Monday, June 24, 2013

13 Ros Merah - Bab 12


Bab 12
"SIAPA?!!" Suara Iqram bergegar. Sepasang matanya dicerlung. Tajam menikam. Susuk tubuh setiausahanya yang sedang berdiri tegak depannya direnung. Baharu sebentar tadi setiausahanya yang dipanggil Jijie ini memberitahu ada tetamu yang berdegil mahu berjumpa dengannya walaupun sudah dimaklumkan Iqram tidak mahu berjumpa sesiapa pun hari ini. Geramnya hati bila arahannya seakan tidak dihormati. Jijie ni tak faham arahan apa?  Tak boleh bertegas sikit ke. Hati mengepam alir darah yang hangat ke muka. Sakit hati yang belum surut sejak awal pagi tadi akibat diganggu bertalu-talu oleh panggilan Mimi dari lewat malam semalam makin kuat menyentap dalam dada. Wajah Mimi kembali bertamu di mata. Iqram kepal dua tapak tangan. Kuat hingga berketap bunyinya. Tak reti bahasa betul! Nak aku cakap bahasa Jepun apa! Issh, rimas sungguh dengan perempuan ni. Dan sekarang dengan Jijie didepan mata yang menunggu jawapan daripadanya bagai menanti saat sahaja segala yang berkumpul didalam dada sejak malam tadi meletus keluar. Iqram lepas dengusan kasar. Gigi diketap. 
     Jijie telan liur. Berkali-kali. Tengok wajah ketua kat depan yang bertukar warna dada kat dalam dah rasa bergoncang. Matilah kau, Jijie. Rasa nak putus tangkai jantung disergah tiba-tiba. Tak pernah-pernah dia kena sergah begini. Dah la awal-awal masuk pejabat muka langsung tak senyum macam selalu. Nak ucap selamat pagi pun Jijie tak berani. Tadi pun semua budak-budak sales yang dok berbual kat pantry kena bambu tak pasal-pasal. Selalu takder hal pun borak-borak sebelum start kerja. Apa punya angin lah mamat sekor ni. Nak marah jer dari tadi. Lapar apa! Tu, kat pantry ada banyak nasi lemak encik Firdaus belanja. Pergilah makan puas-puas. Habiskan semua. Biar hilang rasa lapar tu. Eei... dia bengang dengan awek dia yang menipu dia hidup-hidup, kita pulak jadi mangsa. Lepuk kang, baru padan! Jijie mengguman dalam diam. Tak berani mengangkat muka. Tengok muka boss didepannya ini dah macam harimau tak makan seminggu je gamaknya. Tak pernah-pernah ketuanya marah-marah begini. Selama tiga tahun berkerja dibawah encik Iqram Faysal tidak pernah sekalipun Iqram meninggikan suara kepadanya. Jauh sekali mahu marah-marah. Betul-betullah hari ini hari dalam sejarah. Rekod tercipta. Dia kena sergah dengan Iqram Faysal yang terkenal baik dan tak pernah marah. 
    "Err..cik Mimi, encik Iqram. Di...dia ada diluar." Terdengar suara Jijie ditelinganya seakan takut-takut. Sah setiausahanya ini terkejut disergah tiba-tiba. Iqram lepas dengus kasar saat nama yang itu terlepas dari bibir Jijie. Mata masih tajam melontar pandangan ke arah Jijie yang tegak bagai tiang bendera didepan. 
     "Yang awak bagi dia masuk ke pejabat saya, kenapa? Dah tak reti-reti buat kerja. Tak faham arahan yang saya dah bagi tadi? Dah tak faham peraturan dan undang-undang syarikat? Awak baru kerja semalam ke Jijie? Kebenaran tu kan awak kena dapatkan daripada saya dahulu sebelum beri siapa-siapa masuk dalam area pejabat saya ini? Awak nak saya ulang semua yang saya pernah beritahu pada hari pertama awak di sini dahulu ke?"
      Jijie terkaku. Telan liur lagi. Nak kata apa lagi kalau boss dah buka kitab undang-undang syarikat. Dah terang lagi tersuluh dia dah langgar peraturan sebab benar orang luar masuk ke bilik big boss. Nak mampus betul kau, Jijie! Kalau kena pecat 24 jam memang kau wassalam Jijie ooi! Tapi..tapi, eh jap jap. Kepala berputar ligat. Jijie cuba menggali ingatan. Jijie rasa dia masih tak lupa kata-kata Iqram suatu waktu dahulu. Kalau cik Mimi Syafina yang datang, suruh receptionist bawak terus ke atas. Ke pejabat Iqram. Tak payah nak tanya macam-macam. Masa baharu tahu siapa cik pelakon yang cantik tu sebenarnya kepada big boss mereka ini. Semua kat pejabat ni kenal Mimi Syafina si pelakon terkenal tu. Pelakon cantik tu rupa-rupanya teman wanita istimewa Iqram. Jijie angguk dalam hati. Ha..betullah. Dia yang bagi arahan macam tu apa. Dah tu apa pulak aku yang kena sound ni. Eeei mamat ni. Habis apa aku nak buat pulak sekarang ni. Minah sekor kat luar tu satu hal. Orang dah cakap encik Iqram tak jumpa sesiapa pun hari ini tetap tak reti nak faham.
     Jijie garu pelipis. "Habis...macammana cik Mimi ni encik Iqram? Dia tetap tak mahu keluar jugak. Saya dah cakap encik Iqram memang tak nak jumpa sapa-sapa pun hari ni.  Nak saya panggilkan security ke encik Iqram. No hal." Iqram yang masih tersandar melatar kerlingan. Kepala digeleng.
     "Bawak dia masuk."
     Mulut Jijie separa ternganga." Ha? A..apa encik Iqram cakap?"
    "Sejak bila yang awak dah tak faham bahasa melayu ni, Jijie. Nak saya cakap Jawa ke?"
    Amboii. Perli nampak. Mementang aku ada darah keturunan jawa. Sensitif tau tak. "Tahu la muka saya ni memang confirm jawa look. Takyah la encik Iqram cakap macam tu. Kecik tau hati saya yang sedia kecik ni."
   "Dah kalau awak tak faham bahasa melayu standard, kena la saya guna bahasa ibunda awak. Sure awak faham kan."
   "Bukan macam tu encik Iqram. Saya cuma nak confirmkan jer. Karang salah, kena sembur pulak. Jadi kuli ni memang camtu encik Iqram. Kena tahan jer walaupun kadangkala kita ni tak salah. Kena sabar banyak-banyak."
    "Awak nak cakap saya yang salah?"
     Jijie pantas geleng kepala. Sengih dihumban. Terasa pulak mamat nih. Dia cakap sesuka jiwa dia takper. Kena kat batang hidung tau pulak panas telinga..kihkihkih. "Eh, takder la encik Iqram. Mana ada saya kata. Tak sebut pun nama encik Iqram kan. Saya bagi contoh je. Umum je tu encik Iqram." Sengih terus dijala. Mata coklat Iqram yang bersinar dijamah. Boss aku ni memanglah tersangat handsome. Nasib baik la aku dah kahwin, tidak sah aku masuk jarum..hehehe
    "Yang awak tercegat dan tersengih lagi tu kenapa. Dah cepat. Pergi bawak cik kak tu masuk. Saya nak keluar sekejap lagi."
       Jijie angguk. "Baik encik Iqram." Langkah Jijie yang bertubuh gempal terkedek-kedek laju menuju ke pintu yang tertutup.
   
