Monday, June 7, 2010

Songket Hijau Buat Ku'a - Bab 27

Bab 27

Detik masa itu katanya punya kuasa mengubah perasaan seseorang. Detik masa juga mampu mencipta satu perasaan baru dan menguburkan ras yang lama. Benarkah begitu atau mungkin cuma omongan manusia semata-mata yang bijak menyulam kata-kata puitis?, atau mungkin sebenarnya dia saat ini sedang dalam frasa keliru didalam menafsir perasaannya sendiri. Mungkin rasa dahulu itu cuma suka dan hanya itu atau sudah terbitkah rasa kasih baru atau sayang barangkali?...atau sebenarnya apa yang sedang dialami dirinya saat ini adalah cinta. Cinta?

Tanyakan pada hatimu Ku'a. Bisikan itu datang lagi.

Hati? Ya hatimu Ku'a! Hanya hatimu tahu jawapannya.

Layar mata bagaikan terpandang dua raut wajah itu saling memandang padanya, saling melempar senyuman manis padanya. Arrghhh. Kedua belah tangan masih melekat dipelupuk kepala. Perlahan tangan dilepaskan. Langkah kaki diayun perlahan lalu dibawa ke muka jendela. Mata memandang sayup pada kubah Masjid Saidina Abu Bakar nan tersergam di seberang jalan.

Hati yang terdetik tidak mungkin berbohong pada tuannya sendiri Ku'a. Suara itu bertiup lagi. Meledak pada pelupuk dinding telinganya.

"Hang kena pilih Ku'a!" kata-kata Azarina itu kembali terngiang-ngiang. Nafas yang dihela, perlahan dilepaskan. Mata masih merenung juntaian awan jingga di kaki horizon.


* * * * * * *

Langkah dibawa ke ruang dapur sambil tangan perlahan-lahan mencapai butang kemeja paling atas lalu dibuka. Tali leher yang sudah dilerai dari ikatan terlebih dahulu diletakkan diatas meja. Perlahan-lahan kerusi ditarik ke belakang lalu punggung dilabuhkan. Nafas dilepas perlahan. Tangan menyingkap tudung saji kecil dihadapan. Piring berisi kuih keria yang masih berbaki dicapai. Bersama lafaz bismillah kuih bulat bersalut gula ditangan sudah mendarat ke dalam mulut. Teko kaca dihadapan ditarik. Mug yang tersangkut pada mug stand dicapai lalu dituangkan isi dari teko kaca tadi ke dalam mug ditangan. Mulut yang masih mengunyah sisa kuih yang tertinggal dibuka lalu mug disua ke mulut.

"Ha Rif, lambat balik hari ni?" Mata Azrief memandang ibunya yang sedang berdiri membelakangkannya sambil mencuci pinggan di sinki.

"banyak keje tadi kat office ibu. Ada pegawai baru masuk." tangan terus mencapai kuih yang masih ada didalam piring. Makcik Latifah sudah mencapai tuala yang disangkut dihujung kabinet lalu dilap pada kedua-dua belah tangan yang masih basah. Kerusi didepannya ditarik lalu makcik Latifah melabuhkan duduk mengadap Azrief yang sedang berselera menikmati baki kuih keria untuk minum petang yang dibuatnya tadi. Kepala digeleng perlahan sambil senyuman kecil terbit dari bibirnya.

"pelahan pelahan sikit makan tu Rif, karang tercekik pulak. Tak lari kuih dalam piring tu. Ni yang lapar semacam jer ibu tengok kenapa, tak makan tengahari ke tadi?" dilihat Azrief ketawa kecil sambil menganggukkan kepala.

"tak sempat la nak makan tadi ibu, keje melambak."

"habis, si Mus makan dengan siapa pulak kalau dah Rif tak kuar makan?" Bibir Azrief tersenyum lebar bila mendengar pertanyaan ibunya itu.

"ni yang senyum senyum apahal pulak."

