Friday, February 1, 2013

Lafaz Cinta Di Jari Manis - Bab 22

 Bab 22
Joe bangkit daripada duduk seraya menutup pintu usai lenggok Anis meninggalkan bilik. Qistina hanya takzim memerhati. Dihala mata ke arah skrin empat segi dihadapan. Jari-jemari laju menghalakan mata kursor pada folder Project. Ditekan mata kursor. Mata tunak memandang pada deretan fail-fail yang berada didalam folder berkenaan. Dihala mata kursor mencari fail Borneo Pipeline Project.

"Kau ok?" Joe labuh duduk kembali. Kaki kanan diletakkan diatas kaki kiri. Bersilang. Dua tangan dilabuhkan pada lengan kerusi.

Qistina senyum. Angguk perlahan. "ok." Mata Qistina masih takzim di skrin. Tidak berganjak.Jari-jemari masih lincah menari dilantai kekunci. 

Joe tenung wajah cantik yang sedang tekun memandang skrin. Aksi lincah jari-jemari nan runcing itu dipandang sekilas sebelum kembali menekuni raut indah milik Qistina. "atau kau sebenarnya sedang sembunyikan sesuatu daripada aku."

Kerlingan mata Qistina laju menerombos wajah tampan yang santai berkemeja T hitam dihadapan. Giorgio Armani yang tersangkut di kepala menambahkan lagi gaya lelaki ini. Harum Paco Rabanne melengkapkan gaya lelaki tampan ini.  Mata singgah pada bekas parut di dahi kesan dari kemalangan sudah mulai pudar. Sebaris kata-kata yang terucap dari ulas delima lelaki yang digelar romeo seksi oleh Anis ini seakan membayangkan sesuatu yang sedang tersirat di fikirannya. Qistina seru bayu damai. Berdepan dengan Joe tidak mudah. Joe terlalu bijaksana untuk digula-gula dengan seulas senyuman pura-pura. 

"sembunyikan sesuatu? Maksud kau?"

Joe senyum. Mata dihala pada jambangan ungu ditengah meja Qistina. "the bouquet infront of you." Diangkat kembali lontaran mata ke arah wajah Qistina.

Qistina hela nafas perlahan. Jari jemari terhenti menari. Dipusingkan tubuh menghala tepat pada lelaki dihadapan. Dua pasang mata sedang saling memandang. "kau terpaut ker kat bouquet ni,hmmm." Cuba mencipta canda. Qistina tau hala mana arah pertanyaan Joe sebentar tadi. Dia mahu menguji. Mahu melihat sejauhmana rasa ingin tahu lelaki ini. Bibir menguntum senyum. Joe angkat kening seraya melempar senyum manis. Membalas. Jari jemari kasarnya membelai lembut kelopak-kelopak wajah ros ungu yang indah memukau. "kalau aku jadi kau pun boleh cair dapat bouquet cantik macam ni. Sekali dua pulak tu dalam sehari kan. Sah-sah orang yang hantar ni memang ada hajat besar kat kau. Kau ni memang hot la, Qis. Hot barbie doll."   Terluncur ketawa kecil dari bibir Qistina. Kepala digeleng perlahan. " Banyak la kau punya hot. Ada-ada jer la kau ni, Joe."

"hey..dua bouquet yang kau terima hari ni buktinya. Aku pun rasa nak masuk jadi calon mengorat kau la Qis. Tapi aku kena kena cari strategi lain lah. Kalau dia ni hantar bouquet dua kali sehari, aku kena hantar setiap dua jam sehari. Romeo terhangat mana boleh kalah kan. Ok, Qis? " Joe angkat-angkat kening sambil lontar senyum. Cuba mengusik teman baik dihadapan yang sudah lebar tersenyum. 

Pecah ketawa Qistina. "mengarutlah kau ni, Joe. Romeo tak payah buat macam tu. Aura diri dia sepatutnya dah cukup kuat buat perempuan cair. Tapi aku tak cair pun tau. Minta maaf banyak-banyak yer." Qistina sambung ketawa kecil. Wajah tampan Joe yang melontar senyum dipandang. 

