Bab 14
Kejutan dalam hidup ini
satu perjalanan yang sudah tercatat dalam diari diri seseorang dan tidak
mungkin mampu dihindar. Biar sekuat dan sedaya mana pun tidak akan mampu
dielak. Hidup ini juga satu perjanjian. Tiba masa harus dikembalikan pada
yang hak. Sudah termaktub di lohmahfuz. Dan kejutan yang diterima Qistina pagi
ini sesuatu yang tidak pernah diduganya. Sungguh tidak diduga. Dan benarlah
hidup ini penuh dengan kejutan.
Rempuhan tiba-tiba Zura didepan bilik membuatkan Qistina terkesima. Dan kata-kata yang terluncur dari bibir berona bronze berry pearl Zura meragut segala ceria dan tenang pagi Jumaat yang penuh rahmat dan barakah. Damai perasaan yang sedaya dibina sejak malam tadi kesan kejutan dari rancangan yang direncana Zita dan pagi ni satu kejutan menghempap diri. Dan kejutan pagi ni sesungguhnya telah merenggut segala urat nadi. Gusar tentang masalah diri bagai terbang dibawa bayu. Seraut wajah yang sering mengintai hatinya sejak dahulu mengepung segala rasa yang bergumpal dijiwa terus berjuntaian di layar kelopak mata bundarnya.
Kaki dan tubuh yang berdiri sejak tadi seakan kaku. Sekakunya!
Joe dan Maya kemalangan!
Maya gagal diselamatkan!
Maya, isteri Joe dah tak ada!
Kata-kata itu berulang tayang dikotak fikiran. Kata yang menghentak naluri. Chocolate Magnolia bersaiz satu liter yang kejap ditangan sejak tadi terlepas dari cengkaman. Terhendak diatas muka meja. Wajah Zura dengan hujung kolam mata yang basah ditatap. Mata Qistina bulat. Tidak berkelip. Dada bergelombang. Turun naik memacu aliran nafas yang sudah kelam kabut. Sungguh dia terkejut dengan apa yang baru disampaikan Zura. Lafaz Istirja' meluncur dari bibir. Dari Allah kita datang dan kepada-Nya juga lah kita akan kembali.
"ICU..tapi dah stabil."
Khali.
"Qis.."
Mata diangkat. Sayu masih menghambat jiwa. Dua pasang mata yang bergenangan bertembung. Qistina pantas meraup wajah.
"you nak gi melawat dia. Jom la ikut i. Kamal dengan i nak pergi ni."
"jom."
Tiga pasang kaki deras melangkah memasuki ruang unit rawatan rapi TTMC. Beberapa wajah yang dia kenali di perkarangan ruang dihampiri. Salam dan pelukan bertukar ganti. Zura dan Kamal tidak ketinggalan. Esak tangis yang masih menderu di cuping menggamit rasa sayu. Mata memandang pada sesusuk tubuh yang sedang berlabuh di kerusi bersebelahan bilik yang menempatkan Joe. Dihela nafas. Qistina ucap salam pada Datuk Kamarul yang tenang memaut tangan di hujung pelipis. Mahu meredakan perasaan pilu yang menghempas jiwanya barangkali. Qistina mengerti. Joe anak tunggal kesayangan Datuk Kamarul.Usai bertanya serba sedikit tentang musibah yang melanda Qistina lantas menerpa Datin Khalida; ibu Joe disebelah yang ternyata cukup lemah. Dakapan kedua-duanya erat berpaut. Wanita lemah lembut ini sudah bagai hilang semangat. Hilang menantu tunggal dalam sekelip mata. Dan kini terpaksa melihat anak tunggalnya bertarung nyawa demi sebuah kehidupan.
Dan sesungguhnya hari jumaatnya hari ini penuh dengan pelbagai kejutan. Dan Kejutan yang sedang terhidang didepan matanya saat ini tidak mampu ditolak. Tidak mampu dibawa diri untuk melarikan diri. Didepan matanya ini..didepan bilik kaca yang menempatkan teman akrabnya yang masih bertarung nyawa berdiri insan yang paling istimewa dalam hidupnya sejak dia menjengah dunia.
"ayah." Hanya itu yang mampu terlafaz. Qistina khali. Dan mata kembali terpegun pada insan yang menapak perlahan dari luar pintu masuk menghampiri ayah. Khal!
