Thursday, February 4, 2010

Songket Hijau Buat Ku'a - Bab 17

Bab 17

Azad menuruni tangga sambil tangan lincah menyumbatkan kepingan kek lapis Sarawak yang dibawa dari pejabat petang tadi. Dengan langkah berhati-hati mata galaknya liar memandang ke arah ruang tamu. Tidak langsung kelihatan susuk tubuh Ku'a.

Issy, mana pulak cik kak kering ni? dalam bilik takde, kat sini takde...malam-malam buta ni takkan kat luar kut.

Kepala yang tidak gatal digaru-garu sambil kaki terus melangkah diruang sekitar di dalam rumah dua tingkat itu mencari Ku'a. Dijenguk sedikit kepala ke ruang dapur. Juga tiada kelibat orang yang dicari. Azad membelok langkah ke kiri. Kaki diayun ke bilik bacaan yang terletak bersebelahan dapur. Dari celahan pintu yang tertutup dia melihat jelas bayang cahaya dari dalam bilik berkenaan. Perlahan-lahan tangannya memusing tombol pintu. Matanya sudah dibesarkan sambil kepala digeleng-gelengkan.

Kat sini rupanya cik kak kering ni...ciss!

Kehadirannya yang tidak disedari itu diambil kesempatan. Sengihan lebar sudah terbit dihujung bibirnya. Perlahan-lahan langkah diatur merapati Ku'a yang sedang duduk membelakangkan pintu. Dengan senyap dan penuh hati-hati Azad sudah berdiri dibelakang Ku'a. Dilihat temannya itu begitu asyik menaip sesuatu di laptop yang terletak diribanya. Dengan perlahan Azad menundukkan tubuhnya supaya dia dapat melihat dengan jelas apa yang sedang ditaip teman serumahnya itu. Kepala dianggukkan sedikit.

Oooo...chatting rupanya cik kak kering ni...hehehe, meh bagi aku intai sat dengan sapa hang chatting ye cik kak sampai tak sedaq aku bukak pintu...huh tu dia nama tak koman, Wira Angkasa, eceh ceh bukan main lagi ya nickname hang!...cik kak kering ni ada kawan nama Wira Angkasa ka? awat aku tak taw ek, issy musykil, musykil..tapikan tengah dia syok-syok berchatting dengan si Wira Angkasa ni kalau aku kacau cik kak kering ni best gak kan?...hehehe.

Ku'a terasa seperti hembusan nafas halus dan perlahan ditelinga kanannya. Jari-jemari yang tadinya lincah menari diatas papan kekunci laptop terhenti serta-merta. Kedua bola matanya sudah bergerak ke kiri dan kanan. Bulu roma seakan sudah tegak. Ku'a menelan air liur. Degup jantung sedikit kencang menendang dinding dadanya. Matanya pantas melihat waktu dipenjuru bawah disebelah kanan laptopnya...12.30 malam. Malam ni malam apa ha?, soalan yang menerpa minda pantas mencari jawapan...dan saat diketahui jawapan yang ditanya pada dirinya sebentar tadi, bola matanya kian membulat sambil nafasnya kian tak tentu hala arahnya. Tangan saling diganding. Erat. Cuba mencari kekuatan. Laptop perlahan-lahan diletakkan disebelah. Aduhai kenapalah dia yang mengalaminya tika berseorangan di sini. Azad sudah tidur waktu Ku'a menjengah ke bilik temannya si mulut bertih masak itu tadi. Mungkin letih agaknya selepas pulang dari meeting bersama pelanggan lewat petang tadi.

"tolonglah jangan kacau aku...kalau kau bukan manusia tolonglah jangan tunjukkan jasad dan rupa kau pada aku. Aku tak nak tengok rupa kau tu. Rumah ni hanya untuk manusia saja..tolonglah pergi, jangan kacau aku...a..a..aku tak kacau kau, jadi...jadi ka..kau janganlah ka..kacau aku!" suara yang sedikit terketar itu terlafaz dalam nada yang perlahan..penuh kepayahan. Mata Ku'a sudah dipejamkan. Rapat. Kedua-dua belah kaki sudah dinaikkan ke atas sofa. Seakan sedang duduk bersila.

