Wednesday, May 11, 2016

Akulah PEREMPUAN Yang Kau Singkirkan


“SEKIRANYA SAYA mempunyai kekasih lain atau mahu berkahwin dengan perempuan lain maka jatuhlah talak satu ke atas isteri saya." Ustaz Azman angguk kepala. Puas hati dengan lafaz tambahan yang usai diucapkan pengantin lelaki ini. Lafaz yang diminta sendiri oleh pengantin ini untuk ditambah dalam lembar lafaz ta’liq. Beberapa saksi dari pihak masjid dan keluarga pengantin lelaki ikut mengangguk sama.

“Sila tandatangan pada dua salinan dokumen yang Encik Azhad pegang tu.” Ustaz Azman beri arahan. Azhad toleh ke sebelah. Mata terhala pada Khairil. Khairil yang faham, tarik pen hitam yang tersangkut di saku baju melayu. Azhad capai pen yang dihulurkan Khairil. Pena hitam ditenyeh pada helaian kertas yang dipegang. Dihulurkan lembar kertas yang tertera perkataan lafaz ta’liq yang sudah ditandatangani pada Ustaz Azman, jurunikah yang mengetuai majlis malam ini. Lembar kertas disambut tenang oleh Ustaz Azman. Tangan Azhad dijabat. Erat. Senyum terukir mekar di bibir kedua-duanya.

“Alhamdulillah. Tahniah. Selamat pengantin baru Encik Azhad Nufail dan isteri. Jaga isteri baik-baik ye. Layan isteri elok-elok. Ingat ta’liq yang dah lafaz tadi.” Azhad angguk. Faham dengan makna kata-kata lelaki separuh umur di hadapannya ini.

Azhad toleh ke belakang. Jo yang bersimpuh tenang di sebelah mama direnung. Senyum dihulur. Azhad lihat Jo tersenyum. Manis sekali.

I dah tunaikan janji I pada you, Jo.




4 comments:

Ehem said...

Pergh. Tercicir pulak.

kucc_aprilsnow said...

sini dpt baca dulu ler.

Unknown said...

Wah....dapt jugak Azhad kawen ngan Jo ek....
Haaa...dgr tu pesan rok kadi....

Unknown said...

Wah....dapt jugak Azhad kawen ngan Jo ek....
Haaa...dgr tu pesan rok kadi....

Hati Ini Pilih Kamu

"Saya dah tak ada hak lagi nak duduk kat rumah tu." Rumah tu milik Zainal. Dan isyarat kak long yang humbankan beg pakaian aku be...