Wednesday, June 2, 2010

Bukan Idaman Hati - Bab 10

Bab 10

Noor melangkah masuk ke dalam TR1 menerusi pintu belakang bersama filem x-ray yang baru diproses sebentar tadi. Filem diletakkan pada x-ray stand lalu suisnya ditekan. Matanya, mata Dr. Chia juga mata pesakit yang sedang tersandar di dental chair serentak terarah pada kotak bersegi empat bujur ditangan Dr. Chia.

"hmm, let see here...well, Jeff can you see the back tooth that slanting and pushing the front tooth which was your second molar?." Pesakit yang sedang ralit matanya memandang filem x-ray ditangan Dr. Chia menganggukkan kepala.

"this was the one you mentioned during my first visit here, right Patrick?" Dr Chia dilihat Noor tersenyum sambil menganggukkan kepala.

"Yes buddy, good memory haa. An impacted wisdom tooth. This x-ray shows a cavity forming on your second molar where the wisdom tooth is touching it. Problems like this are common with impacted teeth."

"so?"

"so we need to removed your wisdom tooth man. It will cause you more and more trouble in future if you keep it in your mouth. And.."senyuman Dr Chia makin lebar.

"and what was that smile for?' ketawa spontan Dr Chia sudah terhambur keluar.

"Hey man, relax ok. We need to undergo a minor surgery for this buddy. No choice. I can't removed it with normal extraction. The tooth will break and i won't take the risk for this. You can see it Jeff from the x-ray picture, there is no way i can pull it out just like that, pup!" Dr Chia memberi isyarat memetik jari sambil tersenyum memandang wajah pesakit yang sudah sedikit berkerut.

"surgery ha?, i hate surgery man. Hate it very much."

"come on Jeff. Don't worry ok. I make sure you will be fine during and after the surgery."

"yeah, you better Patrick, if not i'll see you in court." Ketawa nyaring Dr Chia bergema di dalam TR1. Bibir Noor turut mengukir senyum dibalik mask yang terlekat di mulut.

"so, shall we proceed Jeff?"

"i'm all yours Patrick. Man.." Wajah Dr Chia dipandang.

"what up Jeff?"

"gone to be ok right?" kepala Dr Chia mengangguk sambil menyatakan pada temannya itu bahawasanya dia tidak perlu bimbang apa-apa. Segala-galanya akan selamat.

"Noor.." mata Dr Chia sudah memandang pada Noor dihadapannya.

"get ready for surgical material of impacted 48." Langkah pantas diatur Noor keluar dari TR1 untuk ke bahagian penyimpanan peralatan bagi pembedahan. Beberapa botol plastik berisi ubat dikeluarkan dari kabinet. Diambilnya gelas bersih di kabinet lalu diisikan air masak didalamnya. Ubat-ubat yang pelbagai rupa juga warna dkeluarkan mengikut sukatan yang betul sebagaimana yang dipelajari selama ini. Dibawa dulang kecil berisi beberapa kapsul berwarna putih dan jingga juga segelas air masuk ke TR1. Dihulurkan pada Dr Chia dulang berkenaan.

"buddy, you got to take this medication first before we start the procedure. This white capsul is pain killer and also anti-biotic while this orange tablet function as anti-swollen. All this to prevent you from having pain and feel discomfort after the surgical." Kesemua ubatan yang dimasukkan didalam sudu tadi disuakan Dr. Chia pada pesakit dihadapannya.

"ok Jeff, you may lay down on the dental chair. I need to gives you a jap to make sure your tooth are tollay numb before i can proceed with this process." Noor sudah melabuhkan duduk di kerusinya. Dr Chia membetulkan duduknya sebelum mata memandang ke arah Noor.

"Topical and LA Noor." Kabinet ditepi dibuka. Sebuah botol kecil mengandungi gel berwarna merah jambu dibuka. Menggunakan tweezer segumpal kecil kapas dikepit lalu diambil sedikit gel berkenaan lalu disuakan ke tangan Dr. Chia.

"Jeff, this pink gel is call topical topical anesthetics and are used to numb your oral tissues before i administering a local anasthetics to your gum."

Setiub kaca berisi cecair dikeluarkan dari sarungnya lalu dimasukkan ke dalam dental syringe. Sebatang dental needle di keluarkan dari kabinet lalu dipasangkan ke muncung dental syringe. Dengan berhati-hati dan menyusup dari bawah kepala pesakit dental syringe dihulurkan Noor ke tangan Dr. Chia yang sudah sedia menanti.

"ok Jeff, now i'm going to put in the jap to your mouth. Just relax ok. It just a feeling of ant biting. Just be patient with me buddy." Dengan penuh berhati-hati Dr Chia sudah mendaratkan jarum ke gusi pesakit.

"ok, it's done buddy. You can rinse your mouth now Jeff." Suis dental chair ditekan dan pesakit sudah berada pada posisi menegak secara automatik. Gelas plastik berisi air dihujung sebelah kiri sinki pesakit dicapai lalu perlahan-lahan pesakit berkumur-kumur.

"So, not so bad haa the injection?" Tisu yang dihulurkan Noor pada tangannya pantas dicapai Jeffry lalu dibawa ke mulut. Disapu cermat mulutnya yang selesai berkumur. Kesan rasa kebas mula dirasai di sekitar pipi sebelah kanannya.

"Yeah, not that bad. Hey, i can feel the numbness now. My check feel very thick. That normal ha Patrick." Kepala Dr Chia sudah dianggukkan perlahan.