Azad sudah menekup mulut dengan kedua-dua belah tapak tangan. Bahunya sudah terhinggut-hinggut menahan tawa yang sudah bergema didalam rongga. Cuba ditahan semahunya agar tidak terlontar keluar. Mahu terus menyakat teman serumahnya itu. Tidak disangka lain yang ingin dibuat, lain pulak jadinya. Dalam payah dia mengawal tawanya agar tidak pecah ditelinga teman dihadapannya saat itu, matanya tiba-tiba menangkap sesuatu yang sedang merayap di bahunya...

"makkkkkkkkkkk!"

Ku'a sudah terlompat dari sofa lalu pantas berdiri dan memusingkan tubuhnya ke belakang. Matanya bulat melihat sesusuk tubuh yang sedang terlompat-lompat sambil menepis-nepis sesuatu.

"Azadddd!"

Tubuh Azad terhenti melompat. Matanya dan mata Ku'a sudah saling memandang antara satu sama lain. Ku'a sudah bercekak pinggang. Bulat matanya merenung sesusuk tubuh tinggi lampai dihadapannya. Azad menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal. Hanya sengihan yang terpamer di wajah selambanya.

"hang ni kan Azad......eeei, geramnya aku!" Tubuhnya dilabuhkan semula ke sofa dihadapan. Azad menghampiri lalu duduk disebelah Ku'a. Laptop disebelah diambil lalu diletakkan di riba Ku'a. Ku'a menjeling dari ekor mata. Tajam.

"ala jangan dok jeling-jeling aku lagu tu Ku'a."

"apsal pulak aku tak boleh jeling hang?..suka hati aku la!"

"Ku'a...la janganlah habaq lagu tu...aku suka-suka usik hang ja!"

"suka-suka ye?" wajah Ku'a sudah dipusingkan memandang ke raut wajah Azad yang sedang mengigit bibir. Matanya sudah memanah pada mata Azad yang terkelip-kelip.

"suka-suka hotak hang malam-malam jumaat ni Azad. Hang ni kan dari kita belajaq dulu lagi suka buat lagu ni tau Azad. Tak senonoh hang satu hal, pekena kat orang satu hal..aku rasa setambun maki hamun depa yang pernah kena tu kat hang."

"mana ada!"

"Mana ada kunun...tu dulu tu hang takutkan Mona ngan Kak Mie kat bilik ayaq, hang ingat aku tak tau?...yang kes hang pekenakan si Zora ngan Azizah tu hang fikir aku tak tau gak ka?..hang pi lumur muka hang yang dah sedia comei tu dengan bedak sejuk dah tu pi ketuk pintu bilik depa pukul 1 pagi. Nasib baik takdak apa-apa kat depa berdua. Buatnya pengsan ka, apa ka hang yang kena tau. Tak baik la hang, aniaya kawan macam ni...eeei aku... " Kedua-dua belah tangan sudah diangkat seakan mahu mencekik leher Azad. Azad pantas memegang lehernya.

"geramnya aku kat hang ni tau..."

"ala masa tu kan aktiviti riadah tengah malam...aktiviti menghilang boring study. Aku saja ja main-main. Lagipun depa tu ok ja pa. Depa tu kebal la Ku'a. Takdak apa-apa pun depa tu semua. Sihat semua sampai sekarang. Dah beranak pinak pun. Aku ngan hang ja yang tak beranak-ranak lagi. Dok tang tu ja!"

"Eh, yang hang melalut part beranak-ranak ni pasai pa? hang dah ready nak beranak ka? Dah ada calon ya?..dah la masuk sini main terjah ja, tak bagi salam ka apa...nasib baik aku ni takdak sakit jantung tau."

Mata Azad sudah bercahaya. Duduknya dirapatkan pada Ku'a. Bahu Ku'a sudah diraih.

"Eh..tadi tu hang chat ngan Wira Angkasa ya? Siapa tu Ku'a? nickname bukan main lagi. Mata ayaq baru hang ka?" Ku'a menundukkan kepalanya sedikit menoleh pada Azad. Keningnya diangkat sedikit.

"Hang mengendap aku ya Azad?"

"issy..ada ka mengendap. Mengintip sebenarnya...saja, aku kan sepaiii!" Bibir Azad sudah melembarkan senyuman selamba.

"sepai kunun, bersepai kepala ni nanti baru padan muka hang...podaaah citt!" Kepala Azad diketuk lembut oleh Ku'a. Ku'a sudah bangun lalu mencapai laptopnya.