MIMI yang tersandar disofa menoleh lagi ke arah Cartier pergelangan tangan kiri. Issh, dah setengah jam ni. Apahal yang lambat sangat si pendek tu kat dalam. Ingat aku ni takder kerja lain ker nak duduk macam tunggul kayu kat sini. Pintu yang terkuak mengundang bebola mata Mimi laju menghala ke situ. Susuk tubuh gempal rendah setiausaha Iqram dilihat laju menghampirinya.
      "Apasal yang lama sangat kau kat dalam tu. Lama tau aku tunggu kat luar ni. Ingat aku ni tunggul kayu mati  ke haa? Huh!" Mimi lontar jelingan bersama dengusan kuat.
       Jijie hala dua biji mata ke siling. Berlagak tak sudah-sudah si mangkuk perasan lawa ni. Eh...memang dia tersangat lawa pun la, Jijie. Kau tu yang tak lawa. Jijie cebik bibir. Nasib baiklah aku ni tak minat kau tau Mimi. Tidak sah-sah aku menyesal seumur hidup.
       "Encik Iqram suruh cik Mimi masuk sekarang."
        Mimi bangun dari duduk. Dilontar jelingan ke arah Jijie sebelum melangkah penuh bergaya dengan lenggang yang sengaja dibuat-buat. Jijie yang masih berdiri memerhati gerak langkah Mimi menjelir lidah. Macamlah bagus. Eei menyampah betul! Tunggu jer la kau kena baham dengan harimau lapar kat dalam tu Mimi ooi. Rahsia kau dah pecah kan. Ingat kau boleh pujuk ke boss aku yang handsome maut tu. Kirim salam laa bebanyak ye. Jijie melontar senyum sinis.
      "Sayanggggggg." Mimi cuba merapati kerusi Iqram. Seperti biasa. Namun Iqram pantas menghala isyarat mengarahkan Mimi duduk dihadapan. Mata dihala tajam ke arah Mimi yang menunjukkan protes namun tetap juga akhirnya patuh dengan arahan Iqram. Terdengar dengusan kecil yang terluncur keluar dari ulas delima Mimi. Iqram buat tak endah. Malas mahu melayan. Rimas!
      Iqram capai pen disisi. Fail putih didalam in tray dihadapan dicapai. Diselak. Mata jatuh ke lantai dokumen. Mimi yang duduk dihadapan tidak dihiraukan.
    "Apa lagi yang you tak faham ni, Mimi. Isn't my words last night was damn clear. Ke..you nak i ulang lagi apa yang cakap?" Tangan laju  mencatat sesuatu pada dokumen yang sedang dilihat. Langsung tidak mengangkat muka memandang ke wajah Mimi. Sakit hatinya pada wanita didepannya ini masih merah menyala.
      Mimi cebik. Buat-buat merajuk.  Tahu benar yang dirinya kini dalam zon bahaya. Dia perlu memujuk Iqram agar tidak memutuskan hubungan mereka. Dia tidak mahu terlepas lelaki ini. Bersusah payah dia memancing perhatian Iqram yang terkenal ramai teman perempuan hingga akhirnya dia berjaya memiliki hati anak lelaki hartawan yang cukup terkenal ini. Hati Mimi memang menyumpah-nyumpah berita tentang dirinya yang tersiar di akhbar dan media. Semuanya kerana suaminya itu. Menyesal sungguh Mimi percayakan lelaki itu yang berjanji bermacam-macam dahulu dengannya. Sekarang ni dia pula yang menanggung kesannya. Permohonan cerai sudah dilakukan. Mimi tidak kira. Dia sudah beritahu suaminya itu supaya lepaskan dirinya. Dia tak mahu bermadu lagi. Seksa jadi isteri rahsia macam ni. Dia dah tak mahu lagi terikat dengan lelaki tu. Selama ini pun lelaki itu bukannya adil dengannya. Nama sahaja tokoh korporat terkenal tapi takut bini! Gusar benar kalau bini tuanya tahu. Sekarang dah terbongkar, nak selindung macammana lagi. Mimi tak kisah. Dia sudah ada Iqram