Tuesday, March 5, 2013

Lafaz Cinta Di Jari Manis - Bab 29


Bab 29

Qistina menyapa tirai malam yang sekian lama  berlabuh dengan helaan nafas yang dihembus keluar bertalu-talu. Usai mengunci tombol pintu, dihempaskan tubuh ke ranjang. Mata dipejamkan seketika. Mahu melontar jauh segala yang bergumpal didalam kepala. Tubuh yang terlentang terasa lelah. Lelah yang teramat. Ahhh...sukarnya bila hati ditebak begini. Dada terasa sesak. Sejak tadi jantungnya bagai dipanah yang membuatkan seluruh anggota bungkam. Terpanar. Ketika lelaki itu tanpa isyarat menghantar gelombang kata yang membuatkan Qistina terkesima. Sebuah keluhan halus terluncur dari bibir. Wajah itu kembali berlari-lari di layar mata yang erat terpejam. Liur yang ditelan seakan tersekat di salur kerongkong. Payah. Kata-kata bualan dimeja makan tadi terulang lagi. Kepala digeleng. Khal..tolonglah. Qis tak ada jawapannya Khal. Tak ada. Sungguh tak ada...

"kita kahwin, Qis.."

Bilah kata-kata itu terngiang lagi. Dikemam bibir. Fikiran terus hanyut. 

"Khal...dengar apa i nak cakap ni. Kita...you...me..bukan macam dahulu lagi. No. And i tak mahu you letak harapan pada i lagi. I pun takkan bagi harapan pada you. Kita takkan boleh lagi jadi seperti dahulu. Tak. Semua tu sejarah. Dah lepas. It's all over between us. Walau apapun nanti, you tetap kawan i, Khal. We will always be good friend. Macam sekarang. You kawan i. Kita keluar makan malam sebagai kawan. Not more then that. Hope you understand, Khal."

Dan gelengan kepala Khalish sukar terhapus dari pita rakaman minda. Gelengan yang enggan menelan segala yang diluahkan Qistina. Enggan yang menjelaskan pendirian lelaki itu terhadap apa yang diluahkannya kepada Qistina. Terluncur keluhan berat daripada ulas delima Qistina. Sukarnya menangani perasaan lelaki yang satu ini. Payahnya meniup bayu mengerti dijiwa lelaki ini tentang isi yang tersimpul didalam balutan hati Qistina. Cinta takkan mudah lagi tumbuh dan bertunas didahan nalurinya yang pernah patah.  Patah seribu. 

"Qis, i tahu...I tahu  yang i pernah kecewakan you...i pernah berlaku tak adil pada you... I bersalah pada you...tapi boleh kan you beri peluang untuk kita kembali seperti dulu. Bolehkan, Qis?"

"Khal.."

"you still love me. Don't you, Qis?"

"Khal...please."

"lima tahun, Qis...lima tahun...dan kita masih seperti dahulu. You...me...we were meant for each other, Qis. Itu kenyataannya. Hati you untuk i...dan hati i hanya buat you. Percayalah, Qis. Segala yang berlaku itu adalah dugaan dari-Nya. Dugaan yang menjadikan kita saling lebih memahami, menghargai, mengasihi dan mencintai antara satu sama lain. I tau dulu i khilaf. Khilaf besar. Tapi bila you pergi...i sedar i tak boleh hidup tanpa you. Separuh dari hidup i mati, Qis. Berilah diri kita peluang untuk sama-sama membina kehidupan baharu. I akan usaha untuk jadi yang terbaik buat you, Qis."

"Khal..tolonglah. Ki..kita bukan macam dahulu lagi. Tak. Kita dah lain. You...me. Lain. tak boleh. I..i..tak boleh."

"we build up a new life, Qis...together. Just give me the chance. Just give the final chance. One last chance. I'll proved it to you."

