Friday, December 7, 2012

Lafaz Cinta Di Jari Manis - Bab 7


Bab 7
Tag Heuer dipergelangan kiri ditoleh. Langkah panjang makin laju. Pesanan Ray di Blackberry sebentar tadi agar Khalish segera ke Cinnamon Coffee House masih segar di ingatan.  Memang Khalish tau Ray ada lunch date bersama isterinya disitu. Ray ada memberitahu Khalish semasa mereka beriringan untuk ke kawasan parkir malam semalam usai mesyuarat dan makan malam bersama pelanggan dari Australia di  Senses Restaurant. Memang Khalish yang meminta setiausahanya agar menempah tempat di situ memandangkan kedua-duanya begitu menggemarinya hidangan disitu kala pertama kali dibawa ke situ sewaktu pertemuaan pertama mereka tidak lama dahulu. Restaurant yang menyajikan rangkaian hidangan dari negara Kanggaro itu yang diberikan sentuhan tempatan cukup membuatkan dua pelanggan mereka itu tersenyum lebar buat kali kedua!

Kereta yang dipandu sudah memasuki ruang bawah tanah hotel bertaraf lima bintang itu. Dalam rasa penuh tanda tanya dikepala yang sudah tahap menepu, pemanduannya tetap fokus. Mata liar memerhati ruang kosong di kiri dan kanan. Helaan perlahan nafas terluncur lembut. Stereng BMW yang asalnya dipandu menghala ke Ampang untuk makan tengahari bersama mama dan abah di KDE terpaksa ditukar kompasnya sebaik menerima pesanan mengejut berskala wajib daripada Ray. Dia kena datang ke tempat yang disebut Ray sekarang juga! Ada sesuatu yang dia perlu lihat namun Ray tidak menjelaskan secara lanjut. Entah apa agaknya yang membuatkan kawan baiknya itu menggesanya begini. Ditanya tidak pulak mahu dijelaskan. Datang cepat, bro! Itu sahaja yang ditekankan dihujung pesanan. Selesai urusan parking, langkah dihala ke tempat yang diarahkan oleh Ray. Tubuh sempat berpapasan dengan beberapa pengunjung di lobi utama hotel bertaraf lima bintang itu. Diatur langkah ke tempat yang dijanjikan. Pintu masuk ke Cinnamon Coffee House makin dihampiri. Chrome hearts yang tersangkut di permukaan mata ditarik lalu disangkutkan ke dada. Bibir menguntum senyum kala mata menyapa dua susuk tubuh yang cukup dikenali nun dihadapan. Dua susuk yang turut sama sedang melontar pandangan kepadanya sambil menjaring senyum. Tangan diangkat. Membalas lambaian.

Senyum Rayyan mekar saat mata singgah memandang ke arah pintu masuk. Susuk tubuh dengan raut tampan berkemeja tee hitam dan berjeans biru yang sedang menanggalkan kaca mata cukup membuatkan senyumnya tambah lebar.   Tangan diangkat sedikit memberi isyarat. Farah disebelah turut menoleh.  Ulas delimanya turut mekar. Gelas jus kiwi yang erat ditangan perlahan diletakkan ke permukaan meja. Senyum suaminya disebelah ditoleh sekilas. Dibalas mesra. Penuh makna. 

