Friday, March 22, 2013

Lafaz Cinta Di Jari Manis - Bab 32


Bab 32
Pilihan ditangan kau, Qis!

Bunyi deringan dari blackberry membuatkan kelopak mata yang bertaut rapat terbuka secara spontan. Terkebil-kebil seketika. Diraup wajah sesaat bersama sebuah helaan halus. Segala yang hinggap didalam mimpinya malam tadi lenyap. Digosok perlahan dua kelopak. Chandelier diatas direnung tunak. Lampu kaca berjurai itu simbol pemberitahu kepada Qistina yang diri kini dibumi Kuala Lumpur. Lebih tepat dibawah bumbung banglo Zita dan Azhar. Malam kelmarin dia dan Joe tiba dari Borneo. Joe yang dijemput pemandu keluarganya dari KLIA bertegas mahu menghantar Qistina biarpun berkali ditolak dengan alasan dia boleh pulang sendiri. Bukan dia tidak biasa namun bila berdepan dengan Joe yang bersifat sangat prihatin dan melindungi, Qistina hilang kata-kata. Segala alasannya mudah sahaja dicantas Joe. Dan kata tegas Joe kalau jadi apa-apa nanti siapa yang nak dipersalahkan buat Qistina bungkam. Sekarang manusia bukan boleh percaya sangat. Macam-macam kes pemandu teksi yang berbuat onar membuatkan Qistina gerun. Sudahnya dia mengalah. Membenarkan Lexus kelabu yang dipandu pakcik Jamil membawanya pulang ke banglo ini. 

Kepala yang masih mamai mula mengatur jadual. Hari ini hari penentu. Ya. Qistina sudah membulatkan fikiran untuk menyampaikan keputusan. Setelah bertanya dan mengadu kepada Dia beberapa hari lalu seperti yang dinasihatkan Joe, Qistina yakin inilah yang terbaik buat dirinya. Dicapai gadjet yang terdampar di meja sisi. Panggilan dari Khalish memenuhi ruang skrin. Memang lelaki itu sudah maklum akan kepulangannya semalam. Qistina ada memberitahu Khalish sebelum terbang ke Borneo. Cuma tidak dinyatakan waktu penerbangannya. Bimbang nanti pastinya Khalish akan menunggu. Qistina tidak mahu menyusahkan lelaki itu. Namun dia tahu pasti Khalish risau akan diri Qistina kerana dia tidak menjawab sebarang panggilan daripada lelaki tu sejak berada di sana. Terbit rasa bersalah dalam diri. Qistina hela nafas. Seraut wajah tampan itu meniti di mata. Forgive me, Khal. I need to be alone to think about this proposal. Mata kembali menatap skrin gadget. Pesanan Fazwan yang berderet membuatkan fikirannya berkecamuk. Air liur ditelan. Mata terus tunak memandang skrin. Lelaki tenang berkaca mata itu menggamit minda membentangkan sejalur wajah tampan yang tidak dinafikan cukup-cukup memikat. FA, forgive me. Didn't mean to ignored you this few days. I need to think about all this. Forgive me, dear. Hati berbisik sayu. Bibir dikemam. Dua nama itu terdampar di depan skrin. Qistina sudah ada jawapan untuk kedua-duanya. Tugasan selama  dua minggu di Borneo bagaikan memberi ruang untuk Qistina "melarikan" diri seketika dari kedua-duanya. Memberi ruang untuknya berfikir tentang permintaan dan hasrat kedua-dua lelaki itu. memberi peluang untuk Qistina memikirkan keputusan yang bakal diambil. Keputusan untuk memilih. Antara Khalish Ariq dan Fazwan Anuar. 

