Tuesday, March 12, 2013

Lafaz Cinta Di Jari Manis - Bab 30


Bab 30
"Qis, tunggu.."

Kepala menoleh ke belakang saat laungan suara menyeru namanya bergema. Joe yang santai berjeans hitam dan bertee coklat muda dengan kolar yang ditegakkan sedang mengejar dengan langkah deras membuatkan langkah Qistina terhenti. Wajah berkaca mata hitam itu membuatkan ketampanan Joe yang sediaada makin menyerlah. Bukan Qistina tidak perasaan akan mata-mata jurutera muda di pejabat yang sering mencuri pandang pada jurutera kanan yang cukup menawan ini. Joe tidak pernah gagal memancarkan pesona lelaki yang dianugerahkan kepadanya. Bibir mengukir senyum kala melihat senyum Joe yang terlontar. Topi keselamatan yang baru ditanggalkan dikepit kemas disisi abdomen kiri. Tangan kanan menarik hujung tudung. Memperkemaskan kedudukan. Wajah Joe yang sedang tegak berdiri dihadapan dengan nafas yang sedikit tercungap ditatap tenang.

"balik?"

"hmmm."

"ok, jom. Aku pun dah settle."Dan langkah pun dibuka oleh kedua-duanya.

"pipeline inspection kau ok?" Joe dilihat mengangguk perlahan seraya menanggalkan topi keselamatan. Seperti Qistina, Joe juga mengepit kemas pelindung kepala itu disisi kiri.. "so far...ok. Clear. pre-final ITP success. Same goes to the air leak test and hydro test. Perfect! Harap final test and inspection untuk semua tu hujung minggu ni tak ada masalah. Budak-budak kontraktor tu memang bagi full komitmen masa QC. Complete all the test nanti aku submit test report kat kau,hmmm." Giliran Qistina mengangguk perlahan. Senyum. "alhamdulillah. You're the best in this segments, Joe." Langkah kedua-dua beriring keluar dari kapal. Joe dan Qistina saling mengangkat tangan dan melempar senyum saat berpapasan dengan beberapa kakitangan kontraktor yang terlibat dengan kerja-kerja pemasangan yang baru memulakan syif masing-masing. Sempat mereka berhenti seketika sambil berbual sejenak dan bertanya khabar. Joe yang memang mesra dengan semua kakitangan kontraktor cukup mudah membawa perbualan menjadi rancak. Ada sahaja isu yang dibawa berbincang. Qistina yang sedikit disegani oleh kebanyakan petugas kontraktor hanya mendengar penuh takzim. Sesekali dia turut serta melontar bicara. Usai melabuhkan perbualan, kedua-duanya menyambung langkah meninggalkan kapal menuju ke kawasan pemeriksaan keselamatan.

"kau macammana?" Joe angkat tangan kepada dua petugas keselamatan yang selesai melakukan pemeriksaan terhadap mereka. Kedua-dua mereka sudah menyerahkan topi keselamatan kepada petugas yang melakukan pemeriksaan sebelum mereka dibenarkan keluar. Itu rutin yang perlu dipatuhi oleh setiap pekerja tidak kira latar dan tingkat jawatan yang disandang. Semua perlu mematuhi peraturan yang sudah ditetapkan syarikat.

