Bab 6
"KENAPA DADDY NI ASYIK SENYUM -SENYUM AJE DARI
TADI?"
Fazwan terus menjuring senyum seraya mengelus
lembut rambut panjang Dian yang kemas diiikat tocang ekor kuda. Mata menjunam
ke tubuh kecil disebelah yang bersandar penuh manja bertiangkan lengan sasa Fazwan.
"Iye ker daddy asyik senyum dari tadi? Are sure sweetheart?"
Dian angguk. Penuh tulus. Matanya yang
bersinar menghumban tatap merenung Fazwan.
"Dian nampak daddy senyum aje dari kita
masuk dalam kereta tadi. Daddy boleh tanya uncle Mat kalau tak percaya apa Dian
cakap. Uncle Mat pun nampak kan daddy senyum banyak dari tadi?" Dian hala
mata ke depan. Susuk belakang tubuh lelaki yang juga pemandu peribadi daddy
yang dipanggil uncle Mat dipandang. Ahmad kerling mata ke cermin pandang
belakang memandang Dian yang sedang mencari wajah Mat di cermin. Ahmad tayang sengih.
Bukan dia tidak perasan air muka lelaki yang bergelar ketuanya sejak dia bertugas
di MSF Industries Group of Companies. Lelaki penuh karisma yang begitu dikagumi
kerana sikap tenang dan penuh hormat pada sesiapa juga tidak kira latar dan
keturunan.
"Daddy Dian tu ada lah yang tengah dia
fikir tu. Uncle Mat rasakan mesti ada cerita best tu, Dian. Cuba Dian tanya
daddy tengah ingatkan siapa. Mana tau daddy tengah ingatkan girlfriend daddy
ker. Tu yang daddy senyum banyak-banyak dari tadi."
Dian kerut dahi. Tubuh uncle Mat yang
membelakanginya dipandang lagi sebelum berkalih ke wajah daddy disebelah.
"Daddy ada girlfriend? Daddy tengah
ingat girlfriend, daddy? Betul ker daddy macam uncle Mat cakap tu? Kenapa
Dian tak tau pun daddy ada girlfriend?” Mata Dian terus takzim memanah terus
renungan tidak berkelip ke wajah daddynya yang tenang bersandar di sebelah. “Sebab
tu daddy senyum banyak? Iye ke daddy? Daddy tak nak bawak Dian jumpa girlfriend
daddy? Mama tau tak? Papa?" Bertubi-tubi soalan keluar dari mulut mungil
Dian yang sedang memanah pandangan ke wajahnya membuatkan Fazwan gagal menahan
senyum. Kepala digeleng. Ketawa laju terluncur. Kepala dan pipi mulus Dian
diusap lembut. Ahmad yang mendengar pertanyaan spontan Dian turut ketawa.
Mengerling sekilas memandang wajah penuh tanda tanya Dian sebelum kembali
memokus tumpuan ke hadapan. Fazwan hela nafas lembut. Kata-kata spontan Dian
masih terngiang ditelinga.
"Dian tak suka ke tengok daddy
senyum,hmmm?"
Dian geleng laju. Senyum manis dari bibir
mungilnya turut terlempar berpadu dengan hamparan senyum dari bibir Fazwan.
"Tak. Dian suka laa tengok daddy senyum. I love your smile very much, daddy. Daddy kan handsome banyak kalau
senyum. Mama selalu cakap macam tu. Papa pun cakap macam tu jugak. Tapi
sekarang ni daddy senyum lebih banyak dari selalu. Tak macam senyum hari-hari
yang Dian selalu tengok tu. Daddy senyum lebih macam ni sebab Daddy ingat
girlfriend daddy ye. Betul kan daddy. Betulkan uncle Mat?" Senyum di bibir
Dian terus mekar. Kembali tubuh disandarkan ke lengan Fazwan.
Ketawa Ahmad berderai. Bergema.
"Betul
betul betul. Dian memang pandai lah. Tu uncle Mat sayang sangat kat Dian yang
bijak dan comel macam anak patung ni."
Ketawa Fazwan terluncur lagi.
"Awak ni Mat tak sudah mengusik saya.
Tengok, awak dah buat anak saya yang comel ni salah faham. Kesian kat Dian. Dia
ingat betul-betullah daddy dia tengah ingatkan girlfriend" Tangan Fazwan
terus mengelus kepala Dian yang sudah enak bersandar di sisi.
