Tuesday, February 5, 2013

Lafaz Cinta Di Jari Manis - Bab 23


Bab 23
Langkah ketuanya yang mesra disapa Khalish dilihat laju sahaja menuju ke biliknya sebaik pintu bilik Orkid terkuak. Bilik mesyuarat kecil yang sememangnya dikhaskan untuk tujuan persidangan video itu ditarik pintunya kembali oleh Ray yang perlahan mengekori Khalish daripada belakang. Connie yang sedari tadi menanti untuk memaklumkan sesuatu memerhati dengan wajah sedikit pelik tentang perilaku ketuanya itu. Connie menyapa dan Khalish hanya menganggukkan kepala kala ditegur oleh Connie tentang penangguhan temujanji dengan pelanggan petang nanti saat melintasi mejanya. Langsung tidak memandang dan mengangkat muka seperti selalu. Kelaziman ketuanya ini pasti berhenti didepan meja Connie untuk bertanya lanjut jika ada sebarang pemberitahuan dari pelanggan berhubungan penangguhan sesuatu temujanji. Namun tidak hari ini. Tidak langsung bersuara. Entah apa agaknya yang dah terjadi kepada lelaki yang terkenal dengan sepasang lesung pipitnya yang menawan itu.

Khalish deras menghayun langkah. Keluhan berat terlepas dari helaan nafas. Sesak dada dirasakan pagi ini. Fikirannya sungguh berserabut. Tumpuan terhadap tugasnya kacau bilau hari ini. Jiwa dan hatinya bagai direntap dan digoncang hebat. Perasaannya tidak sedikit deru gusarnya. Angin bimbang menderu-deru kencang menghentam jendela naluri. Tidak berhenti hingga saat ini. Sejak malam tadi sebenarnya tiupan itu bermula. Semuanya kerana Qistina. Semuanya kerana jambangan ros ungu yang diterima sang barbie doll kesayangannya itu semalam. Semuanya kerana nama yang disebutkan oleh Qistina. Nama si peminat misteri yang sungguh berani mengintai juita hatinya ini tanpa rasa bersalah pada Khalish yang terlebih dahulu sudah memahat cop mohor di hati Qistina tanda si jelita ini miliknya. Miliknya mutlak!

Connie angkat kening dengan  mata yang sedikit dibesarkan menghala ke arah Ray yang mengekori dibelakang. Isyarat bertanya dengan maksud apa dah jadi dengan boss kita ni? Entah apa pulak tetiba-tiba ketuanya berperangai pelik hari ini. Tidak pernah pulak dia begini. Kalau mood tak baik pun dia masih boleh melontar senyum atau sebaris dua kata-kata kepada Coonie. Hari ni sungguh berlainan. Sejak dari awal pagi ketuanya itu langsung tidak bersuara. Bila disapa ucapan selamat pagi Khalish sekadar menganggukkan kepala sahaja dan laju menyusun langkah masuk ke dalam bilik. Langsung tiada senyuman manis yang menampakkan sepasang lesung pipit cantik itu. Connie lihat Ray hanya angkat bahu dengan kepala yang digeleng perlahan. Sah ada yang tak kena ni! Connie sekadar melihat susuk tubuh kedua-dua laju masuk ke dalam bilik. Terdengar pintu bilik ditutup rapat. Dihela nafas perlahan. Entah apa lah yang dah jadi pada si lesung pipit dua nan handsome tu agaknya. Hati kecil Connie terus bergendang.

