Hehehe...ok ok..jangan marah haa.. Last sneak peek untuk LCDJM. So macammana ending?..kihkihkih....tunggu ye. Kalau tak lulus penilaian penerbit kita kasi pecah itu rahsia...kalau lulus, tunggu ler versi cetak...lalalalala...kbaiiiiiiiiii
---------------------------------------------------------------
43
ANIS
sambut dokumen yang sudah ditandatangani oleh Qistina. Senyum bertukar. Diselak semula semua dokumen berkenaan untuk
memastikan segalanya betul sebelum dibawa ke jabatan pengurusan sumber manusia.
Kemasukan Qistina semula di sini sebagai ketua jabatan yang baharu menggantikan
Kamal memerlukan Qistina mengisi beberapa maklumat lain sebagai tambahan kepada
maklumat tentang dirinya yang sedia ada dalam simpanan jabatan berkenaan.
“Ok
Qis. I naik ke HR dulu. Nak serahkan semua dokumen yang you dah sign ni.” Anis
pusing tubuh dan menyusun langkah ke pintu. Dokumen ditangan didakap kemas.
“Anis..”
Langkah
Anis terhenti. Dipusingkan tubuh semula memandang ke belakang. Mata hala ke
wajah ketua baharunya yang anggun berbaju kurung gabungan warna hijau epal dan
merah muda yang bercorak abstrak. Tudung merah jambu lembut dipadan dengan skaf hijau yang tersarung di kepala
melengkapkan penampilan indah si pemilik nama Annur Qistina ini.
“Anything,
Qis?”
Qistina
cuba meraih tenang walaupun didalam dada debarnya memacu kencang degup jantung.
Persoalan yang bersarang di fikiran perlu dileraikan hari ini. Hanya kepada
Anis sahaja yang diharapkan mampu ditemui jawapan tentang Joe setelah Zura
melontar dingin semua pertanyaannya tentang lelaki itu..tentang bekas suaminya
itu. Sejak dari hari pertama Qistina disini, Zura hanya membisu sahaja kala
Qistina bertanya tentang Joe. Mengelak setiap kali nama Joe disebut. Pelbagai
alasan diberi. Hatinya cukup pilu dengan sikap Zura. Marah benar Zura
kepadanya atas apa yang terjadi diantara
Qistina dan Joe. Qistina tidak berkecil hati dengan sikap Zura kepadanya. Tidak
tahu bagaimana harus diterangkan kepada Zura juga yang lain akan apa yang
tertulis di kanvas hatinya ini. Bukan niat Qistina mahu melukakan hati
sesiapapun. Segala yang dilakukan bersebab. Dia punya sebab tersendiri untuk
berpisah dengan Joe. Sungguh Qistina
tidak tahu yang Joe secara tanpa pengetahuannya sudah tiada lagi di sini. Yang
cuma diketahui daripada risiknya di bahagian sumber manusia kelmarin, Joe sudah
lebih lima bulan meletakkan jawatan. Bila dihitung, bermakna selepas mereka
bercerai, Joe terus meletakkan jawatannya disini. Tapi kenapa? Adakah Joe tahu
yang Qistina pasti akan kembali ke sini semula. Joe…aku tahu aku bersalah
kepada kau. Tolonglah Joe, Jangan buat aku begini. Tolonglah beri aku tahu
dimana kau. Aku nak jumpa kau, Joe. Qistina tahan sebak. Bibir diketap.
“Qis?”
Anis seru lagi nama Qistina. Melihat wajah Qistina yang rusuh dia cukup pasti
wanita cantik dihadapannya ini sedang hanyut dibawa menerawang ke alam fikiran.
Qistina
mengukir senyum malu. Segan diri tertangkap kala sedang jauh berfikir.
Jauh membawa fikiran. “Err..sorry. Boleh
kita bercakap sekejap?”
Anis
kerut dahi. “Apasal formal sangat ni, Qis. You macam tak kenal I pulak.” Anis
atur langkah mendekati kerusi dihadapan Qistina. Ditarik leher kerusi lalu
dilabuhkan duduk.” Ok. You nak cakap apa dengan i, Qis. Just say it,hmmm.” Anis
lempar senyum kecil.