"Pilihan ditangan kau, Qis. Pilihlah yang terbaik. Kau lebih tahu apa yang kau nak dalam hidup ni. Aku cuma nak kau bahagia. Cukuplah apa dah berlaku dulu. Kau berhak bahagia, Qis. Kau berhak." Kata-kata Joe ketika didalam perjalanan malam tadi kembali diulangtayang oleh layar minda. Bahagia. Bukankah itu yang dia inginkan selama ini. Hidup yang bahagia bersama lelaki yang dia cintai. Air liur ditelan. Dipejamkan mata seketika. Minda laju berputar. Segala-gala peristiwa dulu dan kini silih berganti memenuhi layar naluri. Bibir dikemam kembali. Lama. Perlahan-lahan mata kembali dihala ke skrin. Sejalur nama dipilih. Jari-jemari mula menari dilantai skrin. 

Fazwan raup wajah seketika. Tenang cuba dicari. Kembali mata menjunam ke skrin gadjet hitam diatas meja. Dicapai. Ditatap skrin. Pesanan dari Qistina diulang baca entah untuk kali yang keberapa. Sejak menerimanya pagi tadi dan sesudah memberikan balasan persetujuan atas permintaan Qistina tadi fikirannya rancak memberikan pelbagai andaian. Macam-macam yang bergawangan di dahan jiwa. Gusar gagal dihalang dari memasuki jendela hati biar sedaya upaya diusir pergi. Ada debaran yang menguis-nguis tabir sanubari. Naluri kuat menyatakan ada sesuatu yang pasti berlaku hari ini nanti. Sesuatu yang mungkin akan mengubah segala-galanya. Qistina bagai memberi bayangan kepada Fazwan. Dan bila diolah kembali bait-bait yang tertulis di pesanan tadi, Fazwan yakin Qistina tentunya sudah membuat keputusan. 

"we need to talk, FA. Important. It's about you and me. I can't talk through phone. Can you slot me in today? Tea maybe."

It's about you and me. Kata-kata itu sudah berulangkali menghentam pintu naluri. You. Me. Kenapa bukan kita? Fikiran Fazwan tidak sukar meneka makna disebalik kata-kata Qistina yang terlayar di muka skrin blackberry. Tapi hati bagai menidakkan segala yang sedang dibentangkan akal. Jangan terburu membuat tafsiran. Mungkin sahaja Qistina sebenarnya mahu bercakap tentang hubungan mereka berdua namun tidak mahu menyatakan secara terang-terangan. Fazwan hela nafas dalam-dalam. pergelangan tangan kanan ditoleh. Skrin Tag Heuer di tatap. Is about time, Wan. Hati berbisik sendiri.  Diraup wajah. Cuba meraih tenang sekali lagi. Ditegakkan. Ikatan tali leher di nia kemeja biru lembut yang tersarung kemas ditubuh dilonggarkan. Pineider hitam yang terdampar di atas lantai kabinet hitam dibelakang dicapai. Diselak mulut Pineider. Beberapa dokumen yang perlu disemak malam nanti di rumah disumbat kemas. Ditutup. Tali Pineider disandang ke bahu. Kaki melangkah tenang menuju ke pintu. Jari jemari lincah menari di permukaan kekunci Blackberry. Pesanan selamat dihantar. I'm on my way to Lake Club. See you there, dear.

Joe jengah kepala ke pintu bilik Qistina yang ternganga. Mata dikerling pada susuk tubuh berkurung kelabu yang tunduk memandang meja. Qistina dilihat sedang tenang memasukkan dokumen ke dalam Vernazza coklat yang sering tersangkut di bahu. Kepala pantas memproses maklumat. Nak balik dah ke anak patung comel ni? Dahi berkerut. Mata jatuh ke pergelangan tangan kanan. Awalnya! Kura tangan dihala ke pintu. Diketuk perlahan. Qistina yang tertunduk spontan mengangkat muka. Bibir menguntum senyum. Kepala diangguk. Isyarat mengapai pelawaan masuk. Joe dilihat perlahan mengatur langkah dengan mata masih jatuh ke arah meja. Qistina senyum. Tahu apa yang sedang diperhatikan oleh Joe. 

"hai Joe...." Qistina tutup mulut Vernazza. Mata hala ke arah susuk tubuh dihadapan yang baru melabuhkan duduk.