Ray hempas punggung di atas perut kusyen di dalam bilik Khalish. Kepala menggeleng perlahan. Kaki kiri diletakkan diatas kaki kanan. Bersilang. Tapak tangan kanan mendarat pada lengan kusyen. Diketuk-ketuk hujung jari-jemari pada lengan kusyen hitam yang kaku. Mata masih terus memandang Khalish dihadapan yang sudah tersandar dengan kepala terdongak sedikit ke atas. Kedua-dua mata teman baiknya terpejam rapat. Hela nafas dari gerak dada yang turun naik perlahan disebalik kemeja lengan panjang Abercrombie&Fitch biru yang membaluti tubuh jelas diterbentang didepan mata. Entah apa agaknya yang sedang mengoncang fikiran temannya ini hingga menyebabkan video conference yang baru usai antara mereka dan pihak pelanggan dari China itu gagal mencapai kata putus. Tiada keputusan. Selama ini, Khalish tidak pernah gagal. Tumpuan Khalish jelas bukan didalam bilik. Fikiran menerawang entah ke mana. Kerap kali Khalish tersasul menyebut nama Mr Koay menjadi Mr Koh hingga ditegur pelanggan berkenaan. Setiap penyelesaian kepada masalah kewangan yang dikemukakan pelanggan berhubung pelaburan mereka hinggalah kepada masalah bersangkutan dengan perundangan percukaian dua negara yang dikemukakan pelanggan gagal dijawab dengan sempurna oleh Khalish hingga ditegur pelanggan berkenaan. Siap ditanya adakah mereka berhadapan dengan Khalish Ariq, the financial controller atau Khalish Ariq yang lain. Terpempan juga Khalish tadi saat diajukan pertanyaan terus terang daripada pelanggan mereka tadi.

"kau ada masalah ke, bro?" Ray junam dua bebola mata ke wajah tampan dihadapan yang masih terpejam rapat kedua-dua kelopaknya. Entah apa yang dah terjadi sebenarnya kepada Khalish. Teman baiknya ini tidak pernah berkelakuan begini. Ray terus berteka-teki. Hati terus meneroka fikiran. Mencari-cari ruang peristiwa kebelakangan yang menimpa lelaki ini yang mungkin dia terlepas pandang. Gagal menemui sebarang lompang yang boleh dikaitkan. Semalam sewaktu mahu pulang dan singgah dibilik temannya ini Khalish kelihatan biasa-biasa sahaja. 

Mata yang terpejam kini kian longgar pautan kelopaknya. Perlahan-lahan dibuka. Dibawa dua tapak tangan ke wajah. Diraup. Lama dua tapaknya bertapa dilantai wajah bersama desir nafas yang terhembus keluar. Sebuah keluhan berat terluncur. Reaksi yang menggamit tatapan mata Ray tunak ke arah Khalish. Ditegakkan kepala serentak dengan membawa tangan kembali berlabuh ke lengan kusyen empuk yang menaungi tubuhnya. Pandangan redup dari Ray yang takzim duduk bertentangan ditelan. 

"sori, Ray." Sepatah ditutur. Khalish sedar perbincangan tadi gagal mencapai matlamat yang terlebih dahulu sudah ditentukan oleh mereka berdua sewaktu pra-perbincangan kelmarin. Dan Khalish sedar sebagai pengurus kewangan, Ray pasti kecewa dengan hasil perbincangan tadi.

"what's wrong,hmmm." Ray lepaskan nafas perlahan. Masih terus melontar tatapan pada Khalish yang kembali jeda. Riak lelaki ini jelas sedang menahan suatu bebanan yang cukup berat di jiwa. Bebanan perasaan yang cuba dihindarkan dari terlolos keluar dan dihidu semerbak bauan gusarnya oleh Ray.

Kepala Khalish digeleng perlahan bersama keluhan berat yang terhambur keluar. Rasa bersalah pada Ray utuh bersarang di kepala. Jika dia tidak melakukan kesilapan tadi dan menumpukan sepenuh perhatian didalam persidangan video tadi pastinya mereka sudah mendapat kata putus dan persetujuan verbal daripada pihak pelanggan. Semua tidak menjadi disebabkan khilafnya.

"aku betul-betul minta maaf, Ray. I'll call Mr Koay personally this evening. I'll will settle this with him. Trust me, bro."

"this is our job, Khal. We'll settle it together then. No such you do it alone." 

"aku yang silap, jadi aku akan betulkan dan selesaikan. This is my responsibility, Ray."

