Tuesday, April 21, 2009

Bila Cinta Bicara - bab 12

Bab 12

Kata orang tua-tua kita mampu merancang....merancanglah apa sahaja hatta benda yang tak masuk akal sekalipun tapi jika Dia mengizinkan maka pasti akan terlaksana...Kun fayakun tapi jika Dia tidak mengizinkan maka tiada daya untuk kita insan-insan yang kerdil ini untuk mempertikaikan keputusanNya walau sebesar gunung sekalipun usaha yang kita lakukan untuk memastikan perancangan kita itu berjaya...hakikatnya, kita harus...bukan harus..wajib akur dengan segala apa yang ditentukan olehNya kerana pasti ada tersembunyi hikmah dalam kejadian yang tersurat. Macam Echa sekarang ni...tidak pernah terlintas atau paling tepat telah bertekad dengan sesungguhnya untuk tidak sekali-kali berhubung dan menjejakkan kaki ke rumah ahli keluarga Aidil. Itu janji yang telah Echa pahatkan dalam hati...janji yang dulu telah Echa beri pada seseorang...tapi Echa lupa agaknya tentang satu perkara pada masa itu; bahawasanya Echa ini cuma manusia biasa...Echa hanya mampu merancang, mampu berjanji di mulut...dan hari ini Echa bagai telah mengingkari lafaz janji tersebut tatkala sepasang kaki nan tirus ini melangkah masuk ke dalam kawasan yang dulu sudah dipetakan dalam minda sebagai tanah larangan... langkah bagai ditarik-tarik untuk terus diayun ke dalam banglo nan tersergam indah ini.....istana milik Engku Noor Zubaidah yakni mak long kepada Aidil. Langkah Echa ke sini sebenarnya demi memenuhi sebuah jemputan yang tidak dapat ditolak. Jemputan yang cukup istimewa dari seorang insan yang sangat-sangat mengharapkan kehadiran Echa di sini. Echa tidak tega menghampakan harapan tersebut walaupun hati serasa berat sekali saat undangan itu hadir lewat pertemuan mereka kelmarin...

"Echa..."

" a...aw..awak.. erk Engku Aidil."

"apa khabar?"

" ba..baik, alhamdulillah."

Mata mereka saling bertaut. Aidil memandang sayu kewajah yang sangat dirindu itu. Echa melarikan bola matanya ke arah Humairah yang berdiri di sebelah. Lakonan sebabak yang ditonton mata-mata di sekeliling.

"ehemmmm...."

"erk Mak Long maaf... kenalkan, inilah Echa...Aishah Kesuma yang Aidil ceritakan tu....yang sebelah Echa tu kak Humairah, isteri abang sulung Echa....ini mak long saya, Engku Noor Zubaidah...kak Mai apa kabar?"

Humairah menganggukkan kepala dan tersenyum pada Aidil. Echa menghulur tangan pada wanita anggun dihadapannya itu namun tubuh kurusnya pula yang ditarik ke dalam dakapan. Kejap terasa saat tubuhnya didakap. Kedua-dua pipinya kemudian dikucup lembut. Echa hanya kaku membiarkan diri diperlakukan begitu. Saat dakapan dileraikan, kedua-dua lengannya dipegang lalu wajahnya direnung wanita yang dipanggil mak long oleh Aidil tadi. Senyuman manis terukir dibibirnya yang merah delima. Echa cuba membalas senyuman itu dalam keadaan dirinya yang masih terkejut...terasa pijar wajahnya direnung begitu. Malunya!

"akhirnya dapat juga mak long berjumpa orangnya Aidil...ya tuhan, cantik betul dia..."

Humairah menghulurkan tangan. Disambut lembut dan mesra oleh wanita anggun itu sambil tersenyum. Humairah juga tersenyum.

" Mari duduk dengan kami di sini...Aishah, Humairah..."