"i'm serious ok. Kau tunggu jer bouquet daripada aku pulak. Jangan kau campak sudahlah jambangan bunga yang aku kirim nanti. Tapi confirmed kau mesti cair macam ais krim kena jemur kat panas dengan ayat-ayat mengorat aku nanti. Mungkin la aku tak boleh bagi yang gile besar dan lawa macam ni..tapi yang penting maksud disebalik kiriman bunga tu. I'm damn sincere sweet barbie doll. Please show me the way to your heart. Please..please my dear Qistina." Joe letak dua tapak tangan yang yang dicantum ke dada. Bergegar ketawa kedua-duanya. 

Qistina masih ketawa kecil. Masak benar dengan sikap Joe yang suka mengusik sejak dahulu. Dan Qistina pasti ini sekadar gurauan yang dicipta demi melindungi duka dan lara di jiwa kesan kemalangan yang telah memisahkan dia dan Maya selama-lamanya. Dua tangan diangkat separas bahu. " dah dah. Tolonglah jangan jadi romeo lagi Joe. Tak larat tau aku. Kau tu dah patut bersara wajib. Taknak aku ada boyfriend yang ada aura romeo ni..makan hati jer nanti."

Joe hela nafas dengan ketawa yang masih tersisa. Mata bulatnya terus dihala ke wajah Qistina yang manis ketawa kecil. " so, what kinda man that you want me to be, hmmm. Tell me, Qis." Silang dikaki diperkemaskan. Sandar tubuh pada dada kerusi turut sama diperkemaskan.

Senyum Qistina berbunga. Raut wajah yang sangat dekat dalam hidupnya sejak bersama di bawah bumbung pejabat ini sejak dahulu ditatap tenang. Lelaki dengan nama lengkap Johan Khusairy ini sentiasa ada disisi memberi semangat kala Qistina ditekan dengan pelbagai permasalahan. Hinggakan kala Qistina merajuk dengan Khal, Joe la tempatnya mengadu. Meluah rasa. Entah mengapa Qistina rasa Joe bagaikan sang pari-pari yang sentiasa memberinya rasa damai sejak dahulu. Ketenangan lelaki ini sentiasa mengagumkan. Dan ingatan kembali menyapa kala melihat alir hangat dari sepasang kolam hangat lelaki ini kala takzim bersila disisi nisan sang isteri sewaktu menemaninya menziarahi perkuburan Maya. Tiada esak yang berbuai. Sepi. Hanya aliran air hangat dipipi menjadi saksi zahir betapa lelaki ini sedang bergelut dengan kesedihan yang menggunung dari rasa kehilangan insan yang paling dicintai dalam hidup.

"Qis?" Joe lontar sapaan perlahan. Wajah didepan yang sedang merawang mudah ditelah riaknya. Qistina terpempan seketika kala dikejutkan dengan sapaan Joe. Senyum diorak menutup segan kerana ditangkap sedang berkhayal entah ke mana.

"Be a gentleman, Joe...a caring and understanding gentleman that i used to know,hmmm. Lelaki budiman yang aku kagumi sejak dahulu. Lelaki yang penuh rasa ambil berat dan sangat memahami."

Joe senyum manis dengan hembusan nafas lembut.  Dan sepasang mata bundar yang sedang tersenyum memandang ke arahnya ditatap tunak. I always care about you, Qis. Always. 

Khali.

"so?" Qistina angkat kening. 

"so apa.." Joe angkat kening. Membalas perlakuan Qistina. Fikiran sedang laju memikirkan tentang kata-kata Qistina. Hanya lelaki yang bertuah sahaja akan memiliki gadis istimewa ini.  Hmmm, lelaki bertuah. Entah siapa gerangan yang bertuah nanti agaknya. Mungkinkah dirinya? Joe telan liur. Entahnya. Joe sendiri sukar menafsir lubuk hati si barbie doll cantik dihadapannya ini.  Dengan keadaan dirinya sekarang, biarlah ketentuan-Nya yang memutuskan. Joe pasrah. Ditelan nafas. Atau mungkinkah Khal orangnya? Lelaki itu sudah berakar umbi didalam jiwa Qistina sejak sekian lama. Tentu segala kenangan manis antara mereka menjadi pengikat untuk Qistina. Atau mungkin juga si penghantar kuntum-kuntum ungu yang cantik mempersona dihadapannya ini. Mahu sungguh dia mengenali sang pengirim misteri ini. Siapa agaknya lelaki ini. Minda tiba-tiba bagaikan dikejutkan sesuatu. "eh nanti, kau ni tak jawab lagi soalan aku yang tadi kan. Haa..jangan nak lari. The bouquet, Qis. The secret behind this big and beautiful purple roses bouquet. Reveal please. I knew you are hiding him, Qis. Kau tak tau menipu, Qis."

