Friday, December 28, 2012

Lafaz Cinta Di Jari Manis - Bab 13


Bab 13
"perempuan ni bila kecewa...bukan mudah untuk dia pulih, Khal. Walau dia nampak tenang dan tersenyum tapi hakikatnya dalam hati dia masih lagi terluka dan bersedih. Mama pun perempuan. Mama tahu apa yang Annur rasa. Bukan senang-senang nak lupa apa yang dah jadi. Lagi-lagi kalau melibatkan maruah diri. Maruah diri seorang gadis..lagi lagi di hari paling bersejarah dalam hidup. Maruah diri takkan boleh ditukar ganti walau dengan segunung emas." Hajah Mazni melabuhkan duduk disebelah anak bongsunya. Mug coklat panas yang baru diambil dari dapur tadi dihulurkan kepada Khalish yang duduk bersandar disofa. 

Khalish telan air liur. Terpukul dengan kata-kata mamanya. Kesilapan paling besar dalam hidupnya takkan mampu terpadan dari ingatan setiap yang hadir malam itu. Mama terutama. Mama yang paling terpukul. Mama terpempan dengan tindakan kebudak-budakannya. Tindakan yang paling memalukan dirinya sendiri. Dan hingga saat ini rasa malu itu takkan mampu dihakis dari catatan hidupnya.

"Khal tau Khal yang bersalah, ma. Khal berdosa sangat pada Qis."Mug coklat panas yang dihulurkan mama disambut perlahan. Ucapan terima kasih diucapkan. Dipegang seketika. Fikiran jauh melayang. Peristiwa pertemuan dengan Qistina kelmarin kembali menerjah. Permintaaan Qistina takkan ditunaikan. Takkan mampu dilakukan. Takkan sanggup dilepaskan Qistina. Dia tahu jauh di sudut hati Qistina kasih antara mereka masih utuh. Dan kerana keyakinan itu Khalish akan berusaha sedaya habis untuk menawan kembali hati seorang Annur Qistina. 

"Khal akan lakukan apa sahaja untuk raih kembali kasih dan cinta kami,ma. Khal tau Qis pun punyer rasa dan rentak hati yang sama dengan Khal. Apa yang Qis katakan semalam cuma nak elakkan diri daripada Khal sahaja. Semua tu cuma cara dia untuk mengelakkan diri jer." Qis, tolonglah beri peluang kedua buat Khal. 

Hajah Mazni jeda sesaat. Cuba dikutip kenangan dahulu. Waktu manisnya hubungan antara Khalish dan Annur Qistina. Gadis manis lemah lembut itu sedari pertama kali dipertemukan sudah membuatkan hati tuanya terpaut. Bak kata Khalish, siapalah yang tidak tertawan dengan anak patung hidup yang menawan dan secomel Qistina. Ya, memang diakui Hajah Mazni sesiapa pun pasti tertawan dengan Annur Qistina.

 "Annur tu budak lembut. Budak baik. Mama sayang sangat pada dia. Mama terkilan sangat. Mama.." Dihempas nafas. Ada rasa pilu yang tersangkut di jiwa tuanya saat nama itu meniti di bibir. "Tapi nak buat macammana kan tak sampai hajat mama lagi. Mama ni berharap sangat dia yang jadi menantu mama. Berharap sangat dia jadi isteri Khal. Mama tak tau la kalau mama ni boleh nak terima oranglain jadi menantu mama nanti. Annur tu macam dah sebati dengan jiwa mama. Nama Annur dalam hati mama ni sampai bila-bila takkan lupus."

"ma...Khal minta maaf." Mug dibawa dekat ke sisi. Lafaz bismillah teralun damai. Bibir didekatkan ke mulut mug. Dicicip perlahan-lahan. Diletakkan mug ke meja sisi disebelah.  Wajah dipaling memandang ke hadapan. Hanyut seketika dengan segala kenangan dahulu. Langkah yang penuh dosa tak mungkin mampu dan boleh diundur. Tidak terhitung dosanya pada Qistina. Biarpun bibir mungil itu sudah memaafkannya tapi jauh disudut hati gadis pujaannya itu Khalish tahu segala yang terjadi antara mereka dahulu takkan terpadam . Sampai bila-bila!

 Dihembus nafas perlahan. Ada rasa yang menghimpit. Menekan rakus. Silap salahnya dahulu menghambat jiwa sehingga kini. "Khal tau semua ni salah Khal,ma." 

