Wednesday, June 19, 2013

Sneak Peek : Lafaz Cinta Di Jari Manis - Bab 43


Hehehe...ok ok..jangan marah haa.. Last  sneak peek untuk LCDJM. So macammana ending?..kihkihkih....tunggu ye. Kalau tak lulus penilaian penerbit kita kasi pecah itu rahsia...kalau lulus, tunggu ler versi cetak...lalalalala...kbaiiiiiiiiii                                     
---------------------------------------------------------------                 
43
            ANIS sambut dokumen yang sudah ditandatangani oleh Qistina. Senyum bertukar.  Diselak semula semua dokumen berkenaan untuk memastikan segalanya betul sebelum dibawa ke jabatan pengurusan sumber manusia. Kemasukan Qistina semula di sini sebagai ketua jabatan yang baharu menggantikan Kamal memerlukan Qistina mengisi beberapa maklumat lain sebagai tambahan kepada maklumat tentang dirinya yang sedia ada dalam simpanan jabatan berkenaan.
            “Ok Qis. I naik ke HR dulu. Nak serahkan semua dokumen yang you dah sign ni.” Anis pusing tubuh dan menyusun langkah ke pintu. Dokumen ditangan didakap kemas.
            “Anis..”
            Langkah Anis terhenti. Dipusingkan tubuh semula memandang ke belakang. Mata hala ke wajah ketua baharunya yang anggun berbaju kurung gabungan warna hijau epal dan merah muda yang bercorak abstrak. Tudung merah jambu lembut  dipadan dengan  skaf hijau yang tersarung di kepala melengkapkan penampilan indah si pemilik nama Annur Qistina ini.
            “Anything, Qis?”
            Qistina cuba meraih tenang walaupun didalam dada debarnya memacu kencang degup jantung. Persoalan yang bersarang di fikiran perlu dileraikan hari ini. Hanya kepada Anis sahaja yang diharapkan mampu ditemui jawapan tentang Joe setelah Zura melontar dingin semua pertanyaannya tentang lelaki itu..tentang bekas suaminya itu. Sejak dari hari pertama Qistina disini, Zura hanya membisu sahaja kala Qistina bertanya tentang Joe. Mengelak setiap kali nama Joe disebut. Pelbagai alasan diberi. Hatinya cukup pilu dengan sikap Zura. Marah benar Zura kepadanya  atas apa yang terjadi diantara Qistina dan Joe. Qistina tidak berkecil hati dengan sikap Zura kepadanya. Tidak tahu bagaimana harus diterangkan kepada Zura juga yang lain akan apa yang tertulis di kanvas hatinya ini. Bukan niat Qistina mahu melukakan hati sesiapapun. Segala yang dilakukan bersebab. Dia punya sebab tersendiri untuk berpisah dengan Joe.  Sungguh Qistina tidak tahu yang Joe secara tanpa pengetahuannya sudah tiada lagi di sini. Yang cuma diketahui daripada risiknya di bahagian sumber manusia kelmarin, Joe sudah lebih lima bulan meletakkan jawatan. Bila dihitung, bermakna selepas mereka bercerai, Joe terus meletakkan jawatannya disini. Tapi kenapa? Adakah Joe tahu yang Qistina pasti akan kembali ke sini semula. Joe…aku tahu aku bersalah kepada kau. Tolonglah Joe, Jangan buat aku begini. Tolonglah beri aku tahu dimana kau. Aku nak jumpa kau, Joe. Qistina tahan sebak. Bibir diketap.
            “Qis?” Anis seru lagi nama Qistina. Melihat wajah Qistina yang rusuh dia cukup pasti wanita cantik dihadapannya ini sedang hanyut dibawa menerawang ke alam fikiran.
            Qistina mengukir senyum malu. Segan diri tertangkap kala sedang jauh berfikir. Jauh  membawa fikiran. “Err..sorry. Boleh kita bercakap sekejap?”
            Anis kerut dahi. “Apasal formal sangat ni, Qis. You macam tak kenal I pulak.” Anis atur langkah mendekati kerusi dihadapan Qistina. Ditarik leher kerusi lalu dilabuhkan duduk.” Ok. You nak cakap apa dengan i, Qis. Just say it,hmmm.” Anis lempar senyum kecil.
            Qistina telan liur. Senyum Anis dibalas.
            “Anis..i nak minta tolong sesuatu daripada you. I..i harap you boleh bantu i.”
            “Bantu you?” Kening Anis terangkat sedikit. “Bantu apa tu, Qis?”
            Qistina hela nafas perlahan.  Mata galak Anis ditatap tenang.
            “Joe.”
            Anis tunduk memandang riba.
            Qistina tidak lepas melihat reaksi Anis. Dia yakin Anis tahu di mana Joe.
            “Anis…dimana Joe, Anis? Tolonglah beritahu I dimana, Joe. I…i dah tak tahu nak minta tolong kepada siapa. I harap you dapat bantu i…beritahu I dimana Joe. I nak jumpa, Joe. I perlu jumpa dia, Anis. I tahu you tahu di mana Joe. Tolonglah beritahu I, Anis. ”
