Thursday, March 28, 2013

Yang Korang Tunggu-Tunggu...Yang Korang Nanti-Nanti...taraaaaaaaaaaaa..TJ & Qif sudah mari weh....


AKAN DATANG APRIL!
Tajuk: MR. SIRAP BANDUNG
Penulis: Nadra Yasmina a.k.a. Kucc_April Snow
Harga: RM24.00/RM27.00

Dua insan yang sangat berbeza latar belakang dan personaliti ditemukan di bawah satu bumbung. Teja atau TJ, kerani stor yang comel, ceria serta gila-gila perwatakannya. Manakala Thaqif Jazman atau Qif, si tampan berlesung pipit sepasang yang cukup cool. Pewaris tunggal Kiara Arena Holdings yang jauh membawa diri dan hati ke bumi Kanada. Namun takdir-Nya yang manis dan penuh payungan hikmah menemukan kedua-duanya.

“Kalau awak suka seseorang... dan hari-hari awak jumpa dia, awak akan rasa jemu tak?”

Thaqif, anak muda yang kembali ke tanah air demi tanggungjawab kepada keluarga tanpa sengaja bertemu dengan TJ pada hari pertama dia melapor diri di pejabat. Pertemuan singkat di dalamlif tidak tamat di situ. Persahabatan dua darjat terjalin, mesra dan penuh warna-warni kehidupan. TJ banyak membuka mata Thaqif tentang kehidupan dan tentang tanggungjawab sebagai hamba-Nya. TJ bagaikan lampu picit yang menyuluh jiwa Thaqif yang kelam dan gelap selama ini.

“Teja tu macam tepung pelita. Misteri macam tepung pelita. Lemak di atas, tapi rasa manisnya di dasar. Kalau tak kenal, takkan tau betapa istimewanya dia…”

Makin mengenali sisi seorang TJ, makin Thaqif yakin dia sudah temui apa yang dia cari selama ini. Namun bagaimana harus dia bongkarkan identiti diri yang sebenar? Akan mahukah TJ lagi kepadanya? Bersediakah TJ?

“TJ... please.”
Please konon. Please taik kucing!
“Awak... awak tolonglah dengar penjelasan saya dulu.”
Boleh jalanlah! Despatch konon. Huh, penipu! Benci! Benci! Teja terus melangkah. Dia buat-buat pekak.

TJ yang polos dan lurus tidak menyedari Man despatch yang menjadi teman barunya itu rupa-rupanya CEO baru Kiara Arena Holdings. Tatkala segalanya terbongkar, haru-biru jadinya. Berjayakah Qif yang digelarkan oleh TJ sebagai Man Sirap Bandung aka si biskut lemak rangup berkrim meyakinkan si gila-gila TJ yang cukup comel, misteri dan istimewa itu akan niat murni di hati, sebalik penipuan sunat yang dilakukannya?


* * * * * *
Nota Pipi:

Pasal nak oder  MSB direct dengan kucc, nanti kucc hapdet hokey. So, buat masa ni..mari kita raikan MR SIRAP BANDUNG!!!!!!!!! *sukerrrrrrrnyer...* segala penat  mengedit manuskrip yang berwarna-warni..segala sesi teguran, nasihat juga pandangan dari editor demi memastikan yang terbaik terbayar akhirnya. LEGANYER!!!!!!!!!!!!!!

26 comments:

Mazlina Yusof said...

kucc .. congrats ya !!
kisah Thaqif & Cik Teja kita ..
lama sangat tunggu my sweet sirap bandung ..
dah nak keluar .. jadi lagi lama pulak ..
sebab semua macam slow motion .. hahaha
biskut lemak berkrim lagi rangup .. come here, baby .. hahaha

norihan mohd yusof said...

tahniah dek...

Anonymous said...

tahniah kucc. akak mesti beli


sri putra

sara said...

Yesss yg di tunggu sudah kluar.
Tahniah kucc.

Izz Alejandra said...

yeah... suka! ini yg ditunggu2 :D

ajeje said...

Tahniah Kucc
memang dah lama tunggu akhirnyer
boleh peluk Tun teja & biskuit ranggup lemak berkrimm
sukaaaaaaaaaaaaaaaa sgt9999

Anonymous said...

yehhooo..akhirnya,xsaba nk peluk mr sirap bandung nih..tahniah kucc

arinz

Kak Sue said...

Akhirnya.... TJ 2 yang berbeza.... kak sue nak order...

My Beadz World said...

yesss yang di nanti dah kunjung tiba:)

nazira azwa said...

Yeay akhirnya Qif n Teja dh keluar...xsbr nk dptkn..

Anonymous said...

QIF??? TEJA????
owh Kucc.. i love U so much!

Aziela said...

Yahuuuu! Yahuuu! Tak sabar nak beli...tak sabar nak tenggelam dalam kasih sayang mereka...yeayyyy!

mizz acu said...

Yipppie!!! I want!!

Hasni Zurainie said...

Dh ada kt kedai buku ke?

nurizzwo said...

Yey!!!

idA said...

salam kucc..tahniah..akak nak satu..plz reserve utk akak..terujanya..at last..sirap bandung dalam versi cetak..

Eijan said...

1000 Congrats..... To my dear laling kucc....tak sabar nak jumpa TJ & TJ2....lamo dah x makan kuih tepung pelito ni...rindu boto den ni hah....

Zakiah Halim said...

kak kucc... sy nak order dgn akak tau...memandangkan kluar bln besday sy so sy nakkkk TT akak... tak kira... hehehehe ;)

noorliyana Shamsuddin said...

Semalam baru je minum sirap bandung soda hmmmm sungguh menyegarkan hehehe saya nak beli ngan cik kucc la jangan lupa kata kata chinta yeee

noorliyana Shamsuddin said...

Semalam baru je minum sirap bandung soda hmmmm sungguh menyegarkan hehehe saya nak beli ngan cik kucc la jangan lupa kata kata chinta yeee

Zalida said...

congrats kucc...yang dinanti nanti sudah tiba! tak sabar nak peluk satu.

IVORYGINGER said...

tahniah kucc... tak sabar km nk dptkan ceta ni. he... ;D

Anonymous said...

Still not available at bookstore or at least not available at MPH Mid Valley..

ImaNix said...

wakakakakaa...MSB finally!!! eee x sabarnyerrrr...tahniah kakak kucc!!!!!

ajeje said...

Tahniah kucc akhirnyer boleh peluk
Tun teja N biscuit ranggup lemak berkrim. I have order through FP.
Love it so much

Anonymous said...

Dah ada dibookstore ke ?? x sabar nak beli...

Hati Ini Pilih Kamu

"Saya dah tak ada hak lagi nak duduk kat rumah tu." Rumah tu milik Zainal. Dan isyarat kak long yang humbankan beg pakaian aku be...