Qistina
telan liur. Senyum Anis dibalas.
“Anis..i
nak minta tolong sesuatu daripada you. I..i harap you boleh bantu i.”
“Bantu
you?” Kening Anis terangkat sedikit. “Bantu apa tu, Qis?”
Qistina
hela nafas perlahan. Mata galak Anis
ditatap tenang.
“Joe.”
Anis
tunduk memandang riba.
Qistina
tidak lepas melihat reaksi Anis. Dia yakin Anis tahu di mana Joe.
“Anis…dimana
Joe, Anis? Tolonglah beritahu I dimana, Joe. I…i dah tak tahu nak minta tolong
kepada siapa. I harap you dapat bantu i…beritahu I dimana Joe. I nak jumpa,
Joe. I perlu jumpa dia, Anis. I tahu you tahu di mana Joe. Tolonglah beritahu
I, Anis. ”
Anis
lepas keluhan. Dalam. Dokumen yang berada ditangan dihamparkan ke atas
meja. Tapak tangan dibawa ke bibir. Anis
geleng kepala perlahan. Kata-kata yang terluncur daripada bibir Qistina
sebentar tadi buat dirinya serba-salah. Bukan Anis tidak mahu membantu, namun
diri sudah terikat dengan janji kepada Joe untuk tidak mendedahkan tentang
dirinya kepada Qistina. Anis tahu, Joe pasti sudah dapat mengagak yang Qistina
tentu akan mencari Anis untuk mengetahui dimana Joe. Tidak mungkin akan
dimungkiri janji yang sudah dimetrikan. Seraut wajah tampan Joe terlayar di
fikiran. Jelas garis-garis kesedihan biar cuba diselindung dengan senyumannya
yang tenang. Anis tahu Joe terlalu bersedih atas penceraiannya dan Qistina.
Anis sebenarnya hingga kini masih kurang mengerti kenapa sampai begini akhirnya
ikatan mereka berdua. Semua disini begitu mendoakan Joe dan Qistina akan kekal
hingga ke akhir hayat bila dikhabarkan dahulu akan berita pernikahan mereka
berdua. Biarpun ketika itu Qistina baharu sahaja kehilangan Khal, semua
mengharapkan dan mendoakan Joe akan mampu memberi cahaya kegembiraan semula
didalam hidup Qistina. Tidak Anis sangka begini sudahnya perkahwinan antara
mereka berdua. Anis pernah terdengar perbualan Kamal dan Zura. Qistina yang
meminta penceraian ini. Qistina yang mahu Joe menceraikannya!
Reaksi
Anis buat Qistina terpanar. “Anis?”
Anis hala tatapan ke wajah ayu
dihadapan.
“I
sebenarnya tak mampu nak tolong you untuk hal ini, Qis. I minta maaf.”
Qistina
depa tubuh ke meja. Wajah mendekati Anis yang tenang duduk dihadapan.
“
Tapi kenapa Anis?”
Anis
telan nafas perlahan.
“Kerana
I dah janji dengan Joe. I minta maaf, Qis.” Tubuh ditegakkan. Dokumen yang
terdampar di lantai meja diambil semula.
Qistina capai tangan Anis. Digenggam erat. Mata mula memancar cahaya
bening. Cahaya pengharapan. “Tolonglah Anis. I..i nak jumpa Joe. Tolonglah
beritahu I dimana dia.”
Anis
lepas nafas tenang. Genggaman tangan Qistina dibalas. Senyum.
“Biarlah
Joe cari damainya sendiri. Joe pasti ada alasan dia buat begini, Qis. Dan i
dapat rasa Qis apa yang Joe buat ini demi you…demi kebaikkan you…demi kasih
sayang dia kepada you. Dia terlalu
menyayangi you, Qis…terlalu menyintai you walau mungkin you tak pernah sedar atau tahu tentang itu.”
Genggaman di tangan Qistina makin dieratkan.