"Kalau betul apa salahnyer, boss. Saya
buat kenduri doa selamat, boss. Saya mintak isteri saya masak pulut kuning
dengan rendang ayam sedekah kat jemaah masjid. Mana tau berkat, tahun depan
boss saya yang super handsome ni naik pelamin. Allah. Amin amin. Syukur
Alhamdulillah." Ahmad raup sebelah tangan ke wajah. Fazwan senyum seraya
menggeleng kepala. Arif benar dengan sikap pemandu peribadinya ini yang suka
mengusiknya daripada dahulu.
"Uncle Mat tu suka bergurau. Daddy mana
ada girlfriend, sayang. Girlfriend daddy kan Dian. Right, sweetheart?"
Dian yang mendongakkan wajah tayang senyum manis. “Dian mana boleh jadi
girlfriend daddy. Dian kan kecik lagi.” Fazwan tersenyum. Pipi mulus Dian
dielus. "Daddy senyum banyak tadi sebab seronok tengok Dian happy dapat
the barbie doll new collection yang Dian nak sangat tu. Dian happy kan,hmmm?"
Dian mengangguk polos.
"Daddy.."
"Yes sweetheart."
"Kenapa daddy tak ada girlfriend besar
macam mama? Daddy kan baik. Daddy kan handsome. Kan uncle Mat?"
Fazwan ketawa kecil. Mata dihala ke wajah
mulus Dian yang polos bertanya penuh tulus. Ahmad yang mendengar
pertanyaaan Dian tenang memandu. Memang dia tahu lelaki penuh karisma yang
menjadi ketuanya ini masih tidak punya teman istimewa hingga kini. Hidupnya
hanya pejabat, rumah dan Dian. Cerita yang dia pernah dengar dari kakitangan
pejabat waktu mula berkerja dahulu sejak lamaran ketuanya ini ditolak seseorang
dahulu, hingga kini Fazwan belum lagi menemui pengganti. Bukan tiada yang
mendekati, tapi tak satupun yang mampu mencuri hati lelaki yang penuh
berkarisma dan hebat ini. Ahmad toleh ke arah cermin pandang belakang.
"Dian.."
Dian yang bersandar pantas mengangkat
kepala. "Yes uncle Mat."
"Dian boleh tolong uncle Mat tak?"
Kepala Dian jujur mengangguk. Fazwan
geleng kepala. Mat..Mat.
"Dian carilah girlfriend besar untuk
daddy Dian yang super handsome ni. Dian kan budak pandai. Mesti Dian boleh
carikan daddy girlfriend besar yang cantik dan baik macam daddy. Barulah
sepadan dengan daddy Dian.”
“Uncle Mat tak boleh carikan daddy girlfriend
besar?”
“ Uncle Mat tak ada kawan perempuan cantik nak
kenalkan kat daddy Dian."
"Teacher Aida yang makan dengan kita tadi
tu daddy nak tak. Dian suka kalau teacher Aida jadi girlfriend daddy. Teacher
Aida cantik. Teacher Aida baik. Dian boleh cakap pada teacher Aida daddy nak
teacher Aida jadi girlfriend daddy. Daddy nak Dian cakap macam tu kat teacher
Aida tomorrow?"
Fazwan menjuring senyum ke wajah mulus Dian.
Perlahan diangkat wajah. Dihantar renung ke luar tingkap. Tangan lembut
mengusap kepala Dian. Kenangan bertembung dengan Aida tadi kembali berlegar di
kotak ingatan. Wajah indah bertudung hitam yang menghantar senyuman manis itu terlayar dimata. Mereka berbalas senyum.
Dian laju menerpa sang rupawan yang bagaikan cukup intim dengan buah hatinya
itu. Fazwan jadi terpegun dengan aksi kedua-duanya yang nampak akrab benar.
Jauh disudut hati ada rasa yang mengetuk lantai jiwa. Tanpa sedar bibir lebar
mengukir senyum. Segalanya kembali menari di lantai ingatan. Ingatan tentang bual bicara ringkas mereka
sebelum Dian laju mengheret tangan Aida masuk kedalam restoran makanan segera
bersebelahan tempat mereka berempat berdiri. Fazwan hela nafas. Kotak ingatan berputar lagi. Berganti pula
dengan seraut wajah yang satu lagi. Merenung Fazwan sejak mula. Tidak berganjak
bebola yang sepasang itu memandangnya. Akal sudah menberitahu isyarat bahawa gerangan lelaki
ini pastinya punya hubungan istimewa dengan Aida kala mata melihat tubuh kekar itu rapat
disisi Aida dengan erat tangan memaut bahunya. Namun hati seakan tidak
membenarkan apa juga yang disampaikan akal. Benarkah begitu? Sungguhkah dia itu
seseorang yang istimewa pada Aida? Dan segalanya terjawab kala bibir indah itu
membuka bicara. Sukar sekali difahami kenapa ada semacam satu letus rasa kelegaan
yang teramat kala kata-kata itu terlantun. Mengapa mesti rasa itu menghantar
isyarat ke jiwa?
