Wednesday, August 26, 2009

Rindu Semalam - Bab 13

Bab 13

Cinta tu rasa yang terbit dari hati. Hati yang tulus ikhlas. Hati yang penuh rasa rela. Tiada sebarang unsur paksaan. Tiada unsur simpati. Tiada kompromi dalam soal cinta...kerana jika ada, maka cinta itu bukanlah cinta yang sebenar-benarnya. Cinta yang diraih atas dasar yang sedemikian tidak akan mampu kekal abadi. Itu cinta palsu. Dan dia tidak mahu meraih cinta yang sedemikian. Tidak sama sekali.

Dia tahu memang sukar untuk menerbitkan rasa cinta itu semula dihati, dijiwa insan yang sangat dia dambakan sekian lama. Insan yang sangat bererti di dalam hidupnya sejak dulu. Dia tahu dia yang tersilap percaturan...tersilap langkah di dalam mengatur perjalanan hidupnya sendiri. Lalu dia terpaksa menerima akibatnya. Akibat yang sangat perit untuk ditelan. Terlalu pedih untuk dihadapi. Dia tidak punya apa-apa pilihan. Dia harus menghadapi cabaran yang terbentang untuk diharung. Dia harus kuat. Mesti.

Dahulu...dia keliru. Dahulu...dia tersepit. Dahulu...dia buntu. Mungkin kerana dahulu dia terlalu muda maka dia terburu-buru didalam membuat keputusan. Dia rasa tindakannya kala itu adalah yang terbaik untuk semua. Dia akur ini semua kerana kekhilafannya...tapi tiadakah lagi ruang untuknya membetulkan kekhilafan dahulu?...dia juga manusia biasa. Mengapa dirinya tidak langsung diberi peluang untuk kali kedua.

"Letakkan diri kau dalam dirinya...rasai apa yang dia rasai selama ni Mal. Selami segala rasa duka, sedih, malu yang terpalit dalam dirinya. Semua itu disebabkan kau. Kau penyebabnya." Taufik menoleh pada Akhmal yang termangu penuh takzim disebelah. Tiada suara. Hanya desiran angin yang menyapa pendengaran kala ini.

"Duhaila ni dah terlalu lama memendam. menyimpan segala rasa duka yang kau tinggalkan dalam hidupnya dulu. Jangan salahkan dirinya Mal kalau dia bertindak begini. Kalau dulu kau boleh berfikir dengan waras, bertindak dengan lebih bijaksana...natijahnya mungkin tidak sehebat ini. Cuma, salahnya kau...kau terlalu bodoh masa tu, kau terlalu buru-buru. Kau fikir kau betul. Kau tak fikirkan dia langsung masa tu. kau buat dia macam tak wujud dalam hati kau masa tu. Kau buat dia macam...macam patung yang takde perasaan." Taufik lihat Akhmal menggosok-gosok pangkal dahinya yang sudah berkerut-kerut. Matanya yang bundar itu dipejamkan sama. Seketika. Taufik menghela nafas. Matanya dihala pada permandangan di hadapan. Tasik di Putrajaya yang mendamaikan dikala remang petang begini cukup mempersonakan pandangan mata.

Lewat pertemuan dengan Duhaila kelmarin dia cuba berfikir. Cuba mencari makna disebalik kata-kata Duhaila. Duhaila terlalu memendam rasa hati selama ini rupanya. Lahiriahnya dia nampak ceria, nampak lincah. Segala kesedihan berjaya disembunyikan dari pandangan mata setiap insan di sekelilingnya. Taufik juga tertipu. Tiada siapa menduga di ujana hatinya yang satu itu ada kedukaan yang sekian lama disorokkan. Cuba dilupakan lalu dicampakkan didasar sana. Maka bila Taufik cuba menggali semula rasa itu, ia bagaikan mengembalikan semula coretan kisah-kisah pilu, mencarik kembali luka lama yang kian sembuh.Duhaila terlalu keras hatinya. Duhaila terlalu kejap jiwanya. Tidak mampu digoyah. Sememangnya pengalaman pahit yang dilalui dan masa mampu mengubah seseorang.

"Aku tahu aku yang bersalah dalam hal ni Fik. Sikitpun aku tak salahkan dia. Aku tau aku memang bodoh, memang tolol, bahalul dahulu. Aku pentingkan diri sendiri dahulu. Aku tak fikirkan perasaan dan hati dia. Kalaulah aku mampu mengubah masa Fik...kalaulah aku diberi peluang itu..."Akhmal menundukkan wajahnya. Terlalu perit kenyataan yang harus dia terima saat ini. Waktu dimaklumkan Taufik hasil pertemuannya dengan Duhaila, dia sukar mengambarkan perasaannya kala itu. Sedih. Memang sedih yang teramat sangat. Dia terlalu mencintai gadis itu. Terlalu. Lalu bila dia ditolak begini tanpa ada sesi bela diri, rasa kecewa makin menghantui dirinya. Duhaila sudah terluka. Terlalu terluka. Lalu bagaimana lagi harus dia mencuba untuk meraih kembali rasa cinta yang dahulu pernah bertamu di hati sang gadis itu. Rasa cinta yang memekar didalam jiwa dan sanubari gadis itu. Buntu Akhmal saat ini.

"Berikan dia masa Mal. Berikan kesempatan untuk dia mencipta rasa itu kembali. Berikan ruang untuk dia merasai kembali perasaan itu. Bukan mudah untuk insan seperti dia memberi ruang kemaafan apatah lagi peluang untuk kau menghuni semula hatinya setelah apa yang kau lakukan padanya dahulu. Segala kedukaan dan kelukaan itu harus dilenyapkan dahulu dari dalam dirinya. Dan untuk itu, aku minta kau beri dia masa Mal. Kau jangan terlalu mendesak dirinya Mal. Makin kau desak, makin dia membenci kau nanti. Bahaya. Makin kau dekat, dia akan makin jauh dari hidup kau. Jangan sampai dia ibaratkan rasa cinta yang cuba kau lahirkan semula itu macam bunga-bunga kering yang menunggu masa terbang dibawa angin. Dibawa jauh dari dirinya. Rasa itu harus kau mekarkan kembali dalam hatinya, suburkan dalam jiwanya Mal."Taufik menepuk bahu Akhmal perlahan. Akhmal mengangguk-anggukkan kepala. Akur dengan kata-kata teman akrabnya itu. Taufik benar. Taufik betul. Dia tidak harus tersilap langkah kali ini. Dia tidak boleh khilaf kali ini. Padah pastinya nanti.

"Fik...macam mana kau lihat dia kelmarin?"

"Hmmm...dia doktor yang cantik. Sangat cantik."

"Huh, Apasal?..kau berkenan?"

"Kalau aku tak tahu dia tu "buruan" kau, dah lama aku tebarkan jala...tangkap terus.."

"Over my dead body man..."

"So aku kena tunggu kau "out" dulu la ye...ok gak, berbaloi aku rasa. Dia tu bukan calang-calang perempuan kan. So kira aku bertuah la jugak nanti, right?"

"hoooi...mangkuk ayan kau Fik."

"ala, aku gurau ja la bro...jom belanja aku satay. Kau dah janjikan?"

"Fik.."

"hmm.."

"Thks bro..."

"Naa...tarak hal la tu. Jom blah."

2 comments:

in_wired88 said...

so best men win??
hehe

kucc_aprilsnow said...

in_wired88 - we'll see who's the lucky one ye..

Hati Ini Pilih Kamu

"Saya dah tak ada hak lagi nak duduk kat rumah tu." Rumah tu milik Zainal. Dan isyarat kak long yang humbankan beg pakaian aku be...