            Anis lepas keluhan. Dalam. Dokumen yang berada ditangan dihamparkan ke atas meja.  Tapak tangan dibawa ke bibir. Anis geleng kepala perlahan. Kata-kata yang terluncur daripada bibir Qistina sebentar tadi buat dirinya serba-salah. Bukan Anis tidak mahu membantu, namun diri sudah terikat dengan janji kepada Joe untuk tidak mendedahkan tentang dirinya kepada Qistina. Anis tahu, Joe pasti sudah dapat mengagak yang Qistina tentu akan mencari Anis untuk mengetahui dimana Joe. Tidak mungkin akan dimungkiri janji yang sudah dimetrikan. Seraut wajah tampan Joe terlayar di fikiran. Jelas garis-garis kesedihan biar cuba diselindung dengan senyumannya yang tenang. Anis tahu Joe terlalu bersedih atas penceraiannya dan Qistina. Anis sebenarnya hingga kini masih kurang mengerti kenapa sampai begini akhirnya ikatan mereka berdua. Semua disini begitu mendoakan Joe dan Qistina akan kekal hingga ke akhir hayat bila dikhabarkan dahulu akan berita pernikahan mereka berdua. Biarpun ketika itu Qistina baharu sahaja kehilangan Khal, semua mengharapkan dan mendoakan Joe akan mampu memberi cahaya kegembiraan semula didalam hidup Qistina. Tidak Anis sangka begini sudahnya perkahwinan antara mereka berdua. Anis pernah terdengar perbualan Kamal dan Zura. Qistina yang meminta penceraian ini. Qistina yang mahu Joe menceraikannya!
            Reaksi Anis buat Qistina terpanar. “Anis?”
            Anis hala tatapan ke wajah ayu dihadapan.
            “I sebenarnya tak mampu nak tolong you untuk hal ini, Qis. I minta maaf.”
            Qistina depa tubuh ke meja. Wajah mendekati Anis yang tenang duduk dihadapan.
            “ Tapi kenapa Anis?”
            Anis telan nafas perlahan.
            “Kerana I dah janji dengan Joe. I minta maaf, Qis.” Tubuh ditegakkan. Dokumen yang terdampar di lantai meja diambil semula.  Qistina capai tangan Anis. Digenggam erat. Mata mula memancar cahaya bening. Cahaya pengharapan. “Tolonglah Anis. I..i nak jumpa Joe. Tolonglah beritahu I dimana dia.”
            Anis lepas nafas tenang. Genggaman tangan Qistina dibalas. Senyum.
            “Biarlah Joe cari damainya sendiri. Joe pasti ada alasan dia buat begini, Qis. Dan i dapat rasa Qis apa yang Joe buat ini demi you…demi kebaikkan you…demi kasih sayang dia kepada you.  Dia terlalu menyayangi you, Qis…terlalu menyintai you walau mungkin you  tak pernah sedar atau tahu tentang itu.” Genggaman di tangan Qistina makin dieratkan.
            Kata-kata Anis buat Qistina terpanar. Joe menyintainya? Benarkah? Mengapa dia tidak pernah tahu dan diberitahu? Kepala digeleng. Mata dipejam. Ya Allah, apa yang sudah aku lakukan? Wajah dibawa memandang ke permaidani kelabu yang menghiasi lantai pejabat. Kelopak kekesalan terus bertiup kencang.
            “You tahu Qis, Allah tak pernah rampas apa yang kita sayang. Sebaliknya Dia gantikan dengan yang jauh lebih baik daripada itu. Allah maha adil. You hilang Khal..tapi Allah gantikan dengan Joe. Betapa sayangnya Allah kepada you, Qis.  You tak sedikitpun kekurangan apa-apa…malah makin melimpah kasih sayang yang you dapat. Joe lakukan apa sahaja untuk you, Qis. Demi cinta dan kasih sayang dia yang tiada sempadan buat you.”
            Qistina angguk. Akur dengan kebenaran kata-kata Anis. Cuma dia yang buta! Langsung tidak melihat akan ketulusan cinta seorang Johan Khusairy. Maafkan aku, Joe. Maafkan aku!
            “Anis…i..i tak tahu Joe cintakan I selama ini. Tolonglah Anis. Beritahulah I dimana I boleh jumpa Joe. Sekejap pun jadilah. Asal I berpeluang lihat dia…jumpa dia…dan cakap dengan dia sesuatu yang selama ini I sembunyikan daripada dia. Sesuatu yang tak berpeluang beritahu dia.”
            Anis telan nafas. Cuba meraih tenang biar hati cukup terusik dengan  lafaz kata-kata Qistina. “Tunggu dan sabarlah kalau you benar-benar sungguh nak jumpa dia, Qis. Joe pasti akan you temui nanti. I yakin. Dan you juga mesti yakin.” Qistina kemam bibir. Kata-kata Anis buat dia terus gusar. Tunggu. Tapi sampai bila harus Qistina menunggu sedangkan tiada sebarang tanda-tanda yang Joe akan dia temui. Semua insan-insan yang rapat dengan Joe yang dia jumpa seakan mengelak.  Baik Anis mahupun Zura dan Kamal. Semunya bagaikan berkomplot! Tidak mahu membuka mulut. Fikirannya buntu. Qistina rasa mahu menangis!

