Thursday, October 3, 2013

Kerana Cinta Itu Ada Saktinya- Bab 5

Bab 5
"DADDY.."
         "Yes, sayang."
         "Kita makan burger boleh tak daddy?"
          Fazwan angguk. Senyum. " No problem, sayang."
          Dian jala senyum lebar menghala bebola matanya yang cantik ke arah Fazwan. "Thank you, daddy. I love you." Dian sandar kepala ke lengan sasa Fazwan. Fazwan geleng kepala. I love you too sweetheart.
          "Daddy..."
          "Hmmm..."
          "Daddy nak dengar tak satu secret teacher Aida."
           Fazwan kerut dahi. Mata menjunam ke bawah. Wajah comel Dian yang mendongak ditatap.
          "Secret about teacher Aida?"
           Dian angguk. Senyum dibibir mungil terjurai.
           "Secret about what sweetheart?"
          Dian elus lengan sasa Fazwan. Kepala yang terlentuk di lengan kini berpindah ke tubuh Fazwan pula. "Daddy tau tak teacher Aida tadi tu kan nama dia panjang macam nama Dian jugak." Dian angkat kepala dengan melontar kerdipan dari sepasang matanya yang bulat bercahaya menghala ke arah Fazwan yang tenang bersandar disebelah. Dian tengok daddy dari masuk dalam kereta tadi asyik senyum sahaja. Dian tak tahu sebab apa. Mungkin daddy happy sebab dah cakap sorry kat teacher Aida tadi lepas marah teacher Dian tu semalam.  Dian tengok tadi masa daddy cakap dengan teacher Aida, teacher Aida senyum dan daddy ketawa. Daddy memanglah orangnya baik  tapi Dian tak tahu sebab apa pulak semalam daddy tiba-tiba boleh marah teacher Aida. Nasib baik teacher Aida tu baik. Dia tak marah pun daddy.  Apa-apapun Dian seronok sangat hari ini. Hati Dian sedang girang mencecah awan kerana daddy dah janji malam tadi nak bawak Dian beli koleksi terbaharu Barbie Doll yang Dian lihat di Mid Valley hujung minggu lepas sewaktu mengikut mama ke sana. Mama memang tahu Dian nak sangat koleksi terbaharu tu tapi mama macam selalu lah takkan belikan untuk Dian masa tu jugak. Kata Mama Dian kena belajar bersabar bila mahukan sesuatu. Dian memang ingat pesan mama sifat sabar tu sifat terpuji tapi Dian cuma risau kalau-kalau nanti koleksi terbaharu patung-patung berbaju merah jambu yang dia nampak pada hari ahad lepas habis dibeli orang lain. Tadi masa bercerita dengan Tina waktu makan pagi di kelas, Tina beritahu Dian, mamanya dah belikan dia koleksi tu semalam. Tina cakap lagi nampak macam dah nak habis jer. Dian tambah risau bila dengar. Pasti hasratnya untuk memiliki koleksi terbaharu anak patung comel itu tidak akan menjad nyata. Namun hari ini, Dian rasa hasratnya itu akan tertunai. Daddynya yang dia sayang dan kasih ini akan memenuhi impian dan keinginannya itu. Dian harap sangat-sangat koleksi yang Dian idamkan tu masih ada.
    Fazwan hulur senyum ke wajah comel Dian yang tunak menghulur pandangan namun riak wajahnya seakan sedang memikirkan sesuatu. Fazwan yang cukup arif dengan perangai si comel kesayangannya ini mengelus pipi mulus Dian perlahan. Dian yang sedikit terkejut kala terasa pipi disentuh daddy, menayang senyum manis. Mata ditala ke wajah daddy yang menabur senyum seperti selalu. Dian tahu benar sikap daddy yang sangat sayangkannya.
   "Dian tanya teacher Aida ye?"
   Dian angguk laju. "Ha'ah daddy. Tadi Dian tanya teacher Aida. Teacher Aida cakap nama dia Aida Awliya binti Muhammad Amin. Panjang macam nama Dian. Kan daddy?"
   Fazwan angguk. That's her fullname,hmmm. 
  "Teacher Aida tu cantik lah daddy. Cantik macam mama kan daddy?." Fazwan angguk senyum. Dian dilihat membalas senyum." Dia pun cakap lembut aje macam mama. Dian suka la teacher Aida tu. Mama pun mesti suka bila jumpa teacher Aida nanti, daddy." Fazwan senyum lagi. Dian tala lagi tatapan ke wajah daddy disebelah. Mama selalu cakap pada Dian, mama sayang kat daddy macam daddy sayang pada mama. Mama cakap Dian pun kena sayang kat daddy sebab daddy sangat-sangat sayang pada Dian.
     "Daddy suka tak teacher Aida?"
      Fazwan Senyum. Dian juga senyum.
      "Dia baik kan daddy?"
      "yes sayang."
      "Teacher Aida cantik kan daddy?"
       Fazwan senyum lagi seraya angguk kepala.
      "Hmmm..daddy.."
       "Ya sayang..."
       "Kalau teacher Aida tu suka daddy, daddy suka tak kat teacher Aida?"
       Fazwan ketawa kecil. Ahmad yang memandu dihadapan turut ketawa dengan kata -kata spontan Dian.
       "Dian ni macam nak jodohkan encik Fazwan dengan cikgu cantik tu tadi jer. Iye tak boss?" Ahmad lontar suara setelah sekian lama menjadi pendengar perbualan kedua-duanya usai meninggalkan perkarangan My Little Sweet Home Child Care Centre. Wajah manis gadis bertudung hitam tadi masih Ahmad ingat. 
      Fazwan ketawa. "Ada ada jelah awak ni Mat. Dian ni kan budak lagi. Lagipun entah-entah teacher Aida si Dian ni dah kahwin. Jangan buat pasal Mat. Mahu saya kena belasah nanti dengan suami dia."
      Ahmad laju menggeleng kepala.
      "Issh tak ada lah boss. Saya gerenti dia belum kahwin. Tengok pun saya tahu boss. Saya ni dah lama kahwin boss. Saya tahu laa."
      "Pandailah awak Mat."
      "Dian..."
       Dian angkat kepala yang bersandar di tubuh Fazwan. Tubuh didepa ke depan sedikit memandang ke arah Ahmad yang tenang memandu .
       "Yes uncle Mat."
      Ahmad kerling ke arah Dian seketika. Menghulur senyum sebelum kembali memandang ke hadapan. 
      "Uncle Mat nak tanya Dian ni."
      "Uncle Mat nak tanya Dian apa?"
      "Dian nak bagi teacher Dian yang cantik tadi tu kat daddy Dian yang handsome ni ye." Ahmad kerling ke belakang seketika seraya angkat kening menghala ke arah ketuanya yang bersandar tenang di belakang. Fazwan geleng kepala dengan senyum yang meniti ke bibir. Tahu benar dengan sikap pemandu peribadinya ini yang suka mengusiknya.
     Dian kerut dahi memandang ke arah Ahmad yang saling memandang ke arah daddy yang tersenyum. Bagi teacher kat daddy? Mana boleh kan!
     "Mana boleh bagilah uncle Mat. Kalau daddy nak teacher Aida, Daddy kena kahwin dengan teacher Aida lah. Kan daddy? Betulkan macam tu?" Dian lontar wajah polos ke arah Fazwan yang sudah tidak tahu mahu berkata apa. Hanya senyum yang dihulur.
     Ahmad kenyit mata pada Dian. 
      "Uncle Mat setuju sangat. Dian memang clever girl lah. Tu yang uncle tambah sayang kat Dian yang comel ni. Daddy Dian mesti setuju lah. Iye tak boss?" Fazwan geleng kepala. Ahmad ketawa kecil. "Jangan tunggu lama-lama boss. Nanti dikebas orang teacher Aida tu. Orang cantik dan baik ni susah nak jumpa boss. Lagipun "anak" boss yang comel dan bijak ni dah kasi green light lagi haa kat daddy dia. Nak tunggu apa lagi. Kan Dian kan." 
    Dian  tayang senyum seraya melontar pandangan ke arah Ahmad sebelum kembali kepada Fazwan.
    "Daddy..."
    "Ya sayang..."
    "Daddy nak kahwin dengan teacher Aida ye? Daddy takut orang kebas teacher Aida ye. Macam tu ye uncle Mat? Kebas tu apa ye daddy?"
     Ahmad dah pecah ketawa. "Uncle love Dian juta-juta la sayang."
     Fazwan turut ketawa. 

