Wednesday, June 30, 2010

Istikharah Terakhir - Bab 28

Bab 28
Akhbar News Straits Times di tangan ditatap. Wajah-wajah yang terpampang didada akhbar singgah dimata...terlayar di minda.
" MSF Industries Group today announced the appointment of its three senior management members to new positions. The appointment mark a further strengthening of MSF's senior management team.
The three appointment to the new positions are Faisal Tan Sri Sulaiman ,who was appointed as the new Chief Financial Officer (CFO), Fazwan Anuar as the new Chief Strategy Officer (CSO) and Wan Danisha Wan Ahmad who previously was the Company Secretary as the new Head of Property Division. As the new CFO, Shahrum Faisal will be responsible for the overall financial functions of MSF Group. Meawhile, Fazwan Anuar will be responsible for strategising corporate execises, implementing selective key of human capital appointments; and formulating and monitoring of performance benchmarks. As the Head of Property Division, Wan Danisha role will be resposible for managing and strategising the domestic elsewell as the offshore property developments also managing the market operations.
Faisal Tan Sri Sulaiman, aged 28 holds an Executive Master in Business Administration from Ohio University and Bachelor's Degree in Finance from Northern Illinois University, USA. He is also a Fellow of the Association of Chartered Certified Accountants, United Kingdom. Fazwan Anuar, aged 30, obtained his Master's and Bachelor's Degrees in Business Administration from the Ohio University, USA.  he also holds Bachelor's Degree in Finance from Northern Illinois University, USA. He is a Fellow of the Association of Chartered Certified Accountants, United Kingdom and member of Malaysian Institute of Accountants.He joined MSF' Group in 2007 and had served investment and corporate services department. Wan Danisha, aged 32 holds Master of Commerce from Australian National University. She obtained her Australian Certified Practising Accountants in 2007. She is also a Chartered Accountants of the Malaysian Institute of Accountant. Wan Danisha joined MSF in 2008 as the Company Secretary and Secretary for several of MSF's subsidiaries."
Ruang Business pada dada akhbar ditangan ditutup perlahan. Surat khabar berbahasa Inggeris tempatan itu dilipat lalu diletakkan ditepi sudut meja. Kedua-dua tangan diraup ke wajah. Kepala disandarkan pada bahu kerusi. Sukar menebak perasaannya saat ini. Gembirakah dia dengan berita yang baru dibacanya tadi. Yang pastinya Faisal sudah kembali dan sedang berada pada tahap tertinggi dalam carta pemulihan dirinya. Memang diakui kebolehan Faisal sebagai pakar kewangan sejak mereka masih bersama dahulu. Jika tidak, masakan Faisal dapat diterima oleh konglomerat kewangan ternama; Morgan Stanley dan berkhidmat di Chicago malah pernah ditawarkan mengetuai jabatan pelaburan di pejabat cawangan mereka di Denver. Lantas perlantikan tersebut memang kena pada tempat dan masanya. Faisal memang calon terbaik.
Telefon dihadapan nyaring menjerit. Mata menoleh sekilas melihat pada skrin telefon. Terpampang nama si pemanggil. Pantas gagang dicapai lalu dilekatkan ke telinga. Tubuh ditegakkan dan digerakkan sedikit ke hadapan.
"yes papa."
"Zita dah baca news pasal MSF Group?'
"hmmm." Nafas dihela Zita perlahan. Menanti bicara seterusnya dari papanya.
"MSF adakan dinner meraikan perlantikan tersebut malam esok. Papa nak Zita pergi wakili ZNM Holdings. Papa tak dapat pergi." Mata sudah terbuka sedikit luas dari normal. Aku nak pergi dinner sana sorang-sorang ke?, ohh tidak! Kepala sudah automatik tergeleng dengan sendirinya. Nahas ni Zita!
"kenapa pulak papa tak boleh attend the dinner?" Nafas yang sudah libang-libur cuba dikawal.
"papa kena fly ke Singapore malam ni. Ada group of investors dari Korea yang mahu bertemu papa di sana. Papa dah suruh Yumna maklumkan pada MSF tentang kehadiran Zita sebagai wakil ZNM Holdings." Tangan sudah menggaru kepala yang tidak gatal. Aduhai tidak tahu apa harus dilakukan saat ini. Haruskah dia hadir sahaja.
"why must Singapore...why not do it here papa?" terdengar ketawa kecil papa di hujung talian sebelah sana. Papa ni, boleh lagi dia gelak dalam situasi begini..issh!
"They will be participating in 2010 Global Corporate Social Responsibilities Summit overthere. It's a two days global forum. Jadi dah terlanjur diorang turun ke sana diorang minta papa jumpa je mereka di sana. I guess this is a great opportunities for ZNM Holdings. Papa minta Zita pergi ye dinner tu."
"senior management lain tak boleh attend on your behalf ke papa? Uncle Tarmizi ke." terdengar keluhan kecil yang terhambur dari mulut papa.
"papa tahu apa yang Zita sedang fikirkan. Papa faham perasaan Zita. Be professional Zita. Be there and congratulate him as business friend. Zita kena buktikan pada diri Zita yang Zita dah maafkan Faisal. Dah maafkan segala kesalahan dia pada Zita. Zita kena yakinkan diri yang Zita dan Faisal boleh jadi kawan...bukan musuh. Past is past sayang. It's over. That is the fact." Nafas dihela dan dilepaskan perlahan. Memang itu hakikat sebenar antara dirinya dan Faisal sekarang. Segalanya sudah berakhir antara mereka. Tiada lagi hubungan peribadi antara mereka. Mereka hidup dalam dunia masing-masing. Membawa arah sendiri. Sejak berpisah secara rasmi tidak pernah lagi mereka bertemu apatah lagi saling berhubung. Maka pertemuan malam esok adalah pertemuan pertama mereka berdua sejak perceraian antara mereka.
"Zita?"
"still here papa."
"sent my regards and congratulation to Faisal, Fawzan and Danisha. Also to your ayah and mama ok."
"insyaallah. Can i bring a friend to accompany me papa?" terdengar ketawa kecil papa.
"of course dear."
Gagang dilepaskan perlahan. Kepala kembali disandarkan pada kerusi yang sedia menanti. Telefon bimbit yang terdampar disudut meja menggamit pandangan. Matanya bersinar. Pantas tangan menyambar gajet kecil tersebut.
" Hello, Har...i need you help. Tak boleh tidak ni tau. Kena tolong jugak no matter how."