Memang mereka berdua menunggu kedatangan Khalish sejak tadi. Kedatangan yang memungkinkan sebuah penantian yang sekian lama ditanggung Khalish akan terlerai hari ini. Diharap peluang yang sedang terhidang didepan mata ini takkan dilepaskan oleh teman baik mereka ini. Baik Farah mahupun Ray sangat maklum di hati Khalish hanya ada si barbie doll itu. Biar Khalish cuba menafikan namun mana mungkin rusuh diwajahnya itu dapat disembunyikan. Sejak lima tahun hilang sudah seri di wajah tampan itu. Sukar benar si pemilik senyum berlesung pipit itu melontar senyum bahagia seperti dahulu. Bahagianya sudah jauh dibawa lari ke seberang laut. Bukan Farah dan Ray tidak tahu beratnya beban di jiwa Khalish. Menanggung rindu. Menanggung sesal. Menanggung kesal. Semuanya kerana si cantik itu. Dan si dia yang cantik itu sedang berada tidak jauh daripada mereka. Sedang tersenyum dan bergelak ketawa bersama dua temannya yang cukup Farah kenali wajahnya. Salah seorang daripadanya adalah antara yang terbabit sama dalam kemelut kedua-dua jiwa ini. Kemelut yang menyebabkan terpisah dua hati dan jiwa bergelar Khal dan Qis.

Tubuh tegap Khalish perlahan berlabuh disebelah Ray. Jabat tangan bertaut. Senyum manis belum usai. Farah disebelah turut disapa. Saling bertukar khabar. Saling bertukar cerita. Lama jugak rasanya Khalish tidak berjumpa Farah. Kesibukan kerja antara yang membataskan ruang dan masa untuknya memenuhi undangan Farah untuk datang ke rumah mereka untuk makan bersama. Khalish melepaskan nafas tenang. Pelayan yang sudah berdiri disebelah sambil melontar senyum dibalas. Dilontarkan pesanan diri sambil mengucapkan terima kasih. 

"ada apa ni, Ray? Apa yang penting sangat nih. Suruh aku datang ni semata-mata nak mintak aku kacau daun korang berdua nak berdating ker."

"relax dulu bro,hmmm. Sabar  ok. " Bahu Khalish ditepuk-tepuk perlahan. Ketawa kecil bertaut. 

"Dah kau yang gesa aku suruh datang sini cepat kan. Must be something is going on, haa." Ray angguk perlahan. Mata kedua-duanya bertatapan seketika. " Apahal sebenarnya nih, bro?"

Rayyan senyum. Wajah Khalish yang penuh tanda tanya ditatap. "adalah sebabnya aku suruh kau datang.." Farah pula menabur senyum. "hey you two..please laa." Senyum Ray yang bergandingan dengan senyum Farah membuatkan Khalish merasakan bagai ada sesuatu yang cuba disembunyikan kedua-duanya. Dalam kepala sedang rancak meneka. Masih gagal mencari titik jawapannya. Pelayan yang datang membawa pesanan membuatkan Khalish tersentak seketika. Bicara ketiga-tiganya terhenti seketika. Khali. Kepala mengangguk saat semua pesanannya diletakkan didepan mata. Ucapan terima kasih tidak lupa diucapkan. Mata tunak memandang italian pasta yang dipesan. Wajah mama terlayar di mata. Tiba-tiba tanpa diundang senyum. Kepala digeleng perlahan. Perlakuan yang menyebabkan suara Ray pantas menyapa cuping.

"anything ke bro? Senyum senyum pulak kau tengok pasta yang kat depan tu. Ada nampak muka sesiapa yang kau rindu ker,hmmm." Ray angkat kening menoleh pada  Farah disebelah. Kepala Farah mengangguk setuju.

"Muka mama aku laa."

"Mama kau? Why?" Kening Ray sedikit berkerut. Hairan.

Khalish capai gelas lemon tea didepan. Tangan siap dibuka mempelawa Farah dan Ray dihadapan untuk turut serta.  "Mama aku punyalah bersoal jawab apsal yang aku tetiba cancel lunch dengan dia dengan baba aku.  Mama siap tanya lagi, Khal ada date ker nih. Kan elok beritahu awal-awal. Tak elok bagi orang perempun tunggu kita. Date?! Aku balas balik cakap siapa la nak date dengan Khal ni mama. Tak laku anak bujang mama ni sebab mulut dia laser sangat. Yang dah hampir dalam tangan pun boleh terlepas." Bibir menjamah mulut gelas yang berada ditangan. Rayyan senyum kemudian menoleh sekilas kesebelah. Senyum di bibir isterinya turut menguntum. Ray hanya memandang Khalish yang sudah mula menjamah pasta. Kening diangkat memandang Farah. Kedua-dua melontar pandangan ke arah sudut restaurant. Meja itu ditatap untuk kesekian kalinya.  Seraut wajah yang sedang rancak bersembang sambil tersenyum terus dijamah. Akal Ray sedang laju berputar. 