Ray tahu Khalish sedaya-upaya tidak mahu mendedahkan bebanan perasaan yang sedang menghentak diri lelaki ini kepadanya. Akan dicuba untuk menghurai apa yang sedang mengganggu jiwa dan fikiran teman baiknya ini. 

"kau tak pernah macam ni, Khal. Anything happened?" Dijunam panahan mata ke arah wajah tampan dihadapan. Ray sangat pasti ada sesuatu yang menimpa teman baiknya ini. Mengenali Khal sejak beberapa tahun, cukup dia arif tentang cara lelaki ini. Tidak akan sesekali mencampurkan urusan profesional dan peribadi didalam satu bekas yang sama. Namun jelas hari ini sebaliknya berlaku. Dan Ray pasti permasalahan peribadi yang menimpa Khalish pasti satu perkara yang besar...satu perkara yang berat di hati, di jiwa dan di fikiran.

Jeda. 

"Qis?" Ray cuba meneka. Menebak kalau-kalau mengena. Tapi hati kecilnya kuat menyatakan perlakuan pelik Khalish hari ini pastinya berkaitan dengan gadis itu. Siapa lagi yang mampu menghuru-harakan jiwa lelaki  dihadapannya ini selain daripada si cantik itu. Tiada yang lain. Qistina tu bagaikan separuh nyawa Khalish. Lalu kalau sudah jiwa bagai hidup separuh nyawa hari ini, pastinya nyawanya yang separuh itu lagi puncanya. Secara teorinya memang si cantik itulah punca perlakuan pelik lelaki dihadapannya ini. Hati Ray kuat mengiyakan teori dan hipotesisnya.

"Aku rasa sebagai kawan baik kau..sebagai rakan sekerja kau...sebagai pembantu kau di dalam tugas-tugas dipejabat, aku dah cukup kenal kau. Masak dengan perangai dan cara kau bekerja. Kau memang sedang ada masalah besar..masalah yang terbeban dalam jiwa kau yang cuba kau nak sembunyikan. Aku mungkin tak boleh nak tolong, tapi sekurangnya boleh memberi pendapat pada kau. Masalah perlu dikongsi, bro. Bukan disembunyikan dalam hati seorang diri."

Khalish raup wajah sekali lagi sebelum bangkit dari duduk. Kata-kata Ray itu diakui ada benarnya. Tidak ada yang mampu disembunyikan daripada teman baiknya ini. Dihala langkah ke meja kerja. Ray mengekori dengan tatapan mata yang penuh perhatian. Menanti apa yang ingin dilakukan teman merangkap ketuanya ini. Menunggu dengan debar tindak tanduk lelaki yang sedang berdiri membelakangnya sekarang ini. Khalish capai bekas empat segi bujur yang terletak disebelah susunan laporan ekonomi dan kewangan. Dibuka tingkap bekas berwarna coklat tua yang diperbuat daripada plastik. Sekeping kad nama ditarik keluar dari namecard box yang terletak diatas kabinet dibelakang kerusinya itu.Ditatap kad nama yang baru sahaja dikeluarkan. Sebaris nama itu direnung dan seraut wajah tampan penuh ketenangan yang berkaca mata melintasi ruang mata. Lelaki yang menduduki kerusi tertinggi di bahagian kewangan syarikatnya itu pernah beberapa kali ditemui atas tiket urusan kerja. Khalish cukup menyenangi profesionalisme lelaki ini. Hebatnya lelaki ini didalam bidangnya tidak perlu dipertikaikan. Dan kini lelaki yang sudah punya jalinan profesional nan baik dengannya harus dihadapi sebagai "musuh". Khalish hela nafas. Ditelan liur. Pahit. Dihala kembali langkah ke arah Ray yang tunak memerhatikan gerak langkahnya daripada tadi. Dilabuhkan duduk dihadapan Ray. Kad nama ditangan ditatap lagi sebelum dihulurkan kepada Ray. Disambut perlahan. Sepasang mata Ray jatuh pada kad nama yang disambut daripada Khalish. 

"Fazwan Anuar...CFO MSF Industries. Client kita ni." Mata dihala ke arah Khalish yang redup memandang. Khalish dilihat mengangguk perlahan.