ZURA hulur sampul biru kepada Qistina yang sedang penuh takzim bersandar di kerusi baldu hitam dengan kepala yang menunduk memandang fail hitam ditangan. Pintu bilik yang ternganga biarpun waktu sudah menginjak malam menggamit Zura untuk terus menyerahkan kiriman yang diperolehi daripada Joe siang tadi. Rencananya tadi waktu meninggalkan pejabat Joe mahu menyerahkannya kepada Qistina esok pagi sahaja namun langkahnya yang singgah ke pejabat sebentar tadi kerana mahu berjumpa suaminya telah mengheret langkah ke bilik si barbie doll yang banyak berdiam diri kebelakangan ini. 
           Huluran disambut Qistina dengan wajah yang penuh lukisan pertanyaan. Wajahnya masih ditatap Qistina. Dilabuhkan duduk perlahan-lahan dihadapan Qistina. Kaki kanan disilangkan ke atas kaki kiri. Wajah Qistina dengan redup mata bundarnya yang jelas terpendam lara dijamah. Simpatinya melaut namun Zura tak berdaya membantu. Kaki dan tangannya sudah terikat dengan janji kepada Joe.
            “Istimewa untuk kau.”
            Qistina sambut dengan pandangan mata yang penuh tanda tanya. “Apa ni, Zu?”
            “Bukalah.”
            “Untuk aku?” Mata Qistina terus terkerdip.
            Zura angguk tenang.
            “Siapa yang bagi?”
            “ Bekas suami kau. Kenalkan?”
            Qistina telan liur. Joe.  Tanpa sedar nama itu terluncur. Mata dibawa ke sampul ditangan. Kata yang diucapkan Zura membuatkan jiwanya bagai direntap. Bekas suami. Bekas suami yang tidak pernah dia hargai. Ya Allah. Betapa besar dosa yang telah dia lakukan terhadap lelaki itu. Lelaki yang tulus mencintainya dalam diam tanpa langsung dia menyedari. Betapa butanya mata hatinya ini hingga tidak sedikitpun melihat akan cinta lelaki itu kepadanya. Mengapa hanya beban simpati, beban amanat yang terpikul di pundak lelaki itu yang terpancar di mata. Mengapa harus setelah rasa itu singgah mengetuk pintu hati, dia dikejutkan dengan rahsia hati lelaki itu. Mengapa tidak daripada dahulu kau beritahu aku rahsia hati kau ni, Joe.
            Tangan perlahan-lahan menyentuh sampul. Dibuka berhati-hati. Ditarik isi sampul. Sekeping kad berwarna biru. Dibelek kad yang tertera sepotong tulisan khat kufi ditengahnya. Qistina senyum dalam sebak yang menggunung. Dia masih ingat. Itu tulisan khat kufi namanya. Qistina pernah meminta Joe melakarkan buatnya suatu ketika dahulu. Perlahan-lahan kad diselak.
                        Assalamualaikum buat  Annur Qistina Abdul Aziz yang tercinta..dan akan terus dicintai hingga nafas akhir Johan Khushairy. Qistina kemam bibir. Sebenarnya aku memang tak pandai melakar kata-kata indah  walau aku ini pernah digelar Romeo terhangat..hehehe. Qistina ikut ketawa dalam sebak yang menggigit. Aku minta maaf kalau kehadiran nota singkat ini mengganggu namun demi menjelaskan pertanyaan demi pertanyaan dan risik khabar kau tentang aku daripada Zura maka aku layangkan nota ini buat kau.
            Qis, mengertilah. Tiada niat aku untuk  meninggalkan kau…namun aku tiada pilihan lain. Sinar mata kau sudah menceritakan segalanya. Aku tahu duka itu masih terpendam dalam lubuk jiwa kau walau ia cuma memori semalam. Cinta yang dia tinggalkan buat kau masih menjadi mimpi indah yang membuai lena tidur kau selama ini. Dan cinta itu buat kau rasa serba salah dengan ikatan kita dahulu. Aku faham Qis. Aku faham situasi kau. Lalu aku rasa keputusan aku ini yang terbaik. Berada didepan kau..disekeliling kau pasti akan buat kau dalam dilema nanti. Buat kau rasa serba salah selamanya. Dan aku tak mahu kau rasa begitu. Aku mahu kau tenang dalam menjalani hidup ini, Qis. Qistina pejam mata sesaat. Joe…maaf kerana tak pernah sedar akan kehadiran cinta kau selama perkahwinan kita. Aku tak tahu, Joe.
