Wednesday, June 23, 2010

Songket Hijau Buat Ku'a - Bab 28



Bab 28

Susah juga nak faham hati perempuan ni rupa-rupanya. Nampak tenang dipermukaan, tapi didasarnya...alahai, tak terselam dek akal wei! Mati akal sungguh dia bila membabit hal-ehwal makhluk istimewa ciptaan Allah ini. Kalau dia diberi pilihan antara kena mengurat perempuan dan memandu pesawat pejuang MiG-29N atau FA-18D Hornet ke, 200% dia lebih rela memandu pesawat-pesawat tersebut sambil buat aksi akrobatik di angkasa. Buat terjunan pada ketinggian 5,000 meter dengan kelajuan angin 8 knot dari pesawat pejuang tersebut juga dia sanggup. Ketinggian sebegini takat celah gigi aje bagi anggota Paskau. Bukan dia berlagak tapi lebih mudah melakukannya dari harus berhadapan dengan perempuan. Sebabnya..dia memang sangat lemah dan sering gagal subjek ngurat-mengurat perempuan ini. Tak pernah lulus sejak dulu.

Sekarang ini dia sedang terkepung dengan masalah perasaan. Seksa sungguh. Seksa bila perempuan itu disukainya. Disukai sepenuh hati dan jiwa. Tak tahu hendak buat macam mana bila berdepan hal begini. Putus akal dibuatnya. Idea? Langsung la tak mahu menjenguk. Menyorok entah mana.

saya ni mmg fail bab-bab menackle juga mengurat perempuan ni...tak reti nak cakap bunga-bunga, bahasa mengayat lagilah hancur...tapi yang pasti saya tahu ...saya suka awak..

Setengah jam menunggu, masih tiada balasan. Dia menghantar sms yang ke-2 pula. Balaslah!

awak...saya memang suka awak..betul2 suka ni...sumpah!

Senyap juga. Dia terus menghantar sms yang ke-3 pula. Harap-harap dikasihani. Tolonglah!

Salha..awak marah ke?.

Juga menerima nasib yang sama. Dianaktirikan. Dia salah tulis ke? Rasanya tiada ayat yang berbaur kelucahan melampau atau menggugat ketenteraman awam. Habis, apa pasal yang "dia tu" taknak balas ni. Aduh, sakitnya jiwa bila kena menunggu begini. Salha...awak, jawablah!!!!

"wei, kau apahal ni...monyok semacam jer. Layan perasaan ke?"

Penyibuk no. 1 sudah masuk ke biliknya. Azrief setakat angkat muka seketika memandang wajah Mustaffa dihadapan sebelum kembali menatap pemandangan di tangan. Sudahlah tidak memberi salam, jauh sekali mengetuk pintu. Jangan haraplah...haram! Main redah je mangkuk sekor ni. Nasib baiklah dia sedang baek punyer landing diatas katil sambil memegang telefon bimbit. Buatnya sedang beraksi yang terlampau, mahu seminggu kisah itu diulang tayang si penyibuk ni. Bukan boleh percaya mulut tak insuran dia. Tak kena gaya mahu dibongkarkan pula kisah itu nanti di pejabat. Azrief bangun lalu duduk bersandar di kepala katil. Telefon bimbit masih tidak lepas di tangan.

"wei..." Alah dia ni. Sibuk betul.

"takder apa-apa la. Aku penat je."

"jangan nak goreng aku. Kau tu mana pandai masak. Hangus selalu. Rentung pun ada." Kan dah kata! Ahli nujum negara dah masuk gelanggang. Issh, kacau lah dia ni.

"aku dah pandai sikit masak la. Tau kontrol api. Takdernyer hangus. Rentung tu main jauh-jauh la." Mustaffa sudah gelak. Hahaha, gelak la kuat-kuat!

"Azarina kirim salam kat kau."

Azarina? Azarina mana pulak ni. Dahi sudah berkerut. Aku kenal ke?

"cik kak tocang dua sebelah rumah la. Awek aku." Muncung mulut sudah panjang.

"ooooooo, awek kau tu. Cakap la Azad." Apsallah otak dia langsung tak boleh memproses data ni. Parah dah perisian penyimpanan maklumat kat kepala dia ni sampai nama minah bertih beras siam kat sebelah tu pun dia boleh lupa.