Kata-kata
Anis buat Qistina terpanar. Joe menyintainya? Benarkah? Mengapa dia tidak
pernah tahu dan diberitahu? Kepala digeleng. Mata dipejam. Ya Allah, apa yang
sudah aku lakukan? Wajah dibawa memandang ke permaidani kelabu yang menghiasi
lantai pejabat. Kelopak kekesalan terus bertiup kencang.
“You
tahu Qis, Allah tak pernah rampas apa yang kita sayang. Sebaliknya Dia gantikan
dengan yang jauh lebih baik daripada itu. Allah maha adil. You hilang
Khal..tapi Allah gantikan dengan Joe. Betapa sayangnya Allah kepada you,
Qis. You tak sedikitpun kekurangan
apa-apa…malah makin melimpah kasih sayang yang you dapat. Joe lakukan apa
sahaja untuk you, Qis. Demi cinta dan kasih sayang dia yang tiada sempadan buat
you.”
Qistina
angguk. Akur dengan kebenaran kata-kata Anis. Cuma dia yang buta! Langsung
tidak melihat akan ketulusan cinta seorang Johan Khusairy. Maafkan aku, Joe.
Maafkan aku!
“Anis…i..i
tak tahu Joe cintakan I selama ini. Tolonglah Anis. Beritahulah I dimana I
boleh jumpa Joe. Sekejap pun jadilah. Asal I berpeluang lihat dia…jumpa dia…dan
cakap dengan dia sesuatu yang selama ini I sembunyikan daripada dia. Sesuatu
yang tak berpeluang beritahu dia.”
Anis
telan nafas. Cuba meraih tenang biar hati cukup terusik dengan lafaz kata-kata Qistina. “Tunggu dan sabarlah
kalau you benar-benar sungguh nak jumpa dia, Qis. Joe pasti akan you temui
nanti. I yakin. Dan you juga mesti yakin.” Qistina kemam bibir. Kata-kata Anis
buat dia terus gusar. Tunggu. Tapi sampai bila harus Qistina menunggu sedangkan
tiada sebarang tanda-tanda yang Joe akan dia temui. Semua insan-insan yang
rapat dengan Joe yang dia jumpa seakan mengelak. Baik Anis mahupun Zura dan Kamal. Semunya
bagaikan berkomplot! Tidak mahu membuka mulut. Fikirannya buntu. Qistina rasa
mahu menangis!
ZURA hulur sampul biru kepada Qistina
yang sedang penuh takzim bersandar di kerusi baldu hitam dengan kepala yang
menunduk memandang fail hitam ditangan. Pintu bilik yang ternganga biarpun
waktu sudah menginjak malam menggamit Zura untuk terus menyerahkan kiriman yang
diperolehi daripada Joe siang tadi. Rencananya tadi waktu meninggalkan pejabat
Joe mahu menyerahkannya kepada Qistina esok pagi sahaja namun langkahnya yang
singgah ke pejabat sebentar tadi kerana mahu berjumpa suaminya telah mengheret
langkah ke bilik si barbie doll yang banyak berdiam diri kebelakangan ini.
Huluran disambut Qistina dengan wajah
yang penuh lukisan pertanyaan. Wajahnya masih ditatap Qistina. Dilabuhkan duduk
perlahan-lahan dihadapan Qistina. Kaki kanan disilangkan ke atas kaki kiri. Wajah
Qistina dengan redup mata bundarnya yang jelas terpendam lara dijamah. Simpatinya
melaut namun Zura tak berdaya membantu. Kaki dan tangannya sudah terikat dengan
janji kepada Joe.
“Istimewa
untuk kau.”
Qistina
sambut dengan pandangan mata yang penuh tanda tanya. “Apa ni, Zu?”
“Bukalah.”
“Untuk
aku?” Mata Qistina terus terkerdip.
Zura
angguk tenang.
“Siapa
yang bagi?”
“
Bekas suami kau. Kenalkan?”
Qistina
telan liur. Joe. Tanpa sedar nama itu
terluncur. Mata dibawa ke sampul ditangan. Kata yang diucapkan Zura membuatkan
jiwanya bagai direntap. Bekas suami. Bekas suami yang tidak pernah dia hargai.
