Thursday, June 6, 2013

Sneak Peek - Lafaz Cinta Di Jari Manis Bab 38


Bab 38
           JOE…KENAPA KAU TERLALU BAIK?
            Kenapa Joe?
            Tau tak aku rasa sangat bersalah dengan sikap kau ini.
            Maafkan aku, Joe!
            Maafkan, aku..
            Qistina sapu hujung tubir mata. Tubuh yang berbaring mengiring terus takzim. Kenangan majlis paling bererti dalam hidupnya itu kembali menjengah fikiran. Sukar dilelapkan mata. Sukar dilupakan saat manis itu. Dan paling tidak dapat dilupakan akan kata-kata dan pesanan Joe kepada Khal.

            “TAHNIAH, Khal…tahniah Qis. Selamat pengantin baru. Aku doakan korang berdua berbahagia hingga ke akhir hayat.” Joe hulur senyum penuh tenang. Wajah dua insan dihadapannya ini yang selamat diijabkabulkan sebentar tadi ditatap mesra. Majlis yang berlangsung di rumah keluarga Qistina ini dilihat begitu meriah dengan warna-warna gembira dan bahagia pada raut wajah-wajah tiap ahli kedua-dua keluarga yang sekian lama menanti-nantikan kedua-duanya disatukan. Joe lihat tadi betapa gembira dan pilunya ayah Qistina kala memaut tangan Khalish saat selamat disahkan menjadi suami kepada puteri kesayangannya itu. Joe juga menjadi saksi bahagianya mama Khalish kala memeluk erat Qistina…menantu yang begitu didambakan sejak sekian lama. Akhirnya tertunai hajat dan hasrat kedua-dua belah keluarga. Joe tahu doa mereka mengiringi perjalanan hidup baharu kedua-dua insan ini. Seraut wajah jelita Qistina yang anggun berbaju kebaya putih ditatap sekilas. Sepasang mata bundarnya yang menawan itu menggambarkan bahagia yang sedang bertamu di hati. Senyum manisnya tidak lekang dibibir. Ucap tahniah dan jabat salam tidak putus buat si barbie doll nan menawan ini. Joe akur dengan ketentuanNya. Dalam hati dipanjat doa sejahtera dan bahagia yang berkekalan buat kedua-duanya. Bahagia itu bukan bererti memiliki. Bahagia itu ada dalam jiwa yang ikhlas memberi tanpa mengharap balasan. Joe tahu dia sudah ikhlas dan redha atas segala yang tersurat. Qistina bukan tersurat buat dirinya. Itu ketentuanNya. Tangan dihulur. Dua tangan saling berjabat. Erat. Dua senyum saling bertaut. Mesra. Manis.
            Qistina yang berdiri disisi menghulur senyum dan anggukan. Kedua-dua mata takzim menjadi pemerhati setia. Dua wajah lelaki yang sangat dekat dihatinya dipandang silih berganti. Satu sudah disahkan menjadi suaminya dan satu lagi teman baik yang begitu disayangi dan dikasihi sejak dahulu. Teman baik yang begitu memahami dirinya. Teman baik yang sentiasa disisi setiap ketika kala dia perlukan seseorang. Teman baik yang tidak putus memberi dorong dan nasihat tanpa jemu dan lelah. Qistina tahu dia beruntung punya Joe dalam hidup selama ini. Tanpa nasihat dan dorongan Joe tak mungkin dia mampu mengorak langkah kala terperangkap antara dua persimpangan hati. Terima kasih, Joe! Terima kasih kerana menjadi kawan yang terbaik buat aku selama ini. Aku sayang kau, Joe!
            “Thanks Johan.” Jabat yang dihulur Joe erat digenggam. Mesra. Bahu Khalish ditepuk perlahan oleh Joe. Senyum. Joe angguk kepala. Tenang. Sinar mata saling menatap. Khalish terus menjala senyum manis yang tidak putus daripada tadi. “Terima kasih sudi hadir dalam majlis ni. Maaf la kalau ada yang kurang.”
            “Aku mesti datang. Ini kan majlis akadnikah kawan baik aku. Bukan kawan baik namanya kalau aku tergamak tak datang. Right, Qis?” Mata Joe yang bersinar dihala ke wajah anggun Qistina yang takzim disisi Khalish. Senyum Qistina melebar. Manis. “Terima kasih, Joe  kerana datang. Kalau kau tak datang hari ini harus aku nangis tadi. Lepas tu aku merajuk setahun taknak jumpa kau…taknak cakap dengan kau. Khal pun aku suruh boikot kau. Zura dan Kamal pun sama. Adil tak macam tu?” Qistina angkat kening. Sengih manis terukir.
           Pecah ketawa Joe dan Khalish.
           "Johan..”Khalish masih erat menggenggam tangan Joe. Sepasang mata Joe yang bulat dan tenang direnung.
           Joe terus menjala senyum damai. “Ya, Khal..”
