si tompok tadi pun lebih baik aar bro. Gelas barli ditarik semula. Serentak ucapan basmallah terlantun. Straw terhala ke bibir. Laju disedut hingga selesai. Syukur dilafaz. Tubuh ditegakkan. Iqram turut sama berdiri. " Yang tu senang punya contoh macam yang sekarang ni, bro. " Langkah kedua-dua dihala ke arah meja yang diduduki pak Din. Itu meja untuk membuat bayaran.    
   "Contoh sekarang ni?" Iqram toleh sekilas ke arah Damia. "Tak faham saya. Meaning what?"
    Damia lepas deheman perlahan. Kaki dah sampai meja Pak Din. Damia suruh si mata cokolat seksi bagi kertas yang diberi pak Din dimeja tadi. Not ungu bertukar tangan. Usai baki dipulangkan dan betukar senyum, langkah kedua-dua menghala ke hadapan.
   "Macam sekarang ni...kan kita dah habis makan tengahari dan nak balik office masing-masing. Betul kan?" Iqram angguk. " Gua taknak lambat. Gua masuk pukul 2. Nanti kalau gua lambat dah kira curi waktu kerja tu. Ikut hukum kena ganti masa tu balik. Lu pun sama kan. Tak boleh lambat.  Tapi..kalau kita buat jugak, lepas tu dengan rasa tak bersalah buat dek jer tak ganti masa yang dicuri tadi  lepas tu pulak hujung bulan ambik gaji penuh. Gaji tu kira tak halal tau, bro. Tak berkat. Lu..." Damia hala muka sekilas ke wajah disebelah. "faham tak apa gua kata ni, bro?" Diam Iqram buat Damia runsing. Faham ke idak dia ni. Muka dia ni macam ada segunung masalah jer. Sah laa gua memang tak boleh jadi pensyarah ni. Tak reti nak bagi penerangan langsung. Murid sekor ni pun gua lingkup!
    Iqram angguk perlahan. Rasa tertampar lagi di pipi kiri dan kanan. Dan kali ini dirasakan begitu kuat dan perit sekali. Tidak terkira rasanya "rezeki tak  halal" yang masuk ke dalam kantungnya. Dan tidak terkira juga "rezeki tak halal" yang sudah masuk ke dalam mulut dan terus ke perutnya selama ini.
   "Bro...lu..tak..faham ek?" Damia tanya lagi. Mata sempat hala ke arah gerai-gerai kecil di sekitar kawasan parkir. Yang pasti gerai yang menjual rempeyek menjadi fokus tumpuan. Isyarat tangan dihala kepada si mata cokolat seksi disebelah untuk memberitahu yang dia ingin ke gerai tersebut.
   "Saya faham." Rendah sahaja suara yang terlantun. Rasa yang ada macam-macam dalam dada sedang bergumpalan. Kata-kata si pipi merah tadi sedang menunjal-nunjal fikiran. Kaki mengekori langkah si pipi merah yang menghampiri sebuah gerai di kanan kawasan parkir.
    "Amin." Damia raup muka dengan dua tapak tangan. Sengih ditala."Lega gua. Tengok muka lu tadi siap kerut kat dahi kalah lapis tirai buluh kat rumah abah gua kat kampung. Tengok lu semacam jer gua dah rasa macam gua fail jer bagi explaination kat lu tadi."
    Iqram senyum. "Very clear, D. Don't worry ok."
    Damia capai sebalang rempeyek. Dibelek-belek. Iqram hanya memerhati. Tidak begitu mengenali benda yang sedang dipegang oleh si pipi merah. Senyum dihala ke arah lelaki muda dihadapan yang sudah berdiri memandang mereka berdua.
  Damia toleh kesebelah." Pernah makan ni, bro?"
  Iqram geleng. "Ni apa, D?"
  "Ni namanya rempeyek. Sedap rempeyek abang ni, bro. Perrgh betul rasa dia. Nak rasa?"
  Iqram angguk. "Boleh juga."
  Damia senyum pada abang penjual yang sudah cukup dikenali."Bang, tester ada, bang?"Dan lelaki dihadapan senyum sambil hala sebuah balang yang sudah separuh isinya. Damia buka penutup lalu mengambil sekeping dah dihulur kepada Iqram. "Rasa, bro. Sedap sangat." Huluran dari Damia dicapai. Disua ke bibir. Hmmm...not bad. Nice. "Sedap kan?" Damia sengih. Mata hala ke wajah si mata cokolat seksi disebelah yang dilihat begitu menghayati rempeyek. Kepala Iqram diangguk." Yup. Sedap sangat. Macam awak kata..peergh." Spontan ketawa kedua-dua terluncur.
   Iqram tengok Damia asyik merenung tanda harga yang tertampal dipenutup.  Bibir comelnya itu diilihat memuncung. Entah apalah agaknya yang sedang ada dalam kepala si pipi merah ini. Iqram lihat Damia seperti sedang memikirkan sesuatu.
  Damia hala balang ke arah lelaki dihadapan.
    "Lapan belas gak ke bang? Aiseymen..."
     Oklah. Tujuh belas dik."
    "Alah singgit jer bang. Abang, saya ni regular customer tau bang. Kalau datang sini wajib muka saya bertenggek kat gerai abang ni beli rempeyek. Dua minggu sudah abang bagi saya enam belas tau. Haa..tak baik tau bang. Nanti tak berkat rezeki."
    Hmmm..Berkat. Iqram angguk senyum.
   "Oklah dik. Nak beli berapa hari ni? Mesti banyak nak beli ni. Ni boyfriend handsome  adik ada kat sebelah ni mesti boleh bayarkan. Ye tak bang?" Lelaki penjual dihadapan sudah hala senyum ke arah Iqram. Senyum berbalas. "Boleh. Tak ada masalah. Abang tanyalah cik adik ni nak beli berapa. Saya bayarkan."  Penjual dihadapan  dah senyum. Damia spontan hala mata ke sebelah.   Tengok muka si mata cokolat seksi yang sedang tersenyum sama Damia spontan tayang senyum jugak. Eh, apsal lak yang gua senyum kat dia. Issh...apa kes gua asik kena sampuk angin weng hari ni ek. Eh..jap jap tapi tadi si mata cokolat seksi ni kata tadi berapa gua nak beli pun dia bayarkan..kan. Eh kena tanya ni. Ni confirm kan.
   "Bro, betul ni?" Damia tala muka ke sebelah lagi.
    "Hmm... ambillah berapa awak nak. Saya bayar."
    Damia dah senyum lebar dalam hati. Hmm..berapa balang gua nak paw dia ek. Jari telunjuk diketuk ke dagu. Satu kat depan tv kat rumah. Satu kat APAC. Satu kat dalam bilik gua. Standby 2 kut nanti stok kat rumah habis. Pot tu bukan harap sangat . Nanti di rembat stok dalam bilik gua. Damia hala lima jari ke arah Iqram. "Lima boleh, bro?" Iqram senyum. Angguk. Spontan dua tapak tangan Damia saling bergabung. Rasa seronok terlantun. Iqram sambung senyum. Damia laju memilih lima balang dihadapan dengan dibantu Iqram. Sekeping lagi not ungu bertukar tangan.
   "Dik.."
    "ye bang."
    "Ni boyfriend adik kan."
     "Err.." Mata Damia dah terkebil-kebil. Tak tahu nak cakap macammana. Damia tengok orang sebelah dia ni relax jer. Boleh sambung lagi makan rempeyek tester.
     "Boyfriend baik dan handsome giler ni jaga baik-baik. Bukan senang nak jumpa."
    "Abang, bro.." Damia buka mulut. Dan belum sempat kata-katanya dihabiskan, Iqram sudah memintas. Balang tester dihala ke arah Damia. Senyum.
   "Insya Allah.. dia mesti jaga saya baik-baik. Kalau tak..siapa nak belikan dia rempeyek banyak-banyak kan." Damia rasa air liur dah macam melompat-lompat dalam tekak. Apsal si mata cokolat ni pun kena sampuk angin weng hari ni ek. Laju langkah diatur ke kereta meninggalkan si mata cokolat seksi dibelakang.
    Iqram tarik tali pinggang. Mata toleh sekilas ke wajah disebelah yang senyap daripada tadi. Bibir ukir senyum.
   "D..."
    Jeda.
   "D..."
   "Err..iye." Dua pasang mata saling memandang.
   "Hmmm...tadi awak panggil orang yang jual rempeyek tu apa ye"
    "Oh..abang tu. Abang la. Memang biasa panggil macam tu. Dia kan tua daripada gua. Naper?"
   "Saya pun tua daripada awak kan D. Awak pun tadi guna "saya" dengan dia kan. Sedap saya dengar." Iqram terus tabur senyum.
   Damia kerut dahi. Kepala cuba memproses kata-kata yang diungkap si mata cokolat.
   "Lu nak gua panggil lu, abang? Dan gua kena guna "saya" bila dengan lu?" Macam tu?"
   Iqram senyum. "Sound nice to me. Can you?"
   Damia telan liur.
   Saya tu boleh aar gua adjustkan lidah gua ni. Tapi...abang.Issh. Gua nak panggil si mata cokolat seksi ni, abang?
   Abang???
   Biar betul lu, Damia!!