"DADDY, TU TEACHER AIDA LAA!"
   Telunjuk lurus Dian yang menghala ke arah seorang gadis yang berdiri di tepi premis makanan segera menangkap pandangan mata. Susuk tubuh dan wajah itu memang tidak asing dimata. Memang benar itu Aida atau teacher Aida seperti yang disebut Dian.
   "Marilah kita pergi kat teacher Aida, daddy. Marilah." Dian menarik jari-jemari Fazwan yang erat menggenggam tangannya. Aida yang dilihat seperti sedang menunggu seseorang membuatkan Fazwan sedikit gusar untuk mendekati. Bimbang jika mengganggu waktu peribadi gadis berkenaan. 
    Fazwan usap lembut kepala Dian. Bibir ukir senyum.
   "Teacher Aida ada hal dengan kawan dia tu. Tak elok kita ganggu dia, sayang."
    Dian muncungkan bibir."Dian cuma nak cakap hai je kat teacher Aida. Dian tak nak ganggu teacher pun.  Bolehlah daddy." Jari-jemari Fazwan terus digoyang. Fazwan lepas nafas perlahan. Kepala diangguk. Dian sudah melompat gembira. Laju langkah kedua-dua diatur ke hadapan.  Fazwan hanya mampu menggelengkan kepala. Tidak tega menahan apatah lagi menghampakan permintaan buah hati kesayangannya ini. Tangan Dian yang membimbit plastik merah jambu di sebelah kiri itu nampak seakan tidak sabar mahu mendekati Aida yang takzim berdiri di sudut tiang dihadapan.
   Susuk tubuh lelaki muda bertee biru dan berjean hitam yang menghampiri Aida membuatkan langkah Fazwan dan Dian terhenti. Kedua-dua insan dihadapan dilihat berbual mesra dan ketawa. Jelas dimata Fazwan lelaki itu memaut bahu Aida sambil menghulurkan bungkusan makanan yang dibeli kepada Aida. Dian yang turut sama melihat mendongakkan kepala keatas seketika memandang daddy yang diam tiba-tiba sebelum memandang ke arah Aida dihadapan. Bibir melaung suara. Nyaring terlontar. "Teacher Aida!" bergema senafas. Tangan yang menggenggam jari daddy dilepaskan lalu dilambai kedepan. Fazwan hanya mampu terjeda. Hujung jari mengelus pangkal hidung. Dian..Dian.