            Qis..aku cuba sedaya habis menyemai cinta, menanam benih-benih asmara dalam perkahwinan kita namun aku sedar segala  cinta  yang ada dalam diri kau telah pergi dibawa Khal. Aku gagal Qis. Aku kira setakat ini sahaja masa yang kita nikmati bersama. Terima kasih kerana sudi mengizinkan aku berada di sisi kau..biar cuma seketika. Terima kasih kerana sudi menjadi isteri aku biar cuma sedetik lebih. Andai pemergiaan aku ini telah melukai kau, maafkan aku, Qis kerana inilah yang terbaik buat kita..buat kau dan aku. Selamat tinggal, Qis. Izinkan aku pergi. Selamat tinggal, sayang. Jaga diri kau, Qis. Doa aku akan sentiasa dengan kau.
            Tubir kolam pecah. Air hangat gugur membasahi lantai pipi. Perlahan-lahan dilipat lembaran kad biru lembut yang dihulurkan Zura tadi. Mata yang bergenang dihala ke Zura.
            “Zura..aku mohon untuk kesekian kali. Tolong beritahu aku dimana Joe. Tolong Zura. Beri aku peluang terakhir untuk jumpa Joe. Aku nak jumpa dia dan katakan sesuatu. Sesuatu yang aku tak sempat beritahu dia selama ini. Aku…tak tahu Joe cintakan aku.”
            Zura geleng kepala. Inilah jadinya kalau saling mengunci kata-kata. Tak mahu berterus-terang. Sudahnya..dua dua yang tersiksa.
            “Qis…dah lama Joe cintakan kau. Sejak dari dahulu. Kau pun tahu kan.”
            “ Aku..aku…sangka…” Memang sungguh Qistina tidak tahu. Sangkanya selama ini apa yang dia perolehi daripada Joe sekadar penunaian janji dan menjunjung amanat daripada seorang teman.
            Zura angguk kepala. “Ya..dulu dia undur diri..cuba buang rasa cinta pada kau sebab kau dah ada Khal dan hanya boleh anggap dia kawan baik sahaja. Waktu kau  tak jadi kahwin dengan Khal dahulu, Joe rasa sangat bersalah. Dia fikir sebab dia…sebab kejadian malam tu kau tanggung akibat ini semua. Dia terima Maya dengan harapan dia mampu bina cinta baharu..dan memang dia berusaha sesungguh untuk menyintai Maya dan melupakan cinta dia kepada kau. Bila Maya meninggal, dia rasakan kehadiran kau disisi sedikit sebanyak mengubat rasa kesedihan itu. Dia cuba sedaya upaya untuk tidak jatuh cinta kepada kau Qis…tapi dia tak berjaya. Dan aku tahu cinta dihatinya buat kau tak pernah pudar sejak dari dahulu. Cinta itu sentiasa ada dihati dia.” Qistina tunduk ke riba. Tangan dibawa ke bibir.
            “Bila Khal kembali mengejar kau..kemudian muncul pula Fazwan dia cuba untuk kawal perasaan dia kepada kau kerana dia tahu dan yakin cinta kau terhadap Khal terlalu kuat biar kau cuba nafikannya. Dia cuba jadi kawan kau yang terbaik. Memberi nasihat dan menyokong kau dalam memilih jalan bahagia. Baginya bahagia kau akan buat dia bahagia juga. Aku tahu jauh disudut hati dia begitu mengharapkan akan ada keajaiban. Mengharapkan kau sedar akan kehadiran kasih dan cinta dia tapi sia-sia.”
            “Zura…aku…” Zura beri isyarat tangan. Meminta Qistina memberi ruang untuknya menghabiskan bicara.
            “ Aku pernah marah dia, Qis. Marah dia kerana enggan berterus terang dengan kau. Aku sampai pernah paksa dia beritahu rahsia hati dia kepada kau…tapi Joe tak mahu. Dia tak mahu nanti kalau kalau dia dianggap sebagai mengambil kesempatan. Mendekati kau…rapat dengan kau sebagai kawan baik dengan ada niat tersembunyi. Dia simpan rapat-rapat segala rasa cinta dia kepada kau dalam hatinya. Didepan kau dia berlagak biasa…tenang dan sentiasa menjadi kawan dan pendengar yang baik. Bagi Joe, berada disisi kau sudah cukup buat dia. Biarlah segala rasa cinta itu dia simpan untuk diri dia seorang. Dia tak mahu kau tahu, Qis. Dan bila kau pilih Khal dan menolak Fazwan, Joe pasrah dan redha akan ketentuan-Nya. Mendoakan kau…perempuan yang paling dia cinta di muka bumi ini bahagia sudah cukup baginya. Joe..lelaki yang terlalu baik, Qis. Cinta Joe buat kau terlalu tulus. Aku tak pernah jumpa lelaki sehebat Joe. Lelaki yang tega mengorbankan perasaannya sendiri demi bahagia insan yang paling dia kasih dan cinta. Kau tak tahu betapa beruntungnya kau kerana dicintai Joe dengan sepenuh jiwa dan raga…melebihi nyawanya sendiri.”