           “Aku minta maaf atas segala khilaf dan salah faham aku terhadap kau selama ini. Aku tahu, aku keterlaluan dengan sikap tidak adil aku terhadap kau. Aku memang malu dengan sikap buruk aku terhadap kau dahulu. Dan aku paling malu kerana meragui kejujuran kau dan Qis selama ini.”Qistina toleh memandang ke wajah Khalish disebelah. Saling memandang seketika. Ada rasa yang berbicara didalam hati mereka. Khal, Qis dah lama maafkan, Khal. Tapak tangan kiri Khalish dikait dan digenggam erat. Dia tahu lelaki yang baharu disahkan sebagai suaminya ini sudah benar-benar insaf atas segala khilaf dan salah besar yang pernah dilakukan dahulu. Qistina juga tahu Khalish sudah terlalu lama terbeban dengan dosa yang pernah dilakukan terhadap Qistina dan Joe. Khalish sudah terlalu menyesal atas segala yang pernah dilakukan dahulu. Baik dia mahupun Joe, tiada dendam yang tertanam di hati. Sudah dilepaskan. Semuanya. Tiada yang tertinggal.
       Joe geleng kepala. Perlahan. Dua wajah dihadapan saling ditatap. “Perkara lama. Aku dah lupakan semua tu. Kau ada sebab buat macam, Khal. Aku faham hati kau masa tu. Kalau aku ditempat kau aku jugak mungkin akan bertindak begitu. Adakala mata kita cepat terkhilaf bila melihat sesuatu. Itu lumrah manusia.”Khalish angguk. Akur. Dia khilaf kala mentafsir hubungan akrab antara Johan dan Qis dahulu.
       “Aku tahu kau lelaki baik, Johan. Terlalu baik. Aku tahu hati kau ikhlas terhadap Qis.  Dan aku sedar aku sudah menyalahanggap keikhlasan dan kejujuran kau terhadap Qis selama ini. Aku minta maaf, Johan. Aku belajar untuk terima hakikat persahabatan antara kau dan Qis terjalin atas dasar professionalisme masing-masing yang penuh ikhlas dan jujur. Aku tahu aku terlalu mengikut emosi dan amarah yang membuta-tuli. Aku yang terlalu mengikutkan perasaan lalu hilang pertimbangan akal waras sedangkan bila aku fikirkan kembali, kalaulah kau tidak bertindak begitu malam itu…kalaulah kau tidak nekad begitu…aku. ” Mata dikalih menoleh kearah Qistina disebelah yang erat memaut jemari kirinya. Dibalas pautan. Erat. Jalur-jalur malam itu seakan terbayang dimata. Kepala digeleng. Tak sanggup dikenang. “mungkin akan kehilangan Qis selama-lamanya. Dan aku takkan maafkan diri aku sampai bila-bila jika itu terjadi. Aku terhutang budi kepada kau, Johan. Terima kasih kerana selamatkan Qis. Terima kasih kerana selamatkan isteri aku ini. Terima kasih kerana selamatkan perempuan yang paling aku cinta dalam dunia ini untuk aku malam itu.”
         Jeda seketika. Joe hala mata ke arah Qistina. Bayang peristiwa lebih lima tahun dahulu terimbau.
         Qistina kemam bibir. Mata dikerdip laju menahan deras hangat yang mengintai tubir mata. Dada berombak kencang. Kata-kata Khalish yang halus menusuk pintu hati lantas terbuka jendela yang mengimbau memori malam itu. Malam yang menjadi punca terlerai ikatan janji setia antara Qistina dan Khalish lebih lima tahun dahulu. Malam yang hampir meragut nyawanya sendiri. Mengenangkan itu hati dipalu sayu tiba-tiba. Wajah Joe ditatap.  Dan tanpa diduga Joe juga sedang memandang ke arahnya sebelum kembali membawa mata ke wajah Khalish. Qistina telan liur. Layar fikiran terbentang. Tabir kenangan malam itu makin terbuka luas. Wajahnya dan Joe saling berganti. Nafas beralun laju kala teringat tubuhnya melayang-layang sebelum terhumban ke laut yang ganas. Jeritannya bergema keseluruh alam. Tubuh melayang laju ditolak angin ke bawah sebelum terjunam ke perut laut yang luat ternganga.  Dada bergelombang laju. Tergapai-gapai tangan yang lemah melawan deras bayu laut. Walau mampu berenang tapi tidak terdaya tubuh melawan arus yang deras menggila. Jeritannya sudah tidak terhitung bilangannya. Ketakutan yang tidak tergambar. Tubuh yang terumbang ambing dengan nafas yang tercungap-cungap sungguh mencemaskan. Sudah tidak terhitung air yang laju menuruni lohong pernafasan. Sekujur tubuhnya yang kurus teralun kuat ke kiri dan kanan. Saat itu yang terlintas di fikiran hanya mati. Tanpa sebarang kelengkapan keselamatan di tubuh Qistina sudah memikirkan mautnya sudah memanggil. Tubuhnya sudah tenggelam timbul beberapa kali. Qistina menangis semahu-mahunya. Tidak berhenti. Nyawanya bakal berakhir malam itu. Tubuh bakal ditelan laut yang ganas yang tidak mengenal siapapun mangsanya. Dan saat kepala hanya memikirkan itu..memikirkan saat-saat akhir nyawa sebelum riwayat diri berakhir, tubuh terasa dipaut erat dari belakang. Cukup erat oleh sepasang tangan yang