Khalish angkat kepala. Pinggan pasta ditolak kedepan. Napkin diriba diangkat lalu dibawa ke bibir. Mata sempat menangkap reaksi pasangan didepan. Hati lelakinya kuat menyatakan ada sesuatu yang cuba mahu disampaikan kedua-duanya kepada Khalish. Sejak tadi bila ditanya, hanya senyuman yang dibalas. Senyuman yang sukar sekali diterjemah maknanya. 

Qistina senyum. Kepala digeleng. Kamal dan Zura didepan turut tersenyum. 

"jauh-jauh korang berdua seret aku semata-mata nak bagi surprise news ni. Dah la curi hari cuti aku. Aku nak buat drama snow white sampai ke petang kat rumah pun tak senang. Gila la korang berdua ni. And Kamal, you..." Qistina hala matanya yang bulat dan bercahaya itu. "dah ikut jadi tak betul macam makcik sebelah you tu kan."

"hei!" Zura sudah terjerit. Tangan pantas menepuk lembut lengan Qistina. Ketawa pecah lagi.

"so bila nak beritahu the whole office. Wah.." Qistina tarik nafas teruja. Sepasang mata bundarnya yang cantik bercahaya. "aku teruja..tumpang seronok..tumpang happy..tumpang bahagia for botyh of you. At last kan. Lama sungguh aku tunggu berita ni. "Senyum manis Qistina  buat Kamal dan Zura yang saling berpandangan turut tersenyum sama. 

"Qis.."

Qistina angkat senyum lebar. "hmmm..."

"jadi pengapit aku eh.."

Laju menggeleng. "eh taknak. Aku pesen gelabah. Habis kau nanti. Malu la, Zura."

Zura muncung." please la Qis. Mana nak cari pengapit muka comel barbie doll macam kau nih. Aku pun nak glemer tau. Please dear. Sayang.." Zura toleh memandang Kamal disebelah. " tolong laa pujuk engineer kesayangan you nih." Kamal angkat kening. Wajah ayu comel Qistina yang santai ber kemeja hitam dengan tudung kelabu corak abstrak hitam dan berjeans biru lusuh ditatap. "Qis, this our special request. Harap sangat kau setuju. Memang Zura dah plan akan kahwin bila kau balik. Nak sangat kau ada with us during our special day."

Zura capai tangan Qistina. Dielus dan digenggam erat. Wajah sudah menadah mood simpati dan merayu. Qistina letak tapak tangan ke pipi licin Zura. Senyum. Kepala diangguk perlahan. "oklah. For both of you aku relakan diri ini walaupun aku sangat takut tau!"

"Yes!!!!!!!!!" Zura pandang keliling. Ada yang menggeleng kepala. Ada yang tersenyum, Ada yang ketawa. Tapak tangan sudah menekup mulut. Malu. Kamal sudah menggeleng kepala. Ketawa kecil terluncur. Qistina turut melontar pandangan melihat sekeliling seimbas lalu. Ketawa. Dan mata tiba-tiba terpaku saat matanya singgah pada seraut wajah didepan. Ketawanya mati tanpa diundang. Senyum sudah pantas berlari kencang menyembunyikan diri dibelakang jendela. Nafas kencang memacu aliran darah ke jantung. Sesak. Zura disebelah yang perasan akan reaksi Qistina yang tunak memandang ke suatu arah turut mencari arah yang dituju oleh pandangan mata teman baik disebelah. Mata Zura terbuntang.  