“ENCIK FAZWAN, KENALKAN…ini abang saya, Affendi.” Fazwan
hulur tangan bersama senyum damai. “Assalamualaikum. Saya Fazwan Anuar.” Senyum
masih penuh diwajah memandang lelaki berkulit kuning langsat yang berdiri tegap
disebelah Aida. Jabat bersambut. Pautan padu jari-jemari lelaki dihadapannya
ini begitu dirasai. Hati berbisik. Tenang FA. Mata bersalut bingkai Eco 2.0
damai menghulur tatap ke wajah serius didepan.
. “Dian..”
Fazwan usap kepala Dian disisi. “ salam uncle, sayang.” Dian akur. Tangan halus
dihulur memaut huluran tangan Affendi yang tunak memandang. Dua bibir mengukir
senyum.“Assalamualaikum, uncle. Nama saya Dian Khalisya. Ni daddy Dian. Daddy
Dian handsome kan.” Aida senyum dengan kata-kata Dian yang comel. Affendi
dilihat Fazwan turut tersenyum sambil megelus pipi Dian. Mata itu kembali
dihala kearah Fazwan dihadapan. Renungan Affendi cukup disedari Fazwan. Hati dibawa
bertenang.
“Encik
Fazwan dari mana ni?” Aida memecah sesi saling memandang antara Fazwan dan
Affendi yang membuat detik saat seakan terhenti. Fazwan yakin pasti si cantik
ini cukup sedar akan tatap renung abangnya yang tidak lepas ke wajah Fazwan dari
awal mula mereka bertegur tadi. Bahu Aida dilihat makin erat dipaut Affendi.
Fazwan tenang menghulur senyum ke wajah serba-salah Aida sebelum mata menjunam
ke arah Dian yang erat menggenggam jari-jemari Aida.
“Saya bawa
Dian beli new collection Barbie doll dia. Tu yang kat tangan dia tu Aida nampak?.” Aida jengok ke arah beg merah jambu
yang dijinjit Dian. Ketawa kecil Aida terluncur manis. “Oo..dah dapatlah ye apa
yang Dian nak ni,hmmm.” Dian laju menggangguk kepala sambil menjuring senyum
lebar. “Daddy yang belikan untuk Dian, teacher Aida. Kan daddy?” Fazwan senyum.
Kepala diangguk. Mata bertembung sekilas dengan tatap tidak berkalih Affendi
yang masih takzim memandangnya daripada tadi. Fazwan masih tenang menghulur
wajah damai sebelum kembali menghulur tatap ke arah Aida. “Daripada malam tadi
dia tuntut dengan saya, Aida. Telefon saya banyak kali. Pujuk saya belikan.
Mama dia memang takkan mudah-mudah nak belikan untuk dia. Dia memang tahu
sangat kalau dengan saya dia mesti dapat. Saya memang akan kalah dengan cakap
dia.” Aida senyum mendengar kata-kata Fazwan. Wajah tampan penuh berkarisma
didepannya ini dipandang. Hati mengukir senyum. Beruntungnya Dian punya daddy
macam encik Fazwan. Pasti mama Dian pun bahagia punya suami sebaik encik Fazwan
juga. Betapa bertuahnya Dian dan mama Dian kan.
Aida elus
lagi pipi mulus Dian yang masih erat memaut jar-jemarinya.“Iye ke mama taknak
belikan untuk Dian, sayang?”
“Ha’ah. Mama
taknak belikan Dian pun masa Dian keluar dengan mama last weekend. Masa tu Dian
dah nampak new collection tu kat kedai sana tu.” Telunjuk Dian lulus menghala
ke premis Barbie didepan. “ Tapi mama cakap Dian kena sabar. Mama cakap nanti
aje mama belikan. Itupun kalau Dian jadi budak baik. Tak boleh naughty. ”
Aida
senyum. Pipi gebu Dian dielus.” Mama Dian cakap betul, sayang. Kita memang kena
belajar sabar bila mahukan sesuatu. Sabar tu ada banyak kebaikkannya.”