Qistina hulur anggukkan bersama senyuman kecil.  Langkah terus diatur meninggalkan kawasan pemeriksaan keselamatan. Kedua-duanya beriringan. "hmmm. Dah habis discussion dengan team field engineers. Aku dah tengok laporan yang field engineers prepare. So far aku reviewed tak ada issue. Clear. Sekarang cuma tunggu diaorang compile quality report dengan team offshore.  Team offshore almost done with their observation. They will try hand over the report asap (as soon as possible). Diaorang faham cara kerja aku macammana, Joe." Joe angguk faham. "great. Guess kita boleh selesaikan kerja awal dari tarikh ni, Qis. Bolehlah kita bercuti sekejap ke KK. What say, you..hmmm." Qistina ketawa. "boleh jugak kan. Lama tak merayap ke KK ni, Joe. Kau belanja yer." Qistina kenyit mata sambil sambung ketawa. "no problem. Untuk barbie doll kat sebelah aku ni, apa-apa pun aku sanggup." Joe lontar senyuman paling bermakna. Anything for you, Qis. Dan senyum Joe makin dalam kala kata-kata yang menjala dikolam hati sebentar tadi makin menguis-nguis dahan jiwa. Senyum kedua-dua saling berbalas. Langkah makin menghampiri kenderaan syarikat yang terparkir di kawasan berpagar. Joe seluk poket jeans. Segugus kunci dikeluarkan. Punat ditekan. Pacuan empat roda disebelah berbunyi senafas. Pemegang pintu penumpang ditarik. Tapak tangan kanan dilebarkan dan dibuka lalu dihala ke arah Qistina. Isyarat sopan mempersilakan si gadis pujaannya ini untuk masuk. Qistina hulur ucapan terima kasih. Joe angguk dan ukir senyum lalu menolak tertib pintu usai tubuh langsing Qistina tenggelam dalam perut pacuan empat roda milik syarikat. Joe atur langkah ke pintu pemandu. Pantas diloloskan tubuh.

Stereng diputar tenang membawa kenderaan yang sedang dihala keluar daripada kawasan parkir. Pagar keselamatan dihampiri. Stereng berputar perlahan. Cermin pemandu diturunkan. Tag keselamatan di dashboard dihala ke skrin dikiri. Lampu hijau kelihatan di skrin. Mata dihala kehadapan. Palang besi berwarna kelabu berjalur hitam bergerak ke atas. Pacuan empat roda dipandu tenang melepasi palang.

Qistina hela nafas tenang. Mata takzim memandang jalanraya dihadapan. Tirai senja yang mula menjenguk ditatap takzim. Jalur jingga mula terbentuk di kaki langit. Fikiran jauh dibawa menerawang. Persoalan berat yang sedang bertakhta dikepala sukar sekali dinyahkan biar cuba dilenyapkan seketika kala diri dibawa jauh ke bumi di bawah bayu ini. Ternyata kala sendirian begini, persoalan itu kembali menebak dinding jendela jiwa. Mengetuk setiap pintu yang mengelilingi taman hati. Qistina lepas keluhan. Dibawa wajah menoleh pandang ke luar jendela. Banjaran hijau sayup kelihatan. Indah. Kalaulah hatinya boleh setenang pemandangan yang sedang terbentang. Dilepaskan keluhan lagi. Biarpun perlahan namun tanpa dia sedar cekap ditangkap oleh cuping Joe. Kepala Joe menoleh sekilas. Qistina dilihat sedang hanyut. Wajah yang tunak memandang ke luar jendela dicuri pandang oleh Joe. Dihala kembali mata ke hadapan. Fokus ke arah pemanduan. Garis-garis jingga dihorizon langit makin terpancar menutupi hamparan awan.

"Qis.."

Jeda.

"Qis..." Serentak kepala Joe menoleh sekilas. Dan Qistina dilihat masih takzim memandang keluar jendela. Langsung tidak membalas seruan Joe. Tidak sukar ditebak apa yang sedang melanda Qistina saat ini. Pasti gadis disebelahnya ini sedang jauh menerawang dibawa awan fikiran. Namun Joe tidak tahu apa sebenarnya yang sedang difikirkan Qistina. Yang cukup dia yakin perkara tersebut semesti sangat berat hingga bebannya tertinpa dipundak gadis pujaannya ini. Dan hebatnya beban itu hingga menggugat struktur diri Qistina yang tenang dan mudah tersenyum kepada jarang bercakap dan kerap termenung. Bukan Joe tidak perasaan selama beberapa hari ini akan perlakuan Qistina yang cukup merunsingkan hati dan jiwa lelakinya. Tiap kali mereka pulang dan tiap kali dia memandu, Qistina disebelah banyak membuang fikiran ke luar tingkap. Jauh menerawang. Jarang mahu berbicara seperti selalu. Joe tidak pernah ditegur. Dibiarkan sahaja. Namun tidak malam ini. Dia perlu bertanya. Dia terlalu risaukan Qistina. 