* * * * * * *
"no?..are you sure Lucy. Check again."
"i've check the list En. Faisal. Three times. None from that name." Faisal mengeluh kecil.
"thanks Lucy." Butang interkom yang dilepaskan. Kedua-dua belah tangan diraup pada wajah. Nafasnya deras memacu dada bidangnya. Sukarnya melepaskan wajah yang satu itu.
Bunyi ketukan di pintu mematikan seketika ingatan pada wajah itu. Terpacul wajah Fazwan yang sudah mengukir senyuman. Dianggukkan kepala sambil menggamit tangannya memberi isyarat agar temannya itu masuk. Pintu ditutup rapat oleh Fawzan lalu mengatur langkah mendekati meja Faisal. Kerusi dihadapan meja Faisal ditarik perlahan sebelum melabuhkan duduknya.
"Lunch?" Kepala digeleng perlahan seraya mendengar pertanyaan teman akrab dihadapan.
"busy?"
"aku takde selera." Fazwan sudah tersenyum kecil sambil menggelengkan kepala. Perlakuan yang menggamit rasa hairan di mata Faisal.
"makanlah, esok takde tenaga pulak nak jumpa si dia tu." Kerutan di dahi Faisal makin berlapis. Kurang pasti apa yang cuba disampaikan Fazwan.
"apa maksud kau ni Wan?" Fazwan sudah bangun dari kerusi.
"jom la lunch. Nanti kita sambung cerita sambil makan." Pandangan penuh tanya Faisal masih singgah di wajah manis Fazwan. Mata sudah sedikit dipicingkan sambil kepala disandarkan pada kerusi.
"Wan..cerita apa ni." Fazwan sudah bergerak ke kerusi Faisal seraya menepuk bahu temannya itu.
"jom la."
Bahu Faisal sudah dipaut Fazwan sambil mengatur langkah ke pintu.
"wan...ap." Soalannya terputus bial tangan kiri Faisal memberi isyarat agar dia tidak meneruskan soalan. Bahu Faisal sudah ditepuk beberapa kali. Kepala Faisal dipusing sedikit melihat Fazwan disebelah yang masih tersenyum. Teka-teki kian bersarang dikepala Faisal.

1 comment:

نور العين عبد الرشيد said...

tiba2 bangga jd student acca.penulis blog ni bdk acc0nt gak ke?

Hati Ini Pilih Kamu

"Saya dah tak ada hak lagi nak duduk kat rumah tu." Rumah tu milik Zainal. Dan isyarat kak long yang humbankan beg pakaian aku be...