Tuesday, February 23, 2010

Rindu Semalam - Bab 38

Bab 38

Pasir pantai. Laut biru. Hijau pulau. Cahaya matahari yang berkilauan membiasi permukaan air laut. Bersinar-sinar.

Semua itu pasti akan mengingatkan Akhmal kembali pada dia...ya, dia yang telah jauh pergi meninggalkan dirinya. Meninggalkan Benjamin. Meninggalkan segala-gala kenangan yang pernah tercatat antara mereka bertiga. Kenangan yang akan tersimpan diujana hatinya hingga akhir hayat.

Ternyata dia masih belum kuat untuk menghadapi kehilangan itu. Buktinya... Kakinya masih tidak berupaya menjejak ke daerah itu semula. Daerah yang menyimpan banyak catatan peristiwa manis antara mereka bertiga. Ke sana bererti akan kembali menyulam imbauan kelmarin yang pastinya akan mengepam semula ritma degupan rindunya pada Suhana. Akhmal tak sanggup!

"kenapa Su suka sangat dengan laut...dengan pantai....dengan pulau?. Asal nak pergi bercuti aje mesti tempat-tempat yang ada kaitan dengan unsur air. Dari kecik Su macam tu...kan? " Akhmal memandang pada isterinya yang sedari tadi asyik memandang gelagat Ben bermain sambil tersenyum. Pandangan mereka bertaut.

"mungkin Su ni lahir kembar dengan air kut abang..."

Ketawa Akhmal berderai. Suhana turut ketawa melihat tawa besar Akhmal. Rengekkan Ben yang sudah tertiarap di atas pasir pantas menarik langkah laju Akhmal. Suhana turut bangun. Ben sudah dicepung Akhmal. Suhana menggosok-gosokkan perlahan belakang badan Ben sambil memujuk.

"ok ok, syyyy....sian anak mama...ala sikit je sayang . Ben papa ni kuatkan?"

Akhmal sudah mengusap kepala Ben yang tersedu-sedu dengan esak tangis di bahunya.

"Ben papa ni memang kuat mama...dah dah....sikit jer ni..."

"papa?"

"papa?"

"Papaaaa?" suara nyaring dan halus itu terasa dekat di telinga. Akhmal membuka mata. Sesusuk tubuh Benjamin sudah berdiri dihadapannya sambil tersenyum. Akhmal meraup kedua-dua belah tapak tangan ke mukanya. Tubuhnya yang tadinya terbaring disofa ditegakkan. Kepala anaknya itu dielus perlahan.

"kenapa papa tidur kat sini?"

"papa terlelap tadi sebab tunggu Ben. Hmmm, Ben baru sampai ye?" Anggukkan kepala Benjamin bersama sebuah senyuman yang menggambarkan satu kepuasan yang sukar diterjemahkan dengan kata-kata. Akhmal sedar akan kegembiraan anak tunggalnya itu. Raut wajahnya yang berseri-seri menceritakan segala-galanya.

"uncle Taufik dengan auntie Duha mana?"

"dah balik dah tadi lepas jumpa dengan nenek. Uncle Taufik suruh kirim salam kat papa. Dia nak kena hantar auntie Duha balik rumah dia. " Akhmal menganggukkan kepalanya. Salam dijawab dalam hati. Ben sudah mengatur langkah laju menaiki tangga ke atas sambil menyanyi riang. Akhmal hanya memerhatikan sahaja tingkah langkah Ben. Nafasnya dihela perlahan lalu dilepaskan.

Malam yang kelam. Tiada kerdipan bintang-bintang. Tiada payungan cahaya purnama. Angin yang bertiup sedikit deras menyapa tubuhnya yang sedari tadi asyik mendongak ke langit gelap dari arah balkoni biliknya . Kain pelikat yang dipakai sesekali terbuai dengan tiupan sang angin malam. Tubuh yang berbalut baju melayu teluk belanga rona firus didakap erat oleh kedua-dua belah tangan.

Soalan Ben sewaktu makan tadi kembali menerjah minda. Mengasak disetiap dinding hatinya. Mata ibunya yang memandang sayu meruntun jiwa lelakinya. Bukan persoalan mengapa atau kenapa tapi...aaaghhhhhh! Akhmal terasa ingin menjerit sahaja saat ini.

"mengapa auntie Duha nak kahwin dengan uncle Taufik, papa?...mengapa auntie Duha tak kahwin dengan papa?...kenapa papa tak kahwin dengan auntie Duha?. Papa tak suka auntie Duha? "

Jeda. Air liur yang sudah terkepung di kerongkong hanya mampu ditelan. Mulut mungil itu terus petah berbicara.

"auntie Duha tu macam mama ...cantik macam mama, baik macam mama...sayang Ben macam mama sayang Ben. Papa, bolehkan papa kahwin dengan autie Duha?. Ben sayang auntie Duha. Papa kahwin la dengan auntie Duha. "

Rambut yang melorot ke dahi diseka dengan jari. Dikuak ke belakang. Akhmal sudah tersandar pada dinding di balkoni. Mengapa harus dia dihadapkan dengan situasi nan hebat ini. Kasihan kala mengingatkan wajah mengharap Ben.

Kalaulah kamu tahu apa yang ada dalam hati papa ini Ben...

4 comments:

epy elina said...

hohoho....
brat prmntaan ben...
pe pun nak duha ngn taufik...
x nak ngn ikhmal...
nak crta fik ngn duha...
x sbr nak dorng kawen...

iyads said...

a'ah..nk duha ngn taufik..
xmo ngn akhmal..
can't wait 4 them 2 get married (duha + taufiq)..

Anonymous said...

kucc...
sayu bila ben menyoal papanya..

Iffahnazifa said...

oh no!
Nk Duha ngan Fik gak.
Biar la dorg kawen.

Hati Ini Pilih Kamu

"Saya dah tak ada hak lagi nak duduk kat rumah tu." Rumah tu milik Zainal. Dan isyarat kak long yang humbankan beg pakaian aku be...