Tuesday, February 12, 2013

Lafaz Cinta Di Jari Manis - Bab 24


Bab 24
"Qistina?" Senyap ditalian sebelah Qistina membuatkan Fazwan sedikit gusar. Hati kecilnya bertiup bayu bimbang. Risau juga jika kehadiran panggilannya tiba pada waktu dan ketika yang tidak sesuai. Mungkin gadis itu sedang sibuk dengan urusan kerjanya. Dia memang arif tentang kerjaya hebat gadis itu dan pengalaman diri dibidang yang sama suatu waktu dahulu ketika di Irving selama beberapa tahun membuatkan Fazwan cukup mengagumi Qistina. Menggalas tugas sebagai jurutera kanan projek bukan calang tanggungjawab dan komitmen terhadap tugas berkenaan memerlukan tahap kesabaran yang tinggi.

"ya..ya,saya."

"maaf kalau saya mengganggu. Saya call Qistina kemudian,hmmm."

"no..no. It's ok. You tak mengganggu pun." Kepala Qistina laju menggeleng. Fail ditangan ditolak dan dihamparkan ke tengah meja. Dada turun naik. Laju. Rasa bersalah mengetuk pintu rasa kala jedanya yang seketika disalahertikan oleh lelaki tersebut. Bukan dia sengaja. Sungguh. Dia cuma terkejut dengan panggilan yang sungguh tidak disangka daripada lelaki itu. Tidak menyangka lelaki yang berstatus abang angkat Zita itu akan menghubunginya dipejabat. Pasti ini kerja Zita yang memberikan nombor talian peribadinya kepada lelaki itu. Zie ni memanglah tau. Nakal sungguh!

Fazwan lepas nafas perlahan dengan jawapan Qistina. Tali leher biru tua corak abstrak yang membalut nia kemeja biru lembut berjalur putih ditubuh dilonggarkan sedikit jerutannya. Dibetulkan sandar di leher kerusi baldu hitam yang sekian lama memberi khidmat kepadanya. Lega dengan pengakuan tulus Qistina kerana tidak mahu nanti bicara gadis itu seakan terpaksa demi menghormatinya disebabkan hubungan Fazwan dengan Zita sedangkan situasi diri gadis itu sekarang perlu menumpukan kepada sesuatu yang lebih penting dan utama. Tuntutan tugas itu perlu didahulukan dan sebagai individu yang pernah duduk di kerusi Qistina selama bertahun-tahun suatu ketika dahulu Fazwan cukup faham dunia pekerjaan dan tanggungjawab Qistina.

"Qistina sihat?"

"err..yea..yeah, i..i'm..i'm fine. Alhamdulillah. You..you sihat? " Qistina ketap bibir. Kuat. Mata dikelip-kelip. Laju. Tapak tangan kanan mengetuk perlahan sisi kepala. Issy! Mengutuk dalam diam kekalutan diri sendiri. Pasti Fazwan dapat mendengar dengan jelas getar suara Qistina tadi. Kalutnya gagal ditabir. Terselak jelas di cuping. Aduh, malunya!

"Alhamdulillah.." Fazwan tenang melontar suara. Bibir tanpa sedar menguntum senyum. Nasib baiklah dia didalam bilik yang sedia tertutup rapat dan kalis bunyi. Kalau dia diluar pasti ada mata yang tidak berkelip memerhati tingkahnya dan ada telinga-telinga yang sedia mencuri dengar butir percakapannya. Rentak suara Qistina yang jelas bergetaran dan agak kalut cukup menghiburkan. Mungkin tidak menyangka akan panggilan daripada Fazwan. Kalau gadis itu ada didepannya saat ini, pasti simbahan hangat di lantai kedua-dua pipi mulus itu akan terpancar tanpa mampu diselindung. Dan raut wajah keanak-anakkan yang tidak jemu dijamu mata itu akan sebaiknya cuba menyembunyikan rentak kalut yang tersebar di seluruh wajah dengan lontaran senyumannya yang manis.

