Monday, December 3, 2012

Lafaz Cinta Di Jari Manis - Bab 6


Bab 6
"Khal?!!" 

Kepala mak ning menggeleng. Tapak tangan tuanya melekap kukuh didada sebelum dikendurkan sedikit. "astaghfirullahalazim..budak bertuah ni rupanya." Nafas yang kencang mengepam aliran darah ke jantung kembali sediakala. "Terkejut mak ning. Ingat sapa la pulak yang terbongkok-bongkok depan peti ais. Dalam gelap pulak tu. Naper tak pasang lampu, Khal." Langkah dibawa mendekati tubuh lampai tegap yang sudah tegak didepan LG.     

Sengih. Kotak Magnolia coklat 1 liter ditangan dibawa ke meja kayu didepan. "mak ning terkejut ker. Mesti ingat hantu handsome manalah agaknyer kan tengah selongkar fridge ye." Sengih terus berlabuh di bibir Khalish. Bahu kerusi ditarik perlahan. Dilabuhkan duduk. Mug yang diambil dari rak besi disinki tadi diletakkan didepan. 

Mak ning turut sama menarik bahu kerusi kayu disisi kiri Khalish lalu melabuhkan duduk. "banyak la kamu punyer hantu handsome, Khal. Terkejut sungguh mak ning tadi. Nasib baik mak ning tak menjerit tadi. Dah la pijama kamu tu warna putih. Issh, menyeramkan betul."

Ketawa. "nasib baik mak ning tak pengsan kan. Subuh subuh jumpa hantu..handsome pulak tuh." Magnolia dari kotak sudah berpindah ke dalam mug. Dibawa ke bibir. Dicurah perlahan-lahan kedalam mulut yang ternganga. Lengannya pantas dicubit halus. Mata melihat bibir mak ning melafaz bismillah. Kepala diangguk sambil jari telunjuk tekan ke hati. Isyarat. Pembantu rumah yang dipanggil mak ning sudah berkhidmat bersama keluarganya sejak dari Khalish kecil. Mak ning balu kepada tukang kebun di sekolah mama bertugas. Mama yang ketika itu pengetua di Sekolah Seri Cempaka amat mengenali mak ning yang sering juga menghantar makanan pada arwah suaminya tiap tengahari. Kematian suami membuatkan mak ning hilang tempat bergantung. Mama yang mengetahuinya telah menawarkan mak ning bekerja bersama keluarga mama. Hanya itu yang dapat mama lakukan untuk membantu mak ning yang memang sebatang kara. Kini sudah lebih dua puluh tahun mak ning menjadi "mama kedua" Khalish di dalam keluarga ini dan dia sudah dianggap sebahagian daripada keluarga ini.  

"yelah kamu tu. Buatnya mak ning betul-betul pengsan baru kamu tahu. Jenuh pulak nanti kamu kena buat apa tu..pr..ala yang tekan dada sambil hembus nafas ke mulut tu.."

"cpr, mak ning." Ketawa lagi wajah didepannya. "ha..apa-apalah. Mak ning bukan reti benar nyebutnya." Mata terjun pada wajah kacak bujur sirih dengan dua lesung pipit dikiri dan kanan pipi. Ditatap lagi wajah tampan yang sering sahaja buat hati tua mak ning damai.  Anak yang sudah dianggap bagaikan anak sendiri apatah lagi dia tidak dianugerahkan zuriat sepanjang perkahwinannya bersama arwah suami. 

"Khal lapar kan." Selama lebih dari dua puluh tahun hidup sebumbung dengan anak muda ini, mak ning cukup masak dengan perangai Khalish Ariq, anak bongsu majikannya ini. Anak manja ni memang baik, hormat orang tua cuma...

Bibir Khalish memuncung. Sengaja mencipta manja. Mug yang sudah licin titis coklat dipegang. Tubuh ditegakkan. Tangan kiri mengisar perut. "lapar gila ni mak ning." Langkah dibawa ke sinki. Kepala paip diputar perlahan. Span pencuci dicapai lalu ditonyoh masuk ke dalam mulut mug. Diputar span kiri dan kanan sebelum ditarik keluar." rasa perut ni dah nyanyi macam-macam rentak muzik dari awal pagi tadi. Aduh..tak tahan mak ning." Span diletakkan kembali ke tempat asal. Mug dibawa ke bawah aliran paip.