Qistina raih nafas tenang. "apa yang kau nak tau,hmmm."

"That's my girl." Kata spontan yang mengundang senyum penuh bermakna di bibir Joe. Qistina geleng kepala bersama senyum yang masih tersisa. 

"Siapa dia,hmmm."

Deheman halus Qistina terlontar dari rongga. Jari telunjuk dan ibu jari mengelus pangkal hidung. Seraut wajah berkaca mata tertera di layar minda. Wajah tenang yang penuh karisma seorang lelaki yang menduduki singahsana korporat.

"Fazwan Anuar...abang angkat Zita."

Dahi Joe pantas membentuk kerutan halus dengan mata tunak menjunam ke wajah manis Qistina. "abang angkat Zita? Zita ada abang angkat?" Joe memang mengenali Zita sejak mula mengenali Qistina. Pernah berberapa kali mereka bertemu kala diluar waktu pejabat. Wanita cantik dan bertubuh comel itu memang diketahui sudah berpisah dengan bekas suaminya, Faisal Tan Sri Jamaluddin; CEO MSF Industries yang cukup terkenal itu. 

Qistina mengangguk jujur. "aku pun baru tau, Joe. Baru jer diperkenalkan. Katanya this guy bekas pembantu kanan ex husband Zita."

"orang kanan Faisal?"

"hmmm. Kata Zita this guy is a CFO of MSF Industries."

"CFO?" Kening Joe spontan terjongket. 

Qistina angguk lagi. Senyum tersuring di belahan delimanya yang dicalit rona merah samar.

"Hmmm..CFO MSF Industies. Hebat secret admirer kau ni, Qis. Khal dah tau?" Joe hala renung ke dalam mata Qistina.

Qistina geleng. Tenang.  "Nothing to do with Khal, Joe."

"kalau dia tanya?"

"dia tanya, aku jawab."

Joe berdehem perlahan. Senyum terukir kecil. " kau bekas tunang dia, Qis. Bakal isteri tak jadi dia. Sekarang pun dia tengah kejar kau balik. Aku tahu dia takkan semudah itu untuk melepaskan kau, Qis. Lelaki kalau dia cinta seseorang gadis sepenuh jiwa, dia akan berusaha sehabis daya untuk memiliki gadis itu. Segala rintangan takkan mampu menghalang...kecuali takdir." Joe hela nafas. Entah mengapa ada seperti satu perasaan yang sukar diterjemahkan dalam hati kala kata-kata yang diucapkan tadi usai dilontar. Masih mengharapkan sesuatukah daripada sang gadis dihadapannya ini. Joe telan liur. Ada debar nan kencang sedang bertiup dan menggoncang tangkai hati. Wajah ayu persis anak patung dihadapannya ditatap lagi. Wajah yang tidak pernah hilang dari ingatannya sejak mula diperkenalkan kepada pemilik nama indah Annur Qistina ini. Dan hingga kini wajah ini makin kuat mengetuk jendela jiwa lelakinya. Tidak pernah sekali gagal membuai tangkai jantung, menggoncang debar perasaan. Joe tahu dia sepatutnya tidak harus menyimpan lagi gunung harapan yang pernah runtuh dahulu namun sedaya manapun diusahakan tetap sukar sungguh untuk dipadamkan harapan itu dari terus mendaki singgahsana hati. Qis, maafkan aku. Aku tak mampu untuk luputkan segala harapan di jiwa ini pada kau. Perasaan ini tak mahu berganjak keluar dari lubuk hati aku. 

