Sunday, February 21, 2010

Istikharah Terakhir - Bab 17


Bab 17

Lariannya diperlahankan. Nafas yang turun naik bersama degupan jantung yang laju dirasakan didalam dada. Zita meraup wajah yang sudah bermandikan peluh. Tuala kecil yang tersangkut dileher ditarik perlahan. Dilap seluruh muka yang sudah basah dihujani percikan peluh. Cuaca sejak dua minggu kebelakangan ini sungguh perit. Panas dan kering suasananya umpama berada di gurun. Langkah diatur perlahan menyusuri laluan trek jogging. Persekitaran Taman Tasik Titiwangsa yang sudah makin cerah mula dibanjiri orangramai. Mata Zita hanya memandang tiap susuk tubuh manusia yang juga sedang melakukan aktiviti riadah hujung minggu sepertinya. Botol air mineral yang dibawa dari rumah tadinya dibuka. Lafaz bismillah bergema didalam hati. Perlahan-lahan disuakan ke rongga mulut.

Larian perlahan diteruskan. Tubuh kecilnya terpaksa menyelit di celah-celah orang ramai yang selesa berjalan di laluan trek untuk meneruskan larian. Sesekali mata Zita menoleh pada pemandangan tasik yang permai. Beberapa buah kenu pelbagai warna yang dikemudi oleh sekumpulan remaja yang lengkap berjaket keselamatan berwarna jingga sedang asyik berdayung di tengah tasik. Sayup-sayup terdengar gelak ketawa mereka. Kerap juga Zita terlihat kumpulan ini menjalankan aktiviti mereka di hujung minggu kala dia berjogging disini. Mungkin pada waktu beginilah mereka semua dapat berjumpa, berkumpul untuk beriadah bersama. Melepasi kawasan pinggir tasik, lariannya mula dipercepatkan. Disekitar kawasan berhampiran astaka agak lengang dan ini memudahkan Zita berlari dengan lebih selesa tanpa gangguan atau mungkin terlanggar tubuh manusia yang juga sedang berjalan atau yang sedang berjogging sepertinya. Lariannya mula menghampiri kawasan playground yang sudah riuh rendah dengan suara anak-anak kecil yang riang bermain. Zita memperlahan langkah dan berjalan menyusuri kawasan padang permainan tersebut. Sesekali matanya menoleh melihat kegembiraan insan-insan kecil yang seronok dan asyik bermain. Terbit senyum dibibirnya melihat aksi-aksi comel mereka.

"kak Zitaaa!...."

Langkahnya terhenti. Kepalanya ditoleh kebelakang. Tiada sesiapa.

"Kak Zitaaaaaaaaaa!"

Matanya mula mencari arah suara halus yang melaungkan namanya. Dari arah kawasan buaian, dia melihat sepasang tangan kecil sedang melambai-lambai padanya sambil ketawa riang. Zita sudah tersenyum. Lambaian dibalasnya. Dia mengorak langkah menghampiri kawasan buaian. Pipi halus itu dicubit perlahan.

"Sarah!...eh, Sarah datang dengan siapa ni sayang?"Zita lihat Sarah memuncungkan bibirnya ke arah kawasan lapang dihadapan. Dia melihat dua susuk lelaki yang sedang asyik bermain badminton.

"papa dengan uncle zamri." Zita menganggukkan kepala. Sarah dilihat sudah berdiri.

"jap tau kak Zita. Kak Zita tunggu sini tau, jangan gi mana-mana. Jaga buaian Sarah ye, nanti ada budak lain main." Zita sudah mengerutkan dahi. Jaga buaian?, issh Sarah ni, ada ada je dia!

"Sarah nak gi mana ni?" Sarah menghalakan jari telunjuknya pada papanya.

"Sarah nak panggil papa jap...kak Zita tunggu tau!"

"Sa.." dan belum sempat dia mencapai tangan kecil itu, langkah pantas Sarah sudah laju ke arah Azhar dan Zamri. Zita melihat Sarah bercakap pada Azhar sambil tangannya menunjuk pada Zita. Zita melihat Azhar sudah tersenyum sambil mengangkat tangan padanya. Zita melambai perlahan sambil tersenyum. Zamri turut dilihat melempar senyuman padanya. Ketiga-tiga mereka sudah mengorak langkah menghampirinya.

