Thursday, February 18, 2010

Songket Hijau Buat Ku'a - Bab 18

Bab 18

Rasa macam tak percaya pula bila difikir-fikirkan keputusannya sebentar tadi. Pipi ditampar beberapa kali. Sakit. Maknanya memang dia berkeadaan sedar waktu memberi jawapan pada ajakan si teman cybernya itu. Tidak puas hati, dicubit pula pipi nya itu. Perit. Tangan masih erat menggenggam telefon bimbit. Direnung kembali gajet itu. Akalnya menerawang entah ke mana saat ini. Mata dipejamkan. Rapat. Kepala disandarkan pada kerusi. Nafas masih turun naik mengepung dada yang kian sarat dengan pelbagai terjahan soalan demi soalan yang perlu dijawab olehnya. Perbualannya bersama Azad di dapur kelmarin masih terngiang-ngiang di telinga.

"biar betul hang Ku'a?"

"betul la, apa pulak yang tak betulnya.."

"so, kira jadi la ni misi 1st date 2010 hang ya?"

"hmm...insyaallah jadi rasanya.."

"issh hang ni, dia tu ntah siapa-siapa je...ntah orang tak tidak...misi hang nanti jadi misi ke balai polis pulak.."

"la hang ni ke situ pulak, dia tu orang la...O.R.A.N.G !,bukan orang Bunian tau!...Dunia Bunian ada internet ke, ada handphone ke ha? apa la hang Azad!"

"eh, mana tau... kut kut ada kabel dia kat sana..haa!"

"mengarut dah hang tu!"

"ok....hang pasti ka mamat tu boleh percaya?"

"insyaallah, naluri aku memang kuat kata dia ok.."

"kalau naluri hang salah, macammana?"

"kalau salah, aku cha alif bot la mangkuk!"

"yelah tu cik kak, kalau sempat hang cabut..buatnya hang dah dipengsankan dulu camner..naya ooi Ku'a..naya!"

"issh, tak da la..hang doa-doakan la aku takda apa-apa. "

"apa-apa je lah...hang tu, jangan leka nanti...ingat ni!"

"ingat apa?"

"la budak ni, aku katuk kepala hang ngan penapis ni baru tau...ingat pesan aku ni, jangan pandang mata dia, nanti kena pukau pulak, hang tu dah la lemah semangat...sekarang ni macam-macam hal Ku'a jantan-jantan kat luaq sana tu punya perangai hang tau, ni kan langkah keselamatan untuk hang jugak."

"dah tu aku nak pandang apa, nanti dia ingat aku ni takut kat dia pulak, ala leceh la camtu Azad...buat malu aku ja nanti."

"pandang la kut lain mangkuk!..baju dia ka, tangan dia ka, jam dia ka... janji hang jangan sesekali pandang mata dia..malu apa ka benda. Eh, yang penting diri hang selamat ok, tolak tepi apa dia dok pikir pasal tu...pi kut dia la pun nak pikiaq apa, hang susah apa Ku'a..issh hang ni!"

"issh...takkan teruk sangat sampai lagu tu Azad?"

"hey hang tau dia lagu mana ka?...ikut ja cakap aku ni, toksah dok banyak cakap!"

Mata yang tadi terpejam dibuka perlahan-lahan. Kepala digeleng-gelengkan. Ku'a tersenyum kecil. Kerisauan yang melanda dirinya saat ini ini semua akibat terpengaruh dengan momokan Azad sejak dia memberitahu rancangan dan ajakan teman cyber yang baru dikenalinya itu. Pelbagai andaian dan teori yang dikemukakan teman akrabnya itu. Hendak tergelak pun ada bila mengenangkannya. Namun jauh disudut hati Ku'a tahu niat murni Azad. Azad bak pelindung dirinya. Penjaga yang paling setia. Peneman yang sentiasa sudi di sisi.

Jam pada sisi meja dilihat sekilas. Sudah waktunya dia pulang ke rumah untuk bersiap dahulu sebelum janji temunya petang ini. Telefon bimbit yang sedari tadi digenggam pantas dimasukkan ke dalam tas tangan. Sesaat hatinya bagai berbisik sesuatu. Kenapa tidak dia membawa Azad sebagai peneman. Sekurang-kurangnya dia selamat juga dari berdua-duaan dengan seseorang yang tidak dikenalinya. Telefon ditarik keluar. Ku'a berdiri mengadap tingkap di dalam bilik pejabatnya sambil tangan pantas menekan gajet di tangan mencari nombor teman cybernya itu.

"assalamualaikum." terdengar balasan salam di talian sebelah sana.

"ye awak?"

"awak..erk petang ni..."Ku'a tarik nafas perlahan-lahan.

"kenapa?, tak jadi ke nak jumpa ni...awak ada hal lain ke?" Ku'a sudah menggeleng-gelengkan kepala sambil tangan digoyang-goyang ke kiri dan kanan.

"eh, bukan bukan...jadi tu jadi..cuma boleh tak kalau...kalau..."

"boleh tak kalau? erk apa tu awak, saya tak faham..."

"boleh tak kalau nanti saya bawak sorang kawan temankan saya. Rasa macam tak elok kita keluar berdua-dua. Awak fahamkan maksud saya?" terdengar ketawa kecil dihujung talian sana. Dahi Ku'a sudah berkerut.

gelakkan aku la tu!

"sorry, awak jangan salah faham ye. Saya tak gelakkan awak, saya gelakkan diri saya. Yelah kut kut awak ingat saya ni spesies makan orang ke. Saya buat lawak je. Saya faham maksud awak. Ok gak tu idea awak, nanti saya bawak kawan saya jugak, barulah lengkap kan.."

"apa yang lengkap?'

"yelah kalau awak berdua, dan saya seorang kan macam ganjil ja...bertiga nampak macam tak selesai..berempat baru cukup ahli meja.."

"macam-macam awak ni.Oklah kita jumpa petang nanti,insyaallah..assalamualaikum."

"waalaikumsalam awak."

Ku'a sudah tersenyum lebar. Secepatnya nombor Azad ditekan.

5 comments:

ashida said...

chapter brapa aku nak masuk balik nihhh......

kucc_aprilsnow said...

shida -oit seronok "berlakon" nmpk, hikhikhik. Aku kena rombak skrip la gamaknya ni...takpa 3x, demi hang shida...dun wori, hehehe

ashida said...

ha.....ha....saja la...aku x sangka betoi la hang pandai menulih...dulu x lagu ni pun...hang tau dak azad la kat T'ganu...setempat ngan nick la pulakkkkk.....

kucc_aprilsnow said...

shida-walla dia kt sana ka?, aiseh kalau azad taw ni mampus aku kena lanyak ngan dia..wakakaka

nick d tmpt aku la weh... kt dia pursue Master..aku ada jumpa dia a fews time kt sini..dia dh ngemok la, hihikk...tp xrongak lg la...almaklum member sudah jd Timb. Ketua Pengarah..dasat wo nick..hahaha

ashida said...

baguih la...rezeki orggg....jumpa dia..kirim slam je laaa....nak kirim duit x mampu...hehehhh...
ni..hang tau dak..azad baca chapter 3 dia mogok teruih sbb hang kata dia keturunan mata sepet...hang cam x tau dia kan geng 'khan'...hidung tepacak tu...actually ku'a yg inform aku crita nih...member xcited gila...

Hati Ini Pilih Kamu

"Saya dah tak ada hak lagi nak duduk kat rumah tu." Rumah tu milik Zainal. Dan isyarat kak long yang humbankan beg pakaian aku be...