            Qistina tertunduk menahan sebak. Esaknya pecah.
            Jeda. Qistina sapu tubir mata dengan hujung jari. Desir halus sisa esaknya masih menyapa cuping. Zura tenang. Lega sudah meluahkan segala rahsia yang tersimpan kemas di hatinya. Seraut wajah tampan Joe terlayar. Joe…aku lakukan semua ini demi kau. Aku mahu Qistina tahu siapa kau yang sebenarnya selama ini. Aku tak mahu kau terus terkorban lagi. Kau berhak bahagia, Joe. Kau berhak!
            “Aku tak tahu Zura. Aku tak tahu. Kalaulah aku tahu dari awal semua ini…kalau Joe beritahu aku dari mula, aku…aku tak mungkin akan buat keputusan ini. Selama ini aku fikir Joe tak pernah ada rasa cinta buat aku. Dia mengahwini aku demi amanat dan janji dia kepada Khal. Tak lebih daripada itu. Dalam fikiran aku ini, segala yang dia lakukan kepada aku hanya kerana memenuhi amanat itu. Lalu rasa kasih dan cinta yang hadir dalam hati aku ini buat dia aku tak terdaya meluahkannya. Aku tahu aku perlu lakukan sesuatu demi Joe. Terlalu banyak pengorbanan dia buat aku selama pernikahan kami. Aku tak mahu Joe rasa terbeban lagi kalau terus berada disisi aku. Aku tahu aku tak boleh pentingkan diri sendiri. Joe berhak mencari bahagia untuk dirinya sendiri. Aku tak  sanggup biar dia terus terikat dan terbelenggu dalam ikatan yang tak pernah dia rela sepenuh jiwa.”
            Zura raup wajah. Pengakuan Qistina mengejutkan namun ada rasa bahagia yang tersirna di hati Zura. Dia tahu dia perlu lakukan sesuatu demi kedua-dua insane yang amat dia kasih ini.
            “ Kau kan kata kau rasa bersalah pada dia kalau terus berada di sisi dia. Apa yang dia lakukan ini semata-mata agar kau tak rasa bersalah pada dia lagi Qis. Dia tak mahu nanti kalau kau jumpa dia…nampak dia kau akan rasa terhukum. Joe tak sanggup lihat kau tersiksa lagi. Tengok kau bersedih akan  buat dia tambah pilu, Qis.”
            Qistina geleng kepala.
            “No..tak..tak. Aku tahu aku salah tafsir selama ni. Tolonglah, Zura. Aku dah tahu segala-galanya sekarang ini. Tolonglah beritahu aku dimana Joe.” Qistina bangkir daripada duduk. Tubuh Zura yang takzim dihadapan dirapati. Qistina merendahkan tubuh. Dua tangan Zura dicapai. Digenggam erat.
            “Please Zura…I am begging you.”
            Zura hempas nafas dalam-dalam. Mata menjunam ke wajah Qistina yang lencun dengan airmata.
            Qistina tunduk sesaat. Kembali di bawa wajah memandang raut hitam manis milik Zura.
            “Aku tak akan punya peluang lagi untuk luahkan perasaan yang selama ini aku  sembunyikan daripada Joe kalau aku terlepas untuk menzahirkannya kali ini. Tolonglah Zura. Tolong bantu aku. Aku tak mahu kehilangan Joe lagi. Aku perlukan Joe dalam hidup aku. Aku tak mampu nak teruskan hidup ini kalau tanpa Joe disisi aku. Hanya dia yang aku mahu. Please Zura..i need him to be  with me..at my side for the rest of my life.” 
                    "Qis...this is not easy.  Aku kena pegang janji aku pada Joe."
              Dihela nafas dalam-dalam sebelum dilontar. Mata Zura yang sedang merenungnya dibalas. " I do love him too, Zura. I sincerely love him. Please….give me a chance to say this to him.”