"Qis??" 

"Annur Qistina.." Ditekan sedikit suara seraya memandang tepat ke wajah disebelah yang jelas terpinga. Terkelip-kelip. Terkejut pastinya!

Qistina terpinga-pinga sesaat kala nama lengkapnya diseru. Pantas kepala berpaling. Dua pasang mata bertembung. Air liur ditelan. Payau. Jelas Joe sudah menangkap dia sedang hanyut dibawa ledakan fikiran yang begitu menyesakkan jiwa. Ahhh..dua wajah yang saling berganti terlayar di mata hilang tiba-tiba. Pecah bagaikan kelompok buih-buih air dipusaran. Tenggelam dan terus lenyap dari pandangan.

"err...Joe...sorry. Kau..kau panggil aku tadi ke?"

"kau macam tak ok aku tengok, Qis. Banyak termenung. Diam. Kau ada masalah kan. Berat aku rasa masalah kau ni." 

Kata-kata Joe menghentam minda. Tepat ke sasaran. Pasti Joe sudah sekian lama memerhati perlakuannya sebentar tadi. Atau mungkin sejak dari mereka berdua mula-mula sampai di sini lima hari yang lalu. Joe sememangnya pemerhati yang sangat cekap.  Qistina telan liur sekali lagi. Pahit. Joe dilihat kembali menghala sepasang matanya yang indah itu ke arah jalanraya. Qistina ukir senyum kecil. Payah.

"aku ok, Joe. Tak ada apa-apa...cuma penat sikit. Biasalah..kerja macam kita ni." Bohong Qistina. Dan degup dada kuat menghentak dinding jantung. Dikemam bibir. Berbohong dengan Joe sesuatu yang sukar dilakukan. Dan rasa bersalah itu mencarik tirai naluri. Jari-jemari digenggam kemas. Cuba disalurkan gementar di jiwa. Mencari bayu reda yang jelas samar. 

"betul ni?..Hmmm." Mata Joe dilontar sekilas ke wajah ayu disebelah sebelum kembali dilabuhkan ke jalanraya dihadapan.

"Qistina yang aku kenal jarang sebut perkataan penat. Dia jarang tewas dengan istilah penat. Atau Qistina sebelah aku ni sedang dibebani satu masalah yang cukup berat. Yang tak tertanggung. "

Qistina tersentak. Joe sudah dapat meneka tepat apa yang sedang sarat bergumpalan di lubuk jiwanya yang berkecamuk sejak dari sebelum datang ke sini lagi. Sukarnya mahu dilupakan segala yang hinggap didahan hidupnya kebelakangan ini. Mahu dipatahkan, tak terdaya rasanya dengan kudrat yang ada. 

Kepala digeleng. Cuba berselindung lagi.  Entahkan berjaya entahkan tidak. Namun hati kuat menyatakan Joe sudah dapat membaca segala yang tertulis di wajahnya sejak beberapa hari ini. Joe sememangnya seorang pemerhati yang terbaik. Sukar menyembunyikan apa juga masalah jika berdepan dengannya. Namun Qistina tetap mahu mencuba. Moga Joe akan berhenti bertanya. Dia tidak mahu mengganggu dan membebankan teman baiknya ini dengan masalah peribadi yang sedang dihadapi. Biarlah dia sendiri menyelesaikannya. "aku ok la, Joe. Sungguh. Don't worry,hmmm." Bibir sedaya upaya mengukir senyum. Gagal diselindung. Sudahnya Qistina bungkam. Jeda. Senyum yang diukir ternyata gagal meredakan gelodak dijiwa yang berjaya diterpa lalu dibuka seluasnya oleh Joe. Mata dilarikan ke cermin sisi.