Ya Allah. Betapa besar dosa yang telah dia lakukan terhadap lelaki itu. Lelaki
yang tulus mencintainya dalam diam tanpa langsung dia menyedari. Betapa butanya
mata hatinya ini hingga tidak sedikitpun melihat akan cinta lelaki itu
kepadanya. Mengapa hanya beban simpati, beban amanat yang terpikul di pundak
lelaki itu yang terpancar di mata. Mengapa harus setelah rasa itu singgah
mengetuk pintu hati, dia dikejutkan dengan rahsia hati lelaki itu. Mengapa
tidak daripada dahulu kau beritahu aku rahsia hati kau ni, Joe.
Tangan
perlahan-lahan menyentuh sampul. Dibuka berhati-hati. Ditarik isi sampul.
Sekeping kad berwarna biru. Dibelek kad yang tertera sepotong tulisan khat kufi
ditengahnya. Qistina senyum dalam sebak yang menggunung. Dia masih ingat. Itu
tulisan khat kufi namanya. Qistina pernah meminta Joe melakarkan buatnya suatu
ketika dahulu. Perlahan-lahan kad diselak.
Assalamualaikum buat Annur Qistina Abdul Aziz yang tercinta..dan
akan terus dicintai hingga nafas akhir Johan Khushairy. Qistina
kemam bibir. Sebenarnya aku memang tak
pandai melakar kata-kata indah walau aku
ini pernah digelar Romeo terhangat..hehehe. Qistina ikut ketawa dalam sebak
yang menggigit. Aku minta maaf kalau
kehadiran nota singkat ini mengganggu namun demi menjelaskan pertanyaan demi
pertanyaan dan risik khabar kau tentang aku daripada Zura maka aku layangkan
nota ini buat kau.
Qis, mengertilah. Tiada niat aku
untuk meninggalkan kau…namun aku tiada
pilihan lain. Sinar mata kau sudah menceritakan segalanya. Aku tahu duka itu
masih terpendam dalam lubuk jiwa kau walau ia cuma memori semalam. Cinta yang
dia tinggalkan buat kau masih menjadi mimpi indah yang membuai lena tidur kau
selama ini. Dan cinta itu buat kau rasa serba salah dengan ikatan kita dahulu.
Aku faham Qis. Aku faham situasi kau. Lalu aku rasa keputusan aku ini yang
terbaik. Berada didepan kau..disekeliling kau pasti akan buat kau dalam dilema
nanti. Buat kau rasa serba salah selamanya. Dan aku tak mahu kau rasa begitu.
Aku mahu kau tenang dalam menjalani hidup ini, Qis. Qistina
pejam mata sesaat. Joe…maaf kerana tak pernah sedar akan kehadiran cinta kau
selama perkahwinan kita. Aku tak tahu, Joe.
Qis..aku cuba sedaya habis menyemai
cinta, menanam benih-benih asmara dalam perkahwinan kita namun aku sedar
segala cinta yang ada dalam diri kau telah pergi dibawa Khal. Aku
gagal Qis. Aku kira setakat ini sahaja masa yang kita nikmati bersama. Terima
kasih kerana sudi mengizinkan aku berada di sisi kau..biar cuma seketika.
Terima kasih kerana sudi menjadi isteri aku biar cuma sedetik lebih. Andai pemergiaan
aku ini telah melukai kau, maafkan aku, Qis kerana inilah yang terbaik buat
kita..buat kau dan aku. Selamat tinggal, Qis. Izinkan aku pergi. Selamat
tinggal, sayang. Jaga diri kau, Qis. Doa aku akan sentiasa dengan kau.
Tubir
kolam pecah. Air hangat gugur membasahi lantai pipi. Perlahan-lahan dilipat
lembaran kad biru lembut yang dihulurkan Zura tadi. Mata yang bergenang dihala
ke Zura.
“Zura..aku
mohon untuk kesekian kali. Tolong beritahu aku dimana Joe. Tolong Zura. Beri
aku peluang terakhir untuk jumpa Joe. Aku nak jumpa dia dan katakan sesuatu.