22 comments:

madame iu said...

mabeles!!!

madame iu said...

mabeles!!!

nana said...

Like like like like like beribu2 Kali like

nana said...

Memang lah watak Joe seperti yang dijangka

Kak Sue said...

TERBAIKKK.....

Anonymous said...

dh dpt agak dh endingnye cmne..
hehe.. cian khal.. omg..

nursyafika said...

Lahhhhh khal dh mati ke????? Ahhhhhh sentapppppppppp!!!!!!

rin said...

awal2 baca cerita ni saya mmg suka sangat dgn watak joe! qis tak layak dgn joe yg sangat mencintainya itu...huhu...kalau lah kucc tak siapkan endingnya lagi...mahu saja saya cadangkan wujud watak heroin baru utk joe...

qis hanya layak utk khal..padanlah dua2nya...huhhh...

walaupun saya dapat rasa endingnya qis dan joe...tetapi jika endingnya biar mereka masih berkawan baik tanpa ikatan perkahwinan semula itu lg terbaik...kesiannya joe :(

kak nora said...

adoyaiiii...mmg sah khal dah mati ke...sampai ati matikan si khal nih..macam ni baik matikan si qis ni sekali lah...biar semua tak tak dapat lagi baik...sana rebut sini rebut...joe pun mcm tak reti2 nak cari pompuan lain mcm si qis tu sorang je la pompuan dlm dunia nih... hishhhh gerammmmmm nihhhhh...ohhh my khalllll.....

The Lady Chosen said...