"Nama dia Azarina. Kan ke sedap bunyinya di telinga. Aku yang menyebutnya pun boleh rasa manisnya." Azrief sudah mencebik.

"Meluatnya aku. Tau la nama makwe hang tu Azarina. Sudah-sudahlah jadi romeo kg pisang. Naik bernanah telinga aku ni dengar ayat maut kau tau." Pecah ketawa Mustaffa.

"Azad kata bilanya kau nak move on ni. Asik duduk dan tunggu ja. Dia kata kau lembab. Lembab selembabnya. Lembab giler! Aku marah ni bila dia cakap kau lembab sampai tahap macam tu. Tapi takder la tunjuk depan dia yang aku marah. Nanti dia hangin, aku pulak yang naya." Ciss, tak guna punya kawan. Pentingkan pinggan sendiri.

Wah wah si tocang dua tu sedap je cop aku lembab ye...siapa yang lembab?, aku bukan lembab la..aku cuma...cuma..???

Mustaffa sudah berkalih tempat. Betul-betul mengadap Azrief. Apahal pulak dia ni?

"kau nak buat apa sekarang?. Duduk tengok handphone tu pun bukannya si Salha tu boleh keluar dari handphone kau tu."

"dah 3 sms aku hantar, dia tak balas satu pun dari tadi." Pecah rahsia.

"ala baru 3 Rif. Belum lagi 30. Kau ni tak gigih la."

Tak gigih? Ada yang hilang gigi karang ni.

* * * * * * *
Mata masih melekat di skrin empat segi dihadapan. Tidak berkelip...tapi tumpuannya mindanya bukan pada CSI di skrin. Minda sudah menerawang entah ke mana. Kedua-dua tangan kejap memeluk kaki yang sudah diangkat keatas sofa. Kepala menoleh pada telefon bimbit yang terbaring di sofa sebelah. Tiada lagi dendangan "u got new sms". Senyap gajet disebelahnya sejak tadi. Legakah perasaannya saat ini. Entah. Ku'a sendiri sukar menafsirkannya.

Kenapa tak hantar lagi ni. Dah berputus asa ke?, apalah.

"kalau takat hang pandang ja benda patsegi tu bukan boleh buat apa pun. Cuba-cuba la balas sms orang tu. Ada gak pekdahnya." Mulut bertih hangus dah memulakan siaran dah!

"sana sikit." Azarina sudah melabuhkan punggungnya disebelah Ku'a. Terpaksa diensot sedikit duduknya. Sofa punya banyak kat ruang tamu ni, sebelah aku juga dia nak landing, issh..

"sofa banyak kat sini buat punggung hang yang lebaq tu duduk, dok nak menyempit gak sebelah aku. Best ya duduk himpit-himpit ni."

"Jangan nak tukar topik ya." Ku'a terus memaku pandangan pada skrin didepan. Jangan pandang dia Ku'a...jangan...nanti hang kantoi!

"topik apa pulak yang aku tukar. Hang ada bawak topik untuk dibahaskan ka?..dah malam ni tak payah la ya nak berbahas, esok esok ja la ya. Aku nak tengok CSI ni." Azarina dilihat bangun lalu mencapai telefon bimbitnya. Ku'a sudah terjerit.

"wei apa ni Azad. Pencabulan hak individu dah ni. Bak sini handphone aku." Tangan sudah dihulur. Azarina menggeleng kepala sambil mengangkat tinggi telefon bimbitnya. Wei, terhempas karang handphone aku, aku saman hang Azad!

"aku balaskan untuk hang ya. Sian dia tunggu. Hang ni teruk...tak padan sungguh.Kejam tahap beruang." Azarina sudah mula menekan-nekan jarinya pada handphone Ku'a. Cuba diraih, dicapai namun berjaya dielak oleh Azarina. Waa! Azad janganlah...

"Azad, wei apa ni. Janganlah." Azarina sudah melarikan diri ke tepi tangga bersama telefon bimbit Ku'a yang masih ditangan.

"dah sent. Yess. Mission complete."

Azadddd! aku pancung kepala hang...

No comments:

Hati Ini Pilih Kamu

"Saya dah tak ada hak lagi nak duduk kat rumah tu." Rumah tu milik Zainal. Dan isyarat kak long yang humbankan beg pakaian aku be...