"kau dari mana ni? Tak nampak masa lunch tadi. Tinggalkan aku sensorang. Teruk betul la kau. Kata nak jaga aku...tapi lesap jer diam-diam. Aku lunch sorang-sorang jer tadi tau tak. Dah la Zura tak ada." Qistina lontar jelingan kecil. Sengaja mencipta canda. 

Joe senyum. " Sorrylah cik adik sayang. Aku lupa nak beritahu kau la, Qis. Aku ada hal dengan kontraktor. Nak renovate bilik belakang kondo aku kat Kiara tu."

Kondo? Qistina tala mata. Tidak berkelip. "kau nak pindah duduk kondo kau tu ke?"

Angguk. "Insya-Allah...satu hari nanti."

"kenapa nak pindah? Kan dah elok duduk dengan mama kau sekarang."

Joe senyum. "sampai bila aku nak duduk bawak ketiak mak aku. Aku kena duduk bawak ketiak sendiri."

Qistina ketawa kecil dengan lelucon spontan Joe. "Mama kau ok?"

Joe senyum lagi. "Dia kan mama aku. Mesti dia faham hati anak tunggal dia ni."

Qistina angguk. Dia tahu Joe memang tinggal dikondo sebelum berkahwin dengan Maya. Sesudah berkahwin mereka berpindah ke banglo yang dihadiahkan keluarga Maya. Itu kemahuan Maya. Dan Joe akur. Itu yang diceritakannya kepada Qistina ketika menziarahi pusara Maya. Namun sejak pemergian Maya, Joe kembali duduk bersama mama dan papanya seperti yang diminta mamanya. Mamanya bimbang akan keadaan Joe yang belum pulih sepenuhnya dari kesedihan yang menimpa. Qistina tahu Joe masih saban pagi menziarahi pusara Maya. Tidak pernah sekalipun dia terlupa dari berbuat demikian. Itu yang diceritakan mamanya kepada Qistina. Dan itu jugalah yang dibimbangi mama Joe. Bimbang Joe masih tidak dapat melupakan peristiwa  yang menimpa Maya dan terus menyalahkan dirinya atas segala yang berlaku. Qistina tahu walau didepannya Joe nampak tenang namun jauh disudut hati lelaki kacak ini tersimpan duka yang berjaya disembunyikan dari mata zahir. Dalam diam Qistina cukup mengagumi ketabahan Joe. 

Dipusingkan tubuh. Dicapai LV yang terdampar di atas kabinet belakang. Kepala sedang rancak berfikir usai menerima pesanan daripad Fazwan. Dia tidak mahu lewat. Tidak mahu juga lelaki itu nanti menunggu lama. Tidak manis begitu sedangkan dialah yang mengatur perjumpaan antara mereka petang nanti. Mengenangkan perjumpaan antara mereka berdua, dada kembali berdebar. Mampukah dilontarkan kata-kata yang sudah siap dikarang didalam fikirannya sejak malam tadi. Dan bolehkah lelaki itu nanti menerima permintaannya ini. Permintaan yang pastinya akan merubah status antara mereka nanti. Dalam hati dipanjatkan doa moga segalanya nanti akan dipermudahkan. Sungguh. Dia sayangkan lelaki itu. 

Mata Joe masih tidak lepas menatap wajah didepan. Minda masih menilik. 

"kau nak gi mana ni Qis? Ada meeting kat luar ke?" Sengaja ditanya begitu. Kalau disebut secara terus nanti dikatakan penyibuk pulak nanti. Tapi Joe memang pasti Qistina ada sesuatu yang mahu dilakukan. Logiklah. Takkan keluar mesyuarat mahu menyandang Vernazza!

Qistina senyum. Dibetulkan duduk. Mata menoleh ke pergelangan tangan. Dialih kembali memandang Joe dihadapan yang masih takzim merenungnya. Qistina tahu apa yang bermain didalam kepala teman baiknya ini. Bahasa tubuh Joe tidak sukar ditelah maknanya. Kerlingan mata Joe cukup difahami maknanya!