sasa. Dalam gelap malam yang pekat, dia gagal mengecam. Hanya bisik suara lembut yang cukup dikenali cuping berlabuh damai digegendang. Mana mungkin Qistina lupa akan kata-kata keramat yang mendamaikan jiwa yang dibisikkan Joe ke cuping malam itu. Qis, jangan nangis. Aku ada. Kau dah selamat. Aku ada disisi kau. Aku akan sentiasa ada disisi kau, Qis. Jangan bimbang, Qis. Kau akan selamat bersama aku. Tenang, Qis…tenang. Ingat, aku takkan biarkan apa-apapun berlaku kepada kau. Aku akan pastikan kau selamat, Qis. Ini janji aku, Qis. Dan kala dipalingkan tubuh, dua pasang mata mereka bersatu. Joe tenang memaut tubuh Qistina. Qistina terus menangis semahu-mahunya. Tubuh Joe erat dirangkul. Tidak sanggup dilepaskan. Sungguh Qistina cukup takut kalau-kalau tubuhnya ketika itu bakal ditelan lautan nan ganas. Dia sudah putus harapan. Dan sungguh dia tidak sedar bila dia terlena dalam rangkulan tubuh  sasa Joe. Kala mata dibuka, dia sudah berada di katil hospital. Dan tangannya masih erat dalam genggaman Joe yang masih setia di sisi katil…terlena diatas kerusi yang diletakkan di sebelah. Masih dia ingat kala bibir menggigil memanggil nama Joe. Matanya basah lencun. Tertahan-tahan suara melafaz ucapan terima kasih. Sungguh Qistina terhutang nyawa kepada Joe. Kalaulah Joe tak ada malam itu…kalaulah bukan Joe yang berani menanggung risiko terjun ke dalam laut demi menyelamatkan Qistina…mungkin…mungkin dia sudah tiada lagi didunia ini. Qistina kemam bibir. Mata makin hangat dirasakan. Cuba ditahan agar empangan itu tidak pecah. Wajah tenang Joe dicari lagi. Hati melafaz dalam diam. Terima kasih, Joe. Terima kasih selamatkan,aku. Aku takkan lupakan jasa kau hingga akhir hayat aku ini.
            Erat tautan tangan Khalish dibalas Joe. Senyum makin lebar menguntum. Bahu Khalish ditepuk perlahan untuk kesekian kalinya.
            “Aku dah lama maafkan kau, Khal.  Dan aku tak pernah berdendam dengan kau walau aku pernah rasa marah dengan tindakan kau terhadap Qis dahulu.  Aku sedar dan tau kau tak berniat begitu. Aku faham perasaan kau. Aku juga lelaki. Soal malam itu… aku rasa kalau kau ditempat aku, kau juga akan buat perkara yang sama kan. Itu tanggungjawab, Khal..tanggungjawab sebagai manusia…sebagai kawan..dan Qis kawan baik aku. Aku akan lakukan apa sahaja yang aku terdaya untuk selamatkan nyawa kawan baik aku. Aku hanya jalankan tanggungjawab aku sebagai kawan baik Qis, Khal.”Khalish angguk kepala. Dada terasa hangat dengan kata-kata yang dilafazkan Joe. Tubuh Joe dirangkul spontan. Erat. Dua tubuh saling berpelukan “Terima kasih, Johan. Terima kasih selamatkan Qis. Aku terhutang budi dengan kau.”
            Joe usap lembut belakang tubuh Khalish seketika sebelum ditarik wajah Khalish agar memandang ke wajahnya. Joe tatap mata Khalish “Janji dengan aku Khal…janji dengan aku dengan sesungguhnya yang kau akan jaga Qis baik-baik. Jangan biarkan dia menangis lagi biar setitis pun. Kau hanya akan beri dia bahagia sahaja dalam hidup dia. Tak ada sedih. Tak ada duka.  Janji?” Khalish angguk. Bibir dikemam. Joe senyum. Anggukkan dibalas. “Kalau aku tahu dia menangis dan kau penyebabnya, aku takkan lepaskan kau, Khal. Itu janji aku. Jangan sesekali kau buat dia menangis lagi.”
            Khalish raih tangan kanan Qistina. Diangkat sedikit. Sebentuk cincin dijari manis Qistina yang baharu disarungkan ketika majlis ijabkabul mereka tadi dihala ke wajah Joe. “Selagi cincin ini tersarung di jari Qis…dia takkan sesekali menangis, Johan. Ini janji aku kepada kau. Ini sumpah aku kepada Qis. Dan jika aku buat dia menangis…cincin pemberian aku ini yang menjadi lambang cinta suci aku kepada dia tidak layak berada di jari Qistina lagi. Kau jadi saksinya, Johan.Kau jadi saksi lafaz janji dan sumpah aku ini.”
            Qistina kemam bibir dengan lafaz kata-kata Khalish. Mata jatuh pada wajah tampan Joe yang tenang memandang kepadanya.
            Sumpah.
            Janji..
            Kepala digeleng. Bibir dikemam. Tangan menekup bibir. Tubuh terhinggut. Esakan pecah. Bergema.
            Khal…kenapa tak tepati janji dan sumpah Khal pada Qis?
            Joe…Khal tak tepati janji dia pada Qis, Joe.
            Khal bohong..
            Khal tipu…
            Khal tinggalkan Qis, Joe.