Mata mereka saling memandang. Mata saling bertaut. Qistina telan air liur. 

Khalish tidak berkelip memandang. Ray dan Farah disebelah turut sama memandang. Jeritan tidak sengaja dari meja yang menjadi perhatian mereka sejak mula-mula menjejak masuk ke restaurant ini tadi benar-benar membuatkan tugas Ray dan Farah jadi tambah mudah. Itulah punca yang menyebabkan dia menekan nombor Khalish dan meminta sahabat baiknya ini untuk cepat-cepat kemari. Seakan mahu sahaja disambung kata-kata dipesan cepat datang, bro. Barbie doll kesayangan kau ada disini. Tapi Farah melarang. Farah mahu Khalish lihat sendiri. Farah mahu lihat sendiri ego Khalish yang selama ni menabiri hati akan terlerai atau tidak saat matanya menatap wajah yang sangat-sangat Khalish rindu selama bertahun-tahun ini.

Tubuh Khalish tegak. Ray dan Farah saling bertatapan. 

"bro.."

Khalish senyum. Kepala diangguk.

"don't worry.."

Qistina rasa jantungnya bagai mahu berhenti berdenyut. Susuk tubuh didepan yang sedang mengatur langkah ke arahnya dipandang tidak berkelip.Nafas turun naik. Laju. Pantas. Coach di kerusi sebelah dicapai. Zura dan Kamal saling berpandangan. Terkejut. Terpanar.

Wajah Zura dan Kamal ditatap sekilas. "i've to go guys. Really have to go. I'm sorry. So sorry.." Tubuh bangkit dari duduk. Laju diatur langkah keluar menuju ke pintu restaurant. Kelibat dibelakang yang sedang mengejar tidak dihiraukan. Terdengar namanya dipanggil.  Langkah makin deras mencari lif terdekat. Bibir dikemam. 

13 comments:

Anonymous said...

Erk. Awwat rasa cm pendek?
Hhaihhh.. Apa yg jd sebenarnya ni ehh?
~acu~

dygnoorfaezah said...

pnjg gler intro...ntah ble nk tau cter sebenarnya both of them....huhu

zoora said...

pendek, hanging, cpt smbng!!!!!!!

Anor said...

hai suspen betullah... adakah
Khal dpt mengejar Qis yg dirindui
selama ini? knp pendek je Kucc...
tak puaslah baca. nak lagiiiiii...

Anonymous said...

huuuuuuuuuuuu..
suspensssss~

Anonymous said...

nak sambungan pls.....

didies said...

wow bnyk spekulasi nih!!!! crite ni menarik la coz cerita pasal oil n gas(mekanikal) selalunya pasal akaun,bisnes, pA, setiausaha, tp kali ni memang lain..menarik abes..hihhihi


DIDIE

Anonymous said...

cepatlah sambung cik penulis saya tertanya-tanya kisah sebenar mereka ni...

Anonymous said...

cepatlah sambung cik penulis saya tertanya-tanya apa kisah sebenar mereka ni... huhuhu

Ruunna Qizbal said...

best2

noorliyana Shamsuddin said...

BAnyak sangat Intro yg mendebarkan hadooiiiiii sesak nafaz n sakit jantung . . . tolong leee Cik Kucc jangan seksa akak , apa yg sebenar2nya terjadi, tahu akibat fitnah . . .ohhhh sungguh tak puas hatiiii eeeeeeee!!!!!! hahaha

Atty Ismail said...

Khalish....U mmg lembab kalau x dapat kejar Qis...Sebijik mcm kura2....

Kak Sue said...

... x puas lah.... slow betul si Khalish ni... laju lagi si Qis .... hahaha

Hati Ini Pilih Kamu

"Saya dah tak ada hak lagi nak duduk kat rumah tu." Rumah tu milik Zainal. Dan isyarat kak long yang humbankan beg pakaian aku be...