Qistina raup wajah seketika. Sepotong nama yang terluncur daripada bibir Joe membuatkan debar didada kembali membuka kelopak urat-urat rasa yang tenang. Khal. Sudah dijelaskan kepada lelaki itu perasaannya pada lelaki itu tidak mungkin akan kembali seperti dahulu. Memaafkan tidak bermakna segala yang berlaku sudah lenyap di jiwa. Luka dan parut itu akan kekal selamanya. Antara mereka sudah terbina jurang. Antara mereka sudah tercipta jarak. Biarlah mereka selesa menjadi kawan seperti mula-mula dahulu. Biarlah takdir-Nya yang menentukan jalan hidup mereka berdua nanti. Jika memang tersurat jodoh mereka berdua, Qistina akan menerima dengan penuh kesyukuran. Namun jika sebaliknya, terimalah juga dengan penuh kesyukuran. Pasti itu yang terbaik buat mereka berdua. Dan Qistina tahu, dalam segala keterpaksaan, Khal akur dengan syaratnya.    

"He still in love with you, Qis. Very-very much."

"Joe.." Qistina lontar keluhan perlahan. Dilepaskan nafas lembut.

 Joe menabur senyum. Kepala diangguk. Seakan mengerti apa yang sedang tertulis difikiran Qistina.

"Dia dah sedar silap dia dulu yang terburu-buru hukum kau, Qis."

"aku dah lupa semua tu. Aku dah maafkan semuanya. Aku tak mau berdendam, Joe. Sekarang ni..aku dengan dia kawan sahaja. That's all. Aku tak mahu fikir yang lain-lain. Aku dah cakap dengan dia. Tolong jangan desak atau paksa aku. Aku bukan Annur Qistina yang dia kenal bertahun-tahun dahulu. Aku balik dengan azam baharu. Hidup baharu. Whether he like it or not..he has to accept. Soal jodoh.." Qistina hela nafas tenang. Dua pasang mata saling memandang. Qistina kemam bibir seraya membawa pandangan ke arah jambangan ungu yang terdampar di tengah meja. " aku serahkan pada yang lebih tahu. Dia sudah memilih siapa jodoh yang terbaik buat aku, Joe. Dan aku tahu pilihan itulah yang terbaik buat aku. Aku yakin. Insya-Allah. Jika memang Khal yang tersurat buat aku, aku terima dan bersyukur. Jika bukan, mungkin itu yang terbaik buat aku dan dia."

"Khal ok?"

Qistina angguk. " dia terima dan aku dah cakap dia kena hormat keputusan aku ni, Joe."

"kau still keluar berdua dengan dia, Qis. Lelaki bila keluar dengan perempuan yang dia pernah cinta, harapan untuk bersama kembali tu tetap tak akan lupus dari fikiran. Kau pun faham kan. Kau perempuan yang paling dia cinta, Qis. Kalau kau mahu aku boleh tolong cakap pada Khal supaya dia betul-betul  serius kali ni, aku boleh tolong,Qis. Aku dah janji kan untuk tolong kau."

Qistina angguk. Mengerti maksud Joe. Namun sudah dinyatakan awal-awal kepada Khal setuju keluar bersama bukan bermakna dia sudah menerima Khal dalam hatinya. Mereka keluar atas tiket sebagai kawan. Kawan baik. Itu sahaja.

"Joe, aku faham niat kau. Terima kasih sangat-sangat. Tapi tolong Joe persoalan hati ini aku sungguh-sungguh tak mahu sentuh lagi. Aku tak mau fikir dahulu tentang ni. Rasa sembilu tu masih basah di jiwa aku ni, Joe. Aku harap kau faham maksud aku."

Khali seketika. Joe angguk kepala. Bersetuju dengan apa yang dikatakan Qistina. Persoalan jodoh bukan ditangan sesiapa. Hatta jika bukan jodoh, walau sudah didepan tok kadi pun boleh terlerai.

"this guy...macammana kau dengan dia?"

" Aku tak ada apa-apa laa dengan this guy. Baru jumpa dia sekali. Tu pun pasal Zita yang jemput dia datang ke rumah."

"if he ask for a date? A romantic date i suppose kalau dah bouquet pun super great macam ni kan." Joe angkat kening. Senyum.

"why not. A date must be very romantic,hmmm. Right, Joe" Qistina tabur senyum nakal. "CFO tu, bro. Handsome tau!" Qistina kenyit mata bersama senyuman manis yang tersulam. Joe balas senyum bersama gelengan perlahan. Senyuman yang dilontar demi menabiri degup jantung didalam dada yang tidak terhitung derasnya. 

* * * * * * *
"Siapa bagi bouquets?" Khalish lontar renungan pada dua jambangan yang sedang diletakkan Qistina di tempat duduk belakang. 

