Tuesday, February 2, 2010

Istikharah Terakhir - Bab 15

Bab 15

"ni mama Maisarah, Har?...masyaallah cantiknya dia!..." tidak berkelip mata Zita merenung potret wanita cantik yang dihulurkan Azhar padanya. Patutlah Maisarah sangat comel rupanya dia mewarisi hampir seratus peratus kecantikkan ibunya. Bertuahnya si cilik itu. Pasti nanti dia akan membesar menjadi seorang gadis yang sangat jelita.

"cantik rupa belum tentu cantik hati Zita..." sinis bunyi perkataan yang terhambur keluar dari mulut Azhar. Zita tidak mahu membalas. Wajahnya masih merenung potret cantik ditangan. Tadinya dia langsung tidak merancang mahu menjejakkan kaki ke pejabat Azhar. Waktu Azhar menalipon, Zita sebetulnya memang sedang berada di One Utama. Hajatnya mahu membeli hadiah buat hari lahir papa minggu hadapan tapi dia ketandusan idea mencari hadiah yang sesuai dan meminta pendapat Azhar. Azhar dengan senang hati menawarkan diri menemaninya mencari hadiah tersebut dan memintanya menunggu disitu. Dan selepas selesai menikmati makan tengahari Azhar terus sahaja membawanya singgah di pejabat barunya di Jalan Dungun.

"you dengan mama Sarah macammana Har?" Terlihat dimata Azhar gelengan Azhar sambil mendengus kecil.

"dah tamat. Titik. Noktah. Itu yang Marina mahukan." Zita memandang wajah segak penuh berkarisma dihadapannya. Mungkin jika dilihat dari pandangan lahiriah tiada siapa menduga lelaki berjawatan pengurus besar di sebuah syarikat minyak terkemuka dunia ini punya sejarah rumahtangga yang cukup memilukan. Kasihan sungguh!

"tak boleh diselamatkan lagi?" Azhar dilihat Zita memandang sayu padanya bersama sebuah senyuman tawar. Gelengan kepalanya adalah jawapan pada soalan Zita.

takkan you tak sayang dia lagi?" Zita cuba memprovokasi Azhar. Dilihat Azhar hanya mengunci bicara.

Azhar membetulkan duduknya sambil memandang tepat ke wajah ayu dihadapannya. Banyak mulut jugak dia ni rupanya ye. Azhar sedikit tercuit dengan pertanyaan bertubi-tubi dari mulut mungil Zita.

"bohonglah kalau cakap i tak sayang dia, we've gone through so many sweet and lovely memories together dari zaman bercinta hingga kami kahwin...tapi.." bicara Azhar terjeda seketika. Cermin mata ditanggalkan lalu digosok-gosok permukaannya dengan hujung lengan kemejanya lalu disangkutkan kembali. Pandangan Azhar berlaga dengan renungan Zita. Zita pantas memandang ke arah lain. Azhar tersenyum dengan aksi malu Zita.

"tapi kalau i saja yang sayang dan berusaha untuk mempertahankan rumahtangga kami tapi dia pulak langsung tak ambik kisah, i fikir ini sahaja jalan yang terbaik buat kami. Kita ni tak boleh paksa orang untuk sayang dan kasih pada kita, Zita biarpun kasih dan sayang pada orang itu sepenuh hati...seluruh jiwa raga."

Zita menganggukkan kepala. Setuju dengan baris akhir ayat yang dilafaz Azhar. Dia juga begitu. Nasibnya dan Azhar rupanya sama. Dikianati orang tersayang. Kasih dan sayangnya dulu langsung tidak dihargai Faisal, lalu untuk apa lagi dikenang...untuk apa lagi dipertahankan sebuah rumahtangga yang dibina atas dasar kepura-puraan. Tiada keikhlasan langsung dihati Faisal untuk menerima Zita sebagai isteri.

"you dah cakap dengan Sarah?"

"nope. Not easy Zita." Kepala Zita terangguk perlahan. Faham dengan kesukaran yang dihadapi Azhar. Perbualan mereka terganggu oleh deringan dari telefon bimbit Azhar. Bersinar mata Azhar berserta senyuman lebar yang tersuring dipinggir bibirnya tatkala memandang pada skrin telefon bimbitnya. Dengan suara perlahan dia menyatakan pada Zita bahawa panggilan itu datangnya dari puterinya, si cilik Sarah. Zita hanya tersenyum sambil menganggukkan kepala. Azhar pantas melekapkan telefon ke telinga.

"walaikumsalam sayang. How is school today?" Zita tersenyum membalas senyuman Azhar padanya. Terlihat Azhar terangguk-angguk mendengar bicara puteri tunggalnya di sebelah sana.

"owh i see. Tomorrow?, Ok, papa will quickly finish my work first then i'll go back and fetch you. We'll then will go and find those cards ok." Zita hanya memerhati gelagat dua beranak itu berbicara. Sangat intim dimatanya. Sungguh.

"yes, sweetheart, papa promise. Sarah, you wanna know who is with papa now?" Zita sudah menggeleng-gelengkan kepala. Azhar ni!

"it's your beloved kak Zita." Azhar sudah menghulurkan telefonnya pada Zita.

"Dia nak cakap dengan you..." Azhar melemparkan senyuman pada Zita. Zita menyambut perlahan gajet tersebut dari tangan Azhar.

"hello sayang....yes, kak Zita sihat, alhamdulillah. Sarah macammana?...owh bagus, ye ker?...ramai kawan ye, mesti seronok kan pergi sekolah. Hmm...kak Zita dah besar, mestilah tak pergi sekolah lagi, kak Zita dah kerja lah sayang. Ha?, yes yes macam papa Sarah...kena kerja cari duit. Owh ikut Sarah cari kad?..kad untuk apa tu sayang?...owhhh, ok, nanti kak Zita tanya papa Sarah ye...take care sweetheart, bye...yes, i love you too sayang."

Zita menghulurkan telefon bimbit pada Azhar. Matanya sudah bertemu dengan mata Azhar yang penuh senyuman dan tanya soalan.

"Dia ajak i ikut sama dengan you teman dia cari kad untuk aktiviti sekolah dia besok." Azhar menganggukkan kepala.

"so?"

"so apa?"

"boleh tak ikut kami ni?"

Zita hanya memandang Azhar. Nafas ditarik lalu dilepaskan. Perlahan-lahan.

"bolehlah kak Zita. Sian Sarah tau. Jom la kak Zita!" Zita sudah menjeling kecil. Ingin tertawa mendengar tutur kata lucu Azhar yang sengaja dibuat-buat. Melihat memek muka kesian Azhar membuat ketawa Zita terburai disitu. Pandai je dia nak gunakan Sarah. Issy Azhar ni, saja je tau!

"jap, i call papa ok." Azhar mengangguk. Senyumannya kian lebar.

1 comment:

cactaceous opuntia said...

haha...sian sarah ke sian azhar..haha

Hati Ini Pilih Kamu

"Saya dah tak ada hak lagi nak duduk kat rumah tu." Rumah tu milik Zainal. Dan isyarat kak long yang humbankan beg pakaian aku be...