Friday, April 10, 2009

Bila Cinta Bicara - bab 9

Bab 9

Matahari yang masih malu-malu di ufuk timur pagi itu bagai memberi sinar baru dalam hidupnya. Echa yang selepas solat suboh tadi begitu asyik menghirup udara dari balkoni biliknya di tingkat atas rumah abang longnya itu . Dia lantas menyelak luas-luas tenda putih susu berbunga kuning yang menutupi pintu yang memisahkan balkoni dan biliknya. Selepas mengemaskan biliknya, dia memperkemaskan dirinya di hadapan cermin. rambut coklat pekatnya yang panjang itu disisir lalu di tocang seperti ekor kuda. Dia mahu ke pejabat pagi ini. Dia sudah menghubungi ketuanya itu kelmarin. Ternyata Puan Sri Nik Nur Amalin begitu teruja dengan kepulangannya. Tidak sabar katanya. Rindu katanya pada Echa. Banyak job sedang menanti Echa katanya lagi. Echa berdoa semoga segala-galanya akan berjalan dengan baik.

Langkah diayun ke tingkat bawah. Dia mendengar bunyi dari dapur. Ada bau yang sangat harum sedang menggoda rongga hidungnya. hmmm..sedapnyer. Jam di didinding di pandang sekilas...7.30 pagi. Dia sudah tersenyum. Kaki dijengkit perlahan-lahan menuju ke dapur dan tatkala matanya terlihat seseusuk tubuh comel yang sedang lincah mengacau sesuatu di dalam kuali....

"kak longgg..."

Dia ketawa melihat tubuh comel itu mengurut dadanya sambil mengacah ingin mengetuk kepalanya dengan sudip di tangan kanannya.

"adikkk...terperanjat kak long. nasib baik tak terlangkup kuali ni tadi...nakal sungguh la adik ni tau."

"ala itu pun nak terperanjat...tak brutal la kak long ni...tu baru sikit jer tau."

"banyaklah adiknya brutal... ni dah bersiap cantik ni adik nak gi mana?"

"adik nak gi office jumpa boss la kak long. Dia suruh adik datang hari ni. Ada banyak job offer untuk adik katanya...so dia nak bincang ngan adik hari ni..."

Echa hanya tersenyum melihat telatah kakak ipar sulungnya itu. Kak long memang ringan tulang. Pasti ada sahaja hidangan sarapan pagi dari air tangannya untuk abang long dan 2 lanun Tanjung Bidara yang disebut abang long turut sama menghuni di dalam rumah ini. Sekarang ni dah tambah sorang lagi lanun...hehehe.

"adik dah ready nak keje ker ni...kalau tak ready, rehat la dulu kat rumah....jangan terburu-buru ye..ada apa-apa adik leh bincang ngan kak long...i'm alway here for you..."

Echa senyum sambil memandang Humairah yang turut memandang padanya. Terima kasih kak long, bisik Echa.

"kak long...ada masak sambal tumis sotong tak?...lama dah adik tak makan sambal tumis sotong buatan kak long...rindu laa kak long....kak long masak best giler macam mak gak...ada kick tau."

Humairah yang sedang sibuk membasuh timun di singki berpaling pada Echa yang sedang membantunya mengoreng ikan bilis. Dia memandang telatah adik ipar bongsunya itu memegang sudip dengan pelbagai gaya dan aksi. Siapa sangka wajah ceria yang suka ketawa dan tersenyum di tambah gelagatnya yang gila-gila menyimpan episod lara dalam hatinya.

"mesti laa ada...kak long dah siap masakkan malam tadi lagi...kak long tau favourite adik, mana leh makan nasi lemak takder sambal sotong kan...tu dalam periuk yang bertutup kat atas dapur tu adik tolong cedukkan masuk dalam piring and letakkan atas meja ye...kak long nak potong telur rebus, timun ngan sendukkan nasi lemak ni haa..."

"ai ai madam..."

Echa pantas mencapai piring, menyendukkan sambal sotong dari dalam periuk kemudian memasukkan ikan bilis yang sudah siap digoreng ke dalam piring. Tatkala Echa mencapai pinggan makan untuk disusun dimeja dia berpaling pada kakak iparnya itu.

"abang ngah ngan alang lang ada ker kak long...adik tak nampak pun diorang malam tadi."

"ada...diorang balik lewat...katanya kena gi awal ke office pagi ni, dua-dua ada meeting...adik lepas tu tolong ketukkan pintu 2 jejaka hensem malaya tu ye..kang tido mati lak...terbabas meeting, naya nanti..."

Echa sudah tersenyum sambil ketawa kecil selepas mendengar pesanan kak long....hmmm ini ada peluang baik. Didalam kepala Echa sudah merangka sesuatu....jaga abang ngah, jaga abang lang....hutang tembaga dulu belum dibayar bro...hehehe

Tatkala berpapasan dengan abang longnya ditangga, Echa masih tersenyum senyum...Amir Hamzah mengerutkan dahi...adik ni dua macam aje gaya senyum dia, mesti ada apa-apa ni...adik ni bukan leh percaya sangat kepala dia...ada aje idea dia.

"assalamualaikum..pagi sayang...hmmm sedapnya bau nasi lemak ni, dari atas dah menggoda abang."

Sapaan Amir pada isterinya dibalas dengan senyuman manis dari Humairah. Amir menarik kerusi di meja makan lantas melabuhkan duduknya di situ.

"waalaikumsalam...pagi to you too abang...hmm nak makan sekarang or nak tunggu yang lain sama...Mai tak rush pagi ni, still can wait for angah and alang..."

Humairah membawa teko berisi air kopi yang sudah siap dibancuh lalu diletakkan di sudut meja. Dia turut melabuhkan duduknya bersebelahan Amir Hamzah. Dia mencapai camca kosong yang sudah terletak di kanan Amir lalu menuangkan air kopi tersebut lalu meletakkannya semula.

"abang pun....takper kita makan slow-slow ye sayang sementara tunggu diaorang turun...hmm adik tu apsal, abang tengok masa selisih kat tangga tadi senyum-senyum..semacam aje...sayang suruh adik buat apa?"

Amir Hamzah menyambut pinggan berisi nasi yang disenduk isterinya lantas menadah tangan membaca doa makan. Humairah turut sama mengangkat tangan mengikut perlakuan suaminya.

"mai suruh adik kejutkan angah sama alang...takut diaorang terbabas tido abang...kan malam tadi dia pesan suruh kejutkan...pagi ni ada meeting katanya..."

Amir Hamzah mengangguk-angguk kepala lantas menyuap mulutnya dengan nasi.

"adikkkk..........jaga ye....memang nak kena adik ni. Abang lang tak kira."

"adik....apa ni....basah laa katil abang ngah....adikkkk."

Jeritan nyaring dari atas berserta gelak ketawa Echa yang bergema membuatkan Amir Hamzah menggeleng-geleng kepala. Humairah sudah ketawa sambil memandang suaminya. Adik...adik...tak sudah-sudah mengenakan orang. Ada saja akalnya yang nakal itu.

No comments:

Hati Ini Pilih Kamu

"Saya dah tak ada hak lagi nak duduk kat rumah tu." Rumah tu milik Zainal. Dan isyarat kak long yang humbankan beg pakaian aku be...