"Joe..." Mata dijunam terus ke sisi kolam mata Joe yang jernih.

"aku.... nak jumpa Fazwan petang ni."

Joe angguk. Ohh...nak jumpa Mr Purple Roses rupanya!

"pasal tu?" Senafas dilontar. Ada debaran yang mengintai. Joe lafaz istighfar. Dia harus menerima hakikat. Dia bukan pilihan dan tiada dalam senarai yang tercatat di hati Qistina.

Angguk. "hmmm. Berdebar aku ni Joe." Qistina cuba berkongsi rasa yang sedang membadai dengan lelaki dihadapannya ini. Qistina tahu, hanya Joe yang mengerti apa yang sedang dirasainya ketika ini. Selama dua minggu, lelaki inilah tempat dia mengadu dan tempat dia meluahkan segala rusuh dan gusar di jiwa. Dan Joe akan menenangkan kacau bilau dihati Qistina dengan lontaran kata-kata pendamai. Adakala terbit juga detik dihati Qistina, dengan segala sikap ambil berat dan prihatin terhadapnya adakah itu tanda yang Joe masih menyimpan perasaan kepadanya seperti dahulu. Tapi..tidak pernah pula dinyatakan. Sejak kepulangan Qistina, Joe melayannya seperti dahulu...sebagai teman baik. Dan itulah yang sering terluncur dari ulas bibir lelaki ini. Kau teman baik aku, Qis. Teman baik.

"dia dah tau kau nak jumpa dia pasal ni?" Pertanyaan Joe menerbangkan segala khayalan Qistina. Mata terkelip sejenak. Fikiran laju dikerah untuk memproses jawapan. Dilepaskan deheman halus.

"aku yakin dia tau."

"Dan kau dah buat keputusan tentang hasrat dia?" Joe terus bertanya. Gagal menahan rasa yang menendang di pintu jiwa!

Qistina angguk lagi. Senyum ditala. Joe balas senyuman bersama getaran didalam dada yang menggoncang!

"Khal macammana?"

"dia pun."

"Bila kau nak jumpa dia?"

"malam nanti. Aku dah call dia tadi."

"so?"

"so apa?" Qistina kerut dahi.

"siapa?" Joe angkat kening. Tala senyum kecil. Qistina senyum balas. Manis sekali dipandangan mata Joe. Dan getaran didalam dada kini seakan mahu meletup!


* * * * * * *
Fazwan senyum . Angguk tenang. Wajah comel si barbie doll didepannya ditatap. Segalanya sudah diputuskan oleh Qistina sebentar tadi dan segalanya sudah dijelaskan. Qistina dilihat tunak memandang. Mungkin sedang cuba membaca jawapan yang tertera disebalik senyuman yang dilemparkan. Mungkin juga sedang gusar akan penerimaan Fazwan atas apa yang sudah dilafazkan tadi. Fazwan cuba membawa hati ke destinasi yang lebih tenang. Fazwan tahu dan redha akan ketentuan jodoh antara mereka berdua yang sudah ditentukan begini. Dia adalah perencana dan perancang terbaik. Dialah yang maha mengetahui. Fazwan akur dengan penuh rasa kesyukuran. Hikmah itu pasti ada. Cuma masa yang akan membentangkan 

Qistina gigit bibir. Wajah tenang Fazwan terdampar dilaman hati. Ya Allah. Moga dipermudahkan segala yang telah dirancangkan. Dia hanya mengikut gerak hati yang memandunya sejak beberapa hari ini. Dan Qistina yakin dengan gerak hatinya ini kerana semua itu bukankah berpunca dari yang Esa. Hatinya ini milik-Nya. Dan Dia lah juga yang memandu Qistina untuk segala yang diputuskan hari ini. 