Joe senyum balas tapi hati kecilnya tetap kuat menyatakan ada sesuatu yang sedang cuba disembunyikan Qistina. Lukisan gusar jelas diraut wajah comel Qistina. Sejak mereka sampai di sini lima hari yang lalu untuk tugas pemantauan akhir bagi penyelenggaraan projek pipeline installation Qistina jarang sekali bercakap. Tidak seperti selalu. Hanya sesekali bila ditegur Joe, barulah terluncur bilah kata daripada bibirnya. Selebihnya gadis ini lebih banyak menumpukan bicara bersama kontraktor yang terlibat juga para pekerja di sekitar tapak projek. Qistina jarang begini. Bukan jarang...tapi tak pernah begini! Joe cukup arif tentang ini. Bertahun mengenali Qistina, dia amat pasti ada sesuatu yang berat...atau mungkin rumit sedang mengganggu fikiran gadis pujaannnya ini. Melihat Qistina begini, Joe sendiri sukar berlagak biasa. Dia mahu berkongsi rusuh dan luruh yang ada didalam jiwa Qistina. Tidak sanggup dibiarkan Qistina menanggung semuanya bersendirian. 

Qistina cuba berlagak tenang biar jiwanya sekarangnya sedang diamuk resah.

"aku tau kau ada masalah, Qis. Aku tengok gaya kau..aku dah tau."

"aku ok, Joe. Betul."

Joe geleng kepala.  Qistina nampak dari ekor mata perlakuan Joe. Dada bergetaran.

"kau tak ok, Qis. Tengok kau lima hari ni aku tau ada sesuatu yang berlaku. Kau tak pernah macam ni. Kau selalu tenang...ceria...suka senyum. But this past few days. Kau lain. Lain sangat. And i knew something is happening."

Giliran Qistina menggeleng.

"i'm fine, Joe. Jangan risau. Aku cuma penat. Lima hari ni kita berdua kerja none stop kan. Kau dengan keje kau..aku kerja aku."

Joe geleng kepala. Qistina sedaya upaya cuba mengelak daripada bercerita. Itu dia sangat pasti. "Qis...aku kenal kau. Bertahun. Bukan semalam. You're hiding something from me. Don't you Qis? Mata kau..raut wajah kau...senyum kau...tak mampu nak menipu, Qis. Kau bukan macam ni. Aku cukup kenal kau , Qis."

Qistina kemam bibir. Dilontarkan wajah keluar tingkap. Namun cuma seketika. Deheman kecil Joe membuatkan dia kembali melontar diri dan fikiran ke dalam perut kenderaan yang makin menghampiri apartment kediaman mereka. Joe sudah memperlahankan kenderaan. Pondok kawalan sedang menanti dihadapan. Pas pekerja yang terdampar di dashboard pantas disambar Joe. Bicara terhenti. Jeda. Tangan Joe diangkat  separas telinga melambai pada dua pengawal bertugas yang selesai melakukan pemeriksaan.  Joe putar stereng menaiki parkir di tingkat satu.

"kau banyak berubah sejak kita sampai disini, Qis. Kau tau tak aku risau tengok kau macam ni. I'm concerned about you, Qis. Aku risau tengok kau macam ni. Aku tak mau kau susah hati, Qis. Kau kawan aku. Kawan baik aku." Dan aku sayang kau, Qis. Sungguh-sungguh sayangkan kau sepenuh jiwa raga aku, Qis! Kata itu hanya bergema didalam petak hati. Tidak terluah. Joe hela nafas perlahan. Mata terus takzim dihadapan biar hatinya saat ini sedang berkecamuk. Sungguh dia mahu melafazkan kata-kata itu tadi dihadapan Qistina. Namun bibir seakan tidak mampu melontar. Hanya terpendam didalam jiwa. 