"hmmm, yup. Good client. One of our major clients." 

"What wrong with this gentleman? Or ada problem dengan account co. ini?"

Khalish kemam bibir sesaat. Dilontar renungan ke arah Ray.

"Kau ada masalah ke dengan CFO MSF Industries ni? Setahu aku selama kita berurusan dengan CFO MSF Industries ni kita memang tak pernah ada masalah. In fact aku rasa he's the best CFO yang pernah aku jumpa. Kau tak rasa macam tuh?"

Khalish hembus nafas perlahan. Dilontar wajah pada Ray yang tunak menanti. "You wont believe this story, Ray."

Kening Ray sudah membentuk garis kerut tanda tanya. Kata-kata Khalish mengundang persoalan di benaknya yang kian tepu dengan andaian-andaian yang dirasakan sudah tersasar.

"story? What story? Ada update yang aku tertinggal ke ni ,bro?"

Khalish telan liur. Jeda sesaat. Dua mata saling bertembung.

"he is chasing after Qistina."

Ray ketawa sambil menggeleng kepala.

"joking haa.."

Kepala Khalish menggeleng. "this is not joke, Ray." Digeleng lagi kepala untuk menyatakan ketegasan dan kesahihan maklumat yang disampaikan." I think he's serious. Serius nak pikat Qistina.  Aku lelaki..aku tahu bahasa jiwa lelaki."

"maksud kau, bro?" Ray jadi tidak sabar bila bilah kata-kata Khalish singgah dicuping. Sungguh dia terkesima dengan apa yang baru didengar. Bagai ada cerita yang amat besar sedang melanda urusan cinta temannya ini.

Khalish spontan lontar senyum tawar."kalau dia sampai sanggup hantar big unique purple roses bouquet twice a day to Qistina kau rasa dia main-main? Suka-suka?" kepala digeleng terus.

"what?! Two big bouquet in a day?" Kening Ray terangkat deras. Sungguh dia terkejut dengan kata-kata yang tergolek keluar dari rongga Khalish. Seraut wajah lelaki bernama Fazwan Anuar menjengah layar mata. Lelaki penuh karisma itu sangat menyenangkan. Ketenangannya dan sikap profesionalisme ketika berurusan dengan syarikat kewangan yang menaungi Ray dan Khalish selama ini cukup diingati. 

"kau yakin ker his intention towards Qistina, bro?"


"aku yakin dia memang serius nak pikat Qistina. Sungguh-sungguh. Dia tak main-main, Ray."Khalish kemam bibir. Ada hentakan berat yang menghempap pintu hati. Dada laju mengepam aliran adrenalin. Degup jantung memecut laju. 

"macammana dia boleh kenal Qistina?" Khalish telan liur. Kata-kata yang diucapkan Qistina malam tadi sebelum melangkah masuk kedalam banglo milik Zita kembali terkuak difikiran. Jawapan belahan jiwanya itu kala ditanya kembali tentang siapa gerangan si peminat misteri yang mengirimkan dua jambangan ros ungu yang indah itu sungguh membuatkan hatinya terpempan. Nama yang terluncur keluar dari ulas delima Qistina yang indah itu cukup dia kenal.

"Fazwan sebenarnya abang angkat Zita. Zita yang kenalkan dia dengan Qistina. Aku rasa ini agenda Zita mahu menjauhkan Qistina daripada aku. Menjauhkan aku dan Qistina selama-lamanya. Dan Fazwan adalah senjata Zita. Senjata terbaik untuk "membunuh" cinta Qistina dan aku." Khalish hela nafas seketika. Minda sedang semak dengan pelbagai andaian.

"Zita? Zita best friend Qistina yang kau cakap anti dengan kau tu?"

"yup."

Ray geleng kepala. "kecil betul dunia ni, bro."

Khalish senyum tawar. Ada rasa yang tidak enak meniti di lantai hati.