"tu la, malam tadi kenapa tak nak makan. Jual mahal lagi. Padan muka. Mak ning masak kari ketam favourite Khal tu. Besar besar ketamnya. Manis isi dia." Sengaja mahu mengusik anak muda yang sedang berdiri disinki. Khalish dilihat menoleh. Lirikan mata yang jelas melontar jelingan halus. Ketawa mak ning pecah.

Bibir dicemek. Mug sudah siap dikembalikan pada tempat asalnya. Langkah dibawa ke aras kerusi tadi. Dilabuhkan duduk. Reaksi mata sengaja dibuat layu. Mahu mengundang simpati wanita didepan. Dia cukup kenal wanita disebelahnya ini. Penuh dengan limpahan kasih sayang. "ala mak ning. Khal penat sangat...mana ada selera nak makan."

"hmmm...tu yang menyelongkar peti sejuk subuh subuh alam ye."

"mak ning.."

"tu suara merengek macam budak hilang anak patung adalah tu kan.."

Pecah ketawa Khalish. Mak ning..mak ning. Kepala menggeleng. Suka hati dia aje kalau nak mengenakan Khalish.  

"mak ning sayang Khal kan.."

"dah dah..jangan nak jet jet mak ning. Cakap nak apa."

" nasi lemak..dengan ayam goreng rempah rangup."

"amboii.."

"please mak ning. Mak ning kan sayang Khal."

"pandai la kamu yer membodek mak ning. Eei budak bertuah nih." Hidung mancung Khalish sudah jadi sasaran ibu jari dan jari telunjuk tua mak ning.

Sengih. Tangan mak ning dicapai dan diletakkan dipipi. Mata mak ning bersinar. Senyum. Elusan dipipi lembut terasa oleh belaian jari jemari mak ning.

"dah la pergi naik atas sambung tidur. Mak ning masakkan kejap lagi." Pipinya dielus lagi. Kepala diangguk. Kerusi perlahan ditolak ke belakang. 

"Khal.." Kepala menoleh. Kaki yang mendaki tangga terhenti.

"Khal pergi cari sapa semalam?" Mak ning cukup tahu. Sepotong nama sedang terlayar di minda. Namun sengaja mahu wajah berlesung pipit tu membuka sendiri lembaran cerita semalam. Kisah kedua-duanya  sudah bagai epik cinta yang cukup rencah dan rasa. Entah bila agaknya akan terlerai segala-galanya. Hanya payungan doa yang tidak pernah lupa dipanjatkan pada yang Khaliq..pada yang Pengasih dan Penyayang. Satukan kembali dua hati yang sudah terlerai ini. Mak ning tahu di hati Khalish hanya ada Annur. Tiada yang lain. Hingga kini. Yang terjadi dahulu cuma salah faham, Annur. Yang terjadi dahulu cuma khilaf dari Khalish yang tidak disengajakan. Silap Khalish cuma dia terlajak melafaz kata, Annur. Khalish sudah tau cerita sebenar. Percayalah kata mak ning. Percayalah mak ning, annur.

Senyum. "masak sedap-sedap yer mak ning. Kejutkan Khal bila mak ning dah siap masak. Khal nak makan dulu. Jangan bagi yang lain,hmmm." Langkah mendaki Khalish diteruskan. Ada rasa getar didada. Pertanyaan mak ning dibiar sepi. Dilepaskan nafas perlahan. 

Mata tua mak ning bergenang. Bibir dikemam. Mata masih menyorot bayang Khalish yang sudah lama menghilang dari anak tangga. Mata melihat seraut wajah comel, manis dan cantik sedang tersenyum sambil ketawa bersama Khalish ditangga. Empangan hangat pecah.  Hujung baju kurung pantas menyeka. 