Mata yang terpejam kembali terbuka. Siling yang terbias sinar jingga muda candelier tunak ditatap. Lima tahun dahulu dia pernah bertekad untuk tidak memaafkan lelaki itu. Bencinya Qistina pada Khalish tidak akan mampu tercoret di kanvas biar terbentang seluas saujana mata memandang. Namun itu dahulu. Amarah yang membuak dan menggunung reda sedikit demi sedikit ditelan arus keinsafan bahawa suratan ini ada hikmahnya. Qistina sedar siapalah dia untuk menghukum. Jika sudah begitu takdirnya, tiada yang mampu dilakukan. Cuma...cuma rasa yang tercarik dihatinya ini tetap terpahat parutnya. Dan selama parut itu masih betah menonjol disitu, takkan boleh terpadam rasa terkilan yang pernah singgah disanubarinya dahulu. Dia hanya manusia biasa. Takkan mampu menghilangkan segala-galanya  yang pernah terjadi dan terakam didalam diari kehidupan. Lukisan pilu itu akan kekal bersemayam didinding hati sampai bila-bila!

We were meant for each other, Qis! 

Kembali mata terpejam erat kala sebaris kalam itu terngiang lagi. Persoalan demi persoalan membelenggu fikiran dan akal yang kian terasa tumpul. Pertanyaan Khalish yang tidak diundang masih tersangkut didahan minda. Mengkucar-kacirkan saraf jiwa. Bibir dikemam. Silap langkah dan percaturankah dia selama ini hingga mengundang padah begini rupa. Tapi dia masih waras untuk tidak melulu menghujani lelaki itu dengan ungkapan yang mungkin tidak wajar pada situasi mereka tadi. Ditegakkan tubuh yang terbaring. Dilepaskan hembusan lelah nafas yang terkumpul. Menderu keluar melepasi lohong udara. Tubuh dibawa berdiri. Lesu. Langkah dibawa meniti lantai bilik ke ruang balkoni. Perlahan dilabuhkan jiwa yang kian huru-hara ke kaki langit nan pekat. Nasib baiklah malam ini Zita, Azhar dan Maisarah tiada dirumah. Ada kenduri kecil di rumah papa Zita sempena pemergiaan papa Zita mengerjakan umrah. Jika Zita ada, pasti Qistina tidak akan terlepas. Teman baiknya itu bijak benar membaca rusuh diwajah Qistina. Akan diterjah hingga bertemu jawapan. Qistina tidak lelah dengan pertanyaan Zita, jauh sekali marah dan lemas...cuma dia tidak ingin membebankan Zita dengan masalah dirinya. Zita yang kian sarat tidak harus dibebankan dengan perkara yang tidak melibatkan dirinya. Bukankah sudah dia khabarkan dahulu agar jangan lagi diletakkan harapan dalam hubungan mereka untuk kembali seperti lima tahun dahulu. Jika tersurat memang tertulis jodoh antara mereka, maka akan diterima dengan redha. 

Dua tapak tangan lekat di lantai pipi. Hujung dua-dua siku mendarat pada palang balkoni. Mata bulatnya yang menjadi tarikan pesona tiap yang memandang jauh...terlontar ke kaki langit malam yang menyelimuti pandangan . Hamparan langit yang pekat terus ditatap tunak. Hitam. Fikiran menerawang entah ke mana. Kosong. Denyut nafas kembali berkecamuk. Minda buntu. Sebelah tapak tangan meraup wajah yang masih rusuh. 

Kerlipan mata tidak berganjak dari merenung lantai awan yang pekat. Gelap. Duduknya dikerusi kayu yang terhampar  di hujung halaman banglo mama terus takzim. Kaki kanan tenang memangku kaki kiri. Helaan bayu malam yang lembut menyapa desirnya ke cuping. Joe terus memaku renung ke kaki langit. Fikiran masih bergumpalan dengan kata-kata Zura. Bodohkah dia hingga sanggup menyimpan rasa ini hanya buat tatapan jiwanya seorang. Adilkah buat hati yang sekian lama memendam keinginan, lalu diruang yang tertebar kesempatan dia gagal memanafaatkannya. Membiarkan ia berlalu dan lepas begitu sahaja. Joe lepas keluhan berat. Annur Qistina. Nama itu tersulam lagi dibibir. Sukarnya untuk melepaskan bibit rasa yang hadir dan tersirna dijiwa lalu bersemayam kukuh di takhta sanubari. 