"Aishah Kesuma suka orkid?" Pertanyaan yang keluar dari mulut wanita bangsawan itu mengejutkan Echa dari keasyikkannya melayan lamunan sambil mata serta tangan membelek bunga-bunga orkid di taman itu yang berwarna-warni...aduh cantiknya orkid-orkid di sini, mak mesti suka ni, hati Echa berbisik sendiri.

"suka Engku Zubaidah...suka sangat sangat."

"issy, tak payah la berengku-engku dengan mak long ni Aishah...panggil mak long aja...sedap bunyinya..iye tak?"

Wanita bangsawan yang masih anggun biarpun sudah dipanjat usia itu tersenyum memandang Echa sambil menganggukkan kepala. Echa turut senyum. Mereka berbalas senyum.

Aduhai, apa sudah jadi dengan lafaz janjimu dulu Echa...tak ingat?...dah lupa ke apa yang telah terjadi pada dirimu wahai Echa...masih mahu lagi menjalin hubungan dengan orang-orang begini...bodoh betul la kamu ni!

biarlah...lagipun dia yang sungguh mengajak...kan tak baik menghampakan harapan orang...lagi lagi orang yang baik macam mak long ni...dia lain dari orang-oran tu...Tuhanpun takkan marah la kalau mungkir janji sebab ni!

alasan...!

mana ada...ini hakikat!

dasar kepala besi tahan karat macam tu laa...tak serik serik!

cakap la apa pun...

Lantak laa..jangan menyesal sudah!

insyaallah tidak...

kunun...tengoklah nanti!

"Aishah...mari kita masuk ke dalam...dah mula panas kat taman ni..."

Echa mengekori langkah Engku Zubaidah yang mengamit dirinya menerusi ekor mata dan senyuman manis untuk ke masuk ke dalam banglonya. Engku Zubaidah menarik tangan Echa lalu digenggam erat. Langkah diayun bersama ke ruang tamu yang mendamaikan sekali dengan biasan warna putih susu di dinding, lukisan-lukisan yang terlekat di dinding batu tak bernyawa itu dengan padanan warna yang sangat sekata juga perabot-perabotnya cukup membangkitkan rasa kekaguman pada mata yang melihat...langsir yang kuning cair bercorak tulip kecil berwarna merah jambu lembut nampak begitu menyejukkan mata. Barangkali secantik ini juga lah hati tuan yang menghiasnya.. bisik hati kecil Echa sambil mata masih enggan beralih dari menjamu pemandangan nan indah di ruangan itu. Tatkala tangannya terasa ditarik untuk duduk di salah sebuah sofa di situ, dia bagai tersipu bila menyedari kelakuannya yang tadi menjadi santapan mata tua Engku Zubaidah. Anehnya wanita itu hanya tersenyum manis melihat telatah Echa yang bagai sang koala ynag termalu tatkala dirinya direnung!...apalah kamu ni Echa, coverlah sikit, nampak betul macam jakun la, buat malu aja taw!

"maaf Engku...makanan dah sedia, mahu dihidangkan sekarang?"

"ooo dah sedia ye...Yam bolehlah hidangkan sekarang ye...terima kasih."

"baik Engku."

"mari Aishah..kita makan dulu...mak long dah suruh mak yam masak istimewa untuk tetamu mak long yang sorang ni...mak long taw Aishah punya favourite apa tau, Aidil yang beritahu mak long Aishah suka makan apa...sambil tu boleh kita bercerita panjang ye...mak long nak bercerita macam-macam dengan Aishah...mak long pun nak kenal Aishah, nak dengar cerita Aishah, cerita keluarga Aishah..boleh kan?."

Echa hanya mampu tersenyum sambil memandang wajah lembut dihadapannya itu...namun didalam...di ruang paling dalam tempat bersemayam hatinya...rasa yang bergolak itu, hanya Dia yang tahu!

No comments:

Hati Ini Pilih Kamu

"Saya dah tak ada hak lagi nak duduk kat rumah tu." Rumah tu milik Zainal. Dan isyarat kak long yang humbankan beg pakaian aku be...