sekarang. Dia sudah bagi kata dua kepada lelaki tu. Ceraikan dia atau dia akan pergi jumpa bini pertama suaminya itu dan beritahu segala cerita buruk yang suaminya itu beritahu tentang diri perempuan tua itu. Suaminya itu akur akhirnya untuk lepaskan Mimi. Mereka akan ke mahkamah lusa nanti. Semuanya akan selesai dan Mimi akan bebas. Mimi pandang ke arah Iqram yang jelas langsung tidak mengendahkannya. Mimi tahu dia kena bijak susun strategi. Dia perlu pastikan Iqram kekal dalam genggaman.
    "Sayang. Janganlah buat i macam ni. Tak baik tau marah-marah i. I kan dah minta maaf kat you malam tadi. I tak bermaksud nak tipu you. Keadaan i yang memaksa. You tak tahu masalah i dulu. I terpaksa kahwin dengan si tua tu. Tapi sekarang dah selesai. Si tua tu dah setuju ceraikan i. Lusa nanti i pergi mahkamah.Lepas tu i dah bebas, sayang."
    Iqram tutup fail yang selesai disemak. Dilontarkan perlahan ke dalam out-tray. Mata diangkat memandang wajah yang berada didepan.
    "You fikir kalau you dah bercerai dengan suami you tu, semua perkara boleh selesai. Mimi...Mimi." Iqram geleng kepala. Senyum sinis terhumban dari bibir. " I peduli apa you bercerai ke tidak dengan suami you tu. Not my business anymore. You dengan i are finish. Titik. You got that ms actress?"
     "Sayang. Sampai hati cakap macam tu kat i."
     " I dah tak mahu cakap apa-apa lagi tentang hal you. You are smart enuff to understand what i've told you last night. Tolong jangan ganggu i lagi dengan panggilan dan message you yang macam budak-budak tu.  Antara you dengan i..." Mata Iqram menyusuri wajah cantik didepan. Lahar yang  membuak didalam dada kesan perbuatan Mimi masih membakar jiwa. Sukar diterima akan hakikat dirinya ditipu dan diperdaya hidup-hidup oleh perempuan yang paling dia cintai ini. " dah tak ada apa-apa lagi. So sila hormat keputusan i ini. Tolong jangan datang ke sini cari i. Please go from my life. I dah tak mahu tahu apa-apa pasal you lagi." Iqram lepas nafas yang tertahan.
    Mimi ketap bibir. Sakit hati dengan kata-kata Iqram. Dada rasa bergetaran. kesemua sepuluh jari digenggam kuat. Kurang ajar kau kan Iqram. Kau ingat semudah itu aku akan lepaskan kau. Kau tak kenal aku lagi Iqram.
    "Sayang...please. I minta maaf. Tolong maafkan i. I love you so much. As much as you love me. Takkan you nak kita end macam ni jer. Just because of this stupid matter. He will divorce me. I tak cintakan dia. I love you, sayang."
    Iqram lepas dengusan kasar. Lelah dengan kata-kata Mimi yang memualkan tekak. Tubuh spontan bangkit dari duduk. Segugus kunci yang terdampar disisi disambar. Kerusi dibelakang ditolak. Tubuh yang segak berbalut kemeja biru muda dengan tali leher rona yang lebih gelap dibawa melangkah ke depan. Mimi ikut berdiri. Tangan Iqram cuba disambar. Pantas dielak. Mata tajam dihala ke wajah cantik Mimi yang sayu.
   "Leave my office Mimi. I'm off for a meeting. When i'm back i hope not to see your face anymore. I harap you faham. I dah tak mahu diganggu oleh you lagi. Go back to your husband. He deserved you more." Iqram laju melangkah meninggalkan Mimi yang masih tercegat.
   Mimi lepas dengusan. Sebelah tangan dihala ke pelipis. Mata masih memandang ke muka pintu. Jaga kau Iqram!