Cawan cappucino didepan hanya dibiarkan sepi. Dua pasang mata didepan yang masih tidak berganjak melontar tatapan kembali diberikan perhatian.Dilepaskan nafas tenang. Suasana di Dome Suria KLCC nampak tenang di pagi Jumaat yang penuh barakah. Mata dilontar seketika pada pengunjung yang lalu lalang diluar premis sebelum kembali jatuh pada dua wajah didepan yang masih tunak merenungnya. Sungguh tidak diduga akan berjumpa ayahnya setelah bertahun-tahun menjauhkan diri. Dan tambah mengejutkan Qistina bila memikirkan bertemu ayah juga Khal di sini. Qistina tidak pasti sejauhmana hubungan antara ayah, Khal dan Joe juga keluarganya. Mungkinkah sepergiaannya, ada hubungan erat yang terjalin antara ayah dan Joe sekeluarga. Tapi Khal? Sudah berbaikkah dia dengan Joe? Melihatkan kehadiran Khal disini Qistina merasakan kemungkinan itu wajar namun akal bagai meningkah apabila fikiran menggali semula pertemuan kedua-duanya dipejabat Qistina beberapa minggu lalu. Nampak tegang sahaja kedua-dua. Mungkinkah kehadiran Khal disini sekadar menemankan ayah. Qistina tahu eratnya hubungan ayah dan Khal sejak dahulu. Khal pilihan ayah. Khal lelaki yang ayah amat percaya mampu memberi bahagia dan menjaga Qistina hingga akhir hayat.
"Ayah.." Kura tangan ayah yang kian dimamah usia diusap perlahan. Digenggam.
"Qis tak salahkan ayah. Tak." Kepala digeleng.”semua yang dah berlaku Qis terima. Mungkin ada hikmahnya. Qis redha, ayah.”

"Betul Maya?"
Zura angguk kepala. Laju.
Ada esakan kecil berlagu di ujung suara. Qistina kemam bibir. Khali.
"Bila?"
"Malam tadi."
"Macammana boleh
jadi?"
"Bertembung dengan
pemandu mabuk. Remaja. Honda City Maya berpusing sebelum langgar pembahagi
jalan."
“Allah..” Qistina geleng
kepala. Tapak tangan singgah dibibir. Mata terpejam. Seketika. Nafas yang masih
tersangkut digagahi untuk dihela. Ada persoalan yang mengoncang dinding hati.
Perlu diperolehi kepastian.
"Jo..Joe? Joe..Joe
macammana, Zu?"
Zura hempas nafas. Dalam.
Tangan meraup wajah licinnya. Raut wajah penuh gusar yang polos dihadapan
ditatap. Seperti diri Qistina, Zura juga terpalit duka. Johan Khusairy itu
teman akrab mereka berdua sejak bertahun. Joe romeo yang sangat mengambil
berat. Joe yang prihatin. Joe yang romantisnya tidak mengenal siapa.
"ICU..tapi dah stabil."
"Joe.." Tubuh
kurus Qistina langsung terhenyak ke dada kerusi baldu dibelakang. Wajah tampan
Joe terlayar dimata. Segala kenangan bersama lelaki itu kembali menergah ruang
fikiran. Johan Khusairy. Lelaki yang dikenali disini.Lelaki yang menyertai dia
dan Zura sebagai jurutera dan menjadi rakan akrab didalam tugas. Joe yang amat
berani menyatakan perasaannya kepada Qistina secara terus terang walhal sudah
dia tahu Qistina ada Khal di hati. Joe yang cukup memahami kala Qistina
menyatakan tidak pada suara hatinya. Joe teman yang istimewa. Dan sebagai teman
dia amat menyayanginya temannya itu. Dilepaskan nafas berulang kali. Ada pilu
yang bergayut.
Khali.
"Qis.."
Mata diangkat. Sayu masih menghambat jiwa. Dua pasang mata yang bergenangan bertembung. Qistina pantas meraup wajah.
"you nak gi melawat dia. Jom la ikut i. Kamal dengan i nak pergi ni."
Qistina telan nafas.
Sesak. Kepala diangguk. Perlahan. Doa dipanjat agar teman akrabnya yang satu
itu selamat dalam perjuangannya. Moga Dia yang maha pengasih memanjangkan
perjalanan Joe didunia ini. Memberinya kesempatan untuk terus berbakti kepada
manusia. Terus bernafas untuk memberi semangat dan ceria kepada yang lain.
Coach diatas kabinet rona terracotta dibelakang rakus dicapai. Tubuh tegak
pantas. Zura yang masih mematung didepan pintu didekati. Bahu Zura disentuh
perlahan.
"jom."