Sesuatu yang aku tak sempat beritahu dia selama ini. Aku…tak tahu Joe cintakan
aku.”
Zura
geleng kepala. Inilah jadinya kalau saling mengunci kata-kata. Tak mahu
berterus-terang. Sudahnya..dua dua yang tersiksa.
“Qis…dah
lama Joe cintakan kau. Sejak dari dahulu. Kau pun tahu kan.”
“
Aku..aku…sangka…” Memang sungguh Qistina tidak tahu. Sangkanya selama ini apa
yang dia perolehi daripada Joe sekadar penunaian janji dan menjunjung amanat
daripada seorang teman.
Zura
angguk kepala. “Ya..dulu dia undur diri..cuba buang rasa cinta pada kau sebab
kau dah ada Khal dan hanya boleh anggap dia kawan baik sahaja. Waktu kau tak jadi kahwin dengan Khal dahulu, Joe rasa
sangat bersalah. Dia fikir sebab dia…sebab kejadian malam tu kau tanggung
akibat ini semua. Dia terima Maya dengan harapan dia mampu bina cinta
baharu..dan memang dia berusaha sesungguh untuk menyintai Maya dan melupakan
cinta dia kepada kau. Bila Maya meninggal, dia rasakan kehadiran kau disisi
sedikit sebanyak mengubat rasa kesedihan itu. Dia cuba sedaya upaya untuk tidak
jatuh cinta kepada kau Qis…tapi dia tak berjaya. Dan aku tahu cinta dihatinya
buat kau tak pernah pudar sejak dari dahulu. Cinta itu sentiasa ada dihati dia.”
Qistina tunduk ke riba. Tangan dibawa ke bibir.
“Bila
Khal kembali mengejar kau..kemudian muncul pula Fazwan dia cuba untuk kawal
perasaan dia kepada kau kerana dia tahu dan yakin cinta kau terhadap Khal
terlalu kuat biar kau cuba nafikannya. Dia cuba jadi kawan kau yang terbaik.
Memberi nasihat dan menyokong kau dalam memilih jalan bahagia. Baginya bahagia kau akan buat
dia bahagia juga. Aku tahu jauh disudut hati dia begitu mengharapkan akan ada
keajaiban. Mengharapkan kau sedar akan kehadiran kasih dan cinta dia tapi
sia-sia.”
“Zura…aku…”
Zura beri isyarat tangan. Meminta Qistina memberi ruang untuknya menghabiskan
bicara.
“
Aku pernah marah dia, Qis. Marah dia kerana enggan berterus terang dengan kau.
Aku sampai pernah paksa dia beritahu rahsia hati dia kepada kau…tapi Joe tak mahu.
Dia tak mahu nanti kalau kalau dia dianggap sebagai mengambil kesempatan.
Mendekati kau…rapat dengan kau sebagai kawan baik dengan ada niat tersembunyi. Dia
simpan rapat-rapat segala rasa cinta dia kepada kau dalam hatinya. Didepan kau
dia berlagak biasa…tenang dan sentiasa menjadi kawan dan pendengar yang baik.
Bagi Joe, berada disisi kau sudah cukup buat dia. Biarlah segala rasa cinta itu
dia simpan untuk diri dia seorang. Dia tak mahu kau tahu, Qis. Dan bila kau
pilih Khal dan menolak Fazwan, Joe pasrah dan redha akan ketentuan-Nya.
Mendoakan kau…perempuan yang paling dia cinta di muka bumi ini bahagia sudah
cukup baginya. Joe..lelaki yang terlalu baik, Qis. Cinta Joe buat kau terlalu
tulus. Aku tak pernah jumpa lelaki sehebat Joe. Lelaki yang tega mengorbankan
perasaannya sendiri demi bahagia insan yang paling dia kasih dan cinta. Kau
tak tahu betapa beruntungnya kau kerana dicintai Joe dengan sepenuh jiwa dan
raga…melebihi nyawanya sendiri.”
Qistina
tertunduk menahan sebak. Esaknya pecah.