   Aida jelas dipendengaran ada yang memanggil namanya. Lebih dia rasakan itu memang panggilan untuknya bila panggilan itu menyebut teacher Aida. Kepala menoleh kebelakang. Mata terkejut seketika sebelum bibir ukir senyum manis tatkala wajah comel yang cukup Aida kenal sedang melambai ke arahnya. Dian! Susuk tubuh berkaca mata yang tenang berdiri disebelah Dian ditatap. Fazwan. Senyum dihulur. Berbalas.
   Aida dilihat berbisik sesuatu dengan  lelaki disebelah. Fazwan hela nafas tenang. Senyum yang dihulur membalas senyum Aida berlabuh tenang dibibir.  Dia tidak pasti siapa lelaki itu tapi melihat kemesraan mereka, Fazwan pasti mereka ada hubungan istimewa. Mungkin itu suami Aida. Barangkali. Dan saat mata lelaki itu jatuh memandang ke arah Fazwan dengan begitu dalam sekali hanya anggukan dan senyum tenang yang mampu dihulur. 
   Dian, kan daddy dah kata tadi!

8 comments:

Anonymous said...

kucc...

TQ upload n3 baru...sekurang2nya dapat menenangkan hati ini walaupun hati fazwan tak tenang....huhuhu

Anonymous said...

Alahai...Kucc...
-hasni zurainie-

Anonymous said...

Comel je fikiran Dian tang patung idaman die tu

Atty Ismail said...

Daddy sedih eak...

Anonymous said...

pendek la pulak...

zoora said...

kite love cik kucc juta2 jugak la sayang!!!!!....sweet gilerrrr..cpt up nxt n3

zoora said...

kite love cik kucc juta2 jugak la sayang!!!!!....sweet gilerrrr..cpt up nxt n3

Kak Sue said...

rasa x sabar pulak nak baca sambungannya ni... kenalkan diri dulu FA dgn jejaka bersama Aida tu... mana tahu adik Aida ke... rasa FA nak pengsan tengok mamat tu memaut bahu Aida.... hehehe ... baru nak bagi baja bunga kt taman hati FA... hehehe

Hati Ini Pilih Kamu

"Saya dah tak ada hak lagi nak duduk kat rumah tu." Rumah tu milik Zainal. Dan isyarat kak long yang humbankan beg pakaian aku be...