"owh...peminat kut." Qistina tutup pintu belakang perlahan. Sedaya upaya tidak mahu membongkar kisah jambangan ini disisi Khalish. Dicapai pemegang pintu penumpang hadapan. Diloloskan tubuh kurusnya yang keletihan lalu dilabuhkan pada lantai kusyen nan selesa. Ditarik kembali pintu. Tali pinggang ditarik ke sisi. Mata kian memberat. Letih terus menghambat. Tidak langsung ada dalam kepalanya malam ini untuk pulang dijemput Khal. Segala-galanya terjadi tanpa diduga. Usai keluar minum petang bersama Joe tadi dan selepas lelaki itu menghantarnya kembali ke pejabat sebelum terus memandu pulang ke rumah Qistina menerima panggilan telefon daripada Zita. Kata Zita dia tidak dapat menjemput Qistina malam nanti kerana harus ke hospital. Ayahnya dimasukkan ke hospital kerana diserang sakit jantung. Sempat juga Zita berpesan agar Qistina membawa pulang dua jambangan bunga kiriman abang angkatnya itu. Sungguh-sungguh teman baiknya itu berpesan. Qistina hanya menggelengkan kepala. Zie..Zie. Dan sewaktu Qistina sudah berura-ura mahu menghubungi teksi bila melihat Tag Heuer dipergelangan kanan sudah menginjak ke pukul 10, panggilan dari Khal seolah-olah hadir tepat pada waktunya. Penyelamat yang muncul tepat pada waktunya.

"secret admirer?"

"maybe." Senyum halus.

"Hmmm, beautiful purple roses. Siapa, dear? Must be someone yang you kenal, right? Come on..just tell me,hmmm. I'm ok with this. Normal la perempuan cantik dapat bouquet." Tangkai hati bergoncang hebat saat kata-kata tadi usai dilafazkan. Benarkah dia tidak kisah? Benarkah begitu. Khalish telan nafas dalam-dalam. Debar jantung yang kencang mengepam aliran adrenalin cukup dirasakan. Lafaz istighfar berlagu. Bertali arus. Khalish seru nadi damai. Di hela nafas. 

Stereng BMW tenang diputar ke jalan utama. Debar dihati cuba ditenangkan. Tidak mahu dikesan Qistina. Tidak mahu menjebak diri lagi dalam kancah cemburu yang pernah memusnahkan segala-galanya dahulu. Dia sudah berjanji untuk menjadi Khalish yang baharu. Khalish yang lebih mengerti dan memahami. Khalish yang melimpah dengan aliran rasa cinta dan kasih sayang. Namun sukar ditolak rasa yang mengetuk pintu hati saat melihat Qistina berjalan turun ke lobi bersama dua jambangan indah dilengan, jiwa lelakinya sudah berdetik debar yang bukan kepalang. Nalurinya kuat menyatakan pasti itu pemberian seorang lelaki. Siapa gerangan lelaki itu agaknya? Hati kecilnya tidak henti-henti berdikir. Perasaannya jadi tidak keruan. Gusar. Resah. Bimbang. Takut.

Qistina menoleh sekilas ke arah Khalish. Senyum lagi. Sudah diduga pertanyaan daripada lelaki ini. Siapa sahaja pasti akan melakukan perkara yang sama. Zie la punya pasal ni, isy!

"Actually, i pun tak kenal dia. Just pernah datang rumah Zie sekali. Zie yang kenalkan." Dibetulkan duduk agar lebih selesa. Dikelip-kelipkan mata berkali-kali. Cuba melawan rasa mengantuk yang kuat menghambat kelopak.

"datang rumah Zita? Zita yang kenalkan you dengan this guy?"

"hmmm.." Qistina angguk perlahan. Suara kian tenggelam bersama lesu yang menghambat tubuh. Kelopak mata kian berat. Kepala dikalih ke sisi pemandu. Perlahan-lahan kian pemandangan kian kelam..kelam. Gelap. Sepi. Nafas terus meluncur tenang.

"Who is this guy,hmmm. He must have a name. Right, dear?" Mata tenang dihala ke hadapan. Jalanraya yang tenang membuatkan pemanduan Khalish cukup selesa. 

Jeda.

"Qis.." Sekali lagi diseru. Jawapan sedang ditunggu dengan penuh debar.

Jeda terus. Sepi. Tiada balasan. 

