Wednesday, June 16, 2010

Istikharah Terakhir - Bab 27



Bab 27

Gangguan hadir dalam pelbagai rupa dan bentuk namun gangguan yang tidak mempunyai petunjuk memang melelahkan. Sangat sangat melelahkan jiwa . Inilah yang situasi yang sedang melanda perjalanan hidupnya kala ini. Hidupnya yang baru sahaja bebas menghirup bayu ketenteraman setelah sekian lama diselubungi duka tiba-tiba sahaja digoncangkan dengan perihal baru yang mula mencipta badai didalam laluan hidupnya. Zita cuba untuk tidak memikirkan juga menghiraukan gangguan yang kian menghantui hari-harinya kini namun semakin galak pula ia mengetuk ruangan hidupnya. Apa mahunya sang pengganggu ini haa? Sehabis usaha dicuba dan diintai namun tetap gagal mengesan jejaknya, ditebak tidak langsung dia mengalah malah makin beria pula! Dihalau makin dia mendekat...

Dan semenjak kedatangan "warkah" pembuka salam berwajah kembangan mawar merah bersama titipan manisan berbentuk hati, hari-harinya kebelakangan ini dihujani kedatangan "warkah" yang sama. Saban hari tanpa jemu hingga menimbulkan desiran suara-suara usikan dari kalangan kakitangan bawahannya. Papa juga tidak ketinggalan menyertai mereka. Sama-sama sepakat mengusiknya. Sungguh dia tidak tenteram dengan situasi yang sedang dialami sekarang. Kenapa mesti dirinya? Mengapa dirinya yang menjadi sasaran sang pengganggu pengecut ini? Dan setiap hari hatinya akan jadi tidak keruan bila "warkah" ini hadir di mejanya.

Jangan ditanya perasaannya saat ini. Bercampur-baur semua. Rimas. Sangat rimas. Buntu memikirkan gangguan yang tiba-tiba hadir dan menyerang ketenteraman dirinya. Penat meladani persoalan kerja yang bukan calang, sekarang ni dia perlu pula berhadapan dengan persoalan lain yang juga memerlukan perhatiannya. Tidak boleh tidak. Persoalan yang makin menghambat dirinya ini perlu diselesaikan. Segera.

Butang interkom ditekan perlahan.

"Hanim..." suara Hanim manis menyapa. Dipinta pembantu peribadinya itu masuk ke biliknya. Tidak lama selepas telefon dipulangkan ke gagangnya kedengaran pintu biliknya diketuk seraya tombol dipulas perlahan. Matanya sudah menyapa wajah manis Hanim yang melempar senyuman.

"ya cik Zita. Ada apa?" Tangan digapai memberi isyarat agar Hanim mengambil tempat dihadapannya. Kerusi ditarik perlahan ke belakang sebelum Hanim tertib melabuhkan duduknya. Senyum dilemparkan pada pembantu peribadinya itu.

"saya perlu bantuan awak Hanim." Tubuhnya disandarkan pada badan kerusi. Tangannya mengetuk-ngetuk batang pen yang kejap dijari sambil pandangan redup matanya ditalakan pada wajah Hanim. Jelas kerutan halus terbentuk didahi wajah dihadapannya ini.

"Bantuan apa cik Zita? Macam serius je ni bunyinya." Hanim sudah mendekatkan tubuhnya ke meja. Matanya tepat memandang ke wajah Zita yang dilihat seakan memikir sesuatu yang berat. Tangan kanan Hanim sudah mendarat di atas meja sampil menompang dagu. Pandangann matanya masih menyorot wajah ayu Zita.

"begini Hanim..." Wajah Hanim dipandang bersama sebuah harapan.

"siasat siapa yang hantar bende-bende ni saban hari pada saya Hanim." jari runcing Zita menghala pada rimbunan kembangan segar mawar merah yang memenuhi persekitaran biliknya. Pagi tadi sahaja dia dihujani puluhan mawar merah yang mengundang senyuman lebar papa berserta usikan yang membuat wajahnya merah merona.

"saya mahu awak ke kedai bunga yang hantar bende ni Hanim. Carilah helah atau apa saja jalan agar tuan punya kedai ini sekurang-kurangnya memberi jawapan pada apa yang sedang saya cari. Saya rimas Hanim dengan situasi sekarang. Rasa tak selesa sungguh. Takutpun ada. " Nafas dihela perlahan sehabis menutur bicara pada Hanim yang tekun mendengar.

Hanim membawa wajahnya memandang ke arah rimbunan bunga mawar merah disebelah kanan meja Zita Asyikin. Jambangan ini merupakan yang terbaru diterima pagi tadi. Entah siapa pula yang akan mendapat rezeki membawa pulangan jambangan ini hari ini. Saban hari tiap jambangan yang diterima Zita akan"didermakan" pada para staff tidak kiralah lelaki atau perempuan. Begitu juga dengan bingkisan coklat yang turut dihantar sama. Zita tidak pernah langsung membawa pulang atau menyimpan kembangan yang diterima, semuanya akan diberikan pada Hanim untuk diberikan pada staff-staff pejabat. Begitu juga dengan bingkisan coklat berkenaan. Sedikitpun tidak Zita "menjamahnya". Semuanya "didermakan" pada para staff. Hanim sendiri sudah beberapa kali membawa pulang kembangan juga coklat berkenaan. Seronok memanglah seronok hingga beberapa kali mengundang rasa cemburu sang tunangannya, maklum sahajalah dapat jambangan mawar yang pastinya mahal harganya juga coklat nan mahal begitu, siapa yang tidak teruja bukan. Namun Zita Asyikin dihadapannya ini langsung tidak terliur. Sedikit pun tidak biarpun kedua-dua ini hadir tanpa jemu diatas mejanya saban hari sejak dua bulan kebelakangan ini. Alangkah bertuahnya seorang Zita Asyikin!