"so, apa plan kau? Apa strategi kau? Lawan kau bukan sebarangan ni, Khal. Second important person in MSF Industries. In fact aku rasa karisma dia jauh lebih hebat dari Faisal." Ray tegak membetulkan sandar. Cerita yang baru disampaikan Khalish ini begitu mengejutkan dirinya. Kalau benar, maka temannya ini pasti perlu menempuh satu persaingan sengit demi memenangi hati Qistina. Dan yang nyata lawan Khalish itu bukan calang-calang orangnya!

Khalish khali sejenak. Akal menerawang. Pertanyaan Ray menyuntik kembali apa yang bergumpalan difikiran sejak malam tadi. Sesuatu yang dirasakan bukan calang-calang sedang menanti dihadapan. Namun tekad sudah ditanamkan sejak dahulu. Tidak akan sesekali beralah. Jauh sekali berundur. Cinta hatinya itu sudah dia wartakan miliknya. Sejak dahulu. Jadi jangan ada yang berani berani mahu "merampas" sang barbie doll itu dari tangannya. Jangan sesekali bermimpi!


 * * * * * * *
Fazwan elus pangkal hidung dengan lontaran bebola mata yang ditabiri Ray Ban berbingkai  warna perak yang bergaris-garis pada tangkainya memandang ke skrin iPhone di genggaman tangan kanan. Nombor yang sudah siap didail sedang tertera dikaca cermin skrin gajet buatan Amerika itu. Pesanan Zita terus terngiang-ngiang ditelinga. Bibir tanpa sedar mengukir senyum. Kata-kata adik angkatnya itu masih terus meniti di lohong cuping. Masih hangat di pendengaran. Masih basah dijiwa. Abang Wan kena ada strategi kalau nak ngorat perempuan special macam Qis ni. Kalau tidak, susahlah. Yang kejar bukan calang. Karang melepas tau tak! Ingat senang ke nak dapat barbie doll hidup. Qis tu ramai peminat tau tak abang Wan. Kena pantas. Abang Wan kena berani kalau nak dia.

Kena berani kalau nak dia. Ketawa kecil terluncur keluar. Dan kerana cabaran Zita lah maka dia mengambil langkah pertama dengan menghantar dua jambangan ros ungu ke pejabat si barbie doll itu. Memang pelik..tapi kan itu strategi namanya. Warna ungu itu sendiri sudah menyampai maksud yang tertulis dihatinya. Dan Zita laju menelefon mengucap tahniah atas "keberaniannya". Abang Wan bukan tak berani Zie. Abang Wan ni bukan jenis pencinta yang gelojoh. Lagipun yang mahu diintai hatinya itu kan ke anak patung hidup. Jiwa dan naluri anak patung hidup yang mempersonakan kerdipan mata itu harus didekati dengan cara yang penuh romantis. Fazwan senyum sendiri dengan bisik kata hatinya. Romantis laa sangat ye FA! 

Yang dia dapat tahu menurut kata Zita, Qistina ternyata memang terkejut dengan kehadiran dua jambangan ungu kiriman Fazwan. Sungguh terkejut. Tapi kata Zita cara itu ternyata juga memang mengusik hati kecil si cantik jelita itu. Kata Zita lagi jambangan itu dia nampak diletakkan kemas oleh Qistina diatas meja hiasan didalam bilik gadis itu. Kalau tak suka takkan la disitu ditempatnya kan! Fazwan senyum manis mendengar laporan daripada Zita. Jadi abang Wan tak perlu risau. Langkah pertama sudah berjaya. Terusnya untuk yang seterusnya. Sungguh-sungguh betul Zita mahu Fazwan memikat teman baiknya itu. Dan sememangnya jauh disudut hati lelakinya ini sudah terdetik dan terbit rasa suka saat pertama bebola mata menjamah wajah si barbie doll itu. Dan rasa suka itu kian mekar lalu berkembang dari hari ke hari menjadikan hatinya yang selama ini sempit sahaja sudah luas bagaikan taman. Taman yang dipenuhi kembangan nan berwarna-warni!