"UIT BRO?! Apa kes lu terpacak depan rumah gua ni. Lu tak kerja ker?" Damia dah bulat biji mata tengok si mata cokolat seksi sedang terpacak kat luar pagar. Hampir terkejut dia kala disapa dengan siulan waktu sedang enak melagukan Penawar Rindu yang abah selalu nyanyikan buat emak. Nasib baik dia tidak maki hamun tadi. Damia ingatkan pakistan jual karpet yang selalu datang kat taman ini yang cuba nak mengorat. Tak insaf lagi haper lepas kena kaw-kaw dulu dengan Damia. Dia dan Pot pernah kena usik dulu. Dasar pakistan gatal! Damia memang hangin masa tu. Dan dan dia kuar segala ayat sengal yang buat mamat pakistan tu minta maaf dan cabut. Nasib baik dia sarung tudung tadi masa nak keluar sidai baju-baju kat jemuran. Selalu Damia main belasah jer sambar tuala mandi bubuh atas kepala. Macam tau tau jer ek kau tangan si mata cokolat seksi ni nak datang mencemar duli kat teratak aku ni ek.
    Iqram yang tersandar dipintu Lexus hitam dengan tangan bersilang ditubuh menghala pandang ke susuk tubuh yang berkain batik dan berbaju tee lengan panjang merah didepan. "D..boleh tak jangan sebut lu gua dengan saya. Saya pakai kemeja dengan tali leher hari ni. Bukan jeans koyak kat lutut dengan tee hitam gambar Linkin Park. Rambut saya ni pun kemas pendek tau walau cecah bahu. Belum lagi kategori kena diikat." Mata masih tidak lepas pandang tubuh kurus didepan yang berkain batik. Hmmm zaman-zaman sekarang ni ada jugak anak dara yang pakai kain batik. Susah nak jumpa pemandangan macam ni. Cute juga D ni pakai kain batik. Bibir ukir senyum halus.
  Damia yang masih selamba sidai baju perasan akan senyum yang terukir dibibir si mata cokolat seksi. Sah-sah ketawakan aku la yang sedang pakai uniform lepas mandi la tu. Ciss! "Ala bro. Gua lupa aar. Issh..lagipun gua dah biasa aar. Susah lidah ni nak tukar landasan. Slow-slow aar." Damia hala sengih. Tangan terus sambar baju yang penghabisan. Bakul yang terdampar di rumput diangkat. Langkah dihala mendekati pagar yang jaraknya tidak jauh dari ampaian.
  "Eh..tapi kalau lu pakai macam yang lu sebut tadi, mesti meletup handsome punya. Linkin Park tu...peergh. Gua kerat jari aar bro. Gerenti awek bersusun minta borang nak kapel dengan lu. Amacam? Nak cuba pakai kasi gua tengok dulu. Nanti gua kasi markah...hehehe." Damia terus tabur gelak.
   Iqram geleng kepala. Turut ketawa. Hilang segala masalah yang bergumpal didalam kepala. Melihat telatah dan kata-kata si pipi merah yang spontan hatinya rasa lapang. Lega. Iqram hala mata ke Tag Heuer di pergelangan kiri. Tadinya lepas keluar dari pejabat usai pertemuan dengan Mimi yang menyakitkan hati kaki dihala ke arah APAC. Ingin mencari D tapi Iqram diberitahu Ekin yang D akan datang petang nanti sebab minggu ini si pipi merah itu bertugas shift petang. Lalu laju sahaja dihala stereng Lexus ke taman ini. Entah kenapa Iqram rasa dia perlu berbual-bual dengan seseorang dan dalam kepalanya hanya wajah si pipi merah yang suka mengenakannya itu sahaja yang terpapar.
   "D..jom makan."
    Damia ternganga sedikit. "Lu nak belanja gua ke, bro."
    Iqram angguk. Senyum.
    Damia hala dua ibu jari tegak keatas.
    "Cantik. Jap gua siap ek. Eh..eh jap. Nak makan kat mana kita. Gua kebulur ni bro. Dari pagi tak makan. Gua ingat Pot belikan sarapan. Hampeh minah tu. Dia ingat gua puasa ganti macam dia."
   "Ada cadangan nak gi makan kat mana. Saya ok jer."
    Damia angkat kening bersama sengihan lebar.
    "Ikan bakar kat Tanglin boleh tak, bro."
    Iqram angguk. "Tau jalan?"
    Damia angguk laju.
   "Ok jom."
   "Err bro.."
   "Hmmm..."
   "Gu..gua nak makan 2 ekor ikan bakar nanti boleh?"
    Iqram ketawa. Lucu dengan kata-kata spontan dan jujur D.
   "Dua puluh pun ok D. Asal you larat nak habiskan."
    Damia tabur sengih dengan satu tangan menumbuk langit. Langkah laju dihala ke dalam rumah. Iqram mengeleng dengan senyum yang bertaburan.    