Annur Qistina. Nama itu terlafaz di kamar hati. Mengenali sisi diri Qistina menerusi cerita panjang lebar Zita, Fazwan cukup mengagumi gadis cantik itu. Bukan mudah untuk seorang gadis muda bangkit semula setelah diri diuji dengan limpahan dugaan yang bukan kecil. Dugaan yang mencincang maruah diri. Kasihannya dia! Dan ketabahan gadis ini mengharungi ujian seorang diri di negara orang selama bertahun-tahun tanpa menoleh pada sejarah pahit yang pernah mencalit kanvas hidupnya cukup membuktikan betapa disebalik wajah keanakkan yang sentiasa manis tersenyum terpahat sekujur jiwa nan waja. Dan yang paling membuatkan Fazwan kagum adalah keluhuran hati si cantik ini. Kata Zita, Qistina sudah memaafkan insan-insan yang pernah menghancurkan jiwa dan hatinya dahulu. Mencemarkan maruah dirinya. Malahan menurut Zita, Qistina masih boleh menerima dan melayan dengan baik bekas tunangannya yang menjadi punca utama segala catatan kelam didalam hidupnya dahulu. Kata Zita dia risau dengan sikap bekas tunangan Qistina yang kembali mengejar gadis itu demi meraih kembali cinta Qistina yang pernah digadaikan dahulu hanya semata-mata kerana perasaan cemburu yang tidak bertempat. Fazwan tidak mengenali lelaki yang bergelar bekas tunangan Qistina kerana Zita tidak bercerita lanjut tentangnya namun sebagai lelaki dia merasakan melepaskan gadis sebaik dan sehebat Qistina merupakan satu kerugian terbesar dalam hidup lelaki berkenaan. Qistina itu dari kacamata hati Fazwan tidak ternilai buat seorang lelaki dan memilikinya adalah anugerah terbaik bagi seorang lelaki. Entah siapalah lelaki yang bertuah ditakdirkan menjadi pemilik hati dan jiwa si cantik itu agaknya. Hati kecil Fazwan terus meniti bicara.

"thank you for the bouquets. It's so beautiful...and lovely." Qistina betulkan duduk. Tegak. Hembusan nafas bertiup lembut. Tenang sudah beransur-ansur bersimpuh dihati. Kedatangan panggilan yang tidak disangka daripada lelaki yang cukup berkarisma ini bagai diseru-seru. Kata-kata Zita malam kelmarin kala mereka berbual masih terngiang di cuping. Kata teman baiknya itu kala membelek dua jambangan ros ungu yang dihantar oleh Fazwan, jambangan indah itu nanti pasti nanti akan disusuli dengan panggilan daripada lelaki itu pula. Panggilan yang bertanyakan tentang jambangan itu dan penerimaan Qistina. Panggilan yang pasti ditunggu dan dinanti oleh Qistina untuk mengucapkan ribuan terima kasih pada peminat misterinya itu. Misteri lagi ke Puan Zita kalau identiti si pengirim tu sudah terbongkar. Kening yang sengaja diangkat-angkat lalu dihala ke wajah Zita yang mencebik. Bibir Qistina terus menyulam ketawa hingga mengundang cubitan kecil di pahanya dari jalinan jemari Zita. Berdentum jeritan halus Qistina yang terbaring di ranjang. Zita menyeringai gembira tanda kemenangan. Sambung Zita yang turut berbaring disebelah, panggilan itu nanti yang akan membina jalinan mesra mereka berdua. Waktu itu Qistina ketawa besar sambil mengusik Zita mengatakan teman baiknya itu bagai boleh membaca kanvas hati lelaki itu pulak. Takkan lah lelaki korporat yang cukup berkarisma dan pasti penuh jadual hariannya itu mahu turun padang menelefonnya pula. Hanya semata-mata kerana dua jambangan itu. Takkanlah kut, buang masa jer la Zie! Pipi terasa dicubit lembut. Kau tengok la nanti, Qis. Itu jegilan Zita yang geram dengan lelucon yang dicipta Qistina. Jangan lupa cakap terima kasih pada dia untuk dua jambangan yang super cantik ni tau. Kalau kau lupa, aku gigit telinga kau nanti. Jegilan kedua yang membuntangkan biji matanya yang cantik tu memuntahkan ketawa Qistina yang bergema ke seluruh ruang bilik.

