Monday, August 10, 2009

Bila Cinta Bicara - bab 38

Bab 38

Echa berdiri di hadapan cermin. Dia merenung pada wajah dan dirinya di cermin. Dia melihat dirinya dengan sepersalinan kebaya bersulam indah gabungan dua warna; hijau dan ungu tanda penyatuan hatinya dan hati Aidil. Sepatutnya dia gembira. Ya, gembira yang sukar diucapkan dengan lafaz kata-kata. Sewajarnya dia rasa bahagia pada saat ini...tapi entah mengapa hatinya bagai sukar membenarkan perasaan itu hadir. Bagaikan ada gelodakkan rasa lain yang sedang menghuni di ujana hatinya itu. Dia tidak tahu mengapa perasaan ini semakin kerap menerpa mindanya kebelakangan ini. Perasaan yang semakin hari semakin ganas menghentam dadanya. Mahu diluahkan pada Aidil...ahhh dia tidak sanggup merosakkan warna ceria yang sedang berlagu di hati suaminya itu. Mahu berkongsi pada siapa...dia sendiri tidak tahu. Orang-orang dikelilingnya kebelakangan ini cukup sibuk dan gembira sekali menunggu hari ini. Dia tidak mahu mengharu-birukan keadaan hanya semata-mata kerana ketidaktenteraman hatinya itu. Echa melabuhkan duduknya di sisi kerusi yang tersergam di hadapan cermin. Dia menutup wajahnya dengan kedua-dua belah tangan. Sudah puas dia berdoa...memohon...namun hatinya tetap begitu. Sukar baginya memahami situasi dirinya. Apakah yang bakal menunggunya esok?. Apakah yang bakal menantinya malam ni?...dia memejamkan matanya rapat.Kepalanya diletakkan pada meja. Airmata mengalir dari tubir mata yang terpejam rapat itu.


Tuk!Tuk!Tuk!...

Diam.Tiada jawapan.

Tuk!Tuk!Tuk!...

Diam. Tiada jawapan juga.

"Echa!...Echa!....Echa!...Echaaaa!"

Dahi Joe sudah berkerut. Dia mundar-mandir di hadapan pintu yang tertutup rapat, serta merta poket seluar sebelah kanan diseluk lalu dia mengeluarkan telefon bimbit lantas menekan sesuatu.

"Aidil...Joe ni. Cepat datang...Echa..."

* * * * * * *


"dah puas saya ketuk dan panggil nama dia ni tapi macam tu jugak la Aidil. Risau la saya. Dah lama dia dalam bilik tu. Dia cakap nak bersiap sendiri dan suruh saya keluar jalan-jalan....so saya biarkan jer dia dalam bilik tu sorang-sorang. Bila saya balik tengok dia tak keluar jugak dari bilik tu, saya ketuk banyak kali diam jugak. Panggil dan jerit nama dia macam tu jugak. Hati saya rasa tak sedap la pulak tu yang terus call Aidil je...erk, macammana ni Aidil?, kunci bilik tu ada pada Echa..."

Aidil merapatkan telinganya pada pintu dihadapannya.

Tuk!...Tuk!....Tuk!

Diam.

"sayang....sayang are you inside?...sayang, listen to me, open the door please...sayang, if there is something you wanna talk, please go ahead...i'm always here for you....sayang, please don't this to me..."

Diam.

Aidil pandang wajah Joe. Joe menggeleng-geleng kepala tanda tidak tahu. Aidil terus ke telefon hotel yang terletak di sudut meja di tepi katil.Ganggang diangkat lalu jari-jemarinya pantas menekan nombor.

"hello reception, could you pass me to Raymond Lee please."

Terdengar balasan di hujung talian. Aidil masih kejap memegang ganggang sambil berdiri memandang Joe disebelah.

"Thank you. Hai Raymond, this is Engku Aidil . Raymond, could you come over to my room . I've some difficulties over here. Ok, thank you."

* * * * * * *

"Diculik?...isteri saya diculik?."

Aidil merenung wajah beberapa pegawai keselamatan hotel yang tegak berdiri disamping Raymond Lee, pengurus besar hotel tersebut. Joe yang turut serta terduduk sambil menutup mulutnya seraya mendengar penjelasan ketua pegawai keselamatan hotel. Langsung tidak diduga Echa ditimpa musibah sebegini. Tadi sewaktu mereka membuka bilik Echa menggunakan kunci pendua pihak hotel yang dibawa oleh Raymond baik Joe, Aidil mahupun Raymond sangat terkejut melihat Echa tiada di dalam. Tiada kelihatan unsur-unsur pergelutan mahupun rompakan kerana semua barang-barang berharga milik Echa dan Aidil tidak terusik. Lalu bila mereka dibawa ke bilik kawalan keselamatan, apa yang mereka saksikan cukup membuatkan jantung Joe berdegup kencang.

Kasihannya kau Echa, semoga Allah memelihara keselamatan dirimu, doa Joe didalam hati.

Joe memandang Aidil yang meraup wajahnya. Raymond Lee dilihat melabuhkan punggung disebelah Aidil sambil menepuk-nepuk bahu Aidil. Cubaan untuk menenangkan perasaan Aidil yang sememang tengah berkecamuk...sedih, takut, marah...semuanya.

"dari rekod CCTV kami sepertimana yang Engku saksikan tadi menunjukkan isteri Engku Aidil dibawa keluar oleh 2 orang lelaki berpakaian kemas. Isteri Engku dalam keadaan sedar sewaktu dibawa keluar. Maksud saya dia keluar beriringan dengan mereka..cuma dari riak wajahnya kita boleh lihat dia seperti dalam ketakutan..seperti dipaksa untuk keluar. Cara dia memandang kedua-dua suspek dan cara mereka memandang isteri Engku memang menunjukkan ada unsur paksaan di sini."

"Ini perihal dan perilaku jenayah penculikan Engku dan sebab ia berlaku di dalam premis kami, kami harus panjangkan ke pengetahuan pihak polis. Kita sama-sama bekerjasama dengan pihak polis Engku disamping berdoa agar isteri Engku dijauhkan dari bahaya, insyaallah."

Aidil memandang ketua pegawai keselamatan hotel tersebut. Dia menganggukkan kepala. Aidil menoleh pada Joe. Dia melihat Joe juga berbuat demikian.

"let pray for her safety Aidil...and at same time, let the police handle this. We shall put 100% trust on their ability on this.." Raymond Lee memaut bahu Aidil. Kejap.

"ok, let do it."

2 comments:

happiness said...

semoge echa slmt...

biar la bhgia sentiase...
tapi kalu wat ending sad stories pun ok gak...
lain ckit... kikiki...

kucc_aprilsnow said...

???...

tunggu ye...

Hati Ini Pilih Kamu

"Saya dah tak ada hak lagi nak duduk kat rumah tu." Rumah tu milik Zainal. Dan isyarat kak long yang humbankan beg pakaian aku be...