Mata Fazwan terus tunak menatap skrin. Nombor yang tertera direnung lagi. Dihela nafas. Ruang biliknya yang serba moden dan luas ini bagai sedang sama tersenyum melihat gelagatnya yang sedang huru-hara bagaikan anak muda yang baru pertama kali mengenal erti cinta. Lafaz bismillah meniti di bibir. Tenang. Jari menekan butang pemanggil. Dibawa gajet ke cuping.

Qistina kerling sekilas ke arah Blackberry di tengah meja yang sedang bersiul-siul memanggil. Senyap. Nantilah jawab. Bisik hati. Mata kembali dihala ke arah fail didepan. Mata menjunam kearah lapisan kertas yang tersusun kemas didalamnya. Terus diselak. Mahu dibaca lagi. Masih banyak yang tidak selesai. Masa makin sempit. Seminggu lagi kumpulannya akan turun ke site untuk pemantauan kerja-kerja pipeline installation yang dikendalikan petugas-petugas kumpulan yang dilantik kontraktor. Kumpulan field engineer itu akan berkampung di site sehingga segala tugasan ini selesai. Qistina, Zura dan Joe selaku kumpulan project engineer akan turun kemudian untuk meninjau kerja-kerja pemantauan yang dilakukan dan seterus memeriksa tahap perkembangan kerja yang dilakukan oleh kontraktor yang dilantik. Siulan daripada gajet hitam ditengah meja terus memanggil. Qistina hela hafas. Dihulur tangan ke tengah meja. Meraba-raba gajet yang takzim terbaring diatas fail Progress Report. Ditarik dan dicapai.

Dahi licinnya berkerut halus. Nombor yang tertera begitu asing. Tidak dikenali langsung! Siapa pulak ni. Hati berbisik hairan. Dia memang tidak pernah memberi nombor telefon peribadinya kepada sebarangan orang. Hanya kalangan yang rapat sahaja yang mengetahui nombor baharunya ini. Siulan terus bergema menyebarkan lantunan iramanya berserakan keserata ruang bilik Qistina. Ditatap skrin tunak. Perlahan jari menekan butang terima.

Ucapan salam di talian sebelah sana membuatkan kerut didahi makin berlapis. Suara tenang yang sungguh asing. Salam disahut perlahan. Suara Qistina sedikit bergetar.

"Annur Qistina.."

"Saya." Kepala Qistina spontan laju mengangguk. Seolah terasa pemanggil ditalian sana seperti dapat meliaht reaksinya. 

"This is FA.."

"FA?" Kerut di dahi sudah tidak terhitung kerutnya. Qistina membetulkan sandar. Siapa pulak FA ni. Tangan kiri laju menggaru kepala yang tidak gatal.

Fazwan tersenyum. Seperti dapat melihat kerut pelik bercampur garis hairan di wajah cantik Qistina. Pasti sedang menggaru kepala. 

"is Fazwan Anuar, dear. Remember me,hmmm."

Fazwan Anuar?..Fazwan Anuar!! Mulut Qistina sudah membuka lohong besar. Laju tapak tangan hinggap di pintu bibir mungilnya. 

Is Fazwan Anuar. Fazwan Anuar....Kepala spontan terbayang seraut wajah tampan berkaca mata yang tenang bergiliran dengan dua jambangan ros ungu yang dia terima. Tapak tangan masih takzim di bibir. Ya Tuhan.. Air liur rasa tersekat. Mata Qistina masih terkebil. Dada kencang memacu irama terkejut. Kepala terus berputar. Apa nak cakap nih?

25 comments:

Anonymous said...

berusahala FA dptkn Qis...nk lg kucc :)

Anonymous said...

Best .lain dari yang lain.akhirnya ada insan lain yang lebih sesuai unt qis

ajeje said...

Goooooo FA work hard to tackle
the sweet barbie doll
Kucc cpt sambung..
I LIKE :)

Farhaliza aka Ija said...

Sy macam lebih suka FA dari khalish

Anonymous said...

Ai laieke.... hihihi....

Haslina@DC said...

Oh yeah. Am rooting for FA...good move FA..I likeee...so Khal. Get ready for a tough fight...may the best man wins...hehe teremo lak...apapun good job April

eifa said...