"jadi sekarang nak buat macam mana? Mama dan baba dah jumpa dan cakap dengan uncle Aziz. Mama jumpa uncle semata-mata untuk Khal. Mama tak mau hilang Annur lagi. Mama tau Khal pun tak sanggup kan nak hilang Annur lagi?" Khal kemam bibir. Kepala diangguk perlahan. " tapi kali ni, uncle tak mahu bagi keputusan macam dulu. Kata uncle dia  terlalu bersalah pada Annur dahulu. Uncle tak sanggup nak lihat Annur menderita  lagi. Sekarang ni dia serahkan pada Annur. Dia akan terima sahaja siapa pun yang Annur pilih nanti. " Kepala Khalish laju berputar lalu jatuh ke raut wajah mama yang redup disebelah. Ada rasa gusar dan bimbang yang bertamu saat mendengar perkhabaran yang mama bawa dari rumah uncle Aziz.

Sejak segalanya secara terperinci dijelaskan oleh Kamal dan Johan kepada ayah Qistina juga kepada dirinya tentang peristiwa sebenar yang terjadi malam itu dia rasa tertampar dengan tindakan sendiri. Yang nyata Qistina terbukti langsung tidak bersalah.  Kata-kata Johan yang penuh sinis membuatkan dirinya terpempan. Masih Khalish ingat mereka berdua bertumbuk malam itu. Semuanya kerana Qistina. Kata Johan makin menghiris . Jika dia mahu dia boleh sahaja memerangkap Qistina malam itu. Pasti Qistina akan jadi miliknya abadi. Qistina yang terlalu polos jiwanya. Tapi rasa kagum Johan terhadap keluhuran semangat diri Qistina yang sanggup menggadai nyawa demi menyelamatkan Johan dan rakan-rakan di atas kapal membuatkan dia tidak tega melakukan perkara yang mungkin memusnahkan persahabatan mereka. Kata Johan didepan ayah Qistina, jika dirinya yang menjadi punca kemelut ini semua, dia sedia bertanggungjawab terhadap Qistina. Pantas sahaja ditingkah Khalish. Mana mungkin! Mana mungkin dibenarkan hasrat Johan. Cinta dan kasihnya buat Annur Qistina tak pernah pudar. Terlalu jitu untuk dimusnahkan oleh sesiapa pun. Tidak akan dibenarkan siapapun mengambilalih hatinya dari jiwa Qistina. Didepan semua dipohonkan keampunan daripada ayah Qistina atas kebodohan dan keterlanjuran kata-katanya terhadap Qistina. Akan dijejaki Annur Qistina sampai berjumpa.  Namun hasrat tinggal hasrat. Kata-kata ayah Qistina bagaikan penamat. Dalam penuh keterpaksaan dia akur.

Tangan  mama dicapai. "mama..."

"hmmm."

"uncle..uncle masih marahkan Khal lagi ke, ma?" Terdengar keluhan kecil dari mulut mama. Bibir rona merah lembut mama sudah Qistina belikan.

"uncle tu sama macam Khal. Rasa bersalah dan berdosa sangat pada Annur. Tu sebab dia tak mau lagi buat keputusan untuk Annur. Dia dah serik. Dia rasa sangat sedih atas tindakannnya dahulu. Sekarang ni terpulang cara apa yang Khal nak buat untuk raih semula hati dan cinta Qistina. Khal jangan hampakan Qistina lagi. Jangan hampakan mama dan baba."

Khalish telan air liur.  Bagai mengerti apa yang dirasai oleh ayah Qistina. Jika dia ditempat ayah Qistina, dia juga pasti tak mampu nak maafkan dirinya sendiri. 

"mama.."

"hmm.."

" uncle..uncle dah tau Qis dah balik ke ma?"

Senyum. Kepala Khalish diusap perlahan.  "Mestilah tau. Segala yang jadi kat Qis selama 5 tahun kat sana pun semua dia tau."

Kening Khalish berkerut. Terkejut. " maksud mama?"

"rumah yang Qis duduk kat sana tu..tuan rumah tu, budak Layla..dia tu kan anak angkat uncle. Mama dan baba pun baru tau. Jumpa uncle kamu tu baru terbuka semua cerita. Patutlah uncle kamu tenang jer selama Qis tak ada kat sini."

"jadi?"

"jadi segala apa yang berlaku kat sana uncle tahu la. Segala tentang diri Qis kat sana semuanya uncle tahu."

"so..dia..Layla tu jadi informer uncle laa."

Angguk. 

"Qis tau?"

Geleng. "Is just between both of them. Qis tak tau kata uncle. Layla tu pun sebab kesian kat uncle yang merayu kat dia." 