11 comments:

Kak Sue said...

D apa kata satu balang bagi pada Iqram bawa balik rumah bagi mama dia rasa... tentu jaduh hati pada D sebab ajar anak dia si Iqram makan rempeyek yang sedap ni...
Wah.. dalam hati D dan Iqram dah ada taman nampak... bestttt

Anonymous said...

Gua setuju dgn cadangan si mata cekelat => abang & saya...

Anonymous said...

Harap D bg satu balang kt si mata cokolat xD
~m.a~

nursyafika said...

Hahahahah lawak arr dania Ni! Cam best gk pnggil iqram tapi cm x rock pulak arr...

eija said...

hahaha sweet nya...abang wooo nie yg xsbr nk tgu n3 hihi

Rozy Harris said...

Ehem... Mmg la rasa sweet jer klu panggil abg dr gua, lu, bro... I can sense something in ikram's mind...

Anonymous said...

Huwaa suka x1000. D dan iqram sweet betul. Cik penulis...tak sabar utk menunggu utk n3 seterusnya.

madame iu said...

gua x boleh berhenti senyum... lagi lagi... :))

Unknown said...

sweet giler...abang-saya...best..best...lama2 jd abang-syg, lg best...si iqram tu melayan je apa yg D nak...sambung lg please...aduh, teruja la plak rasanya baca novel ni...

novel mr sirap bandung dah ada dlm koleksi saya...memang best citer ni...mantop...

Unknown said...

sweet giler...abang-saya...best..best...lama2 jd abang-syg, lg best...si iqram tu melayan je apa yg D nak...sambung lg please...aduh, teruja la plak rasanya baca novel ni...

novel mr sirap bandung dah ada dlm koleksi saya...memang best citer ni...mantop...

Unknown said...

Abang jreee punnnnnn D u can doit! !!!!!

Hati Ini Pilih Kamu

"Saya dah tak ada hak lagi nak duduk kat rumah tu." Rumah tu milik Zainal. Dan isyarat kak long yang humbankan beg pakaian aku be...