Senyuman Azrief masih belum lekang dibibir tatkala mengingatkan Mustaffa. Pertanyaan ibunya tadi membawa ingatannya kembali pada peristiwa tengahari tadi. Dia menggelengkan kepala sambil ketawa kecil. Mata Azrief bertembungan dengan pandangan ibu yang sedang berkerut dahi melihat perlakuannya.

"senyum senyum pasti ketawa pulak dia, Rif ni sembunyi sesuatu dari ibu ye?" kepala digeleng perlahan-lahan.

"takde apa-apa lah ibu. Rif teringat hal kat pejabat tadi. Si Mus tadi mengusik pegawai baru tu. Biasalah ibu bukan tak kenal perangai gila si Mus tu. Ada-ada je dia nak mengenakan orang."

Makcik Latifah yang masih berkerut dahinya memandang Azrief yang masih tersenyum.

Macam-macam hal budak bertuah ni!

* * * * * * *

"seronok date? sure seronok la kau sekarang kan." Mata Azrief menyorot pandangan pada susuk tubuh yang baru memasuki ruang bilik tidurnya. Mustaffa yang santai berseluar paras lutut dan memakai t-shirt putih melabuhkan duduk di birai katil. Mata keduanya saling menerpa.

"persoalan aku tolak tepi dulu. Tak penting. Kau tu macammana sekarang. Bila kau nak bertindak ni?"

"amboi, si Azad tadi cakap apa kau ha sampai taknak share pulak cerita kau dengan aku. Tak kan nak rahsia kut kawan."

Mata Mustaffa singgah pada seraut wajah yang sedang duduk bersandar dikepala katil.

"aku dah hint jugak kat dia malam kelmarin masa kami chat. Tapi dia senyap je. Aku segan la nak tanya lagi Mus. Malu la beb." tangan digaru pada kepalanya yang tidak gatal. Sungguh, dia memang malu. Dia memang segan tatkala "melafazkan" kata-kata itu. Nasib baik sahaja kala itu cuma yang ada di depan hanyalah notebooknya yang kaku itu. Tidak dapat dibayangkan jika si dia itu didepan mata dan dia harus menyatakan secara langsung. Mahu berpeluh dibuatnya. Fuhh! Terdengar dengusan kecil dari bibir Mustaffa.

"nak tapi malu la..segan la. Macam-macamlah hang ni Rif, tak jantan sungguh!"

"amboi dah tukar slanga nampak!"

"jangan nak tukar topik. Hang ni, issh!" ketawa kecil terlepas dari bibir Azrief.

Jeda.

"bukan senang bila cakap bab perasaan ni Mus. Kau tau aku macammana kan." Mustaffa dilihat menghela nafas panjang. Tubuh yang tadinya duduk di birai katil sudah direbahkan.

"habis, kau nak buat apa lepas ni Rif. Takkan nak tunggu je kut."

Majalah KakiBola ditangan diletakkan Azrief diatas meja di sebelah katil.

"aku dah cakap semalam akan beri masa pada dia. Aku tak mahu gesa dia. Dan aku pun tak boleh paksa dia dalam soal ini. Keputusan ditangan dia samada nak terima aku atau..."

"Atau mamat yang kita jumpa kat Fraser Hill tu?"

"sesiapa je la. terpulang pada dia Mus. Hak dia nak pilih siapa...samada aku atau mamat Fraser Hill tu..atau mungkin orang lain."

Jeda.

"Rif.." Mata memandang pada Mustaffa yang masih berbaring.

"kau rasa dia suka kau tak?" Kedua-dua bahu diangkat serentak.

Dia suka aku ke?..kalau dia suka, memanglah aku raya sakan tahun ni.

Tapi..kalau dia tak suka aku?...aduh!


No comments:

Hati Ini Pilih Kamu

"Saya dah tak ada hak lagi nak duduk kat rumah tu." Rumah tu milik Zainal. Dan isyarat kak long yang humbankan beg pakaian aku be...