"Qis..." Qistina dilihat mengangkat muka perlahan-lahan. Wajah cantik yang sering sahaja mengganggu jaga dan lena direnung pulas. Fazwan tahu, segalanya ini perancangan dari-Nya. Dia yang menemukan dia dan Qistina. Dan Dia jugalah yang menentukan apa yang telah terjadi hari ini. Dia menerima segalanya dengan penuh kesyukuran. Dia maha mengetahui apa yang terbaik buat sekelian hamba-hamba-Nya. 

"eer...iye.." Ada getar pada nada suara Qistina. Fazwan mengerti. Qistina tidak mampu menyembunyikan rasa gementar.

Senyum.

"thanks. I faham. Not to worry,hmmm. Hati kita ini milik Dia. Dia yang menentukan laluannya dan kemana destinasinya. Dan Dia sudah menentukan laluan dan detinasi you. You berhak untuk pilih kebahagiaan you sendiri, Qis."

"you akan tetap sayangkan i kan."

Senyum. Angguk. "insya-Allah."

"friend forever."

Senyum lagi. Kepala terus diangguk. "friend forever."

"Jangan lupa jemput i nanti walimatul urus you,hmmm."

Qistina jala senyum. "insya-Allah."

"FA..."

"hmmm."

"terima kasih untuk segala-galanya. I doakan you ditemukan dengan gadis yang lebih layak buat you. You terlalu baik. You...you terlalu sempurna buat i. I tak layak buat lelaki sebaik you."

Fazwan geleng perlahan. Qis, you tak tahu beratnya hati i ini untuk lepaskan you. Tapi i kena terima keputusan you dengan penuh terbuka dan redha. i tahu cinta you tak boleh dipaksa, Qis. Dan i akur i bukanlah orang yang you cinta!

"Qis...please. You never know how special you're to me. And will always be,hmmm. I terima keputusan you kerana i tahu dalam hati you hanya ada dia. Hanya dia yang mampu beri rasa bahagia pada you. Dan i...akan sentiasa doakan kebahagiaanya you. Always, Qis." Dua pasang mata masih terus melontar renungan. Qistina bungkam. Jeda.

"Qis..." Qistina angkat pandangan mata.

"call me....look for me if you need anything,hmmm. I always be there for you. Insya-Allah."

Qistina kemam bibir. Fazwan yang masih tenang menjala senyum dipandang tidak berkelip. Maafkan i, Fazwan. Maafkan i. I tak mampu...

27 comments:

Anonymous said...

Qis pilih Khal...tidakkkkkk.... x mau :(
Cemburu Khal x mungkin akan berubah dan dia menyakiti hati Qis again n again...
naper Qis pilih Khal sedangkan FA more suitable or should i say Qis n FA made for each other :)

Anonymous said...

khal atau joe ?? entahhh qis pilih joe apa

noorliyana Shamsuddin said...

Oh oh oh so sedih huhuhu FA sabaq na, pilihan sekarang Joe or Khal alahai tak syok laaaaa jgn dok pilih Khal laaaaaa

rin said...

oh ya...

FA tak sesuai sebab wataknya baru hadir dalam hidup Qis

Khal adalah masa lampau yg menyakitkan

DAN hanya...

JOE - the perfect guy for qis...BFF yg selama ini sgt memahami si barbie doll

i think she make a brilliant decision if pilih JOE lelaki yg bakal menyarungkan cincin di jari manisnya.... ;)

Anonymous said...

Qis pilih joe :)

~LN~

kak na said...

qis pilih joe kan?

iyads said...

Qis pilih Joe kan???
Da agak da..
sedey..xpe FA..be strong & a good friend to Qis

mizz acu said...

phew!! I'm glad Qis not choosing FA. yippieeeee!!

either Khal or Joe.. never mind coz i likeeeee both!!

but i lev Khal moreeeee ;)

Anonymous said...

sedih Qis tak pilih FA. Anyway cant wait nak tggu siapa pilihan Qis, Khal or Joe...

Anonymous said...

yes2!!!FA dah disingkirkan,,
n now only khal and joe,,
x kisah la sp pon,,sy sokong,,hee~

Anonymous said...

yes2!!!FA dah disingkirkan,,
n now only khal and joe,,
x kisah la sp pon,,sy sokong,,hee~

Aziela said...