Tiga pasang kaki deras melangkah memasuki ruang unit rawatan rapi TTMC. Beberapa wajah yang dia kenali di perkarangan ruang dihampiri. Salam dan pelukan bertukar ganti. Zura dan Kamal tidak ketinggalan. Esak tangis yang masih menderu di cuping menggamit rasa sayu. Mata memandang pada sesusuk tubuh yang sedang berlabuh di kerusi bersebelahan bilik yang menempatkan Joe. Dihela nafas. Qistina ucap salam pada Datuk Kamarul yang tenang memaut tangan di hujung pelipis. Mahu meredakan perasaan pilu yang menghempas jiwanya barangkali. Qistina mengerti. Joe anak tunggal kesayangan Datuk Kamarul.Usai bertanya serba sedikit tentang musibah yang melanda Qistina lantas menerpa Datin Khalida; ibu Joe disebelah yang ternyata cukup lemah. Dakapan kedua-duanya erat berpaut. Wanita lemah lembut ini sudah bagai hilang semangat. Hilang menantu tunggal dalam sekelip mata. Dan kini terpaksa melihat anak tunggalnya bertarung nyawa demi sebuah kehidupan.
“Qis..Joe, Qis..
Joe..Joe.” Dipaut bahu wanita yang sangat dihormatinya ini. Kepala dianggukkan.
Mahu menyatakan betapa dia begitu memahami apa yang sedang dirasai oleh wanita
ini.
"sabar ye, makcik.
Kita doakan moga Joe selamat. Qis tahu Joe kuat semangat orangnya." Memang
sejak dahulu Datin Khalida disapa dengan panggilan demikian. Itu pinta wanita
ini. Mama Joe ini sangat merendah diri. Katanya dia lebih senang dipanggil
begitu. Lebih mesra. Lebih dekat dihati.
"Qis, Maya dah tak
ada. Maya dah tak ada. Maya dah tinggalkan, Joe. " Kepala diangguk. Bibir
kuat dipaut. Menahan rasa pilu. Cuba dikuatkan semangat dihadapan wanita ini.
Digenggam erat kedua-dua tapak tangan separuh abad ini. “Kita semua sayangkan
Maya , makcik…tapi Allah lebih sayangkan Maya daripada kita semua. Relakan dia
pergi, makcik. Ikhlaskan dia pergi pada Penciptanya. Redhakan semua takdir ini.
Moga Maya ditempatkan dikalangan insan yang mendapat rahmat Allah,insya-Allah.”
Esak terus berlagu dari bibir
pucat disebelah. Hati halus Qistina turut pilu.
“Tapi..tapi Joe tak tau
lagi, Qis. Joe tak tahu lagi Maya dah
tak ada. Maya dah tinggalkan dia. Kesian Joe, Qis.” Kepala diangguk. “insya-Allah
kita doakan Joe kuat yer makcik. Qis kenal Joe. Qis tahu Joe kuat semangat.” Genggaman
tangan makin erat dipaut. Mahu dipinjamkan semangat yang tidak sekuat mana
kepada wanita disebelahnya ini. Dipanjatkan doa pada yang Khaliq moga Joe akan
tabah dengan dugaan ini. Moga Joe akan redha dengan takdir yang tertulis. Ditundukkan
wajah. Dikucup pelipis wanita yang sudah dianggap bagaikan ibu sendiri apatah
lagi diri memang sudah lama kehilangan ibu kandung. Biarpun ibu tirinya tidak
pernah membezakan Qistina dan dua adik lelakinya yang lain, tapi entah mengapa
jiwanya lebih dekat dengan mama Joe ini.
“Qis..” Suara yang menyapa
cuping buat dirinya menggeletar. Suara itu begitu dekat dijiwa. Suara yang
terlalu sinonim dengan dirinya. Perlahan diangkat wajah yang menunduk. Dua
pasang mata bertembung. Hangat ditubir mata kian melambai. Dikemam bibir.
Perlahan dilepaskan genggaman tangan. Dibisikkan sesuatu kepada mama Joe.
Wanita itu mengangkat wajah. Anggukan berpadu tanda terima kasih atas
kunjungan. Perlahan-lahan tubuh diangkat dari duduk. Kaki yang menggeletar digagahi
untuk berdiri.
Dan sesungguhnya hari jumaatnya hari ini penuh dengan pelbagai kejutan. Dan Kejutan yang sedang terhidang didepan matanya saat ini tidak mampu ditolak. Tidak mampu dibawa diri untuk melarikan diri. Didepan matanya ini..didepan bilik kaca yang menempatkan teman akrabnya yang masih bertarung nyawa berdiri insan yang paling istimewa dalam hidupnya sejak dia menjengah dunia.