16 comments:

Anonymous said...

Yes.... ada jugak sneak peak..... Best... Khal dah meninggal dunia ker? Bukan ker Joe kawin dgn Qis?

rin said...

ala nape khal dgn qis lak ni...bukan joe ke kawin dgn qis????????

Aziela said...

Nice..... Ini sebelum Khal meninggal kan..? Qis sihat semula tak? Kesiann Joe. Dia sangat penyabar. Minta2lah endingnya Joe nie dapat kebahagiaan juga...dapat apa yang dia impikan. Terlalu banyak pengorbanan dia untuk Qis.

ajeje said...

wah ada sneak peak...
adui Khal dah meninggal dunia ke?
rasa mcm tak jer?????
Tapi I still wish Khal N Qis my sweet barbie doll.
Bila nak novel nie nak terbit..
tak sabar menunggu.
Good Job Kucc.....

Anonymous said...

rasanya khal meninggal lps kwin dgn qis. sbb tu qis kata khal xtunai janji dia, sbb ajal dia smpai awl. maybe accident...huhu

Eijan said...

tqvm bagi laling u ni lepas rindu kat khal....waiting ur full mss....ye....

Anonymous said...

Oh no. I want my khal back
not joe. Please.......

Anonymous said...

Pengorbanan Joe terlalu besar buat qis & khal biarlah joe bahagia dgn qis jika itu yg tersurat buat mrka...

sara said...

Agak2 bila nak keluar versi cetak.

Unknown said...

Aduhhhhhh !!! Kuccc !!!!

Tiba2 buat kejutan ni...sentap jiwa akak..dan tisu pun keluar...

Cepat2lah cetak yg ni..jgn dera we all..tak sanggup dah beb asyik meroyan pasal Qis & Joe ....


Syarp said...

Ala mcm hindustan,kesian kat joe so bg jugak si joe tu kawin ngn qis kan pas khal mati sb accident

nazira azwa said...

Wah de sneak peak..n sblm khal meninggal ke..hope joe n qis akn bahagia bersama cbb joe dh byk berkorban utk qis...

Anonymous said...

oh apakah kesudahan cerita ni penulis buat pembaca jadi tertanya-tanya bila nak diterbitkan buku ni?

Kak Sue said...

Khai dah meninggal ke???.... sekurang-kurangnya hajat Khai untuk menjadikan Qis isteri yang sah tertunai...
dan sebab pemergian Khai buat Qis mengalami tekanan dan lebih terasa kehilangan .... sedih sangat...
dan Joe rasa bertanggungjawab pada Qis setelah pemergian Khai dan demi menjaga Qis yang berkadaan begitu dan Joe kena HALAL kan hubungan dengan Qis kan.... sedihnya hidup Qis baru nak bahagia...

Musliasya said...

Tahniah .... Mr Sirap Bandung memang kedebom best giler..lucu, sedih Dan pengjran yg diselitkan amat memberi impak yang hebat kpd pembaca... Terus kan berkarya kerana anda adalah seorang penulis yg hebat Dan berbakat....

CR said...

arghhhh....makin sentap bc n3 nie... bila nk kuar citer nie....dh x sabaq nk tau apa yg terjadi kt Khal, naper dia bleh kawin ngan Qis dan camna Qis bleh end up ngan Joe?

Hati Ini Pilih Kamu

"Saya dah tak ada hak lagi nak duduk kat rumah tu." Rumah tu milik Zainal. Dan isyarat kak long yang humbankan beg pakaian aku be...