"dan sekarang ni uncle tau ker Qis stay dengan sapa ma." Sejak Qistina balik cuba dijejak tempat tinggal gadis itu tapi seakan menemui jalan buntu. Cuba diekori tapi ternyata Qistina sangat bijak mencium langkahnya. Selalunya sahaja rancangannya gagal. Cuba diminta daripada adik ipar Ray untuk merisik khabar. Juga gagal.

"kata uncle apa yang dia dapat tahu daripada  Layla Annur tinggal dengan her school cum uni best friend..Zita. Uncle tak mahu kacau Annur dahulu. Uncle mahu beri ruang buat Annur buat keputusan untuk tinggal di sana atau kembali tinggal semula dengan uncle. Tapi mama tau uncle berharap sangat Annur balik semula tinggal dengan dia."

"Zita?...Zita Asyikin. "

"a'ah. Zita Asyikin. Khal kenal kan dia."

apa pulak tak kenal! Musuh ketat tuh..
* * * * * * *
Zita senyum. Yes! Padan muka kau, Khal..

"so muka dia mesti terkejut habis kan. Aku boleh bayangkan mengelabahnya dia bila kau cakap korang dah putus. Dah habis."

Qistina senyum.  Coach dibahu diletakkan ke meja hiasan. Dilabuhkan duduk sebelah Zita. Dipaut bahu Zita. Erat. Seketika. Dilepaskan nafas. Pertemuan dengan Khalish masa basah diingatan. Ternyata telahan hati kecilnya benar. Khalish takkan mahu akur dengan permintaannya sedangkan Qistina mahu diberikan ruang buatnya untuk kembali mengatur langkah sendiri. Tautan hati dan jiwa antara mereka biarlah Dia di atas sana yang menentukan. Qistina akan akur dengan ketentuan dari-Nya nanti. 

"ko patut balas balik apa yang dia dah buat kat kau tu, Qis."

Qistina menggeleng. Kalau dia muntahkan segala yang terjadi dahulu pun segalanya takkan kembali seperti sedia ada. Yang berlalu takkan mungkin mampu diundur. Jika dihitung pasti nanti akan ada hati yang terluka. Dan dia sendiri sudah lelah dengan airmata. Impian indah yang hancur dan dihancurkan dahulu takkan mampu dicantum kembali. 

"yang dah lepas takkan boleh di ulang semula. Yang dah terjadi takkan mampu ditarik balik, Zie."

"betul...tapi adakalanya  pengajaran tu baik untuk orang ego dan bodoh  macam si Khal tu."

"aku dah maafkan segalanya, Zie. Dia..ayah...Joe. Semunya. Cukup cukup la semuanya. Buat aku..buat Khal...biar kami pilih haluan hidup sendiri. Urusan jodoh aku serahkan pada yang Khaliq. Aku yakin Dia sudah menetapkan siapa yang terbaik buat aku nanti. Aku yakin, Zie." 

"Qis.." Qistina toleh memandang ke wajah Zita. Dielus perlahan tangan teman baiknya ini. 

"aku ada idea untuk ajar Khal ni, Qis."

Qistina terus menggeleng. " tak mau la aku, Zie. Zie, please. Sudah sudahlah,hmmm. Aku tau kau tak suka dia dari dahulu. Aku fahamkan sangat hati kau. Biarkan dia. Nanti jadi lain pulak aku juga yang pening. Khal tu kau bukan tak kenal kan." 

Zita tersenyum. " Pasal aku kenal sangat  mangkuk tu laa aku nak tolong kau, Qis. Kita tengok nanti macamana dia." 

Qistina senyum. Mangkuk. Zie..Zie.

 "Ni akan jadi sweet revenge. Paling sweet tau. We'll see how good is our Mr Khalish Ariq. Kalau dia lulus, alhamdulillah, dia memang untuk kau...but if he fail..bye bye then. You go girl. Find another gentleman who love you more then Khalish Ariq." Qistina menggeleng lagi. "janganlah, Zie. Tak baiklah buat orang,hmmm."

"Qis, aku tahu..."

Mata kedua-duanya bertembung lagi. 

Zita senyum segaris. "Kau masih sayangkan dia. Dan kau tak boleh lupakan dia sampai sekarang. Kan Qis,hmmm. Walau kau cuba, hakikatnya kau tak mampu."

Qistina hembus nafas. Sukar ditepis kata-kata Zita sebentar tadi. Hati dan jiwanya terlalu sukar membuang nama itu. Nama yang kukuh terpahat didalam setiap urat nadinya. Disetiap detik jantungnya. Nama yang terlalu memberi makna didalam hidup Annur Qistina.

"kita tengok nanti sejauh mana sayangnya dia pada kau. Sedalam mana cinta dia pada kau yang dia ulang-ulang lafazkan .Aku nak tengok dia buktikan kata-kata dia tuh."