Pilihan Qis adalah petunjuk dari Yang Esa. Err, Joe kan?

Mazlina Yusof said...

huhu .. sob sob
tak nak komen sebab nanti emotional
nak tunggu & lihat macamana kucc dera kita semua ..
kucc .. tuala good morning tak cukup besar la sayang
baca yg ni pun dah stress
inikan pulak nak tunggu antara khal & joe .. huwaaaa :(

sara said...

Tak mau hepi2 dulu. Anytime kucc boleh twist citer ni. Tapi harap sangat2 dgn joe.

nurul said...

Yes,agreed!

Kak Sue said...

... hidup ini ibarat roda... siapa pilihan Qis biarlah penulis yang pilih..... hehehe ... Khai ke Joe? ... harap sangat Khai... sebab x kan nak suruh Khai jadi bujang telajak.... sanggup tunggu Qis selama 5 tahun.... kalau Joe pernah berkahwinkan... biarlah merasa DUDA lama sikit... x kan nak terus cari pengganti macam x sabar lah pulak..... boleh gitu.... hehehe

Anonymous said...

Saya sokong kak sue, ....biarlah khal yg jadi pilihan...khal dah dpt pengajaran pun.....biarlah joe tu menduda dulu.....nampak sangat tak ikhlas kahwin dgn maya...

idA said...

akak rasa Joe is d best person for Qis...

Haslina@DC said...

Owhhhhh cian FA..ape ni...not Khal puhleeze...nak Joe pulak..

Anonymous said...

Qisss.awat tak trima FA?? takkan Khal kottt..oohhhh tidakkk Qis...

tapi aku rasakan Qis pilih Joe.. sebab joe sentiasa ada masa qis susah dan senang...barvo qis

Anonymous said...

qisss pilih joeeee... qiss

wwannurr..

kak nora said...

homaigod...semua org suka joe... kaka dari awal lg sampai la ni ttp suka akan khalll... kalo lah joe pilihan qis... mcm ne ngan khal... walaopon dia penah buat kesalahan besar... tapi dia sgttttt setia n cinta dia terrrrrsgt mendalam pada qis... oowhhh khalll kasihan sungguh...khal akan merana smpai mati...

norihan mohd yusof said...

ohhh...sape????yg akn imam kn n pelindung qis....Joe or Khal???cepat2 up n3 dek tk sabar nih...

Anonymous said...

Qis dah dpt petunjuk kan....Qis akan remain friend dgn Khal sbb dijiwa Qis tiada rase cinta lagi..memori cinta 5 thn lalu msh dijiwa tpi cinta tlh blalu...hahaha...mcm sya je writer....Cik Kucc entry yg cukup myesakkan dada..jgn biarkan tlalu lame for n3...tak sbr mnunggu..

Anonymous said...

hrp2 qis pilih khal....nk KHAL jgk!!! hrp2 khal Xbt lg perangai dia yg kuat jealous tu...jealous2 pon dia tetap syg qis...and hrp2 khal blh control dia punya jeles tu...vote 4 khal!hehe...

Syarp said...

Khal!logic la bila syg ada rasa marah,cemburu. joe ni plateau je..mcm malaikat plak..lgpun bini br mati dah nk cr pengganti ,yup nampak sgt dlu x syg bini,x suka la laki cmtu..

aja said...

Qis akan pilih Joe....sebab hanya Joe aje yg tahu dan faham Qis....Kalau Qis pilih Khal, akan sentiasa wujud rasa cemburu khal terhadap Joe sbb mereka kerja kat company sama....dan Khal tahu Joe still in love with Qis....waaahhhh mcm kita plak writer ye....

Hati Ini Pilih Kamu

"Saya dah tak ada hak lagi nak duduk kat rumah tu." Rumah tu milik Zainal. Dan isyarat kak long yang humbankan beg pakaian aku be...