12 comments:

aflah said...

Wah...semakin menarik jln cerita...tp x puaz baca..cerita D sikit sgt..x sabar nak tunggu n3 baru...

madame iu said...

nak lagi

Anonymous said...

gua suka banget..... nampak nak ku tak pandai ber"lu/gua" bagai... terus jadi org Indon... hahahaha....

zue said...

Alolo... comelnyer si D nih.

eija said...

alolo comel jer tgok gelagat D...

Kak Sue said...

Tentu comel kan bila D pakai kain batik... sebab tu si Iqram pun boleh jatuh hati....hehehe
Iqram ada berani ke nak dekatkan hati dengan D... GOOD LUCK IQRAM....

salmi fasliena said...

aduh...pesal pendek sgt...wa tak puas baca ar...best woo citer ni..sempoi je...

salmi fasliena said...

aduh...pesal pendek sgt...wa tak puas baca ar...best woo citer ni..sempoi je...

sara said...

Kuih bingka ubi hangus ni pun rambut panjang:D

nursyafika said...

Hahahaa best3,,,,,,,,

nurizzwo said...

Nk agiii....best! :)

Amsyahril Syahril said...


Assalamualaikum Tuan/Puan.

Mohon maaf pada Tuan/Puan untuk boleh iklan sedikit disini, semoga kebaikan hati Tuan/Puan untuk memberi izin iklan ini, menjadi amal ibadah disisi Allah SWT hendaknya amiin….

Salam dari Kita Holidays Travel & Tour Indonesia.
Kalau Tuan/Puan nak melawat ke Indonesia, jangan risau hati sila hubungi :

KITA HOLIDAYS TRAVEL & TOUR INDONESIA
Tour operator & Travel Agency

Sebuah serikat yang punya legalitas di Indonesia, memberikan pengkhidmatan tour ground handling di beberapa daerah yang favorit untuk di lawati. Kami arrange secara profesional dan dengan penuh rasa kekeluargaan, juga dengan harga tour yang sangat berpatutan sekali seperti ke : Padang dan Bukittinggi Tour, Aceh Tour, Medan Tour, Jakarta dan Bandung Tour, Jogjakarta Tour, Bali Muslim Tour dan sewa kenderaan.

Contact person : Amsyahril
Mobile : +6285263007445
E-Mail : am_holidays@yahoo.com / kita_holidays@yahoo.com / kitaholidays@yahoo.com.


Hati Ini Pilih Kamu

"Saya dah tak ada hak lagi nak duduk kat rumah tu." Rumah tu milik Zainal. Dan isyarat kak long yang humbankan beg pakaian aku be...