"Qis..?" Khalish seru untuk sekali lagi seraya menoleh sekilas memandang kesebelah. Wajah Qistina yang sudah terlena ditatap. Senyum terukir dibibir Khalish. Diberi isyarat ke kiri. Diperlahankan enjin buatan Jerman yang sedang dikemudi. Dihentikan BMW dibahu jalan. Dipanjangkan tangan kebelakang. Kod hitam tergantung dicapai. Penuh berhati-hati dihamparkan ke tubuh Qistina yang sudah hanyut dalam letih dan lena. Ditatap wajah polos sang barbie doll belahan jiwanya ini. Baru kini dia berkesempatan meneliti wajah pujaannya ini secara dekat. Paling dekat. Harum show time yang memikat  semerbak hingga di rongga membangkit rasa terpesona di jiwa lelakinya. Mata terus menyusuri secara diam figura indah yang sedang enak terlena disebelah. Dahi yang licin halus. Alis yang panjang dan lentik.Jalur kening yang indah terbentuk nipis. Hidung mancung yang comel terletak. Belahan ulas delima yang sempurna dengan palitan merah samar yang mempersonakan. Tulang pipi yang tinggi bersama alur belahan didagu melengkap rupa fizikal sang barbie doll jelita ini. Kulit putih mulusnya yang gebu bagai telur yang dikupas.Indah! Segalanya sempurna. Cukup sempurna dimata Khalish. Didekatkan wajahnya ke wajah belahan jiwanya ini. Desir nafas yang terhembus keluar cukup jelas dicuping. Cuba didekatkan bibir ke wajah indah yang masih terlena dibuai mimpi. Cuba disentuh ulas delima yang indah terukir. Ada rasa yang meronta-ronta. Kepala digeleng. Dihela nafas perlahan. Lafaz istighfar terlontar. Disandarkan kepala ke leher kusyen pemandu semula. Dipejamkan mata. Tidak akan sesekali dicemari belahan jiwanya ini. Tidak mungkin akan dimaafkan dirinya jika dia tergamak melakukan perbuatan cemar itu terhadap gadis yang paling dicintain seumur hidupnya ini. 

Khalish hela nafas panjang. Ditolak gear perlahan. Stereng kembali diputar. Ditoleh sesaat ke  sebelah.Wajah cantik yang tenang menganyam lena ditatap seketika. I love you, Qis. I love you so much. Saat mata menoleh kebelakang, pandangan jatuh pada dua jambangan ros ungu indah yang terdampar di kusyen tempat duduk. Dibawa kembali pandangan kehadapan. Jalanraya terus diredah tenang. Didalam hati ada persoalan besar yang menuntut jawapan. Siapa gerangan lelaki ini? Siapa gerangan pengirim jambangan indah dan mempersonakan ini? Apa kaitan lelaki itu dengan Zita. Adakah ini rancangan Zita mahu menjauhkan Qistina daripadanya. Memisahkan Qistina daripadanya. Memang Zita tidak pernah sukakan hubungannya dari Qistina sejak dahulu. Dan peluang ini mungkin yang terbaik buat Zita untuk melarikan Qistina jauh dari hidupnya. Hati terus berbisik pelbagai andaian. Khalish geleng kepala. Takkan dilepaskan sang barbie doll kesayangannya ini semudah itu. Dua tangan mendakap kuat stereng. No way, Zita!  

29 comments:

Syarp said...

Alahai qis kawen je lah ngn khal

nurul said...

Huhuhu sian joe

nurul said...

Huhuhu sian joe

Eijan said...

Alahai Joe, tak kan cepat sgt nak ganti isteri yg baru meninggal tu.....
Khal jangan melatah lagi....clean fight with FA OK....

Anonymous said...

n3 yg best...fight for your love joe...

Zalida said...

dear joe...jgnlah cepat sgt cari ganti ya.
dear qis...istikharah ya. fikir betul2.
dear khal...fight fod your love!

ajeje said...

the nice n3
keep on fighting for the LOVE one
N hope the little barbie doll
make the right choice for her
listen to your heart dear
GO GO GO FA
GO GO GO KHAL.....

Anonymous said...

kak, nape i rase nk Khal plak jd hero nie.. hati dh beralih arah plak.. huahua.. nk Faz or Khal ea...