Qistina hela nafas. Tiada guna berdolak-dalik dan bermain tali dengan Joe. Lelaki ini terlaku sukar untuk dikaburkan dengan kata-kata. Qistina akur dengan kata-kata Joe. Mereka sudah saling mengenali diri masing-masing. Mana mungkin dia mampu menyembunyikan apa-apa daripada sisi pandangan lelaki ini.

"Joe..thanks. Aku tau kau kawan aku yang sangat baik. Aku hargai...tapi biarlah masalah ni aku selesaikan sendiri. Aku..aku..." Dilepaskan nafas dalam-dalam. "aku tak mahu menyusahkan kau. Membebankan kau dengan masalah aku, Joe." 

Kenderaan yang dipandu Joe sudah memasuki kawasan petak parkir. Enjin masih bernafas. Joe tanggal Rayban yang tersangkut diwajah. Disangkutkan pada kelopak butang tee ditengah dada. Nafas yang turun naik dikawal tenang.  Qistina yang sedang jeda ditatap.

"Kalau pun aku tak mampu selesaikan masalah kau...jauh sekali bantu kau...sekurang-kurangnya dengan berkongsi, kau akan lebih lega, Qis. Trust me. Aku tau aku bukan pakar penyelesai masalah...tapi aku sudi jadi pendengar kau. Pendengar yang akan setia membuka hati dan pendengarannya untuk kau, Qis. So, ceritalah. Aku ada. Aku sudi.." Senyum manis dilontar. Mahu menanam rasa tenang dijiwa gadis pujaan disebelahnya ini.

Qistina raup wajah. Mata terpejam. Seketika. Dihela nafas dalam-dalam. Kata-kata Joe berulang tayang dibenak. Dihadam semuanya. Liur ditelan. Perlahan-lahan.

"Khal lamar aku. Khal mahu aku kahwin dengan dia, Joe." Nafas seakan direntap deras. Degup jantung seperti terhenti. Joe telan liur. Mata terpejam sesaat. Tangan yang takzim berlabuh di riba diramas kuat. Sekuat-kuatnya. Qistina disebelah yang jelas sedang rusuh ditatap tunak. Seakan dapat diselami kucar-kacir yang melanda kolam hati gadis pujaannya ini. Pasti Qistina sedang keliru. Tapi Joe akur, Khal sudah terlalu lama berakar umbi didalam jiwa gadis ini. Sukar digugat sebaris nama itu dari takhta hati Qistina. Khal bagaikan aliran nadi yang hidup di tiap aliran darah didalam tubuh Qistina. Genggaman jari-jemari makin utuh. Bagi terasa tulang berdesit diramas. Dia belum mampu menelan segala yang diluahkan Qistina. Berharap benar Qistina tidak menerima. Bibir bergetaran. Perlahan diaju bicara. Cuba meraih damai. Tidak mahu getar jiwanya dikesan Qistina. Belum masanya lagi!

"Kau terima? Kau setuju?"

Qistina geleng perlahan.  Dan gelengan Qistina bagaikan satu kelegaan yang cukup membuatkan Joe boleh dan kembali bernafas. Syukur dipanjatkan. Berulangkali. 

Bibir Qistina dikemam. Seraut wajah Khalish terlayar di ruang fikiran. "Aku..aku tak tau, Joe. Aku tak bagi jawapan pada dia. Aku bingung. Aku..aku serba salah. Aku..aku tak tau."

"kau fikir macammana." Qistina laju menggeleng. "aku tak tau. Joe. Aku tak buat keputusan lagi. Entahlah. Aku perlu masa untuk fikirkan."

Dan gelengan Qistina bagai membiaskan warna pelangi dimata Joe saat ini. Gembirakah dia dengan pengakuan Qistina? Mungkin...tapi Joe akur. Segala-galanya belum berakhir lagi. Qistina belum memutuskannya. Qistina cuma tidak tahu apa yang harus dilakukannya. Dan Joe tahu saat ini dia harus membalut jiwa Qistina dengan hembusan kata-kata perangsang yang memenangkan. Dia tidak mahu jiwa dan fikiran Qistina diganggu. Dan dia tidak akan mengambil kesempatan. Dia hanya mahu Qistina tenang. Dia mahu Qistina damai di sini. Dia hanya mahu lihat Qistina yang sentiasa memenangkan jiwa dengan senyumannya yang membuatkan seisi alam turut sama tersenyum. 