"hai..." Azhar mula menyapa. Zamri hanya menganggukkan kepala.

"hai Har...hai Zamri." Masing-masing bertukar senyum. Saling bertanya khabar tentang diri dan perihal kerja antara mereka. Sesekali tercetus ketawa mesra antara mereka bertiga dan Sarah yang bagai tidak mengerti erti perbualan hanya tumpang ketawa sama. Perlakuan lucu Sarah mengundang ketawa Zita. Pantas pipi gebu itu dicuit perlahan.

Sarah sudah mendekati Zita sambil memegang tangannya. Zita membalas genggaman erat Sarah. Mereka saling bertukar senyum dan tawa. Azhar dan Zamri hanya menjadi pemerhati kemesraan kedua-duanya. Zamri sudah mengangkat keningnya pada Azhar sambil tersenyum kecil.

"jauhnya you datang jogging sampai ke sini Zita. Setahu i rumah papa you area Damansara kan?" Zita menganggukkan kepala.

"betul, rumah papa i memang di Damansara..tapi rumah i dekat-dekat sini je Har...so kawasan taman ni memang tak asing bagai i."

"i see. I ingatkan you stay dengan papa you."

"mula-mula balik dulu memang i stay dengan papa sebab papa yang mahukan begitu. Biasalah Har, papa tu memang dari dulu very protective. Dia jadi terlebih risau tambah-tambah dengan situasi i sekarang ni." Azhar hanya menganggukkan kepala. Tidak mahu bertanya lanjut tentang situasi yang dimaksudkan Zita. Lebih-lebih lagi dihadapan Zamri. Tidak sesuai dirasakan Azhar. Biarlah dahulu, nanti akan ada kesempatan untuk dia berbicara lanjut dengan Zita. Zamri hanya menjadi pendengar setia. Tidak mahu menyampuk apa-apa lantaran dia sendiri sedar dia tidak langsung tahu kedudukan dan situasi diri Zita sebagaimana yang disebutkan wanita cantik dihadapannya ini.

"papa, Sarah laparlah...Sarah nak makan roti canai la, boleh kan papa?"

Pertanyaan yang terlontar dari rongga suara Sarah menghentikan perbualan mereka bertiga. Sarah sudah memandang pada Azhar sambil menggosok-gosokkan perutnya. Aksi lucu Sarah mengundang ketawa mereka bertiga. Azhar menyentuh pipi gebu puterinya itu sambil tersenyum.

"boleh sayang. Zita jom joint kami sekali."

"takper la , you all go ahead ok. I nak buat satu round larian lagi." Azhar sudah tersenyum.

"Jangan takut la, setakat sekeping dua roti canai tu takkan meningkatkan kadar kalori you. Your figure will still remain fit and ummph my dear, right Zam!" Azhar sudah mengenyitkan mata pada Zita sambil mengangkat kening pada Zamri. Ketawa Zamri tercetus perlahan. Zita sudah menggeleng-gelengkan kepala dengan perlakuan dan usikan kedua-dua mereka. Sarah sudah menarik-narik dan menggoncang-goncang tangan Zita.


"kak Zita, marilah breakfast dengan Sarah. Sarah nak breakfast sama-sama kak Zita." Zita mengelus lembut pipi Sarah yang sudah merengek-rengek padanya. Kepala diangguk-anggukkan. Sarah sudah tersenyum lebar sambil melompat-lompat.

"yeah!...jom jom kak Zita..." tangan Zita sudah ditarik laju Sarah ke hadapan. Zita hanya mengikut langkah Sarah sambil diekori Azhar dan Zamri dari belakang.

"rapat sungguh anak kau dengan dia aku tengok. Dari tadi tak lepas lepas dari mulut Sarah sebut nama dia...hmmm satu perkembangan yang menarik ni Har." Zamri sudah merapatkan kedua-dua jari telunjuknya sambil mengenyitkan mata pad Azhar.

"ha, kau jangan nak mula bro...tolong jangan nak buat spekulasi bukan-bukan pulak. Aku dengan dia just friend ok."

"just friend je? boleh percaya ke ni Har?...tambah dengan such an attractive lady like her, mustahil la!...sudah la kau bro, jangan nak cover line pulak dengan aku." Zamri sudah menumbuk perlahan bahu Azhar. Azhar hanya menggeleng-gelengkan kepala.