Fazwan senyum." My pleasure, Qistina. Glad you like it. " Beautiful bouquets are for beautiful barbie doll. Like you, Qistina! Ayat yang terjalin pada perkataan terakhir itu yang tidak terlafaz olehnya. Tidak mahu terlalu awal terbentang dimata Qistina akan rasa "suka" di hatinya pada gadis itu. Dia mahu membina lapang selesa dihati gadis itu terhadapnya. Selesa yang akan menjalin rasa lebih rapat antara mereka nanti. Rapat yang akan menyulam bunga mesra antara dua hati. Bibir terus melebarkan senyum. 


"Fazwan.." Qistina hembus nafas perlahan.


Fazwan senyum. Terbuai saat namanya diseru si cantik itu. Seakan boleh terlihat dimatanya wajah comel Qistina. 

"yes dear.." Suara garau Fazwan terluncur. Gemersik sekali ditelinga Qistina.

Qistina telan liur. "Just Qis will do. Yes, i like it very much. Purple roses. It's so unique."

"ok. Qis. Well, i guess i'm already be part of those who are close to you."

Qistina kerut dahi. Sedikit kelam dengan balasan kata-kata daripada Fazwan." maksud you?"

"kata Zie, hanya yang rapat dengan you sahaja panggil you dengan nama tu. Kalau tak lulus, you takkan benarkan orang tu panggil you dengan nama yang ni. Jadi, bila you dah bagi green light..consider i ni sudah tersenarai sebagai ahli baharu dalam kumpulan tu la kan."

Qistina bulat mata. "Zie cakap macam tu?" Qistina ketap bibir. Zie ni kan, issy!

"Hmmm. Well, tak nak wish me a warm welcome to the club ke, Qis? Ahli baharu ni, kenalah diraikan. Kurang-kurang air bujang ke. Betul tak?" Fazwan ketawa kecil. Mengusik.

Pecah ketawa Qistina dengan kata-kata lucu Fazwan. Hilang rasa gugup yang menyapa diri sebentar tadi. Boleh tahan jugak mamat korporat handsome ini melawak ek. Hati kecil Qistina berdetik luahan yang mengundang lebar senyum di ulas delimanya yang cantik. Zie ni kan macam-macam je cerita dia kelentong kat mamat nih. Jahat la kau ni tau Zie! Ketawa Qistina masih terus tersebar. Dan tanpa Qistina sedari lantunan ketawanya itu sudah menawan seluruh jiwa seorang Fazwan yang sedang menguntum senyum paling manis dalam hikayat hidupnya.

Jeda.

"Qis.."

"Yes Fazwan.."

"FA, Qis. Just FA. Like you... only those who close to me will have the honour to call me with that name."

"so i pun ahli kelab baharu you la ye. Kelab FA.." Terletus lagi ketawa kecil dari bibir mungil Qistina. Fazwan turut serta. Bersulam ketawa kedua-duanya. 

"Qis.." Fazwan hela nafas tenang. Tujuan asal perlu disampaikan. Itu tujuan sebenar dia membuat panggilan. Peringkat mukadimah merapatkan diri dengan si barbie doll sudah disempurnakan sebaiknya. Itu pengamatannya dan penilaiannya berdasarkan respon Qistina yang sudah boleh ketawa dan berbalas mengusik. Kata Zie lewat pertemuan dengan adik angkatnya itu dirumah pada kunjungan pertama, bukan senang nak buat Qistina ketawa. Qistina ini susah nak rapat dengan orang, abang Wan. Kena pandai tackle dia. Abang Wan kena pandai guna dan susun strategi kalau nak pikat Qistina. Kalau berjaya, abang beruntung tau. Mana nak jumpa barbie doll hidup macam dia. Mesti usaha sungguh-sungguh abang Wan. Zie sokong dua ratus peratus. Dua ibu jari Zita yang ditegakkan dan dihala kepadanya bersama kenyitan mata mencetuskan gelengan perlahan Fazwan bersama senyum yang manis. Dan sekarang dia mengakui betapa si barbie doll ini punya tarikan yang bukan kepalang. Jika tidak kerana waras jiwa, hampir-hampir dia terjerumus dihinggap mabuk si kepayang yang tiada penawarnya itu.