"ayah." Hanya itu yang mampu terlafaz. Qistina khali. Dan mata kembali terpegun pada insan yang menapak perlahan dari luar pintu masuk menghampiri ayah. Khal!
Cawan cappucino didepan hanya dibiarkan sepi. Dua pasang mata didepan yang masih tidak berganjak melontar tatapan kembali diberikan perhatian.Dilepaskan nafas tenang. Suasana di Dome Suria KLCC nampak tenang di pagi Jumaat yang penuh barakah. Mata dilontar seketika pada pengunjung yang lalu lalang diluar premis sebelum kembali jatuh pada dua wajah didepan yang masih tunak merenungnya. Sungguh tidak diduga akan berjumpa ayahnya setelah bertahun-tahun menjauhkan diri. Dan tambah mengejutkan Qistina bila memikirkan bertemu ayah juga Khal di sini. Qistina tidak pasti sejauhmana hubungan antara ayah, Khal dan Joe juga keluarganya. Mungkinkah sepergiaannya, ada hubungan erat yang terjalin antara ayah dan Joe sekeluarga. Tapi Khal? Sudah berbaikkah dia dengan Joe? Melihatkan kehadiran Khal disini Qistina merasakan kemungkinan itu wajar namun akal bagai meningkah apabila fikiran menggali semula pertemuan kedua-duanya dipejabat Qistina beberapa minggu lalu. Nampak tegang sahaja kedua-dua. Mungkinkah kehadiran Khal disini sekadar menemankan ayah. Qistina tahu eratnya hubungan ayah dan Khal sejak dahulu. Khal pilihan ayah. Khal lelaki yang ayah amat percaya mampu memberi bahagia dan menjaga Qistina hingga akhir hayat.
“Qis..” Sapaan lembut ayah
mengembalikan diri di Dome semula. Kenangan yang hinggap sudah bertempiran
dihembus arus masa.
Senyum. “umi sihat, ayah?
Iqbal dan Rifqi?”
“Alhamdulillah. Semua
sihat. Umi rindu sangat pada Qis.” Mata redup ayah menampar. Qistina telan
nafas. Dalam-dalam. Wajah manis umi terlakar di fikiran. Maafkan Qis, umi.
Jeda.
"ayah tahu Qis masih
marah pada ayah. Dan ayah.." Helaan nafas tua ayah menampar hati kecil
Qistina. " tahu ayah tak berhak nak tanya apa-apa lagi pada Qis. Ayah yang
hukum Qis. Ayah yang.."
"Ayah.." Kura tangan ayah yang kian dimamah usia diusap perlahan. Digenggam.
"Qis tak salahkan ayah. Tak." Kepala digeleng.”semua yang dah berlaku Qis terima. Mungkin ada hikmahnya. Qis redha, ayah.”
“Qis tak mahu balik duduk
dengan ayah?..Dengan umi macam dulu. Qis tak dapat maafkan kami kan. Ayah tahu
kami banyak lukakan hati Qis. Ayah banyak berdosa pada Qis. Ayah tak patut
hukum Qis.”
Kepala digeleng. Kura
tangan ayah digenggam. Erat.
“Qis tak pernah salahkan
ayah dan umi. Percayalah. Qis cuma mahukan pengertian ayah. Beri Qis ruang
untuk seketika. Qis mohon izin ayah. Insya-Allah Qis akan kembali ke rumah bila
Qis dah bersedia nanti. Qis harap ayah faham.”Kepala diangguk memohon restu
sambil tangan erat memaut genggaman tangan lelaki dihadapan.
Pandangan Khalish masih tidak berganjak dari menatap wajah ayu dihadapan. Perbualan dua beranak ini dihadam dengan penuh rasa bersalah. Kalaulah dia tidak melayan rasa ego dan cembura yang menggila dahulu pasti takkan begini kesudahan mereka. Aku memang bodoh! Ditelan nafas dengan penuh rasa yang bersalah yang tidak pernah lenyap dari kolam jiwa.
"Qis, maafkan i."
"Khal.." Qistina laju menggeleng.
“semua ni salah I, Qis.
Semua ni berpunca dari i. Kalau bukan i..” Pantas kepala Qistina digeleng
menghentikan bicara lelaki disebelah ayah.
“Khal..i’m ok. I’m fine. Ini
takdir buat kita..buat you..buat i. Kita kena redha, Khal.”