Annur, maafkan Khal yer sayang.
* * * * * * *

"meeting dengan pipeline installation team? " Mug ditangan Zura diletakkan didepan. Asap dan aroma kopi yang bercampur memenuhi ruang udara bilik Qistina. Semerbak bau yang dikeluarkan dari mug menyucuk ke dalam rongga hidung. Mata dijatuhkan pada raut wajah cantik yang cukup tenang didepan sambil menyelak fail. Rajin makcik ni tak surut-surut. Macam dulu dulu jugak. Zura sempat melontar bisik kata-kata. Disorot pandangan pada tubuh didepan lagi. Baju kurung sutera rona biru muda corak abstrak yang digayakan dengan tudung sedondon nampak begitu menyerlahkan penampilan teman sekerja yang paling akrab dengan Zura ini. Annur Qistina Haji Aziz dikenali ketika mula-mula gadis manis ini menyertai syarikat sebagai jurutera. Ternyata tarikan kebijaksanaan bersama raut wajah keanak-anakan yang sungguh comel dan cantik persis anak patung terkenal itu cukup menggamit pandangan dan mengetuk hati semua kaum adam.  Bukan setakat didalam syarikat ini sahaja. Tarikan si barbie doll ini menular hingga ke bangunan-bangunan bersebelahan. Meminjam kata-kata Joe...siapa yang tak jatuh cinta kalau tengok barbie doll hidup depan mata kan. Bukannya Zura tidak tahu betapa rimasnya Qistina dengan perhatiaan dan kiriman hadiah serta bunga yang diterima saban hari. Semuanya atas satu tujuan. Satu matlamat. Cuma Qistina tidak mungkin mahu memilih kerana si barbie doll ini sudah ada pilihan di jiwa. Kekasih awal dan akhir Qistina hanyalah lelaki itu seorang. 

"Kau ok kan kalau kita jumpa diaorang, Zu." Qistina yang tenang menyemak jadual pada fail ditangan mengangkat wajah sekilas. Pandangan kedua-duanya bertembung. Zura dilihat mengerut dahi. 

"any problem with the process? Kan Joe romeo  punyer part tu."

Senyum. Joe Romeo. Kata-kata Zura itu mengundang kenangan manis lima tahun dahulu. Zura memang dari mula Joe menyertai kumpulan mereka menggelarkan Joe dengan panggilan Joe Romeo. Zura dan Joe satu unversiti dahulu dan mengambil jurusan yang sama. Cuma Joe seusai tamat pengajian mendapat tawaran pekerjaan di Brunei.Kata Zura dia memang dah masak dan kenal Joe luar dalam. Joe memang kaki mengayat perempuan. Girlfriend si romeo ni keliling pinggang. Bertukar ganti. Meluat sungguh kata Zura. Tapi hakikat memang begitu. Rupanya yang punya kelebihan iras pelakon terkenal buat dia jadi kegilaan ramai siswi. Siswa yang cemburu juga tidak kurang ramainya. Ada juga pensyarah yang jatuh hati kepada si romeo ini. Tapi semuanya itu sekadar teman mesra ketika di kampus sahaja. Joe susah untuk jatuh hati. Mungkin sebab dia yang dikejar dan bukan mengejar. Itu cerita Zura kepada Qistina. Tapi si romeo ini kalah dengan Qistina kata Zura. Kalah dengan pukulan KO. Pertama kali dalam hidup dia jatuh cinta pandang pertama tatkala diperkenalkan kepada Qistina. Itu yang Joe katakan pada Zura. Bersungguh-sungguh dia mintak Zura jadi posmen untuk rapatkan dia dengan Qistina. Macam-macam yang Joe lakukan semata-mata untuk rapat dengan Qistina tapi sayang kata Zura, Qistina sudah ada Khalish ketika itu. Mana mungkin Joe dapat merampas Khalish dihati Qistina. Khalish itu sudah sebati dalam jiwa Qistina sejak sekian lama. Khalish ibarat nyawa kedua buat Qistina. Khalish. Nama itu terdesir lagi di bibir. Qistina hela nafas. Membuang jauh kenangan lalu. Raut wajah keliru Zura yang masih tekun dan takzim menanti bicara kembali ditatap.