"hmmm..."

"if you free, i wish to invite you for a dinner tonight."

Qistina sedikit terpempan. Dinner?

"tonight?"

"yes dear. Tapi kalau you tak free, it's ok. I understand." Perlahan nada suara Fazwan mendaki tangga harapan dijiwa. Biar di bibir seakan boleh berkompromi namun jauh di ujana hati lelakinya, doa dipanjat moga si barbie doll ini tidak menolak pelawaannya ini. Berharap sangat mahu duduk berbual berdua dengan si cantik ini. Mahu mengenali si cantik itu dengan sesungguhnya. Separuh jiwa sudah berlari menarik tangannya untuk berdiri disebelah Qistina. Mendekatinya. Mendekati dan jangan sesekali melepaskannya.

Qistina kemam bibir. Jemputan yang tidak disangka-sangka itu membuatkan hatinya khali sejenak. Bibirnya terjeda seketika. Air liur ditelan perlahan-perlahan. Minda kembali menjana jawapan terhadap jemputan Fazwan. Dicongak dalam kepala. Dia memang tiada sebarang urusan malam ini. Lelaki itu bukan berniat tidak baik terhadapnya. Kenapa pula tidak diambil peluang mengenali lelaki ini. Mahu juga disambung perbualan ketika perjumpaan pertama mereka dahulu. Mahu ditanya lanjut pengalaman lelaki itu di Irving. Mahu juga diketahui kenapa lelaki begitu disanjung oleh Zita. Pasti ada keistimewaan lelaki yang bernama Fazwan Anuar ini.

"Qis?" Gusar Fazwan makin menggunung. Harapan untuk bertemu si cantik ini malam nanti takkan jadi nyata nampaknya. Khali Qistina sudah memberikan jawapan lisannya. Disampaikan oleh bisik hatinya. Dua jari mengusap pangkal hidung. Akan dicuba dilain kali. Mungkin dia banyak kerja agaknya ini. Deru rasa bagai mahu menenangkan hatinya yang sudah tercarik hampa.

Qistina toleh Tag Heuer di pergelangan kanan. Bibir dikemam perlahan. Kepala memutar data. "lepas maghrib ok?" Senafas Dilepaskan kata-kata. Qistina congak masa yang baru diberikan kepada Fazwan. Fail-fail diatas meja ditatap. Harap boleh disiapkan segalanya lewat petang ini dan diserahkan kepada Joe dan Zura untuk diteliti semakan yang telah dibuat. Dia mahu balik ke rumah dahulu membersihkan diri dan bersolat sebelum bertemu janji dengan lelaki itu.

Lebar senyum dibibir Fazwan bagai sudah mencecah muka pintu. Terbentang dan terhampar keseluruh ruang bilik pejabatnya yang luas. Tangan kanan sudah menumbuk langit siling. Berkali-kali. Berulangkali. Bening cahaya gembira terpancar di dua kelopak mata yang terselindung di balik bingkai kacamata turut sama memancarkan sinarnya. Dihela nafas sedalam-dalamnya sebelum dilepaskan. Lega. Segala angin gusar, gundah, bimbang semuanya sudah diterbangkan angin bahagia yang baharu sahaja berbisik di cuping Fazwan. Tubuh ditegakkan dari sandar. 

"Ok. Thank you Qis sudi terima jemputan i. I'll come and fetch you after maghrib ok." Minda Fazwan sudah menjana rancangan yang sudah siap direncana. Senyum Zita sedang meniti di mata bersama dua ibu jari yang ditegakkan.