"cik Zita memang tak tahu sungguh ke siapa yang hari-hari hantar bunga dengan coklat ni?" Hanim cuba menyelongkar. Mencari kepastian pada rasa yang singgah dibenaknya sejak mula. Dilihat Zita mengeleng perlahan.

"tak boleh nak agak langsung ker,kut kut la ada nama sesiapa yang pernah singgah di hati." Kepala Zita terus digeleng perlahan sambil mata terpejam seketika. Memang sungguh dia tidak tahu gerangan siapa yang membuat hatinya galau sebegini. Apa tujuan menerjah tanpa sebarang pembuka bicara, dia sendiri tidak tahu. Bingung.

"saya memang tak tahu Hanim. Ntahlah. Saya tak tahu apa motif orang ni buat macam ni pada saya."

"erk..cik Zita, kalau saya tanya soalan peribadi sikit boleh?" Wajah Zita redup memandang Hanim yang seakan serba salah.

"tanyalah Hanim.." senyuman terbit pada wajah manisnya.

"cik Zita tak syak bekas suami cik Zita ke yang buat bende ni?" Nafas dihela perlahan. Wajah dihalakan pada jambangan mawar disebelah mejanya. Jambangan yang indah diletakkan diatas meja oleh Hanim pagi tadi langsung tidak diusiknya.

"Dia tahu saya suka bunga apa Hanim."

"ooo..maksudnya cik Zita tak suka mawar merah la ye?" Kepala diangguk perlahan sambil tersenyum.

"jadi...ini kerja siapa pulak?"

"itu tugas awak Hanim. Saya mahu awak siasat. Gunalah apa cara sekalipun. Saya juga nak tahu siapa gerangan orangnya yang pemurah sangat menderma pada saya saban hari."

Hanim sudah menggaru-garu perlahan kepalanya.

* * * * * * *

"tak dapat kesan lagi siapa secret admirer you tu?" Kepala digeleng perlahan. "i dah mintak Hanim tolong siasat." Straw didalam gelas dihadapan disedut perlahan. Azhar melempar senyuman pada Zita. Zita sudah mengangkat kening.

"apsal you senyum-senyum pada i ni." Azhar terus tersenyum.

"hai..senyum pun dah tak boleh ke?" Senyuman Azhar makin lebar memandang wajah Zita yang sudah sedikit masam. Comel!

"i rasa kan Zita..."

"rasa apa?...you jangan ye pikir yang bukan-bukan Har. I tak suka tau." Azhar sudah ketawa kecil. Zita melempar jelingan kecil pada Azhar.

"peminat misteri you tu i rasa mesti somebody yang dah lama kenal you...somebody yang dah lama suka pada you dalam diam. Dan mesti somebody yang really a somebody." Zita sudah menarik straw dari bibirnya. Pandangan mata dihala pada Azhar yang sedang menggulung pasta didalam pinggan dihadapannya.

"you ni tambah menakutkan i la Har. Entah-entah you kut yang buat bende-bende ni, saja nak buat i panik...saja nak buat i tak tentu arah macam sekarang kan. Saja nak mengusik i kan."

Azhar sudah ketawa kuat hingga mengundang pandangan pengunjung lain yang hadir di Dome Bangsar. Lengannya sudah dicubit halus oleh Zita isyarat agar Azhar menghentikan perbuatannya itu.

" kalau i nak pikat u Zita, i tak guna cara konvensional macam tu la sayang...lambat. Buang masa dan duit je. Tak gentleman macam tu. I terus tanya direct saja. Tak payah nak bersastera..berbunga-bunga ni, lecehlah. " Zita sudah mencebikkan bibirnya. Pantas pipi halusnya dicubit perlahan oleh Azhar lalu mengundang jeritan kecil dari bibirnya.

"You tu kedekut. Malanglah siapa yang akan jadi girlfriend you nanti." Azhar sudah memandang tepat pada wajah Zita.

"so you rasa malanglah ye..." Pandangan mata tidak langsung berkelip. Masih dipaku terus pada wajah Zita yang sedang berkerut. Sedikit gundah kala ditenung tanpa kalis begitu.

"i..i...i.. bukan girlfriend you. Kenapa pulak i nak rasa macam tu."

"i nak you jadi girlfriend i Zita." Pandangan kedua-duanya berlaga. Nafas dikerongkong seolah rasa tersekat. Zita merasakan dadanya sedikit berombak.

"you taknak jadi girlfriend i Zita?" Azhar masih memaku pandangan pada Zita yang kian resah. Wajah Zita ditundukkan sedikit.

2 comments:

aqilah said...

wah......dasyhatlah azhar!!! straight to the point!!!

Anonymous said...

terbaek ahh azhar ni! :)
~acu~

Hati Ini Pilih Kamu

"Saya dah tak ada hak lagi nak duduk kat rumah tu." Rumah tu milik Zainal. Dan isyarat kak long yang humbankan beg pakaian aku be...