"aku nak discuss and review ITP (inspection & test plan) dengan kontraktor kita.  Discussion ni penting to ensure that the team works are carried out accordance to the code, standard and procedures of work specifications. Kau pun tau kan review of this ITP process ni penting in the QC plan as per co. requirements."

Zura mengangguk.  Mug didepan kembali dicapai. Isi mug dicicip penuh hati-hati. "fine. Anything else you wanna discuss with them."

"i  wanna highlight to them on the new welding procudure specification(WPS) and welder qualification test(WQT)...plus the process of monitor dan controlling of welding works, consumables issued and also welding parameter..." Qistina tala mata sekilas melihat Zura yang sedang tekun mendengar. Senyum dilontar. "...which either before, during and after welding as per ITP and WPS. This is the critical part and this is the issues that we need to discuss together. I do not want any problem happened during the installation. No mistakes, Zu. No mistakes. You know how i work, right. " Qistina lontar senyum. Bertaut dengan dengan senyum dari ulas delima Zura yang merah."

"kau ni too workaholic la Qis. Same like before. Tak berubah sikit pun. Tu yang Kamal tak mau lepaskan kau untuk mana-mana secondment lagi. Enuff kata pakcik tu bila aku cuba giat dia kalau-kalau ada secondment request from overseas offices. Susah i bila Qis takder. Nobody can work like Qis. Nobody." Qistina senyum. Selalu sahaja dahulu dia digiat Zura setiap kali mendapat pujian ketuanya itu. Si Kamal tu kalau memuji kau memang tahap langit nak runtuh, Qis. Aku ni tak der la dia puji bagai nak rak macam tuh. Runtuh awan tu kalau dia puji aku macam dia puji kau.

"i suka kerja aku, Zu. I love my work sooo much. Lagipun keje ni pun ibadah jugak. Jadi kena la sungguh-sungguh." fail yang dipegang ditutup lalu diletakkan didepan. 

Zura angkat tubuh lalu mendepa kedepan sedikit. Wajah Qistina yang juga sedang memandang tepat kepadanya ditatap. "keje tu keje jugak. Tapi hidup ni kena seimbang, Qis. Jangan terlalu obses dengan keje sampai kau lupa tanggungjawab pada diri kau sendiri. Diri kau tu perlukan jugak jagaan dan belaian kasih sayang."

"maksud kau?" Kening Qistina diangkat. 

"bila nak cari pengganti Khal..." Mata kedua-duanya bertembung. Zura terus tunak merenung.

"Zura..."

"atau kau masih tak mahu cari pengganti..sebab takda sapa yang boleh ganti dia dalam hati kau. Qis... kau berhak bahagia. Kau berhak dapat hidup yang membahagiakan. Dan bahagia kau ada disini. Sejak dahulu. Dia tunggu kau , Qis. Dan aku tahu tempat dia dihati kau masih tidak terisi lagi sampai sekarang...dan takkan terisi oleh sesapa pun. Sebab hanya dia dalam hati kau selama ini. Takkan berubah. Don't try to deny it, Qis."

Zura, just stop it! Suara itu tersangkut. Tidak mampu untuk diluahkan secara zahir. Qistina ketap bibir. 

"Zura..." Kepala digeleng halus. Masih gagal melontar luahan dihati. Entah kenapa sukar sekali diluahkan apa yang takzim bersimpuh diruang hati.

"peluang kedua tak salah Qis." Zura terus mengasak. Baginya baik Qistina mahupun Khalish kedua-dua saling memerlukan. Segala yang terjadi bukan silap sesiapa. Hanya khilaf mata yang memandang. Khilaf telinga yang mendengar. Khilaf hati dan jiwa untuk menafsir setia dan jujur. Khilaf merungkai makna percaya yang dijunjung antara keduanya.  Dan Zura juga tahu Khalish sudah tahu kisah sebenar. Hanya tambatan ego seorang lelaki yang mampat dijiwa gagal dileraikan selama kepergian Qistina. Jauh di sudut hati lelaki itu Zura tahu tiada siapa yang bertakhta di puncak jiwa. Hanya gadis didepannya ini penakluknya.

