Monday, April 13, 2009

Bila Cinta Bicara - bab 10

Bab 10

Bola matanya sedari tadi leka menyaksikan renangan ikan- ikan kap Jepun yang jinak di dalam kolam buatan di pinggir rumah abang longnya itu. Kolam yang dibina khas buat kak long itu cukup mendamaikan jiwa sesiapa saja yang melihat. Sentuhan kreativiti abang long memang sangat hebat. Sesekali tangan Echa mengacah ikan-ikan yang asyik berenang. Benarlah bagai dikata dan seperti yang disarankan haiwan belaan seperti ikan juga kucing adalah terapi minda yang cukup berkesan. Bermain-main bersama-samanya mampu menerbitkan elemen kedamaian dalam diri seseorang. Ketenangan yang meresap jauh ke jiwa itu bagai memberikan satu kenikmatan yang sukar diterjemahkan. Sukar dilafazkan dengan kata-kata.

Echa mengatur langkah ke tepi kolam lantas melabuhkan duduknya pada sebuah kerusi kayu panjang di situ. Dia merenung jauh....jauh ke kaki langit nan biru...minda bagai mengerti....Echa teringat kembali pertemuannya kelmarin bersama ketuanya di pejabat. Kedatangannya lewat pagi kelmarin disambut gembira oleh semua rakan-rakan model di NINA's Model Agency juga pekerja-pekerja di situ terutama sekali Puan Sri Nik Nur Amalin. Echa lihat ketuanya itu seperti ingin menangis melihat kehadirannya di kala itu. Echa tahu. Echa faham apa yang ada di minda ketuanya itu saat itu. Echa tidak sesekali menyalahkan ketuanya itu. Saat ketuanya memeluk erat tubuhnya, dia dapat melihat titisan air yang menuruni tubir mata galak milik ketuanya itu. Dia membalas pelukan tersebut. Erat sekali. Mata-mata disekeliling yang menyaksikan turut sama terharu. Turur sama mengalirkan airmata.

"Echa...welcome back my sweet heart...aku missed kau so much taw pompuan..."

"yeah...we missed you so so much darling...really missed you!"

"aku pun rindu kat kau beb....rindu sesangat..."

"a'a...aku pun ingat kat kau selalu Echa...gembira tengok kau dah balik ...mesti best lepas ni kan bila kau ada sama..."

Echa tersenyum manis mendengar luahan mereka. Echa bersalaman dan saling berpelukan dengan setiap rakan model juga kakitangan NINA's Model Agency yang ada disitu.

"ooopps...Joe, ngan kau tak boleh peluk-peluk ok...haram tau, nanti dosa..."

Echa tergelak melihat Joe, si lelaki lembut pembantu peribadi ketuanya itu mencebik bibir sambil melempar jelingan padanya. Semua yang ada turut ketawa dengan aksi Joe.

Deruman bunyi kereta yang secara tiba-tiba melalui hadapan rumah abang longnya, mengejutkan lamunan Echa...issy, macam pelesit tanah bawak kereta!. ..rengusnya...marah sedikit bila lamunannya terganggu. Dia menjenguk memerhatikan arah kereta tadi...ooo, orang hujung sana rupanya...orang baru agaknya, nak tayang kereta dia la tu..eleh, tak heran!. Echa bangun dari duduknya lalu mengatur langkah masuk ke dalam rumah. Dia melontar pandangannya ke dalam rumah. Kosong. Sunyi. Sepi. Beginilah rutin penghuni di rumah ini setiap hari. Semuanya terikat dengan jadual masing-masing. Echa maklum itu. Jika bernasib baik, ada yang pulang awal, dapatlah dia teman berbual...teman bertekak bak kata mak. Pintu dikunci. Dia ingat pesanan abang long pagi tadi yang berkali-kali mengingatkan Echa agar mengunci pintu jika tinggal berseorangan di rumah...kata abnag long lagi macam -macam kejadian sekarang ni, malang hadir tanpa diduga ...tanpa diundang dan kadangkala kerana kecuaian diri sendiri padah menimpa. Dia menghela nafas perlahan-lahan lalu membuka aturan langkah kaki menuju ke tangga untuk ke biliknya di tingkat atas.