"weh awat ni..tak jawap soklan aku dah nak bangkit, tak baik la hang lagu ni Ku'a." Ku'a cuma melemparkan senyum sumbing pada Azad yang masih duduk di sofa.

"hang kan sepaiii...siasatlah sendiri. Dah, aku nak naik atas tidoq. Esok nak bangkit awai gi sekolah. Hang nak tidoq sini..silakan ya cik kak tocang dua!" Langkah diatur ke pintu bilik.

"wei, jap tunggu aku...eei hang ni pun, ada ka nak tinggai aku sorang-sorang kat sini."

Langkah Ku'a sudah berhenti di depan pintu. Ditoleh pada Azad yang sudah berada di belakang.

"hang takut ka?..setahu aku hang mana tau takut...hantu pun takut kat hang cik kak tocang dua."

"amboi cik kak kering sorang ni...sedap ja ya bercakap." Ku'a sudah membulatkan mata.

cik kak kering?. ciss kurang asam boi punya Azad!

"apa hang panggil aku Azad?..cilikan mulut tu nanti baru tau ya.."

"amboi amboi nak cilikan mulut aku pulak ya...yang hang panggil aku cik kak tocang dua tu tak pa ya.."

"tu kan nama yang cik abang Mus orang sebelah yang bagi hang..panggilan manja gitu!" Ku'a sudah ketawa kecil sambil melangkah keluar dari bilik bacaan. Azad mengikuti dari belakang. Pantas suis lampu bilik ditutup dan pintu dirapatkan.

"Eei, tolonglah ye jangan disebut nama mamat sekoq tu..aku alegik tau!" ketawa Ku'a makin bertali. Azad sudah mencebik.

"ala, hang tak suka sebab tak kenai dia lagi...dia ok pa aku tengok. Rupa pun ada..kategori handsome la. Suara dia best kan?, macho tu Azad. Eh apa kata hang date ngan dia dulu Azad. Aku tengok dia tu memang suka sungguh kat hang." Azad sudah menggeleng-geleng kepala lalu melangkah pantas ke tangga. Tubuhnya pantas dipusingkan semula pada Ku'a.

" Kalau aku kena date ngan dia la kan Ku'a...aku rasa aku kena tutup mata, ikat ngan kain hitam macam zorro tu, tapi takda lubang la kat tengah...jadi buta jap. Dengar suara bolehlah lagi..sebab hang kata suara dia macho..oklah aku agree tang tu...tapi kalau aku tengok muka dia yang perasan handsome tu sure my blood go upstair you know!" Ketawa Ku'a makin kuat mendengar kata-kata selamba yang keluar dari mulut Azad. Azad ni la kan, macam macam sungguh!

" ala buat ala-ala blind date sudah la Azad...kunun-kunun hang tak pernah tengok muka dia. Senang cerita." Azad sudah duduk ditangga. Ku'a berdiri mengadap Azad.

"masalahnya aku ni dah pernah tengok muka si mamat pasemboq tu...bukan dah pernah ja, dah selalu sangat aku tengok muka dia bersidai kat luaq pagaq rumah kita tu...yang betui boleh blind date hang tu, cik kak kering ooi."

"aku? dengan sapa pulak?"

Azad sudah berdiri. Nafas ditarik panjang lalu dilepaskan perlahan.

"kura-kura dalam tongkang sungguh hang ni..tu si Wira Angkasa tu la!"

"eh mana hang tau dia lelaki?"

"eh see the leg la cik kak...aku kan...sepaiiiiiii!...gudnite, assalamualaikum."

Salam disambut didalam hati. Ku'a sudah tersenyum. Blind date?..

2 comments:

ashida said...

aku rindu la kat azad...hang pandai la imbau balik nostalgia....sebijik... ...aku teringat muka bendak sejuk dia laaa

kucc_aprilsnow said...

shida -aku pun wei rindu banget sama dia, adeh hai mmg xleh lupa muka bedak sejuk dia ngan toncet air pancut dia, aku masih leh ingat muka roomate aku yg terkejut katak waktu bukak pintu tgk azad dok terpacak dgn muka putih dia sambil tersengih..lawak la azad kan!

Hati Ini Pilih Kamu

"Saya dah tak ada hak lagi nak duduk kat rumah tu." Rumah tu milik Zainal. Dan isyarat kak long yang humbankan beg pakaian aku be...