Senyum. Nafas dihela perlahan.  Getar dalam dada yang kencang menghempas dikawal sebaiknya. Tidak mahu dikesan teman dihadapan. Tubuh yang tersandar didada kerusi baldu dipusingkan ke kiri dan kanan. Perlahan. Berulang-kali. Cuba mencipta tenang. Fail didepan yang terhampar dicapai. Dihulur pada Zura.

"have a look. Inform Joe. We meet up once everything is ready. I'll contact our contractor. Ok?" Ulas delima yang tercalit rona merah samar mengukir senyum. Zura angguk. Tubuh ditegakkan. Mug dicapai. Fail dikepit didada. Langkah dibawa ke pintu. Ditoleh kembali memandang Qistina yang sedang memandang skrin apple. Dilihat jari jemari teman baiknya itu sedang rancak menari. 

"Qis.."

"hmmm..."

"think of what  i've said, babe. Both of you need to talk."  Tombol pintu ditarik dari luar.

Mata Qistina masih pada pintu yang sudah tertutup rapat. Kata-kata Zura kembali bergema memenuhi ruang bilik . 

"atau kau masih tak mahu cari pengganti..sebab takda sapa yang boleh ganti dia dalam hati kau."

"peluang kedua tak salah Qis.."

Bebola mata terkelip-kelip. Nafas rasa sesak seketika. Dua tapak tangan melekap pada dada. 

Kau tak faham, Zura..

Kau takkan faham apa yang aku rasa...

Kau takkan faham sakitnya bila maruah diinjak tanpa simpati...

Kau takkan faham, Zura...

Ada getar disitu. Getar yang maha hebat. Kembali dibuka mata. Dua tapak tangan berpindah ke wajah. Diraup perlahan. Sebuah kenangan kembali singgah di layar mata yang tertutup. Dia sedang ketawa. Riang. Ada wajah berlesung pipit yang sedang ketawa bersamanya. Indah. Bibir diketap. Tapak tangan dileraikan dari wajah. Mata terbuka. Kenangan itu pecah berderai. Hilang.  Tubuh terhinggut. Ada hangat di empangan. Esak halus bergema.

Go away, Khal...

Just go away... 

9 comments:

Anonymous said...

Khalish, ape dah jadi? pls fix it
-mn

Anonymous said...

aduhaiii... nape x reveal lagi ni.. adeh2.. teseksa den..
~acu~

Atty Ismail said...

Khalish oh Khalish.....Kalu x SEKSA gak nak dapat kan Qis ni mmgla...

nurizzwo said...

Dorg pnh kawin n dh dvrce ye?hurmmmm....

Zalida said...

Hmmm...apa pun, Khalish mesti perbetulkan semula segala silap faham yang dah berlaku dengan Annur. Si Barbie Doll + Si Hensem Berlesung Pipit = so sweeeeet & cute...

kak ida said...

Salam kucc...

pergh dik ..setelah menunggu dan membaca bab 1 - 6..akak masih tertanya tanya apa yg sebenarnya berlaku dalam hidup Qis dan khaalish ini..Byk persoalan yg tidak terungkai lagi..siapakah Khaalish pada Qis..adakah mereka merupakan pasangan suami isteri dan lafaz cerai telah dilontarkan ..berpisah kerana fitnah..atau mereka masih lagi sah bergelar suami isteri tetapi disebabkan kata kata Khaalish yg melukakan sekeping hati Qis..Qis melangkah pergi..untuk mencari sebuah harga diri..dan mengapa pula keluarga Qis seperti membuangnya dari hidup mereka..apa besar sangat kah kesalahan Qis pada pandangan mata tua mereka..ce citer..we are all ears for it..

Anor said...

kucc masih lagi tertanya tanya ape
cite sebenar yg telah berlaku antara
mereka berdua.

Ruunna Qizbal said...

best2

muda_13 said...

bahasa yang kucc guna ni, cukup tenang pada bacaan, hehe. just awesome like always.

Hati Ini Pilih Kamu

"Saya dah tak ada hak lagi nak duduk kat rumah tu." Rumah tu milik Zainal. Dan isyarat kak long yang humbankan beg pakaian aku be...