Jeda.
Qistina sapu tubir mata dengan hujung jari. Desir halus sisa esaknya masih
menyapa cuping. Zura tenang. Lega sudah meluahkan segala rahsia yang tersimpan
kemas di hatinya. Seraut wajah tampan Joe terlayar. Joe…aku lakukan semua ini
demi kau. Aku mahu Qistina tahu siapa kau yang sebenarnya selama ini. Aku tak
mahu kau terus terkorban lagi. Kau berhak bahagia, Joe. Kau berhak!
“Aku
tak tahu Zura. Aku tak tahu. Kalaulah aku tahu dari awal semua ini…kalau Joe
beritahu aku dari mula, aku…aku tak mungkin akan buat keputusan ini. Selama ini
aku fikir Joe tak pernah ada rasa cinta buat aku. Dia mengahwini aku demi
amanat dan janji dia kepada Khal. Tak lebih daripada itu. Dalam fikiran aku
ini, segala yang dia lakukan kepada aku hanya kerana memenuhi amanat itu. Lalu
rasa kasih dan cinta yang hadir dalam hati aku ini buat dia aku tak terdaya
meluahkannya. Aku tahu aku perlu lakukan sesuatu demi Joe. Terlalu banyak
pengorbanan dia buat aku selama pernikahan kami. Aku tak mahu Joe rasa terbeban
lagi kalau terus berada disisi aku. Aku tahu aku tak boleh pentingkan diri
sendiri. Joe berhak mencari bahagia untuk dirinya sendiri. Aku tak sanggup biar dia terus terikat dan terbelenggu
dalam ikatan yang tak pernah dia rela sepenuh jiwa.”
Zura
raup wajah. Pengakuan Qistina mengejutkan namun ada rasa bahagia yang tersirna
di hati Zura. Dia tahu dia perlu lakukan sesuatu demi kedua-dua insane yang
amat dia kasih ini.
“
Kau kan kata kau rasa bersalah pada dia kalau terus berada di sisi dia. Apa
yang dia lakukan ini semata-mata agar kau tak rasa bersalah pada dia lagi Qis.
Dia tak mahu nanti kalau kau jumpa dia…nampak dia kau akan rasa terhukum. Joe
tak sanggup lihat kau tersiksa lagi. Tengok kau bersedih akan buat dia tambah pilu, Qis.”
Qistina
geleng kepala.
“No..tak..tak.
Aku tahu aku salah tafsir selama ni. Tolonglah, Zura. Aku dah tahu
segala-galanya sekarang ini. Tolonglah beritahu aku dimana Joe.” Qistina
bangkir daripada duduk. Tubuh Zura yang takzim dihadapan dirapati. Qistina merendahkan
tubuh. Dua tangan Zura dicapai. Digenggam erat.
“Please Zura…I am begging you.”
Zura
hempas nafas dalam-dalam. Mata menjunam ke wajah Qistina yang lencun dengan
airmata.
Qistina
tunduk sesaat. Kembali di bawa wajah memandang raut hitam manis milik Zura.
“Aku
tak akan punya peluang lagi untuk luahkan perasaan yang selama ini aku sembunyikan daripada Joe kalau aku terlepas
untuk menzahirkannya kali ini. Tolonglah Zura. Tolong bantu aku. Aku tak mahu
kehilangan Joe lagi. Aku perlukan Joe dalam hidup aku. Aku tak mampu nak
teruskan hidup ini kalau tanpa Joe disisi aku. Hanya dia yang aku mahu. Please
Zura..i need him to be with me..at my
side for the rest of my life.”
"Qis...this is not easy. Aku kena pegang janji aku pada Joe."
Dihela nafas dalam-dalam sebelum dilontar. Mata
Zura yang sedang merenungnya dibalas. " I do love him too, Zura. I
sincerely love him. Please….give me a chance to say this to him.”
21 comments:
mabeles!!!
mabeles!!!
Like like like like like beribu2 Kali like
Memang lah watak Joe seperti yang dijangka
TERBAIKKK.....
dh dpt agak dh endingnye cmne..
hehe.. cian khal.. omg..