Qis. Joe pejam mata sesaat. Kepala mendongkah kelangit. Terbuka kelopak. Dan dihamparan langit malam, seraut wajah itu sedang memandangnya. Tersenyum. Ketawa manis. Joe raup wajah. 

"Joe.."

Tersentak. Spontan kepala menoleh. Senyum pantas diukir. "mama..."

"apsal termenung ni mama tengok." Tubuh diengsutkan. Memberi ruang buat mama untuk melabuhkan duduk. Tangan terasa diusap lembut. Dibiarkan. 

"tak ada la mama. Tengok bulan. Kira bintang-bintang di langit." Sengih terlontar. 

Mama dilihat menggeleng sambil melontar senyum. "yelah la tu. Duduk termenung. Sorang-sorang kat halaman. Malam-malam. Joe ingat siapa,hmmm."

"betul, mama. Ingat sapa pulak ni. Joe saja-saja ambik angin. Sambil hilangkan penat badan. Penat balik dari Borneo pun tak habis lagi mama."

Senyum mama dilihat makin lebar. Kepalanya diusap perlahan. Joe balas senyum mama. "mata tengok bulan...tapi fikiran ingatkan bulan yang lain kan."

Dahi Joe berkerut halus. Dada mengukir debar yang menyentak denyut nadi. Liur ditelan. "mama cakap apa pulak ni,hmmm. Memang Joe tengok bulan. Tu.." Jari telunjuk dihala ke dada langit. "cuba mama tengok. Kan bulan. Keliling pulak bintang-bintang. Cantik."

Ulas delima mama makin luas senyumnya. Joe hala pandang ke langit. Tidak mahu bertentang mata dengan mama. Harus jiwanya akan bergegaran. Ah..mama...bijak menebak. Tepat ke sasaran. Fikiran makin gusar. Bukan dia tidak faham bahasa mama. Metafora mama mudah diteka. Namun sengaja tidak mahu diperlihatkan. 

"hmmm...kira bintang..tapi bintang yang sekian lama dihati kan cuma si dia yang satu."

"mama..mama..." Ketawa halus dicipta. Sumbang di telinga. Kepala menggeleng tenang. Tangan kanana mendakap bahu mama. Lembut dipaut.

"Joe, mama ni dah lama hidup."

"mama..." Mata yang enggan berpaling dari melihat langit malam yang menyelimuti alam akur dengan kehendak hati. Wajah mama ditatap. Senyum terukir. "Joe ok mama,hmmm. Mama jangan risau." Kepala diangguk tenang.

Wajah mama tunak menikam redup mata."Joe kena beritahu dia, sayang. Joe kena beritahu Qis perasaan Joe pada dia. Jangan simpan. Jangan diam. Joe kena luahkan pada Qis. " Elusan ditangan kiri makin kejap. Dibalas. Bukan taknak beritahu, mama. Bukan. Tapi..

"Joe ni siapa lah yang nak, mama. Duda yang kematian isteri. Tak laku. " Ketawa kecil.

"issy, siapa cakap tak laku. Duda hot anak mama ni. Terhangat di pasaran. Rugi sapa yang tolak. " Ketawa Joe bersambung lagi dengan canda mama. 

"hot masa status anak teruna, mama. Sekarang dah susut nilai."

"mana ada susut nilai. Maintain handsome anak mama ni. Lagi handsome dari dulu. Aura lelaki matang tu daya pemikat perempuan tau. Tengok abah, dah tua macam tu pun ada perempuan muda rambut karat yang minat. Nasib baik mama ni vogue lagi. Tidak, mahunya Joe dapat mak tiri rambut karat."

Ketawa pecah lagi.