Qistina hela nafas lagi. Ada lagi yang masih belum dihamburkan kepada Joe. "and it's not only from Khal, Joe. I got two news in a day. Ya Allah."

Mata terasa berpinar. Jiwa yang mula berlabuh tenang kembali tersentak. Dua lamaran? Tapi dari siapa yang satu lagi? 

"maksud kau?"

Qistina raup wajah. Keluhan berat terlontar. Seraut wajah tenang yang berkaca mata..penuh karisma..penuh pesona tersenyum di ruang mata. Kata-kata lelaki yang sangat mendamaikan jiwa itu kembali menerjah minda. Dada bergetaran. Degup jantung laju.

"Fazwan. Dia jatuh cinta pada aku, Joe. Aku tak tau apa nak buat sekarang, Joe. Khal...Fawzan. Ya Allah. Kenapalah aku harus berdepan dengan semua ini, Joe. Aku bingung, Joe. Bingung." Tangan Qistina laju menutup wajah yang rusuh. 

Joe bungkam. Wajah senja yang makin melabuhkan tirai menutup pandangan yang kian kabur. Dada bergetaran. Kuat. Laju. Harapan seakan sudah sampai ke titik noktah. Wajah Qistina yang ditabiri dua tapak tangan direnung dalam-dalam. Bibir bergetaran.

Aku jugak cintakan kau, Qis. Sungguh-sungguh cintakan kau!

25 comments:

Anonymous said...

kesiannya joe....biarle qis dgn joe sb joe ni penyabar tak mcm khla cemburu buta dn panas baran....fazwan pulak baru je kenal belum tahu lagi hati budi.

Anonymous said...

Kekasih sejati akan sentiasa berada disisi sang kekasih tanpa take adventave....qis akan dpt menilai nye....

Haslina@DC said...

Salam Kucc..as usual your stories always amazed me..I like this one especially, however a word of advise dear..cerita ni dah jadi stale dan meleret ..nanti jadi bosan...apapun...don't mind kalau its Joe or FA...

Anonymous said...

haih cik writer...semakin complicated pulak cter ni...apa2 pon hrp2 qis dpt bt keputusan dgn tepat sape pilihan hti dia...apa2 pon sy tetap suka khal dgn qis...heheheh...utk joe pulak mungkin ada sorang girl yg mcm qis utk dia...mana tau kan!hahah...nk sngt yg mcm barbie doll!...just kidding kak!hehe...

norihan mohd yusof said...

istiqarah lh qis...mohon petunjuk yg maha ESA siape kh jodoh pasti IA mumbuka seluas jln buat mu....luah pd nyer agar diri tk tersasar dlm keliru olih akal dn hati...jodoh mu tlh di utus kn wat mu di azali,so hanye ketentuan yg di sandar pd sape jodoh mu kelak...rusuh dihati bkn jln nyer qis...

irene said...

As usual joe will always be the nice guy and a good friend .. hehehe

Anonymous said...

joe maybe leh jd sahabat bek jer kut..papepon teman nk FAAAAAAAAAAAAAAAAA

Aziela said...

Nak nangessss..!!! Uwaaa!! kesiannya Joe. Qis...pilihlah Joe..kesiaannn dia. All these while pun he's the one by your side, he's the one who shielded you. Open your eyes, Qis! Uwaaaa!!

Anonymous said...

no way!JGNLA qis dgn joe,kekal sbg bff sudah ok..hehe.Pilih FA@KHAL JE blh?