“maafkan I, Qis.” Kepala
diangguk. Senyum halus dilontar. Senyum ayah dilihat terukir lembut.
“Qis..” Terasa genggaman
tangannya dibalas ayah.
“ya, ayah..”
“janji dengan ayah Qis
akan balik ke rumah. Janji Qis akan balik kalau benar Qis dah maafkan ayah.
Ayah rindu sangat dengan Qis. Rindu dengar suara Qis di rumah. Rindu dengar
jerit Qis pada Iqbal dan Rifqi. Rindu ketawa Qis dengan umi didapur. ”
Bibir dikemam.
Perlahan-lahan kepala diangguk. Senyum segaris dilontar. Dan kilasan matanya
bertembung dengan renungan Khalish. Renungan yang sangat dalam. Renungan yang
dirasakan melontar makna. Debaran didada kian dirasakan. Lontaran kata-kata
Khal sewaktu pertemuan di Alexis kembali memenuhi kotak fikiran. Dan bibir itu
dilihat mengukir senyum manis. Manis sekali!
13 comments:
warh2..sedihnya hope joe dapt trime segala ujiannya.. pe pown menarik teruskannya...hheheh
Sedih gilos.... Kesian Joe.... Harap Qistina dpt memberi semangat dan dorongan kpd Joe utk bangkit drp kesedihannya...
As for bapa Qistina, elokler kalau diaorg dah berbaik2 semula. Tapi biarlah Qistina "take a breather" dulu sebelum pulang tinggal bersama2 bapanya...
Utk Khal pula, biarlah dia menderita tersiksa dan merana a little bit more.... Takkan setakat menyesal dan minta maaf, semuanya akan okay utk dia & Qistina... Biar dia pula merasai kesakitan yg perit yg pernah dirasai Qistina...
Hahaha.... Buat tensi kat cik/puan penulis jer kan!
Sedihnyaaa...
Ksian joe..
Apakah nti khal akan bersaing dgn joe?
~acu~
kesian Joe, harap tabah... Sinar kebahagian sudah terpancar buat Qis :)
Kesian kat joe...mohon qis yg jaga joe sampai baik and biarlah joe yg jdi pilihan qis...pasl khal tu biarlah padan muka dia buat kat qis tu dulu..biar qis dgn cinta baru...
Nth2 joe ngn qis tak??
Huhuhu
alahai... kecian joe kehilangan maya.. msti lpas ni dia hilang semangat...
nma qistina dan adik2 dia sma ngan anak sedara sye la plak.. kebetulan yg indah betul..hehehe
nur wafa qistina
mohd iqbal hakim
mohd rifqi hakim
salam 2013 cik kucc...nape sedih sgt???apa2 pon suka yg qis dah jumpa ayahnye...wats nxt?
huhuhu...sdhnya bila baca part joe yg ditimpa kmlangn dan khlngn maya...moga2 joe tabah mengharunginya....and about khal pulak,..semoga cik writer tetap kekalkn khal jdi heronya...hehe...and khal semoga brjaya menambat semula hati qis...
Sedih . . sedih . sedih . . semoga joe n Qis bertambah2x rapat, erat n melekat . . hikmah disebalik kejadian . .
anonymous1-wife mati mesti sedey woo..tenkiu2
anonymous2-hamboi niat nk bg kucc tensei ek..kijam tol tau..ahaks
acu-agak2?..ngeh ngeh ngeh..haperhaperpung sila folow yer,kuikuikui
Lady-ehemmmmmmmm
anonymous3-walla ganasnyer..marah tol kat Khal yer..hehehe
anonymous4-rasa2nyer camner ek? hehehe
rahsia hatiku-xilang, insya-Allah..Joe kuat. Subhanallah..xsangkanyer ek..sama aar..tapi seronoknyer bc..sedap nama2 niece & nephew u dear
zoora-hepi new yrs too dear..next? tunggu yer..hehehe
anonymous5- sedey lor wife dah mati kan..well, nk tau sapa dpt Qis akhirnya nnt kena tunggu yer..hahahaha
liyana- wah wah dah siap pick up nampak..hehehe, haper2 pun kiter tunggu ye sapa pilihan Qis..kuang3x
mkin ka Joe ngan Qis?
Touching lh dek akk baca n3 u neh...hukhuk sedeh sesangat...joe hilang insan tercinta..hope qis leh jd penyuntik semangat joe...agar leh terima ketentuan ilahi...sume tuh dh tersurat,so redha lh joe...
Post a Comment