Wahh Khal dah tersentak dgn tindakan FA. Good job FA. teruskan usaha menangi hati Qis. Go FA go.

kak nora said...

huwaaaaa...mcm ne ni khal...boleh ke khal lawan FA yg terrrrrsgt la mabeles luar dalam tuh...akak dah nangis dulu nih...

Anonymous said...

nak khal !!!!!!!!!!

Anonymous said...

terbekkkkkkkkkkkkkkkkk FA

Haslina@DC said...

Pretty puhleeze. Let it be FA...ahaks...Qis buat stiharahlah

Unknown said...

speechless.....oh my..nape qis..hee..hee.best man win..barbie doll kn jd rebutan si jejaka2 idaman malaya..tk sabar nk tau sape yg bakal merembat hati n cinta the sweet barbie doll.....

Unknown said...

huwaaa .. subuh2 tersentap ni !! tak nak buat jiwa qis gundah gulana lama2 sgt kucc .. sb tukang baca pun hati sama dup dap dup dap .. mcm nak luruh jantung !!!

irene said...

writer.. pick FA please not Khalish

Atty Ismail said...

hahhahahaahhahaahhaha...ckp terima kasih la Qis...

Anonymous said...

yezzzz,hahaha....
thats my FA(ceewah,my FA..pasan sgguh)
cpt buka lgkah...sy sokong
hahaha....
~~ZQ~~

Anonymous said...

sy nak Qis ngan Khalish..pls pls pls..siannye kat Khalish..

Zalida said...

Sudah terbiasa dengan bayangan yang Qistina dengan Khal, jadi susah nak accept yang ada orang lain nak ngorat Qis. Bagus kalau nak buat Khal sakit hati ke apa ke, but not good kalau nanti FA betul2 jatuh hati dengan Qis but at the end of the day dia akan kecewa. Tak sanggup den nak baco...kesian dekat mamat sebaik FA. Apa pun, hati saya dub dab dub dab aje bila baca sambungan cerita ni....pandai kucc olah cerita.

Anonymous said...

i still nk Khalish... go boy!!
_aniesue_

Kak Sue said...

Nak juga Qis dan Khal bersama .... FA hanya mengikut rancangan Zinta....
Macamana kalau FA tahu yang Khal adalah teman lelaki Qis yang Zinta maksudkan....
setakat buat Khal cemburu boleh kut... Qis buatlah solat minta petunjuk pada DIA....

nazira azwa said...

Iloikeeee...FA mmg nmpk lebih gentleman..terbaekkk...

miss nina said...

Khal, i'm with u dear :P
kalau FA ada strategi, Khal pun apa kurangnya. chayok2 Khal

Anonymous said...

I still dgn Joe...takkan goyah tapi klau FA pilihan cik writer no problem with that tapi NO...NO..NO....for Khal, after apa yg dia buat kat Qis....

zoora said...

salam cik kucc...lam business strategi memainkan peranan penting kan...lam percintaan pon sama kan,kan,kan...especially "big guns" punye hehehe...so ape strategi up ur sleeves tuk "big guns" 2 org ni cik kucc??????? terujaXXX

IVORYGINGER said...

Wow!!! The real gentleman is coming for Qis. I love it. Biar padan dgn Khalish yg sll anggap Qis tu hak milik dia. Dia ingt dia sapa. Qis tu hak milik Allah n parent dia. Wlau dia dah brubah tp tanggapan dia salah. Cinta tak semestinya bersatu, asal org yg kt cinta bahagia dgn pasangannya itu dah lebih dr cukup n mlangsaikan sgl kisah lalu yg perit. FA is the best. Really cool n gentleman. cannot wait to see how this guy to catch Qis heart and how is Khalish n Joe actions. hehehe... Good luck KUCC. Love you so much. ;D

Hati Ini Pilih Kamu

"Saya dah tak ada hak lagi nak duduk kat rumah tu." Rumah tu milik Zainal. Dan isyarat kak long yang humbankan beg pakaian aku be...