Friday, August 14, 2009

Rindu Semalam -Bab 11

Bab 11

Taufik melihat segala-galanya sebentar tadi. Jelas dimatanya apa yang terbentang di depannya kala itu. Biarpun tidak mendengar tiap butir bicara antara kedua-duanya tapi dia tahu pasti sesuatu telah berlaku. Dia melihat betapa redupnya pandangan teman akrabnya itu saat melihat Duhaila berjalan melepasi dirinya. Dia melihat betapa sayunya wajahnya teman akrabnya itu. Seolah-olah cuba ingin bersuara namun tidak berdaya. Dan sewaktu Duhaila melintasi dirinya tadi dia melihat ada air jernih yang mencecah pipi mulus itu namun cepat-cepat disapu tapak tangan yang halus itu. Dia melihat Duhaila tersenyum kecil padanya. Mungkin cuba menyembunyikan sesuatu.

Dia melihat sahaja langkah lincah Duhaila menuju ke arah Ziha. Duhaila diakui memang bijak menyembunyikan perasaannya. Jika tidak melihat sendiri apa yang terbentang di depan mata sebentar tadi dia juga pasti tertipu oleh lakonan wajah mulus itu. Begitu hebat dia menyembunyikan kesedihannya. Lihat sahaja dia sudah boleh bergelak ketawa bersama teman akrabnya itu. Saling bertikam suara, saling tarik menarik...tanpa disedari bibirnya mengukir senyuman kecil.

Duhaila, Duhaila...sukarnya membaca rasa hati awak.

Dalam tenang lembayung jingga di kawasan air terjun itu Taufik mengatur langkahnya perlahan-lahan mendekati teman yang sedang asyik duduk sambil memegang lutut merenung kaki langit. Dia melabuhkan duduknya disebelah Akhmal Hafiz. Akhmal menoleh sekilas namun kemudian memusingkan kepalanya semula melihat ke hadapan. Suasana sunyi. Hanya suara desiran air yang mengalir kedengaran bersama kicauan cengkerik hutan juga unggas yang sudah pulang ke sarang. Taufik membiarkan temannya itu melayan perasaan. Melayan rasa hati.

"Nak faham hati perempuan ni kadang kadang Fik bukan mudah. Perempuan ni misteri hati diorang. Tak terduga tindakannya. Mungkin betul orang cakap, masa mampu mengubah seseorang. Dulu dia bukan begini. Dia dulu lembut hati.Mudah memaafkan. Aku faham dan aku tak akan sesekali menyalahkan dirinya. Aku tahu kesilapan ni datang dari aku. Aku yang buat keputusan tu dulu. Jadi aku kena terima segala kesan dan akibat dari keputusan aku..." Akhmal menghela nafasnya perlahan. Wajahnya diraup dengan kedua-dua belah tangan. Taufik membiarkan. Tidak mahu membalas kata-kata temannya itu. Dia mahu mendengar lagi luahan dari lelaki disebelahnya ini. Luahan dari hati kecil seorang lelaki.

"Fik, aku tahu dia melalui satu saat yang sukar dulu bila aku buat keputusan yang macam tu. Aku tahu juga dia kecewa dengan keputusan aku. Mungkin juga dia marah. Aku faham. Aku faham sangat sangat, tapi aku...aku...aku tak tahu nak jelaskan macammana kat dia tentang keadaan sebenarnya Fik. Dia...dia langsung taknak bagi aku peluang Fik. Dia memang dah lain. Lain sangat sangat. Dia bukan macam Duhaila yang aku kenal lebih 5 tahun dulu. Duhaila yang dulu dah takda Fik. Duhaila aku tu dah "mati" kau tahu..Kau tahu tak Fik?.."Akhmal menundukkan wajahnya kebawah. Bahunya terhinggut-hinggut menahan rasa sedih yang bertamu. Taufik menoleh melihat Akhmal disebelah yang sedang menundukkan kepala pada lutut yang dipegang dengan kedua-dua belah tangan. Taufik menghela nafasnya perlahan-lahan.

Taufik memejamkan matanya. Tangannya menepuk belakang temannya itu perlahan-lahan. Cuba menyusun ayat yang sesuai untuk temannya itu. Dia perlu melakukannya. Demi untuk Akhmal. Dia tahu Akhmal tidak bersalah dalam hal ini. Dia tersepit.

Ya..dia tersepit Duhaila!

"Mal, takkan baru macam ni kau dah mengalah..come on la bro, kau jangan nak malukan kaum adam Mal. Kau kena face dia Mal...face her all out Mal!...tak kisah la kalau dia buat tak tahu atau buat buat tak dengar apa kau cakap, yang penting kau beritahu...yang penting kau mesti cakap hal yang sebenarnya. Yang penting kau jangan putus asa Mal. Ingat, bertahun kau cuba jejak dia and now she's in front of you bro...so grap this chance, jangan lepaskan Mal!...dun let her go anymore bro...dun ever let that happen. Kalau kau perlu apa-apa dari aku, just say it man." Taufik memandang Akhmal yang sudah menegakkan kepalanya. Wajahnya diraup perlahan-lahan. Dia menoleh pada Taufik dan mengukir senyuman kecil.

"thanks Fik..." Tangan yang dihulur disambut Taufik sambil menepuk-nepuk belakang Akhmal. Kali ini tepukan lebih kuat.

"ooi sakit la siot..." Taufik sudah ketawa. Akhmal juga ketawa. Gema tawa mereka memecah kesunyian senja di kawasan air terjun itu.

2 comments:

Hanya Aku Dihatimu.. said...

salam kucc..apa certa dihati mereka,menjadi tanda tanya..sedihkan..

kucc_aprilsnow said...

salam liza - tunggu la ye, hehehe

Hati Ini Pilih Kamu

"Saya dah tak ada hak lagi nak duduk kat rumah tu." Rumah tu milik Zainal. Dan isyarat kak long yang humbankan beg pakaian aku be...