"Sekarang ni duda lagi mahal dari anak teruna tau. Yang penting kena yakin pada kelebihan diri sendiri. Mama tau anak mama ni memang special." Senyum mama dilihat manis sekali. Ditepuk perlahan kura tangan mama.  Senyum tersulam dibibir. Dua pasang mata bergabung. 

"Mama doakan Joe,ok."

Angguk mama lembut menyapa tatapan mata. Terasa genggaman tangan mama erat. Pautan dibahu mama dipereratkan.

"mama sentiasa doakan satu-satunya anak mama ni bahagia selalu. Mama selalu doa Joe dan Qis dapat bersatu satu hari nanti."

Insya-Allah, mama. Insya-Allah. Joe pun tak henti berdoa untuk yang itu mama.

Jeritan bertalu dari Blackberry yang terhampar diatas meja hias menyentak lamunan Qistina. Mata terkebil-kebil sejenak. Dihempas keluhan kecil. Perlahan langkah dibawa masuk ke dalam bilik meninggalkan jejak di balkoni. Diangkat gajet hitam. Mata merenung skrin. Bibir dikemam saat nama yang terdampar diskrin tunak direnung. Dihela nafas dalam-dalam. Dilepaskan laju. Ditekan butang jawab.  Salam dihulur seriring langkah kaki dibawa melangkah mendekati ranjang. Terdengar jawapan salam dari suara lunak ditalian sana. Dihempaskan tubuh kurus ditengah katil. Dibawa kedua-dua kaki keatas. Bersilang diatas riba. Sebelah tangan dilepaskan ke riba. 

"sihat?"

"alhamdulillah."

"I ingat you ada kat kenduri rumah papa Zie. I tengok tengok jugak tadi. Tak nampak pun you. Segan pulak nak tanya Zie. Tanya Azhar. Kata you tak dapat datang. Ada urusan."

"hmmm..tak pergi. Ada janji dengan kawan. Kenapa? Rindu i ye?" Ketawa kecil terluncur spontan. 

"tau tak apa. Lama dah tak tengok anak patung bermata bulat tu. Suara dia pun payah sangat nak dengar. Nak tunggu dia call...lagilah payah."

Ketawa lagi. "anak patung mata bulat banyak kat kedai encik FA. Pilih je mana yang you berkenan."

"i taknak yang kat kedai. I nak anak patung hidup. Yang boleh bercakap. Boleh ketawa. Boleh senyum. Anak patung yang tu satu sahaja kat dunia ni. Susah nak dapat anak patung yang tu. Anak patung tu sibuk. Kuat kerja."

Ketawa Qistina bergema lagi. Bersulam dengan ketawa Fazwan.

"projek pipe installation di Borneo tu ok? Any problem?"

"alhamdulillah. Semua berjalan lancar. Going to the final stage. Lega i. Lega sungguh."

"Good."

"yup. I kena pergi lagi nanti. 2 weeks kat sana for the final stage."

"hmmm...2 weeks haa.."

"yup..2 weeks."

"Lama."

"taklah. Pejam celik pejam celik dah dua minggu."

"2 minggu tak tengok you...tak dengar suara you...macam 2 tahun i rasa."

"hey..apa ni." Ketawa lagi. "Jiwang-jiwang pulak Mr CFO kita yer. Kan boleh jer call i nanti disana. Bukan 24 jam i kerja. I bukan robot laa, FA."

Jeda.

"Qis.."

"ya,saya."

"rindu kat you. Missed you so much."

Jeda. Qistina kemam bibir. Sebelah tangan mengelus pelipis. Mata terpejam seketika.

"Qis.."

Jeda lagi.

"Qis??"

"err..sorry. Yup. I'm still here."

"Qis...i think....i'm in love with you." Qistina ketap bibir. Aliran adrenalin pantas meniti tangga. Laju. Sebelah tangan menekup bibir. Debar didada memuncak. Nafas yang terkepung makin terasa sesak. 

Jeda.

"Qis..are you still there?"

"hmmm..."

"Qis..please say something."