Haslina@DC said...

Nak FA...paling2 Joe....hehe....Khal. Doesnt deserve Barbie Qis

Anonymous said...

no khal,no joe....gooooo,FA...hahahaha
bl la nk kuarkn aura FA plak cik writer...?
next n3 perhaps...?
;) ~~ZA~~

kak nora said...

khal jgn cepat sgt putus asa...go go go khal... jo..kubur ister masih merah lg tuh...sabar dulu jo weh..

Anonymous said...

x tau nk pilih mna waàaaaaa

noorliyana Shamsuddin said...

Ooooohhhh dear, gila Qis nak buat pilihan.... goreng pisang panas looo


Cik Kucc - boleh ke kita tahu lagu iringan dlm blog u ...

Anonymous said...

hrp2 joe KEKAL sbg BFF OK.....KHAL or FA AJE...hehehe

eifa said...

biarlah Jo kekal sbg BFF Qis. Moga Fazwan dpt bersama Qis. Khal, lupakan laa Qis. tiada jodoh antara kalian. Cik penulis, mau Qis & Fazwan tau. hehe

kucc_aprilsnow said...

syarp-tungguuuuuuu..ekeke

nurul- kesian kan..

eijan-laling, amboii tau ler penyokong keras mati Khal..ekekeke

Anonymous1 - tQ dear. btol..harus berjuang demi cinta!

Zalida -dear FA xder?..hikhikhik

ajeje-yup2..chaiyok!!

Anonymous2-hep, babab nnt..nk maner haa..

ZA-bersedia utk cair ok..kuikuikui

Haslina- yoyo FA..go go..ekekeke

kak nora- amboii..penyokong Khal ni.ekekeke

Anonymous4 - hbs camner tu..huhukk

liana-Best hero win..ekekeke. No prob dear..Lagu Boyfriend - Janus (instrumental-piano)

Anonymous5 -will see hokey..ekekeke

eifa - wahhhhhhh..hehehe

Anonymous said...

nk qis dgn FA...no khal,no joe please...

hk said...

way to go Khal!!!!

Haslina@DC said...

FAZWAAAAANNN ya Ms April Snow...CFO yg romantic

noorliyana Shamsuddin said...

Tq dear sekarang jugak masuk 4shed

noorliyana Shamsuddin said...

Tengah Baca Istikharah terakhir nak tahu watak Abe Wan cam mano ... hehehe

Atty Ismail said...

Alahai Qis...Kahwin ajela ngan FA 2...Dah sah2 kena belai cam puteri raja...

nazira azwa said...

alahai Qis dlm dilema..siapa la yg akn jd belahan jiwa Qis n..hrp2 Qis dpt buat pilihan yg tepat..

Anonymous said...

nanak khal T_____T

norihan mohd yusof said...

tk semudah tuh khal nk miliki qis...the best man win.......

Yan_Chan said...

dear writer,
i want joe n qis

sincerely,
ur silent reader. :)

Yan_Chan said...

dear writer,
i want joe n qis

sincerely,
ur silent reader. :)

Kak Sue said...

Kak Sue suka Qis dan Khai...
Sebab Qis dan Khai seorang pencinta yang setia... kalau x selama 5 tahun tentu salah seorang dah ada penganti...
Sekurang-kurangnya Khai nak berubah menjadi seorang yang penyabar ....
Zinta walaupun niat dia baik tapi x baik untuk mengambil kesempatan.... mungkin pada pandangan Zinta, Khai x baik tapi pada diri Qis... Khai ada kebaikan dari segi yang lain.... kalau x dah lama Qis lari dari Khai kan....

Anonymous said...

sy rasa mcm nk teka2 plak,,
sy rasa la kan,,nnt mesti qis kahwin ngn khal,,pastu khal mati,,
then,,qis kahwin la dgn joe,,
matching la tu,,dua2 nnt janda n duda,,
so meaning sume dpt,,hehe~
owh,,yg fazwan tu plak cik writer buat la citer lain plak,,mesti gempak punye,,
amacm??ok x,,
p/s:jgn mare ye cik writer,,sje suke2,,
-hani-

Hati Ini Pilih Kamu

"Saya dah tak ada hak lagi nak duduk kat rumah tu." Rumah tu milik Zainal. Dan isyarat kak long yang humbankan beg pakaian aku be...