Friday, February 26, 2010

Songket Hijau Buat Ku'a - Bab 19



Bab 19

Toyota Camry perak sudah memasuki medan parkir Wangsa Walk. Mustaffa sudah memarkir kereta. Enjin dimatikan. Dia menoleh pada Azrief yang sedari tadi kurang berbicara. Barangkali gementar untuk perjumpaan ini. Tangan digoyang-goyangkan dihadapan wajah Azrief. Tiada respon. Kepala digelengkan. Mustaffa menepuk bahu Azrief kuat. Dilihat Azrief tersentak.

"wei, kau kenapa ni?..."

Azrief hanya mempamerkan senyum tawar. Menggelengkan kepada. Mustaffa sudah memusingkan sedikit badannya memandang pada wajah Arief.


"kau kenapa ni sebenarnya Rif? ..kita dah sampai kat sini beb. Kau jangan la buat hal pulak aku hempuk kau kang. Kau nervous ke? " Azrief hanya mempamerkan riak yang tidak dapat ditafsirkan Mustaffa. Soalan Mustaffa hanya dibiarkan sepi. Pintu sudah dibuka Azrief. Tubuhnya sudah dibawa keluar dari perut kenderaan mereka. Mustaffa turut sama berbuat demikian.


"Mus, kau rasa apa tindakan dia kalau dia dah tau realiti sapa aku sebenarnya?"


"maksud kau?"


"yelah...bila nampak aku karang mesti dia ingat aku memang niat nak main-mainkan dia. Mesti dia cakap aku memang dah tau siapa dia dari awal lagi perkenalan kami."


Mustaffa sudah menggelengkan kepala. Lembabnya kau ni Rif!

"Rif, apalah kau ni gabra tak bertempat, karang kalau aku sebut kau bodoh kau mesti sepak aku punya tapi sekarang ni kau memang dah masuk kategori tu. kalau kau tak cakap...kalau kau tak pecahkan rahsia, mana dia tahu mangkuk!" Mustaffa menghela nafas sedikit sebelum menyambung leterannya.


"sekarang ni niat kau kan nak kenal dengan dia...kalau cara berdepan kau rasa tak yakin dia boleh bagi respon,i ni la cara yang kita dah putuskan dahulu. Yang penting niat kau bukan nak main-mainkan dia...kau cuma gunakan cara lain untuk rapatkan diri kau dengan dia...dengan tujuan untuk lebih mudah kau kenali dirinya. Itu saja."


Azrief masih diam. Tidak memberi respon pada hujah balas Mustaffa. Kedua-dua belah tangan sudah erat memeluk batang tubuhnya yang segak ber t-shirt rona biru laut dan berjean hitam.


"dah la Rif. Usah serabutkan kepala kau dengan soklan-soklan tu. Jangan risau la, takder apa punya. Jom lah, kang dia lak yang tertunggu-tunggu kau. Dan..tolong...senyum!"


Azrief yang sedari tadi tersandar pada pintu kereta memandang wajah bersahaja Mustaffa. Kalaulah dia boleh bersikap seperti teman dihadapannya ini alangkah baiknya, desis hati kecil Azrief. Tapi mana mungkin! Nafas dihela perlahan. Senyuman manis diukir sambil memandang wajah Mustaffa yang turut sama tersenyum. Kepala sudah diangguk-anggukkan. Ya, dia harus berfikiran positif. Langkah kedua-duanya sudah diatur ke arah deretan bangunan kedai dihadapan. Ku'a dan temannya pasti sudah sampai dan sedang menanti kedatangannya.


"mana si mamat wira angkasa hang ni Ku'a?..kita pulak yang tunggu dia, patut dia tunggu kita..baru betui, apalah..tak gentleman sungguh, nickname tak koman wira, wira apa lambat macam ni, ciss!..potong 5 markah dia Ku'a, aku tak kira!" Azad sudah mengangkat sebelah tangannya memberi isyarat 5 pada teman dihadapannya yang sedang menoleh pada pintu masuk di Restoran Cheng Ho. Ku'a tidak mahu membalas provokasi Azarina. Dia pasti kelewatan teman cybernya itu pasti bersebab. Tidak mungkin disengajakan. Smsnya sebentar tadi sudah dihantar memberitahu dia dan Azarina sudah berada di sini.

"hang lapaq dah ka Azad?. Kita order dulu la na, sian kat hang." Azad menggeleng-gelengkan kepala sambil menggoyang-goyangkan tangan kanannya.

"issy hang...nampak benaq aku kebuluq, jatuh saham aku depan kawan hang nanti. Sat la kita tunggu dia mai." Ku'a sudah tersenyum. Azad, Azad...

Ku'a sudah mengerutkan dahi. Tangan Azarina yang sedang asyik mengarang sms disiku. Azarina sudah menoleh sekilas sambil menggosok perlahan sikunya. Tak padan ngan kuruih dia ni, tulang tangan cam besi!

"apa ni Ku'a main siku-siku...sakit tau, tulang hang tu kalah perwaja steel!"

Amboi mulut. Pantas lengan Azarina diskru Ku'a.

"ouch!"