"FA...you...you must be kidding. Right?"

"nope. I'm not, dear. Sincere. Serious."

Qistina bangkit dari duduk. Langkah mundar-mandir. Sebelah tangan mencekak pinggang.

"This...this is just to sudden. Too sudden, FA. I...i..."

"Cinta tak kenal jarak masa, Qis."

Qistina hembus nafas.

"I tak paksa. Cinta tak boleh dipaksa. I cuma beritahu apa yang i rasa. And i nak you tahu perasaan i pada you. I actually dah jatuh cinta dengan you saat pertama kali kita jumpa. Saat pertama kali kita diperkenalkan. I...just can't take my eyes from you."

Langkah Qistina terhenti. Nafas seakan terhenti. Tubuh terduduk dan tersandar di hujung katil.

31 comments:

Anonymous said...

qis cari hero lain...

Anonymous said...

Wahhh laju sungguh Mr CFO ni....Joe, cepat skit gerak tu...

Anonymous said...

qis trima jelh lamaran khal tu...cik writer nk khal jgk please!!!

Anonymous said...

Boring citer ni..

iyads said...

Qis stick to FA..
xyh cr len..kang ag sakit jantung nk tunggu..hehehe..
kak kucc..cpt eh smbung..hehhe.

kak..erm..novel mr sirap bandung ble nk kua? huhuhu..xsabo nk bc nie.. :)

rin said...

doa ibu insyaallah akan dimakbulkan Allah...

hehe nampak harapan joe n qis semakin cerah. i like muah..muah..muah

rin said...

Anonymous said...
Boring citer ni..

March 5, 2013 at 5:07 PM
-----------------------

so???? sila jgn baca lg cerita ni hokay!

ajeje said...

yes my FA dah luahkan.... so gentlemen :)
tapi i pun suka khal
poning poning....
tapi better with FA cause Qis deserve the good one....
ceppppppaaat sambunggggggggggggg

Anonymous said...

Good move FA....Qis n FA are MFEO...
I support FA n Qis...

kak nora said...

oowhhh qis...pehlisss la pilih khal...nak khal...nak khallllllllll jugop...

Anonymous said...

xnk khal..ngan joe or FA,rasenya paling baguihh ngan joe la...go go JOE,bkn GI JOE ye...hahaha

arin

Haslina@DC said...

Ooh huh this I like..FA. At last! But si Joe ni pulak lembab..aiseh. Kang terlepas...dua dua ok as long bukan Khal..

Anonymous said...

terbekkkkkkkkkkkkkkkkkkk FA.....

Anonymous said...

yessss....FA dah luah perasaan dia..writer bg Qis dgn Fa tau...

Farhaliza aka Ija said...

saya tak suka Khal dengan Qis sebab khal pernah kecewakan qis, saya pun tak suka kat Joe sbb dia amik masa y lama tuk bgitau perasaan dia kt Qis. Mybe FA sesuai dengan Qis..sy rasa la..

Anonymous said...

doa ibu slalu termakbul kan,,
uik,,nape lah hati ni x tetap,,
nk joe,,huhu~

Anonymous said...

xbaper nak suka FA~ sbb dia bejaya dekati Qis atas usaha zita..xbesh laa.. boleh gitu? ;P

~m.a~

Unknown said...

oh my...habis lh u khal...nk senang cerita soh jer 3 jejaka nih osom...sape menang die punyer...heehee.sabar jer qis...sape pun jodoh mu..minta lh petunjuk,istihkarah lh pasti akn ketemu jawapan nyer...

Anonymous said...

Yeay..... sukanya....

Mcm ni lah anak jantan , cepat mengorak langkah, takderlah ber"emo-emo" masa nak luahkan perasaan & tak ambik masa lama....

Go & grab Qis' s heart, FA..... U got my support!... Hihihi.....

Anonymous said...

Two week bsama qis sudah semestinye Joe mlafazkan kata cinta pd qis...bdua...jauh dr gangguan..so romantik...Khal biarlah blalu, parutnya msh bbekas...FA a nice & romantic guy...tapi sape tahu pilihan dihati cik writer..