“Dian
faham apa mama cakap tu tapi teacher Aida kalau Dian tak suruh daddy beli hari
ni, nanti new collection tu dah habis budak-budak lain beli. Nanti Dian tak
dapatlah barbie doll new collection tu.”
Aida
senyum. “Tak dapat pun tak apa. Dian pun dah cantik sangat macam barbie doll
tau. Lagi cantik daripada barbie doll.”
Dian geleng.
Laju.
“Dian
bukan barbie doll laa teacher Aida. Mama yang macam barbie doll. Mama Dian
cantik sangat macam barbie doll. Papa Dian pun cakap macam tu. Mama Dian is a
barbie doll. Kalau teacher Aida tak percaya boleh tanya daddy. Daddy pun cakap
mama Dian memang orang panggil barbie doll sebab mama cantik sangat macam
barbie doll.” Aida angguk. Mata bertemu pandang dengan pandangan Fazwan. Aida
lempar senyum.
“Isteri
mana? Apsal tak ikut sama keluar beli barang untuk anak?”
Fazwan
hala mata ke wajah disebelah Aida. Senyum diukir. Dibiarkan soalan itu tidak
bernoktah. Aida dilihat cuba mengorak senyum. Mungkin serba-salah dengan
pertanyaan Affendi.
Jeda.
“Teacher
Aida jom lah kita makan burger. Daddy dah janji nak bawak Dian makan burger.
Nanti daddy boleh belikan burger untuk teacher Aida dengan uncle. Kan daddy?
Bolehkan daddy kita makan burger dengan teacher Aida dan uncle?” Suara Dian
memecah khali yang tercipta.
Fazwan
senyum. Angguk.
“Boleh
sayang.”
“Yes!!!!”Jerit
Dian menjalar. Luas memenuhi ruang yang sepi. “Jom teacher Aida. Jom kita order
burger. Dian nak makan dua burger.” Tangan Aida sudah laju diseret Dian ke
dalam premis makanan segera bersebelahan mereka. Aida dilihat Fazwan patuh dan
akur sahaja mengekor langkah laju Dian sambil memandang ke belakang. Mencari
jawapan di wajah Affendi. Dua wajah yang tertinggal dibelakang saling
berpandangan. Fazwan senyum seraya
mengangguk kepala. Tapak tangan dibentang ke depan. Isyarat mempersilakan
lelaki dihadapannya untuk melangkah dahulu. Dua langkah saling beriringan.
“Kau dah lama kenal Aida?” Fazwan yang sedang membuka
balutan burger untuk Dian terhenti seketika. Senyum masih utuh dibibir. Burger dihulur pada Dian seraya ucapan
basmallah.
“Abang….ni
encik Fazwan kan. ”
Fazwan senyum.
Wajah serba-salah Aida jelas dimata. “Tak apa , Aida. Tu..burger kat depan…makanlah,nanti
sejuk tak sedap. Hmmm.”
Hela nafas
perlahan Fazwan terluncur. “Tak sampai seminggu. Right. Aida?”
“Err..ye…ye,
encik Fazwan.” Aida dilihat Fazwan yang masih tidak menyentuh makanan didepan.
Fazwan capai gelas milo milik Dian. Disua ke bibir. Disedut perlahan usai
basmallah terlafaz.
“Kau dah
kahwin kan?”
“Abang!”
Aida dilihat menoleh ke wajah Affendi yang masih memanah renung ke arah Fazwan.
Affendi kerling ke arah Aida yang memaut lengannya. Seakan memberi isyarat
untuk dia berhenti merangkai bicara. “Biar abang cakap dengan lelaki ni. Aida
nak kena macam dulu lagi. Tak serik-serik?” Affendi hulur tatap ke arah Fazwan kembali.
“Aku nak cakap satu dengan kau.”
“Abang..apa
abang buat ni.”Aida geleng kepala. Jelas dimata Fazwan akan wajah Aida yang
terkejut dengan perbuatan Affendi. Aida hala bebola mata ke arah Fazwan “ Encik
Fazwan saya minta maaf bagi pihak abang saya.”
Fazwan
angguk. Senyum masih dipasak dibibir. Dian yang tidak mengetahui apa yang
berlaku rancak menikmati hidangan. “Tak apa, Aida. Biar abang Aida cakap dulu
apa yang dia nak cakap pada saya,hmmm.”