"jangan lambat,hmmm. Tidak... i dinner date dengan orang lain tau." Qistina cetus ceria. Sekadar mahu mewarnakan perbualan antara mereka. 

Pecah ketawa Fazwan dengan usikan Qistina.

"don't you dare, dear. I ikut you nanti dan beritahu date you, dia dah curi date i malam ni. So, sila pulangkan. Pulangkan..pulangkan cinta hatiku. Macam yang Misha Omar nyanyi tu. Tapi i taknaklah Maya Karin. Takut jugak nanti bawak balik dia jadi lain. Bertukar rupa. Naya i. I nak dia pulangkan barbie doll i jer."

Pecah ketawa kedua-duanya. Qistina sudah terburai titik air hangat dari kolam dek terlalu kuat ketawa dengan lelucon spontan yang dicetuskan Fazwan. Dikuis dengan hujung jari. Senyum dan ketawa masih tersisa. Dihembus nafas. 

"ok FA. See you after maghrib tonight. I nak habiskan kerja-kerja i dulu. Nanti kerja i tak selesai, tak bolehlah i dinner dengan you,hmmm."

"ok ok dear. Tak nak kacau you. Habiskan kerja-kerja you,hmm.I'll see tonight."

"FA.."

"hmmm.."

"dinner di mana.."

Fazwan senyum. "Just wait, Qis. But i'm sure you gonna love this place. Very-very much. You will always wanna come back to this place again after tonight."

Qistina geleng kepala dengan senyuman yang tersuring di bibir. "See you tonight, FA. Assalamualaikum." Balasan salam dari suara garau yang penuh karisma di talian Fazwan membuatkan Qistina terleka sebentar. Kagum dengan lelaki tu. Dari sisi seorang ahli korporat masih terselit sisi jenaka yang selama ini tersembunyi barangkali. Satu ciri yang perlu digali sedalamnya nanti. Pasti ada lagi ciri-ciri istimewa lelaki ini yang tidak diketahuinya. Akan diselongkar nanti. Akan ditanya pelbagai soalan kepada lelaki itu nanti. Mahu dikenali lelaki tu dengan lebih lanjut. 

Gajet yang melekat di cuping ditarik dan diletakkan ke tapak tangan. Kepala menggeleng lagi. Senyum masih berbaki. Dihamparkan gajet ke tepi. Fail ditarik kembali. Fikiran kembali difokuskan. Kerja dan laporan ini harus dibereskan petang ini juga. Ketukan dipintu membuatkan kepala yang tadi tertunduk memandang lantai dokumen didalam fail kembali ditegakkan. Seraut wajah tampan yang sedang berdiri di depan pintu sambil tersenyum.

"Qis, jom minum."

Kepala digeleng. "aku nak siapkan laporan ni."

Joe langkah masuk perlahan."ala karang boleh sambung." Tubuh tegap Joe yang segak berkemeja hitam sudah tegak didepan Qistina. Dua tangan disilangkan ke tubuh. Mata jatuh pada sepasang mata bundar nan cantik milik Qistina.

"nanti tak sempat, Joe."

Dahi Joe berkerut nipis." tak sempat? Kau nak balik awal ke?"

Qistina angguk. Kembali dijatuhkan wajah ke lantai dokumen. Joe terus membuang pandang. Ada detik yang berlagu dihati. Ada debar yang memukul dinding jiwa.

"kau ada hal ke malam ni, Qis."

Kepala kembali diangkat. Senyum dilontar. "aku ada dinner date malam ni."

Joe gagah ukir senyum. "Dinner date? Khal?"

Qistina geleng. Senyum terus.

"siapa?" Hati Joe makin bergendang gusar.

"secret admirer aku laa."

"secret admirer?"

"hmmm.."

Minda Joe laju dan pantas mengali maklumat. "mamat yang hantar bouquets ros ungu tu." 