Anonymous said...

pening la..dulu sy bmatian2 nak khal dgn qis..tapi lama2 rasa nk qis dgn joe lah..arghh!senang2 qis tak yah pilih sape2 lah! Haha. Joke2.. Xpe..sy redha..qis pilih la sape2

Unknown said...

Dindong Dindong Dindong ....

Buat sembahyang mintak petunjuk le cik Qis,

nurizzwo said...

Aah la...kita pn x sabo nk tunggu mr.sirap bndung...best..

irene said...

Dear KUCC..

My opinion is better for Qis to accept FA as her partner in life as FA is more matured, gentlement & handsome too.. hehehe

Anonymous said...

Cerita ni day makin membosankan.......

kucc_aprilsnow said...

Anonymous 1- 3tak cukup ker?!!..ekekeke

Anonymous2 - Joe kena lari laju2..

Anonymous3 - adehhhhh

Anonymous4 - tak paksa u baca..

Iyads - FA! FA! FA!!..hehehe. MSB?..insya-Allah, doa2kan yer darling

rin - ameen3x...hamboi hamboi hamboiiiii

ajeje - hepppp..satu jer hokeyyy

Anonymous5 - MFEO?..perrghhh..tak henggat..ekekeke

kak nora - hikhikhik..sabo kak

arin- chaiyok!!

Haslina - walla..dua tu..

anonymous6 - tQ!!!

anonymous7 - lalalala

Ija- amboiii

anonymous8 - geng rin ni..hehehe

m.a. - adehhh

norihan - lattalilatlailitamplom boleh..ehehe

anonymous9 - yeay!!

anonymous10 - rahsia dihati sapa yg tau kan..hehehe

anonymous11- feninnnnn

noorliyana- ameen3x

nuriz -insya-Allah dear..tenkiu!

irene- baek punyer teori kan

anonymous12 - tak yah baca. Settle masalah. Kan kan..

Kak Sue said...

Saya suka Khai sebab dia berusaha sendiri untuk mendapatkan Qis semula .... dan Khai x malu mengaku kesilapan masa lalu dia dan berusah untuk ubah diri kearah kebaikan.... semua orang ada sikap cemburu ...mungkin silap Khai kerana terlalu sayangkan Qis hingga terbawa-bawa ke perasaan marah...
atas bantuan Zita, FA dapat ,mengenali Qis bukan berusaha sendiri x berapa suka .... sebab Zita x suka Khai dengan Qis bersama semulakan...
Joe rasanya bukan sekarang masanya untuk u cari pengganti isteri u ..... x sesuai.... hehehe
.... Kucc jangan terlalu banyak sangat yang ada hati kat Qis .... macam Mr Sirap bandung besttttt... banyak SWEETTTTTT NYA.....hehehe ... x sabar nak tunggu novel tu.....

kucc_aprilsnow said...

kak Sue - 3 jer kak..hehehe. Kalau ramai, harus kucc kena tembak dan blog ni kena lempar dgn mortar..hikhikhik. Aduhai TJ & Qif..sabo yer kak. Doa2kan segalanya dipermudahkan...insya-Allah.

Anonymous said...

khal..khal....khal.....khal....

nazira azwa said...

haila mesti Qis makin pening n..
FA dh bertindak..Joe n bl plak nk luahkan perasaan 2..
cpt smbg kak xsbr nk th pe akn jd n..

Eijan said...

Sori laling, lambat komen...Sy setuju dgn Kak Sue tu...still feel KHAL Is the one for Qis....FA kita kasi heroin lain nxt novel. and Joe too...not too soon nak dpt pengganti arwah isteri...

Kucc awat lama gap kali ni n3 baru...

Hati Ini Pilih Kamu

"Saya dah tak ada hak lagi nak duduk kat rumah tu." Rumah tu milik Zainal. Dan isyarat kak long yang humbankan beg pakaian aku be...