"up to you bro. Aku cakap apa yang betul je."

"well Mr. Azhar, we shall see soon..." Zamri tidak berhenti mengusik Azhar. Hatinya kuat merasakan Azhar menyukai Zita. Lirikan mata dan senyum Azhar sudah cukup dapat membuktikan kebenaran tanggapannya itu.

"Dah lah, jangan nak mengarut lebih-lebih. Jom duduk kat Zita sana. Ha, kau tengok anak aku dah siap pergi order kat mamak tu. Bukan main lagi anak dara aku ni. Mamak tu pun aku dah kenal muka si Sarah ni." Azhar dan Zamri menghampiri meja yang sudah diduduki Zita.

" i order teh o limau suam for my self. You punya and Zamri, si comel you tu dah orderkan..teh tarik katanya, betul Har?...tu dia pergi orderkan roti canai untuk kita semua. Pandai sungguh dia. Mesti you dah kerap minum kat sini ye Har. I tengok pekerja-pekerja kat sini elok je tegur dia, macam dah lama kenal pulak." Azhar menoleh sambil memerhati pada Sarah yang sedang rancak bercakap dengan mamak penebar roti canai yang tak sudah sudah tersenyum-senyum sambil bercakap dengan Sarah. Seorang perempuan Indonesia lewat 20-an datang menatang dulang berisi 4 gelas minuman ke meja yang diduduki mereka.

" 2 teh tarik, 1 teh o limau suam sama 1 milo ais untuk nona Sarah yang manis itu...betul ya?" Zita mengangguk-anggukkan kepala sambil membalas senyuman wanita tersebut.

"you jangan tak tahu Zita, tiap-tiap minggu si Azhar ni datang minum di sini dengan Sarah. Tu yang Sarah pun dah kamceng dengan mamak roti canai dan pekerja-pekerja kat sini. I ni on off la...kalau wife i outstation baru la joint dua beranak ni."

"Dia ni Zita kalau orang rumah dia outstation dia jadi lah orang bujang balik..tapi syaratnya dia boleh melepak la kat rumah i je, wife dia suruh i perhatikan dia...dia ni bukan boleh percaya sangat ni Zita, you hati hati sikit dengan Zamri ni...buaya besi!" Zamri sudah ketawa besar. Zita sudah tersenyum. Azhar turut ketawa.

* * * * * * *

Pintu bilik dihempas kuat. Faisal sudah melontarkan tubuhnya diatas katil yang terbentang luas. Bantal kepala dicapai lalu ditumbuk bertalu-talu. Amarahnya kian memuncak. Sakit matanya melihat kemesraan isterinya bersama dua orang lelaki di taman tadi. Matanya turut melihat keakraban Zita bersama anak kecil berketurunan mat salleh yang dilihat sangat mesra dengan Zita. Tangan Zita erat didalam genggaman. Semestinya budak itu anak salah seorang lelaki berkenaan. Faisal sangat pasti tentang itu. Ahhh...sakitnya hati Faisal kala melihat senyum dan ketawa Zita bersama mereka tadi.

Siapa ye lelaki-lelaki tersebut. Tidak pernah dilihat rupa itu sebelum ini. Teman sepejabat Zita kah atau pelanggan syarikat papanya?. Hati Faisal makin rasa tidak selesa dengan pemandangan yang dilihatnya sebentar tadi. Dia tidak mahu rancangannya untuk kembali berbaik-baik dengan Zita digagalkan. Ya, digagalkan oleh lelaki-lelaki itu. Tidak!

Dia tidak peduli. Zita tidak akan dilepaskan. Dia akan mencuba untuk memenangi kembali hati isterinya itu. Dia akan berusaha untuk itu dan dia sanggup melakukan apa sahaja. Persetan dengan orang lain!

1 comment:

Iffahnazifa said...

hah, padan ngan faisal.
tau pun jeles.
b'smgt btul nk baek ngan zita blik
tp jgn buat bkn2 dh la.

Hati Ini Pilih Kamu

"Saya dah tak ada hak lagi nak duduk kat rumah tu." Rumah tu milik Zainal. Dan isyarat kak long yang humbankan beg pakaian aku be...