"Ok Jeff, i need to explain to you on the procedure. During this surgery to remove your impacted wisdom teeth, an incision is made in the gum near your wisdom teeth. Your tooth may be sectioned into several pieces in order to be removed."

"wah, scary man!" Dr Chia sudah ketawa kecil.

"don't worry. You won't feel anything Jeff. Trust me buddy. Now just lie down while me and my asst do the preparation ok. Firstly my assistant; Noor will cover your body with the green sheet." Pesakit dilihat Noor menganggukkan kepala.

Dr Chia sudah ke sinki untuk membersihkan kedua-dua belah tangan. Noor juga turut berbuat demikian. Langkah pembersihan yang teliti perlu dilakukan demi memastikan tiada sebarang jangkitan kuman berlaku ketika proses pembedahan berlaku. Sampul sarung tangan yang sudah disteril dibuka hujungnya perlahan-lahan oleh Dr Chia lalu ditarik dan disarungkan ke tangan. Noor juga turut berbuat demikian. Sampul berisi kain hijau dikeluarkan dengan cukup teliti oleh Noor lalu ditebarkan ke atas tubuh pesakit. Mata Pesakit sempat memandang pada wajah Noor yang sudah separuh dilitupi face mask. Setelah selesai, Noor membuka sampul berisi baju pembedahan berwarna hijau lalu disarungkan ke tubuh Dr Chia. Selesai diikat talinya dibelakang giliran Dr. Chia pula melakukannya pada Noor. Dr. Chia sudah mengambil tempat di dentist chair lalu perlahan-lahan merapati pesakit.

"how you feel now buddy. Fully numb?"

"my check feel damn thick." Dr Chia sudah menganggukkan kepala. Noor sudah mengeluarkan semua instruments pembedahan dari sampul yang disteril lalu disusun ke dalam tray. Sebotol cecair saline untuk tujuan cucian ketika proses pembedahan nanti digantung di hujung bahagian atas kaki pesakit. Suction sudah dipasang oleh Noor. Noor beralih melangkah ke sebelah Dr Chia. Handpiece yang akan digunakan untuk memisahkan bahagian gigi nanti siap dipasangkan Noor. Setelah berpuas hati Noor mengambil duduknya disebelah pesakit yang terbaring.

"ok buddy, now i'm going to test whether the anasthetic already work. If you feel the pain when i press my instruments into your gum please raise up your left hand, ok?"

"ok."

"mirror and probe Noor." kedua-dua instruments pantas dicapai dari dalam tray lalu disuakan ke tangan Dr Chia dengan berhati-hati. Dr Chia dilihat menekan hujung instrument yang tajam itu ke sekitar gusi pesakit.

"feel anything buddy?" pesakit dilihat menggelengkan kepala.

"how about this? feel pain?" sekali lagi pesakit menggelengkan kepala tatkala sekitar gusi pesakit ditekan dengan lebih kuat dan dalam. Dan sekali lagi pesakit menggelengkan kepala.

"great. You're fully numb now buddy. I shall start. Relax ok. Everything gonna be just fine."

"scalpel Noor." scalpel blade ditanggalkan Noor dari sarung yang steril lalu dipasangkan ke scalpel handle. Dengan perlahan dan berhati-hati, dihulurkan instrument tersebut ke tangan Dr. Chia. Berhati-hati Dr Chia sudah menghalakan mata pisau pembedahan ke gusi pesakit sambil matanya menoleh sekilas pada x-ray stand untuk memastikan kedudukan gigi yang akan dikeluarkan.

"suction." Pemegang suction sudah dimasukkan ke dalam mulut pesakit dan dihalakan tepat pada gusi yang akan dibedah.

* * * * * * *

"Ana..." kepala ditegakkan sedikit memandang ke arah wajah Hannan yang sudah terpcal didepannnya.

"amende?" muncung Hannan sudah dihalakan ke bilik yang rapat bertutup dihadapan.

"cuti sakit. Sampai minggu depan. " Mata bulat Hannan sudah sedikit membulat.

"dapat MC tiga hari. Dia buat operation gigi."

"ha?" Hannan sudah menutup mulut menahan ketawa yang mahu terhambur keluar dari mulutnya.

"singa lapar tu gi operate gigi Ana?"

"hey kau ni apa nak herankan. Tak pernah dengar ke?, sah kau ni tak pernah gi periksa gigi kan Nan. Aku rasa baik kau pun pergi periksa gigi kau tu. Mana laa tau kan kut kut ada yang perlu dilupuskan." ketawa nyaring Mariana sudah terlepas. Bahunya sudah ditepuk kuat oleh Hannan.

"amboi mulut tak insuran sungguh ye!"


"Ana.."

"singa kat dalam tu nanti tak boleh nak garang-garang lagi kan lepas ni."

"apsal pulak?"

"dah takder gigi. Kan dah kena buang masa operation. Kesian kan!" Ketawa pecah antara kedua-dua mereka.

* * * * * * *

Nota :

1 Dental syringe - is a syringe used by dentists for the injection of an anesthetic.

2. Topical anesthetic - a "numbing gel" in dentist-speak that is used to numb gums or other tissues before an injection, so that patient can't feel the needle glide in.

3. scalpel handle and blade - Surgical scalpels consist of two parts, a blade and a handle. The handles are reusable, with the blades being replaceable.

4. saline - Saline solution is used to cleanse the mouth/ soft tissue during oral surgical.

No comments:

Hati Ini Pilih Kamu

"Saya dah tak ada hak lagi nak duduk kat rumah tu." Rumah tu milik Zainal. Dan isyarat kak long yang humbankan beg pakaian aku be...