Tombol pintu bilik di pulas perlahan-lahan dan selepas memboloskan diri pintu ditutup rapat. Echa mengatur langkah ke katil. Tubuh kurus tingginya itu dilontar ke tilam empuk yang bersalut cadar ungu muda bercorak petak segi empat. Matanya yang berkelip-kelip menerawang permukaan siling kosong di atas yang berwarna putih. Putaran peristiwa dari lipatan mindanya bagai kembali menarik ingatannya semula pada kisah pagi tadi di pejabat..

Sedang Echa enak bergelak ketawa dan berbual bersama rakan-rakan di pejabat, dia melihat ketuanya memberi isyarat agar dia ke biliknya. Echa mengangguk kepala tanda faham lalu perlahan meninggalkan rakan-rakan yang masih asyik menjamu selera dan bercerita. Dia mengatur langkah ke bilik Puan Sri Nik Nur Amalin. Pintu diketuk penuh sopan lalu dipulas tombol besi untuk masuk kedalam.

Puan Sri Nik Nur Amalin yang bagai sudah sedia menanti kehadiran berdiri di tepi pintu lantas menarik tangan Echa menuju ke sofa hitam berangkai yamg terletak di sudut bilik yang tersergam indah itu. Masing-masing melabuhkan duduk. Tangan Echa masih digenggam erat ketuanya itu. Dia melemparkan senyuman. Echa turut tersenyum. Manis. Echa dapat melihat ketuanya itu bagai ingin menyatakan sesuatu yang sedang sarat menekan dada. Helaan nafasnya yang bagai tidak tenteram membuktikan telahaan Echa.

"Puan Sri...Puan Sri ada masalah ker?" Echa cuba memecah keheningan suasana antara mereka berdua. Echa melihat ketuanya itu memejamkan mata sambil menundukkan kepala. Echa cuba membalas genggaman tangan ketuanya itu untuk memberi isyarat dia sedia berkongsi rasa yang sedang melanda ketuanya itu. Puan Sri mengangkat kepalanya perlahan-lahan, membuka kelopak mata yang dipejam seketika tadi. Matanya beradu dengan mata Echa. Echa lihat bagai ada genangan air yang mula terbit dari tubir mata galak ketuanya itu.

"Puan Sri....kenapa ni?" terbit rasa hairan pada Echa. Ketuanya itu menangis!

"Echa...saya...saya tak tahu nak cakap macam mana tapi saya mohon maaf banyak-banyak pada Echa...saya rasa bersalah...bersalah sangat-sangat....saya ni memang kejam kan Echa?...saya manusia yang mementingkan diri sendiri."

"Puan Sri...."

"biar saya habis cakap dulu Echa...kalau tidak hati dan jiwa saya tak tenteram..."

Echa diam tidak berkutik. Dia ingin memberi ruang pada ketuanya itu agar bertenang dan mendapat kekuatan untuk meneruskan bicaranya.

"Echa...mungkin apa yang bakal saya katakan ini nanti akan memeranjatkan awak...dan jika selepas mendengarnya saya akan terima segala amarah, pandangan dan tanggapan awak pada saya...saya tahu saya bersalah maka sewajarnya saya mendapat pembalasan sedemikian...saya...saya malu dengan berhadapan dengan awak Echa."

Echa mengerut dahi. Tidak mengerti dengan kata-kata ketuanya itu. Dia memandang tepat pada kolam mata Puan Sri Nik Nur Amalin yang sudah mengalirkan air mata.

"Puan Sri....saya...saya tak faham...kenapa ni?"

"Echa...saya....saya....saya sebenarnya ada kaitan dengan apa yang menimpa hubungan awak dan Aidil...maafkan saya Echa...maafkan saya."

"Puan Sri...."

Dada Echa bagai dihempap batu besar!.

4 comments:

Miss Kira said...

hah???
reaksi bila bca..
napa pendek sgt..
cpt la smbg n bg panjang2 skit

::cHeeSeCaKe:: said...

btul ckp miss kira..
sy pon hahhh?
skit sgt..ehehe..

kucc_aprilsnow said...

miss kira & cheesecake,
hehehe, sabo2 ye..cite kucc ni xder draf beb...aci tangkap aje bila dia lalu kt kpala ni...

aqilah said...

aahlah dik. sikit sangat. lain kali kalau tangkap, tangkap byk2 sikit. he...he...... jgn mare........... apapun, i follow......................

Hati Ini Pilih Kamu

"Saya dah tak ada hak lagi nak duduk kat rumah tu." Rumah tu milik Zainal. Dan isyarat kak long yang humbankan beg pakaian aku be...