"tu ,tengok kat pintu tu wei, sapa yang masuk tuuu!" bisikan Ku'a terdengar jelas ditelinga Azad. Spontan matanya yang tadi ralit bersama gajet ditangan dikalihkan ke arah yang disebut Ku'a. Bebola Mata Azarina sudah membulat. Wajah Ku'a sudah menunduk. Azarina turut sama. Sempat berbisik pada Ku'a.

"alamak wei, apa mangkuk karat dua ekor tu buat kat sini..eei, menyibuk sungguh laa depa ni taw! Dia ni pasang peranti gprs ka kat kita ni Ku'a, asal mana ja kita pi ada ja muka dua ekor ni tertepek kat lokasi kita..issy, tak sukanya aku!..habislah kita Ku'a...mesti kena gelak sakan ngan mangkuk ni kalau dia tau hang ngan aku sedang buat apa kat sini nanti."

"Hang diam la Azad, jangan bising. Kita jangan bagi depa nampak kita kat sini...aduh malunya!"

Dari jauh Azrief sudah nampak susuk itu. Azrief senyum. Tidak sukar untuk mengenali si dia. Tudung hijau epal itu sangat terserlah dari sisi matanya. Mustaffa disebelah sudah lebar senyumannya sambil mengangkat kening pada Azrief.

"awek pujaan aku si tocang dua pun ada sama Rif..cantik la!"

"hang jangan buat hal Mus..hancur plan kita nanti."

" jangan risau Rif..ni Mustaffa laa, u can count on me man...5 kali aktor terbaik emmy award Festival Pilem Kepala Batas!" Ketawa Azrief sudah tercicir disitu. Macam-macam la kau ni Mus!

Langkah mereka berdua sudah menghampiri meja yang diduduki Ku'a dan Azarina.

"assalamualaikum..."

Kepala Ku'a terangkat perlahan-lahan saat mendengar salam. Azarina juga. Serentak. Kantoi!mampus! Senyum dibibir dilebarkan memandang dua susuk tegap dihadapan mata. Habislah kita Azad!

"erk..wa'alaikumsalam. Eh, Azrief... Mustaffa pun ada. Hmm, buat apa kat sini?."

Azrief lihat wajah mulus dihadapannya sudah merah. Pasti malu agaknya. Pasti tidak menyangka kehadirannya disini. Dan pasti juga Azrief kira baik Ku'a mahupun Azarina tentunya memikirkan kehadirannya dia dan Mustaffa akan mengganggu "blind date " mereka. Klisenya!

"Ku'a dan Azad buat apa di sini?" Soalan Ku'a dibalas dengan soalan.

"erk kami...kami sebenarnya...sebenarnya tunggu kawan...ha! kawan lama kami, kan Azad?" Azarina sudah pantas menganggukkan kepala.Bantai pi la apa ja Ku'a.

" Dia tu sebenarnya kawan baik masa sama-sama belajaq dulu. Ashida nama dia. Lama dah kami tak jumpa dia. Dia migrate ke Bahrain, lepas kahwin dengan orang sana. Ni kira cam reunions kami bertiga la." Azrief sudah menganggukkan kepala. Hatinya sudah tersenyum. Hmm, renunions ye! Ku'a, Ku'a...

"Azrief dengan Mustaffa nak jumpa kawan gak ke? dah sampai? " Azrief dan Mustaffa sudah saling memandang sambil tersenyum. Ha, jawab Rif...tunjuk skill kau pada si tudung hijau ni!

"hmmm...memang jumpa kawan. 1st time nak jumpa dia. Kata dia tadi dah sampai. Ikut dalam sms yang dia hantar tadi dia duduk kat meja hujung sekali sebelah kanan. Dia kata dia pakai tudung hijau epal dan kawan dia pakai blaus biru putih. Kalau ikut pada diskripsi tu nilah mejanya dan orangnya adalah orang-orang yang didepan ni. Betulkan Mus?' Mustaffa pantas menganggukkan kepala. Ku'a sudah menutup mulutnya. Matanya bertembung dengan mata Azrief yang sudah tersenyum manis. Azarina sudah tidak tahu mahu berriak yang bagaimana. Aduh, apa la punya hikayat ni Ku'a!

"Wira Angkasa? Rif ke? "Azrief menganggukkan kepala perlahan-lahan. Wajah berrona merah jambu dihadapan sudah ditatap tidak berkelip. Cantiknya dia kala begini!

Mustaffa sudah tersenyum lebar menatap si biru putih yang sedang menjeling padanya.

ni apa hal senyum-senyum, ingat hang lawa sangat?...cepuk kang!

3 comments:

Aishah Hamzah said...

comelllllllllllllll........so sweeettttt......sambung lagik!

dinialya said...

oh yes!! .. they are so sweet!! .... heeeee ... we want more ...!1

cactaceous opuntia said...

mus mmg xlawa..tp hensem kn azad?kn?

Hati Ini Pilih Kamu

"Saya dah tak ada hak lagi nak duduk kat rumah tu." Rumah tu milik Zainal. Dan isyarat kak long yang humbankan beg pakaian aku be...