Anonymous said...

pada pndapat sy,,cerita ini akn lebih menarik dan tertarik kalaula JOE yg dpt qis,,sbb mostly novel yg ada la ni yg pertama ttp akn jd terakhir,,
apa2 pon it's up to you cik writter,,
sy sntiasa sokong,,

noorliyana Shamsuddin said...

Kawin je la tiga tiga sekali kakakaka madu tiga

Anonymous said...

Assalamualaikum kak. Cerita ni akan dibukukan kan? Just nak share something. Topi keselamatan yg dipakai oleh engineer berwarna putih. Topi yg bewarna kuning dipakai oleh buruh atau pekerja bawahan sahaja. Kalau tak silap itu standart yg digunakan. Sorry kalau saya silap

Kak Sue said...

buatlah solat minta petunjuk...
Khai rasanya lebih memahami Qis dari FA....
Joe biar kekal sebagai BF.... tempat Qis minta pendapat sebab Joe seorang lelaki.... tentu Joe faham macaman perasaan Khai pada Qis.... kalau Khai nak berubah dari dulu lagi Khai dah dapat penganti.... Khai seorang pencinta yang setia....
Qis jangan samapi Khai dah x ada baru nak menyesal x ada guna nya lagi ....

Anonymous said...

Ha...ha..tiba2 Joe & Qis kena tangkap khalwat di Borneo... Lps mslh Qis dgn Khal & FA and joe akan tunjukkan sifat romantic gilerrr dia...cair beb...

Anonymous said...

ala..x seronok la klu joe dgn Qis...nk Qis dgn FA

Anonymous said...

hahaha..sy suke part qis n joe kena tangkap khalwat!sbb sy nk joe ngan qis jgk..xmo khal..khal p main jauh2..kalo x gan joe biar ngan FA...

CNON said...

Suka kat Joe...hatiku berkata ..aku cinta dia...hahaha...sebenar nya keliru...

rin said...

kelakar je baca komen yg suruh Qis solat istiqarah tu..patutnya kucc yg kena istiqarah utk menentukan siapakah bakal menyarung cincin dijari manis Qis..hehehe

spt biasa bila melibatkan joe, sudah pasti hati saya berbunga2 baca entry :D

luv u joe dan i lap u so much kucc..hihi

noorliyana Shamsuddin said...

Hahahaha setuju. ... tangkap tangkap jangan tak tangkap ..... chill laaaa Joe lagi layak jaga Qis

Anonymous said...

harap2 konflik ni x lama eh..lama2 kang bosan.huhu. Apa2 pun,saya ckup suka baca cerita ni

nazira azwa said...

ala kesiannya kt Joe..msh xdpt nk luahkan isi hati..
tp sy suka Joe cbb dia seorg lelaki yg cukup penyayang dan memahami..
Pe2 pn harap Qis dpt buat pilihan yg terbaik utk dirinya..

sara said...

Joe yg cool. Memahami. Tak memaksa. Dah lama Menyayangi & mencintai qis dgn sepenuh hati. Walaupun terpaksa memendam perasaan nya demi kebagian qis & khal.
One more thing joe pun hensem pe..
So...joe & qis!

Ruunna Qizbal said...

nak joeeeee... ♥

ShAh said...

sgt2 hepi kalo qis dgn joe....

IVORYGINGER said...

I think FA the new love for Qis. Klu tak kenapa dia rasa berdebar2x bila dilamar FA??? Tp kesian plak Khal yg setia menanti skian lama dan Joe yg memendam rasa. Susah-susah sgt klu tiga2x ni payah nk pilih, pilih ja hero yg Nia jumpa ms dia p luar negara. kan???kan??? senang ja lgpun mesti org tu yg ubatkan hati Qis. ahahaks... sj ja nk bt spekulasi... tp apa pun still vote for FA. ;D

Hati Ini Pilih Kamu

"Saya dah tak ada hak lagi nak duduk kat rumah tu." Rumah tu milik Zainal. Dan isyarat kak long yang humbankan beg pakaian aku be...