"Zie.." Qistina geleng lagi untuk kesekian kalinya. Zita genggam erat tangan Qistina. Faham apa yang tertulis dihati teman baiknya ini. Qistina yang polos. Qistina yang terllau menjaga hati setiap insan disekilingnya."kau mesti nak tahu jugak kan. Ini masanya, Qis. Kita tengok samada dia Khal yang masih ego seperti dulu atau dia dah berubah. Kalau dia betul-betul sayang dan cintakan kau sepenuh jiwa dia, dia kena buktikan."

Qistina rasa tidak sedap hati. Tidak mahu akan tercipta nanti perkara yang bukan-bukan yang nantinya akan menjejaskan hubungan Zita dan Azhar. "kau nak buat apa, Zie. Kau nak buat apa pada Khal? Kau jangan Zie, nanti Azhar cakap apa pulak. Jangan la Zie. Aku ok..kau jangan bimbang. Aku tahu jaga diri..lagi..lagipun Khal takkan lakukan apa-apa pada aku. Percayalah. Aku kenal Khal. Aku tahu hati dia."

Senyum. Genggaman tangan Qistina dieratkan. Kenyitan mata dihadiahkan pada seraut wajah comel keanak-anakkan yang amat disayanginya. Segalanya sudah dibincangkan bersama Azhar. Hanya ni yang mampu dilakukan untuk memastikan Qistina kembali menggapai bahagia yang terlerai dahulu. 

"just wait ye my sweet barbie doll."

Qistina lepas nafas. Dalam dalam. Seraut wajah tampan Khalish terlayar dimata. Dipejamkan mata. Ada desir suara berbisik di telinga. Nama itu terucap dibibir tanpa sedar. Zita disebelah memandang tunak. Takzim melihat. Bibir mengukir senyum. Seraut wajah Khalish terpampang diruang fikiran. Kau kena menang dalam ujian ni Khal kalau kau betul-betul sayang dia. Kau kena menang, Khal..

13 comments:

Anonymous said...

apa ya zita nk bt tu???x sbr nk tau...hrp2 khal brjaya dlm permainan yg dimainkan zita utk dptkan blk qis...sis,nk lg...x puas pulak bila baca n3 ni...pendek rasenya...hehe..

Anonymous said...

eh, da hbes...wawawa...xpuas ckit jer entri kali ni....

mizz acu said...

nape rasa cm pendek eh? :P
haaa.. bagus jugak cdgn zita tu? ai rasa zita ni mcm nak tlg satukan dorang jer.. wlpn mulut asik sebut khal magkuk! :)

oh ya kucc, look like Teja interframe kat sini.. hehehehe.. ish2.. writer berangan yer :P

Unknown said...

gud gak idea zita tuh!kalu btl khal dh berubah n cinta masih kukuh perlu di uji sejauh mane!!!pe lh plan zita neh...duga jer sehabis habis nyer zita biar khal tau tinggi rendah nyer langit tuh..n maruah seseorang tuh bkn utk di perlekeh kn.barbie dol duk diam2 yer.. kite serah pd ur lovly fren what to do....

miss nina said...

kali ni zita betul2 nak khalish sedar . baguslah, khalish ni kan..kita geram pun ada. kita rasa kesian pun ada. tapi annur la yang paling kesian, terpakasa menanggung lara keseorangan. huhuhu..sedih di pagi hari

Anonymous said...

ni lah namanya kawan sejati dunia dan akhirat... susah senang sama2 harungi, zita pun nak tengok kawan baik dia bergumbira...go zita..go..go

wwannurr

hk said...

i suker la zita ni!!

Zalida said...

Agreed with Zita....semoga masih ada jodoh Qistina & Khalish. AMinnnnnnnn....

Anonymous said...

Ujian apa? huhuhu nak tau apa ujian tu? lulus atau tak Khal dalam ujian tu? huhuhu cepatlah sambung cik penulis...

Atty Ismail said...

Wah Qis masih sayang Khal....Sukanye...Khal oh Khal...Bwk2 sabar & mengucap byk2 k kalu awak nak Qis blk...Thanks KUCC

Unknown said...

go go go Zita . . cari jejaka tampan yg lain buat Qis. . . kasi itu Khal merana sikit huhuhu

zoora said...

cepat smbg!!!

95" said...

mabeles ko Zita,kite kawan smpai mati!!..uhuk uhuk uhuk,mmg trlentang lar ko pas nih Khal..!

Hati Ini Pilih Kamu

"Saya dah tak ada hak lagi nak duduk kat rumah tu." Rumah tu milik Zainal. Dan isyarat kak long yang humbankan beg pakaian aku be...