Affendi
terus memanah renung ke arah Fazwan.“Jangan dekat dengan Aida. Jangan dekat
dengan adik aku kalau kau ada niat apa-apa pada dia. Aku takkan benarkan. Jangan gunakan sikap nampak baik kau ni untuk
pikat dia. Aku taknak dia kecewa lagi. Aku taknak dia ditindas lagi dek lelaki
yang suka ambil kesempatan atas kebaikkan dia. Aida ni jenis baik teramat
sangat dengan sesiapapun. Aku cukup kenal siapa adik bongsu aku. Aku taknak dia
ulang sejarah bodoh dia dulu. Kau jaga sahaja diri dan keluarga kau. Takkan kau
nak anak kau yang comel ni…” Fazwan perasan Affendi hala bebola mata ke arah
Dian yang tekun mengunyah kentang usai menghabis sebiji burger sambil menghulur
kentang ke mulut Fazwan. Mulut dibuka, kentang meluncur masuk. Dikunyah
perlahan dengan senyum dihala kearah Dian. Kepala Dian diusap lembut. Aida dilihat Fazwan mengetap bibir seraya
menundukkan kepala. Mungkin tidak menyangka layanan Affendi.Mata Dian yang
memandang orang yang lalu-lalang diluar menjadi tumpuan tiga pasang mata.”nak
beribu tiri sedangkan mak dia masih ada dan masih isteri kau. Jangan buat apa
yang kau tak mampu. Dan kalau kau mampu pun aku takkan benarkan. Kau faham?”
Aida dilihat Fazwan hanya menggelengkan kepala.
Fazwan
usap lembut kepala Dian.
“Dia
takkan beribu tiri. Itu saya pasti, encik Affendi. Dian dah ada keluarga yang
sempurna.” Mata Fazwan hala ke wajah Aida yang sedang tunak memandang
kearahnya. Senyum dibentang ke wajah mulus yang jelas seakan mahu menangis.
Mungkin tidak menyangka selancang itu sikap abangnya terhadap Fazwan.
“Baguslah
kalau kau fikir begitu. Adik aku ni bukan mainan lelaki-lelaki kaya yang macam
kau. Lelaki yang nampak luar baik tapi belum tentu dalamnya baik.”
“Abang…sudahlah.
Jangan cakap macam ni. Encik Fazwan tak buat apa-apa pun pada Aida. Kan Aida
dah cakap tadi Aida kan bekerja di tadika tempat encik Fazwan ni hantar anak
dia. Itu sahaja.”
“Aku rasa
elok kau dan anak kau balik aje. Ingat pesanan aku tadi. Aku takkan
teragak-agak bertindak kalau kau cuba langgar pesanan aku tadi.”
“Abang!!”
Fazwan
angguk.”Tak apa , Aida. Come sweetheart kita balik,hmmm. Teacher Aida ada hal
dengan uncle.” Dian yang dilihat Fazwan terkebil-kebil melihat apa yang terjadi
hanya menurut. Tangan Fazwan dicapai.
“Salam
teacher Aida, uncle.” Dian Menurut. Aida kemam bibir dalam huluran tangan yang
disua. Affendi tidak mempamerkan apa-apa reaksi. Huluran tangan Dian disambut.
Fazwan hulur tangan ke arah Affendi. Berjabat. Kepala diangguk. Senyum tanda
hormat tetap disua. Dua tubuh sudah berdiri tegak disisi meja. Tangan Dian erat
menggenggam jari-jemari Fazwan.
“Encik Affendi…” Fazwan hulur tatap ke wajah
lelaki yang duduk disisi Aida. “Kalau Allah dan tentukan jodoh saya dengan adik
encik Affendi ini sudah tertulis sejak di lofmahfuz, siapalah yang mampu
menghalang. Urusan jodoh ini ditangan Dia encik Affendi. Saya balik dulu. Saya
balik dulu, Aida. Assalamualaikum.”
Fazwan hela nafas. Dian yang sudah tertidur
disisi ditatap. Wajah Aida dan Affendi
kembali terlayar dimata. Silih berganti. Berkali-kali. Senyum terukir sambil
kepala menggeleng. Affendi..Affendi.
5 comments:
i like...i like...cepat sambung lg
aduhai, bercelaru jiwa bace ni cik kucc...best!!!
Aduh. Sambung lg.
betul tu siapa kita yang nak tentukan JODOH orang lain.... FA memang cool macam Papa Ben juga... sesuai dgn Aida yang macam Siti (NLBB) .... mesti sweetttt...
protective sungguh affendi. aida dah serba salah :), tak lama lagi terlerailah kemelut kisah papa dan mama dian. mana uncle Jo?
Post a Comment