Qistina senyum bersama kenyitan nakal. Jiwa Joe makin laju bergendang gusar. Wajah cantik Qistina terus ditatap. Ada hembusan bimbang sedang menghentak dinding hati.

24 comments:

Anonymous said...

nak khal jugak !!

Anonymous said...

mcm cliche kalau pilih org baru...sedey jgk

Anonymous said...

Setuju qis dgn FA.baru ada kelainan.

Anonymous said...

Alhamdulillah FA made his move...hope Qis will be happy..prefer FA or Joe..Khal doesnt deserve her..the sweet Barbie

nurizzwo said...

Yesss..go FA go!suka FA ngn Qis :)

Anonymous said...

yes...FA dgn Qis... klu dgn kekasih lama cliche sngt ctenye...

Ruunna Qizbal said...

nak Joe... hehe

Anonymous said...

teman vote faaaaaaaaaaaaaaa

Anonymous said...

- nak Khal... well 4 me, Khal deserve 2 get that real Barbie Doll... Everyone please give him a chance... he need that vry much.. kesian dia..
- makin teruja dgn cerita u cik writer..& mengharapkan yang terbaik dari u....
_aniesue_

Anonymous said...

Qistina & FA!!!
padan muka Khal...

nazira azwa said...

wah FA dh mula langkah pertama..hrp hubungan Qis n FA akn lebih lancar..

Anonymous said...

ehemm,,
khalis ariq please~

IVORYGINGER said...

Nak FA jgk... Tak mau Khal... Tak amu Joe. Hehehe... Bila 2 org berebut better choose the new guy. Much2x better. No body win n lose between Khal vs Joe. hehehe... <D

Eijan said...

Aduhai kucc x tau nak pilih mana satu ni...FA yg sgt karismatik...Khal yg masih tersemat di hati.....

Haslina@DC said...

Owhhh FA..the perfect guy for Qis...sighh...

Unknown said...

k gak qis ngan Mr fa...yg penting pat pat nyer,sape cepat die punyer..heeheeee

Atty Ismail said...

Nice sgt..Dpt rasa yg FA ni pilihan terbaik buat QIS..Jgn biar hati QIS luka psl FA..& Jgn hati FA luka kerana QIS ye..

Anonymous said...

FA dan Joe sekadar cinta sementara utk Qis. Manakala Khal adalah cinta abadi Qis

Anonymous said...

keputusan di tangan cik penulis.. Buat yg terbaik.. Mana2 pon hero yang ditetapkan.. Sy tetap akn baca citer ni..sampai menjadi sebuah buku yg tebal.. Ecehh..nak jugak tebal2... Selamat menulis..
Mastura marof.

Anonymous said...

qis dengan joe aje le...joe pun baik sgt

ajeje said...

let's FA with Qis the sweet barbie doll... she deserved the best...
they look sweet couple... FA has taken his further action hope with a sweet candle light dinner hehehhe which could melt Qis heart. Any way
I will support the writer decision which she prefer Qis with who...
I will support you kucc my best & favorite writer.... keep up the good job. :)

Aziela said...

Aduhhh....cair dengan FA ohkay.

Anonymous said...

Nak Qis ngan Joe...Joe ada waktu susah..senang Qis...waktu suka..duka Qis...dia memahami siapa Qistina...FA ok...cuma cam terlebih gula plak..Khal..sorry peluang tak dtg banyak kali tau...

Unknown said...

I like n3 kali ni tersangat ceria , ok la kan tak ada laaa sedih selalu.... rupa2nya tuhu jugak si Qis ni bergelak ketawa.... tq to Zita n FA...

Semoga hari2 mendatang Qis lagi ceria dan ada warna pelangi yg menghiasi.... lupakan kenangan 5thn lalu, kalau boleh dgn orang2nya sekali...hahaha

Hati Ini Pilih Kamu

"Saya dah tak ada hak lagi nak duduk kat rumah tu." Rumah tu milik Zainal. Dan isyarat kak long yang humbankan beg pakaian aku be...