Friday, April 17, 2009

Bila Cinta Bicara - bab 11

Bab 11

"Jom laa kak long kita gi makan kek...takpun makan brownies....jom laaa."

Rengekan Echa menghentikan tangan Humairah yang sedang menjemur pakaian di ampaian. Dia membalas rengekan Echa dengan senyuman lalu meneruskan kerja menjemur pakaian. Dia dapat melihat wajah cemberut adik iparnya itu...adik, adik. Humariah membawa bakul kosong bekas mengisi pakaian yang sudah dijemur tadi ke dalam rumah. Echa mengekori pantas langkah Humairah dari belakang lalu memeluk bahu kak iparnya itu.

"kak long...jom la kita gi....nanti kak long leh gi shopping sama..kan kak long kata nak beli tudung baru...so lepas kita gi makan tu kita round-round la cari tudung kak long...boleh ek kak long?"

Humairah memandang wajah mulus adik iparnya itu. Dia mencubit lembut pipi gebu itu lalu memuncungkan mulutnya ke arah Amir Hamzah yang sedang membaca akhbar di ruang tamu. Echa tersenyum sambil mengenyitkan mata sambil memberi isyarat "ok" pada kak iparnya itu.

"abang long....adik nak kidnap buah hati abang long jap boleh?"

Amir Hamzah merenung wajah isterinya sambil mengangkat kening. Humairah sudah ingin ketawa melihat gelagat suaminya lalu dia berpura-pura mempamerkan riak terkejut sambil mengangkat bahu..konon-konon tak tahu dengan apa yang Echa sedangkan rancangkan!. Bagai tidak puashati dengan isyarat isterinya yang dirasakan cuba mempermainkannya, Amir Hamzah membulatkan mata memandang isterinya...nak tipu kita la tu, amboi... jaga awak ye cik Humairah!

"Adik nak bawa kak long gi mana ni..."

" adik nak ajak kak long gi berpoya-poya jap abang long....dah lama lah tak buat aktiviti ni...sorang-sorang tak syok laa...ada geng baru best...kan kak long?"

Echa sudah mengenyitkan mata pada Humairah yang sudah mengambil tempat duduk di sebelah Amir Hamzah. Amir Hamzah dapat melihat reaksi kedua-dua mereka. Amir Hamzah memusingkan badannya lalu memandang isterinya sambil tersenyum manis...hmmm takper, nak main-mainkan kita ye...

"hmmm....takat berpoya-poya abang long no hal laa adik...sayang, malam nanti abang pun nak gi berpoya-poya gak la, abang pun dah lama tak buat aktiviti riadah ni, bagus jugak untuk kecergasan minda dan kesihatan badan kan...sayang tentu tak kisah kan?"

Echa sudah memusingkan badan lalu mengatur langkah ke dapur sambil tersenyum-senyum. Dari kejauhan dia terdengar bunyi jeritan suara abang long...padan muka abang long!

Sambil memeluk lengan Humairah langkah mereka berdua diatur dari satu kedai ke kedai yang lain di Pusat Membeli Belah Mid Valley. Sudah hampir dua jam mereka berdua berpusing-pusing di situ. Di kiri kanan tangan sudah terjinjit beberapa bungkusan beg kertas yang terisi barangan yang dibelli. Echa bagai tidak mahu berhenti membeli... dan Humairah hanya mengikut sahaja rentak langkah adik iparnya itu sambil menggeleng-gelengkan kepala...tak penat ke adik ni, kaki kita macam nak tercabut dah ni dia tambah cergas pulak!...alahai adik, kak long dah tak larat ni...jom la kita berhenti sekejap, rintih Humairah dalam diam.

Echa menoleh ke wajah kakak iparnya itu. Dari air muka dapat dilihat akan darjah kepenatan yang tersimpan namun tidak diluahkan padanya...dia tahu kakak iparnya itu memang baik...tidak akan sesekali membuat Echa berasa tidak sedap hati atau rasa bersalah. Dia akan sentiasa berusaha membuat Echa rasa gembira...akan sentiasa berusaha membuat Echa rasa disayangi.

"kak long penat ye..sori kak long...jom jom kita masuk kat Domino's Pizza...kak long suka makan Domino's Pizza kan..."

Humairah menghentikan langkahnya sambil memandang Echa. Dia mengerutkan dahinya.

"adik kan kata nak makan kek...nak makan brownies?"

Echa menghampiri Humairah lalu memaut lengannya sambil tersenyum.

"kita makan main course dulu la kak long...desert tu karang laa ye...ok?"

Humairah sudah ketawa kecil sambil menggeleng-gelengkan kepala. Echa sudah tersenyum sambil mengenyit mata. Makin besar ketawa Humairah...adik adik, ada ada aje dia.

Echa sudah menarik tangan Humairah menuju ke lif untuk turun ke paras bawah. Mereka mengatur langkah ke Restoran Domino's Pizza. Sambil berbual-bual sesekali mereka ketawa...tatkala sampai di depan restoran mereka beriringan masuk sambil menuju ke meja kosong di penjuru kiri ...

"Echa..."

Echa & Humairah saling berpandangan sambil menoleh ke meja dibelakangnya di mana arah suara tadi datang...dan tatkala terpandang seraut wajah itu nadi Echa sudah bagai terhenti!

No comments:

Hati Ini Pilih Kamu

"Saya dah tak ada hak lagi nak duduk kat rumah tu." Rumah tu milik Zainal. Dan isyarat kak long yang humbankan beg pakaian aku be...