Lahhhhh khal dh mati ke????? Ahhhhhh sentapppppppppp!!!!!!
awal2 baca cerita ni saya mmg suka sangat dgn watak joe! qis tak layak dgn joe yg sangat mencintainya itu...huhu...kalau lah kucc tak siapkan endingnya lagi...mahu saja saya cadangkan wujud watak heroin baru utk joe...
qis hanya layak utk khal..padanlah dua2nya...huhhh...
walaupun saya dapat rasa endingnya qis dan joe...tetapi jika endingnya biar mereka masih berkawan baik tanpa ikatan perkahwinan semula itu lg terbaik...kesiannya joe :(
adoyaiiii...mmg sah khal dah mati ke...sampai ati matikan si khal nih..macam ni baik matikan si qis ni sekali lah...biar semua tak tak dapat lagi baik...sana rebut sini rebut...joe pun mcm tak reti2 nak cari pompuan lain mcm si qis tu sorang je la pompuan dlm dunia nih... hishhhh gerammmmmm nihhhhh...ohhh my khalllll.....
Saya suka jalan cerita ni menarik akhirnya Qis dgn Joe, Walaupun Khal sudah tiada, tapi dia dapat juga kawin dengan Qistina, Joe sebenarnya banyak mainkan peranan penting dlm hidup Qistina... Masa mula-mula baca memang berharap Qis akan bersama dengan Joe, and then my wish come true hehehehehe...thumb up! Nanti jgn lupa bagi tahu bila nak publish yup Kucc, tak sabar nak baca sampai habis :)
alahai...cter ni x blh kt khal ke???sedihnya..huhuhu...nk bt camme klau cik writer dh bt keputusan pilih joe utk jadi wtk heronya....apa2 pon semoga brjaya diterbitkan,...wlaupun Xblh kt khal...haha...
aduiiii my khal betul222222 dah mati ke??? sob sob sob sedihnyer...
saya mmg harap khal dgn qis nak buat mcm mana kan kuasa di tgn penulis
anyway saya doakan buku nie dpt diterbit. lastly TAK SUKA ARGGG JOE DGN QIS.....
don't worry I sure buy this novel....
coz all your story IS THE BEST :)
Pls Kucc let Joe & qis live happily ever after. Pls pls....
OMG the best entry ever....Joe and Qis jgn ditukar endingnye sudah..Joe the best guy..
Ini sneak peak yg mendera kami, Kucc
Lagilah angau nak novel ni keluar cepat2..hadoiiiii..
Kami nak happy ending yg marvelous, yg boleh buat kami senyum & menangis dengan gembira, biar banjir pun tak apa
sedeh sngt n superb...harap LCDJM dapat ke versi novel....
Tak dpt dinafikan cinta Joe tlampau tulus buat Qis. Tp ksilapan dia paling besar pd Qis, sebab tak pernah luahkan rasa hati. Bila dah diijabkabul, spatutnya tak kisah apa sbb perkahwinan itu kt yg spatutnya mencorakkan ikut acuan kt sndr dan Joe sbgai suami kenapa tak pernah lauhkan rasa cintanya dan mharapkan Qis mengerti isi hati dia. Ni bila Qis dah salahfaham anggap dia buat smua tu sbb simpati. Akhirnya Qis bt kputusan tuk bpisah, tp Joe sbgai suami kenapa tak pertahan kan hak tu. Your are the husband wife's should follow your decision. Masing2x ada pegangan agama, agama tu yg akan corakkan perkahwinan dan dr situ akan terbitnya rasa cinta yg tulus n ikhlas serta ketaatan. This is what I believe maybe others different thought. ;D
Anyway cannot waiting this masters piece to come out. Really need to know why Khal is pass away... huhuhu... T T
i luv jor n qis...hehe
ehem2,,
sy pernah bg tekaan dulu psl jalan citer ni,,hehe~
x sngka tekaan sy tepat,,
hehe~
apa2 pon teruskn usaha anda,!
suka sgt ngan joe...thumbs up..
Post a Comment