Saya suka jalan cerita ni menarik akhirnya Qis dgn Joe, Walaupun Khal sudah tiada, tapi dia dapat juga kawin dengan Qistina, Joe sebenarnya banyak mainkan peranan penting dlm hidup Qistina... Masa mula-mula baca memang berharap Qis akan bersama dengan Joe, and then my wish come true hehehehehe...thumb up! Nanti jgn lupa bagi tahu bila nak publish yup Kucc, tak sabar nak baca sampai habis :)

Anonymous said...

alahai...cter ni x blh kt khal ke???sedihnya..huhuhu...nk bt camme klau cik writer dh bt keputusan pilih joe utk jadi wtk heronya....apa2 pon semoga brjaya diterbitkan,...wlaupun Xblh kt khal...haha...

ajeje said...

aduiiii my khal betul222222 dah mati ke??? sob sob sob sedihnyer...
saya mmg harap khal dgn qis nak buat mcm mana kan kuasa di tgn penulis
anyway saya doakan buku nie dpt diterbit. lastly TAK SUKA ARGGG JOE DGN QIS.....
don't worry I sure buy this novel....
coz all your story IS THE BEST :)

sara said...

Pls Kucc let Joe & qis live happily ever after. Pls pls....

Anonymous said...

OMG the best entry ever....Joe and Qis jgn ditukar endingnye sudah..Joe the best guy..

Mazlina Yusof said...

Ini sneak peak yg mendera kami, Kucc

Lagilah angau nak novel ni keluar cepat2..hadoiiiii..

Kami nak happy ending yg marvelous, yg boleh buat kami senyum & menangis dengan gembira, biar banjir pun tak apa

norihan mohd yusof said...

sedeh sngt n superb...harap LCDJM dapat ke versi novel....

IVORYGINGER said...

Tak dpt dinafikan cinta Joe tlampau tulus buat Qis. Tp ksilapan dia paling besar pd Qis, sebab tak pernah luahkan rasa hati. Bila dah diijabkabul, spatutnya tak kisah apa sbb perkahwinan itu kt yg spatutnya mencorakkan ikut acuan kt sndr dan Joe sbgai suami kenapa tak pernah lauhkan rasa cintanya dan mharapkan Qis mengerti isi hati dia. Ni bila Qis dah salahfaham anggap dia buat smua tu sbb simpati. Akhirnya Qis bt kputusan tuk bpisah, tp Joe sbgai suami kenapa tak pertahan kan hak tu. Your are the husband wife's should follow your decision. Masing2x ada pegangan agama, agama tu yg akan corakkan perkahwinan dan dr situ akan terbitnya rasa cinta yg tulus n ikhlas serta ketaatan. This is what I believe maybe others different thought. ;D

IVORYGINGER said...

Anyway cannot waiting this masters piece to come out. Really need to know why Khal is pass away... huhuhu... T T

Anonymous said...

i luv jor n qis...hehe

Anonymous said...

ehem2,,
sy pernah bg tekaan dulu psl jalan citer ni,,hehe~
x sngka tekaan sy tepat,,
hehe~
apa2 pon teruskn usaha anda,!

Amsyahril Syahril said...


Assalamualaikum Tuan/Puan.

Mohon maaf pada Tuan/Puan untuk boleh iklan sedikit disini, semoga kebaikan hati Tuan/Puan untuk memberi izin iklan ini, menjadi amal ibadah disisi Allah SWT hendaknya amiin….

Salam dari Kita Holidays Travel & Tour Indonesia.
Kalau Tuan/Puan nak melawat ke Indonesia, jangan risau hati sila hubungi :

KITA HOLIDAYS TRAVEL & TOUR INDONESIA
Tour operator & Travel Agency

Sebuah serikat yang punya legalitas di Indonesia, memberikan pengkhidmatan tour ground handling di beberapa daerah yang favorit untuk di lawati. Kami arrange secara profesional dan dengan penuh rasa kekeluargaan, juga dengan harga tour yang sangat berpatutan sekali seperti ke : Padang dan Bukittinggi Tour, Aceh Tour, Medan Tour, Jakarta dan Bandung Tour, Jogjakarta Tour, Bali Muslim Tour dan sewa kenderaan.

Contact person : Amsyahril
Mobile : +6285263007445
E-Mail : am_holidays@yahoo.com / kita_holidays@yahoo.com / kitaholidays@yahoo.com.


Anonymous said...

suka sgt ngan joe...thumbs up..

Hati Ini Pilih Kamu

"Saya dah tak ada hak lagi nak duduk kat rumah tu." Rumah tu milik Zainal. Dan isyarat kak long yang humbankan beg pakaian aku be...